Followers

Thursday, September 30, 2010

6
My Sweet Moment

Salam semua..

dan kini tibalah masanya anis nak show off gambar2 keterujaan pada 27.09.2010. panjang umur, ada jodoh, gambar ni semua anis nak tunjuk kat anak cucu cicit nanti... sebelum tu pesanan untuk semua, entry kali ini akan menjadi lebih panjang dari yang biasa.. kita mula dengan sekapur sireh seulas pinang.. hahahaha

big special dedicated untuk insan yang banyak menyokong dan berkorban untuk anis,
buat ayah yang disanjungi,
Hj. Sukarti bin Kandari

untuk ibu yang disayangi,
Normalah binti Sikom,

khas untuk adik-adik yang dikasihi,
Nur Liyana Nadzirah
Nur Liyana Aqilah

tidak lupakan teman2 seperjuangan yang sentiasa berkongsi suka duka,
Hazliah Khalil, Liyana Zakyudin, Jaleha Osman, Siti Rahida Md Nor, Norasyeekeen Adinan, Norfahana Jaafar

juga semua insan yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak..
setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga anis ucapkan.. semoga tuhan membalas segala jasa dan pengorbanan anda semua.. amin~~

oh yeah~~ oh yeah~ love UTM!! org selalu cakap segulung ijazah, sebab dulu ijazah dalam scroll.. tapi sekarang dh lain dah.. jd kena panggil sekeping ijazah ke? erkk..

biasala.. lau lepas je kuar dewan insan2 yang wajib kita cari untuk sesi peluk cium, nangis2, pastu tangkap gambar of coursela ibu ngan ayah... JUTAAN TERIMA KASIH UNTUK KEDUANYA DIATAS SEGALA PENGORBANAN SELAMA INI.. ini adlh untuk kalian berdua..

my lovely sis... memang sayang dorg sangat2 sanggup bercuti dari sekolah dan matrik untuk meraikan anis.. sob3.. terharu.. plus, thanks a lot ntuk semua hadiah n tedy tue.. really special.. psstt.. bagus gak utm wat konvo tyme raya, sebab duit raya my sister banyak ntuk belikan bunga ngan tedy beso tu.. hakhakhak..

gambar solo seorang graduan bersama bunga + tedy + sijil + segala cenderahati memang gambar wajib tyme tu.. hahaha
yang ni with family liyana.. congrats juga ntuk liyana.. wish u all da best..

weee... lagi sekali gambar sorang... kali ni berlatar belakang yang baek sikit....

haaa... my beloved pren.. leha, cekda n lya... congrats to you all too!!!

with cik mat, pengetua kolej perdana, kolej kediaman kami sepanjang 3 tahun kami brcinta di UTM..  insan yang banyak memberi pertolongan dan tunjuk ajar dan yg paling penting orang yang membawa kami menjelajah hingga ke sabah sarawak... thanks a lot!!!!

bab2 baling mortarboard ni dah memang acara wajib la.. weeee... mulut pun wajib nganga sebab nak menjerit sekali padahal dlm gambar bukan mcm harry potter siap ada suara... mybe... nak tangkap mortarboard guna mulut mungkin... ahaks..~~

bergambar di pintu masuk + berlatar belakangkan logo unibersiti tercinta memang tidak akan dilupakan.. hahaha

kat pos pengawal pun jadik.. asal ada tulisan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.. hahaha


okey dah~~ panjang tak? mesti sampai ada yg naek bosan tengok gambar yg sama jek.. hahaha.. naseb~~ ntuk kali ni jek.. owh.. lupa.. lastly, wish congrats juga ntuk rakan blogger yang seangkatan dengan anis, hati kusut, ct cheery, aishah, nazurahshiro.. semoga panjang umur kita berjumpa lagi yea.. wish u all da best in your life...

Wednesday, September 29, 2010

6
"Sape nak hadiah free? =)"

salam semua..

lama anis tak update blog.. bz betol dengan konvokesyen yg baru saje berlalu.. really sweet moment...

okey2.. tak mau cakap banyak.. dikesempatan yang ada ni.. memandangkan anis dh berjanji dengan akay ntuk join satu contest yang menarik hati, jadi anis dengan seikhlas hati dan suci hati menyediakan entry ini khas untuk contest tersebut.. simple and easy (bukan benda yg sama ke) hehehe.. berikut adalah benda yang anis kena buat.. untuk tuan punye contest, cik nadia farahida, this is dedicated to u.. hikhikhik..

1. bt entry "Sape nak hadiah free? =)"
and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog


- DONE -
2. dan jgn lupe, letakkan gambar ni skali kat side bar blog korg.
dan link kan terus ke entry ni ye. klu pic besau sngt, korg tlg kecikkan ye.

- DONE -

3. mnjadi follower blog ni.

- DONE -


4. tag 3 org blogger
lain dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!

- DONE -


5. dan last sekali,

jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat
kotak komen entry "Sape nk hadiah free? =)" ni ye.

- DONE -

eh.. dah siap dh.. simple kan contest nya.. percubaan pertama anis menyertai contest.. wish me luck k.. hehehe.. lagi syok lau tuan punye contest ni nak bg hadiah sekali sempena my graduation.. hahaha.. xla2.. bunyi pilih kasih btol.. pape hal pun.. semuanya terpulang pada juri.. penyertaan last minit tapi masih dibuka lagi kan.. hehehe..
 

Friday, September 24, 2010

8
Kiriman Dari Kg. Ambual, Keningau, Sabah

salam jumaat dan salam berbahagia semua..

wahh~~ introduce kali ni cukup ceria.. nampak tak tajuk entry kat atas tu.. cukup jelas, terang dan sempurna bukan apa yang anis nak nyatakan kali ni. hahaha. walaupun begitu sibuk dengan kerja yang bertimbun, anis tolak dulu semuanya jatuh ke bawah meja. gedebuk! okey dah~~ malas oh mau pandang lagi. dah cukup serabut kepala dibuatnya. jap ek bos.. nanti anis sambung balik.. mood kali ni memang cukup ceria dan gumbira.. ditambah lagi lebih kurang 2hari lagi anis akan secara rasminya menerima segulung ijazah.. weeee.. alhamdulillah akhirnya.. but.. tinggalkan story konvo untuk seketika~~

fokus2.. mesti ada blogger2 dari sabah cukup kenal dengan nama tempat di atas kan. siapa sangka ada insan yang sudi nak poskan barang untuk anis dari Kg. Ambual.. cukup terharu taw! thanks a lot to my dear friends Cecilia Latim. anis anggap kiriman ni hadiah 1st anis untuk konvo nanti, jauh tu dari Sabah. terharu.. sob3.. okey2. cut it short la anis pun tak punya banyak waktu nak story panjang2.. hahaha. nak tau anis dapat apa? simple but really nice!!


okey.. ni bungkusan lapisan pertama.. suspen2.. apa la kat dalamnya kan.. hehehe

jeng3.. seweeeettt kan~~ siap bungkus chantek ada kipas kat atas tu. masih sempurna lagi bungkusan tu walaupun dah berjalan jauh... masih lagi belum nampak isi di dalam..
  
waahh!! mahal oh kotak nie... terharu~~~ mana isi dalam? sabar2...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jeng3... ini lah dia.. kiut kan? simple mimple but special.. korg rasa lau kat johor bleh dpt ke keychain ni? mestilah tak.. soo.. anis betul2 menghargai hadiah ne.. thanks a lot cyl!! love u! opss.. terlebih sudah.. hahaha..
 sebelum anis berhenti anis perasan kat shoutbox anis ada pesanan dari akay, akay ada tag anis ntuk 1 contest. bunyi memang menarik giler! simple mimple je syarat2nya. teruja nak join ne.. tapi buat masa sekarang anis tak sempat nak wat entry untuk contest tu. but, anis promise sebelum tarikh tutup contest anis akan buat juga! wajib! anis nak join! anyway.. thanks a lot ye akay!!

dari papan kekunci: yeaaahhh!! start esok anis akan cuti bekerja sampai selasa!! UTM here i come! ahaks~~ tapi... kena bereskan semua keje dulu.. huhuhuhu.. ada sesiapa sudi membantu? hehehehe

Wednesday, September 22, 2010

6
Saya Penat

salam sejahtera semua..

so.. how your day? biasanya orang akan cakap bad monday.. sebab orang akan malas nak mulakan kerja hari isnin almaklumlah baru lepas bercuti. tapi anis rasa minggu ni memang penat. rasa banyak sangat kerja kena buat. siap kena jadi runner opis untuk ke pejabat pos, pejabat tanah, mahkamah dan sebagainya yang berkaitan. balik dari opis kena ikut ibu ayah beraya rumah sedara terdekat pulak. almaklumlah mood raya masih lagi terasa kehangatannya. nak melompat-lompat jauh ke blog rakan lain pun tak sempat. cuma sempat sediakan secubit entry at least orang datang sini adalah benda baru nak dibaca.. hehehe.. nak berbalas kunjungan rakan pun mana yang sempat jek. nanti anis free anis datang kembali yea. cuma tinggalkan link jek. promise! tanpa anda semua siapalah saya disini.. hehehehe

memang sungguh tidak bersopan betol gambar ini.. hehehe.. thanks encik google bagi anis gambar nie..
dari papan kekunci: rindula~~ ahaks..

Tuesday, September 21, 2010

11
Rahsia Seorang Perempuan

salam semua..

Entry kali ini tak tau nak fokus untuk perempuan atau lelaki. hmm.. untuk lelaki kowt.. segala rahsia ni anis dapat dari blog Budak Ghanung Dot Com. anis dah minta kebenaran dengan matghanu untuk copy entry dia. thanks yea. rasa kagum dan terharu pun ada kalau seseorang lelaki itu memahami segala rahsia itu. nak tau apa rahsia nya?? silakan~~~

Rahsia perempuan yang perlu diketahui lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja gagang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

gambar diambil dr. yahoo.
untuk kaum hawa, adakah anda setuju dengan rahsia diatas? tepuk dada tanyalah hati.. hehehe. untuk kaum adam anis bukan menagih simpati tapi anis mahu anda memahami. tehee.. poyo plak entry anis kali nie..

dari papan kekunci: bila la agaknya anis dapat jumpa insan yang betol2 memahami... hahahaha.. poyos la anis...!!

4
Hari Ahad Yang 50-50

salam berbahagia semua!!

seperti yang dijanjikan dalam entri zatie's engagement yang lepas anis nak story berkenaan peristiwa hari ahad yang lepas. apsal 50-50 ek.. sebab ada rasa macam down habis n ada rasa macam yeaaahhh!! nak tau kenapa? after selesai majlis pertunangan tu anis bergegas ke UTM Skudai untuk melepak disana bersama rakan-rakan dan seterusnya bermalam coz hari ahad tu kami kena amik jubah untuk konvokesyen. yeahh!! alhamdulillah.. akhirnya~~~

jadual pengambilan jubah untuk fakulti anis ditetapkan pada hari ahad pagi 9-12, rabu dan jumaat. disebabkan hari ahad anis tidak bekerja. jadi kesempatan ini diambil dengan jayanya untuk melepak bersama teman sekali.. okey.. kami dinasihatkan oleh senior-senior untuk berada di setor jubah seawal jam 7 pagi. demm la kan pergi opis pun pkul 8 dahla setor jubah buka pukul 9. korang nak tahu kenapa kena memacakkan diri awal kat sana??


sebab ini!!! giler oh!! ini kami tiba jam 8 pagi. oh my prada! lemah semangat betol.. panjang barisan ni kira-kira 500meter. ni bukan barisan yang beratur sorang-sorang. kalau beratur sorang-sorang memang lemah lutut sakit mata melihat. walawei. kalau kawasan ni ber air-cond sejuk bagai no prob la. ni panas terik. takpe2.. cahaya matahari pagi. orang cakap matahari pagi vitamin C. iyola tu.. actually kami dah agak situasi sebegini akan berlaku jadi persiapan yang lengkap telah kami sediakan. setong air mineral-Done, Jajan satu bakul-Done. barulah tak bosan n tak pengsan. but seriously, siapa tiada tahap kesabaran yang tinggi memang boleh berguling-guling kat situ. turut serta ketika ini ialah ct cheery yang baru sahaja tiba dari kedah.. jauh oh!


berkat kesabaran yang tinggi~~ lebih kurang pukul 9 lebih kami berada di tangga. sabar-sabar. dorang ni memang sempoi dah beratur panjang bagai macam ni dengan panas lagi masih lagi boleh senyum kan. almaklumlah excited nak amik jubah untuk konvo.. seumur hidup cuma sekali dua je dapat rasa suasana macam nie kan.. nape sekali dua je anis? *anis malas study* kui3..


yeahhh!! kami dah hampir ke pintu gua tatkala pic ni diambil jam menunjukkan pukul 10 pagi. dekat 2 jam dah kami beratur. tapi.. sebenarnya kami dapat berita tak best. oh my gucci!jubah saiz S dah habis! tinggal jubah saiz m. oryte.. untuk anis its not a big prob. but to my others cute friends. its really a big prob.. but.. untuk menyedapkan rasa hati.. nama pun jubah kan.. mestilah kena besar cikit.. hehehe.. owh.. lupa nak state kat sini. masa beratur sampai sini anis terpandang sorang lagi blogger sedang beratur. ari..! really sweets.. u noe what, ari sanggup beratur panjang bersama kami untuk ambilkan jubah her boyfriends yang juga rakan kami. demm hati kusut! kalau kau tak hargai + blanja lebih ari ni atas usaha yang diberikan memang aku sekeh kau. hehehe.. soryla ari, anis segan nak tegur ari tyme tu.. hikhikhik..

okey2.. kami selamat melangkahkan kaki ke dalam setor jubah lebih kurang pukul 11.00 pagi. azam tak azam kami bersabar menahan panas terik beratur panjang lebih kurang 3 jam kan. but.. its okeyla.. sape yang tak nak amik jubah untuk konvo..


jeng3.. dapat dah beg jubahnya.. nak tengok? tak maulah.. tak surprise nanti.. tunggu anis pakai jubah complete set baru anis tunjuk ek. hehehe...

dari papan kekunci: anis nak bunga bari rakan blogger boleh? hakhakhak

Monday, September 20, 2010

5
Anis Dapat Award Lagi

salam semua..

Yeaaaaaahhhhh!!! (sambil melonjak-lonjak kegembiraan.. hadoiii! terhantukla plak).. okey2. anis jadi sopan balik... Anis dapat award lagila.. kali nie zaassss.. anis dapat dua award terus.. weeeee.....

award ketiga anis curik dari Araaz.. Award Blog Paling Comel.. hehehe.. malu plak~~ rasa kagum dan tabik spring ntuk araaz ni coz umur blog araaz baru berusia 21 hari tapi.... follower araaz dah mencecah 195 orang (sewaktu entry ini di hasilkan).. hebat tak hebat bro ni kan.. thanks bro araaz for the award.. rajin2la singgah lagi ye.. korang pergilah usha blog dia ek... banyak info menarik korang boleh dapat... (^__^) eh.. lupa plak.. awardnye seperti yang anis tampilkan di tepi kiri blog anis gambar kucing kiut tue.. walawei... i like~~~

next

okey seterusnya award keempat anis.. award ni anis dpt dari cik amoi.. award sebab anis jadi follower yang ke 200 blog cik amoi.. sob3.. terharu betol.. makasi ya cik amoi.. korang pergilah tengok blog cik amoi.. kaler pink, giler sweet bha. for ladies yang meminati pink kaler mesti ramai yang suka. award anis pun kaler pink juga sama dengan background blog cik amoi. cantik oh! jomla ramai-ramai kita usha blog cik amoi nee.. btw, cik amoi adalah sabahan blogger dari Sandakan. teruja betol dapat jumpa kenalan dari sabah coz i love sabah culture, unik (but Johor always be the 1st. hehehe).. thanks a lot ye cik amoi!!!

jeng2.. ni la award tu... cantik tak?? terasa begitu bertuah saya ini.. hehehe

Dari Papan Kekunci: cakap pasal blogger sabah nie.. anis nak amik kesempatan nie nak bagi ucapan jutaan terima kasih untuk my dear friend from keningau, Cecilia Latim. Thanks Cyl coz sudi berkongsi masa lapang dan segala-galanya dengan anis. always keep in touch k.. cyl boleh dikatakan baru memulakan jejaknya dalam dunia blog nie. untuk rakan-rakan blogger yang lain, jomla kita singgah ke blog cyl nie. she is really cute girl okey. Anis tak tipu...  (^___^)


5
Zatie's Engagement

salam sejahtera semua..

2 hari xdapat jenguk n update blog nie. weekend ni memang ternyata sunggah hangat kesibukannya. mengalahkan kehangatan mempersiapkan diri dengan sambutan syawal. ye ke? ntah~ hari sabtu anis ke kampung untuk majlis pertunangan sepupu anis, nor izzati mohamed yusof(zatie). n then petang tu kena berdesup gerak ke UTM ntuk amik jubah konvokesyen esoknye. takut tak sempat nak terpacak awal kat depan pintu stor jubah tu. kenapa? nanti anis story di entry akan datang ek.. hehehe untuk kali ni anis just nak story rentetan peristiwa majlis pertunangan tu~~ eh.. bukan nak story panjang just nak tunjuk gambar yang kiut2 sepanjang majlis diadakan.. kui3.. dahla2.. jom3..

And Now The Story Begin..
Majlis Pertunangan
Nor Izzati Mohamed Yusof
&
A Hafiz A Wahid

sesi menyarung cincin.. God.. congrats zatie.. semoga kekal ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat..
Ni hantaran pertunangan pihak perempuan ntuk pihak lelaki.. cantik x hantaran tu? nak tau siapa yang buat?? sila lihat gmbar di bawah.. ngeh3..

jeng3.. inilah insan yang menyediakan hantaran.. my mother!! big clap.. plap.. plap.. plap.. kali ni anis xdpt tolong sebab sibuk bekerja n uruskan hal konvo. jadi tiada hasil tangan anis.. hehehehe (kalau ada pun wat rosak jek)
selepas selesai segalanya.. yang tudung biru tu akak zati sama umur dengan anis n member kamcing. hahaha.. actually zati telah melangkah bendul abang dan kakaknya seramai 5 orang.. ni bukan bendul lagi dah BONGGOL namanya.. anyway.. dah jodoh kan.. alhamdulillah..
antara insan-insan yang bekerja keras memeriahkan suasana.. hakhakhak.. geng 3G.. Geng Gila Gambar..
nak juga letak gambar anis dengan zatie.. hehehe.. muka comot habis.. dah kesana sini.. apa de hal kan.. ngeee...
lastly, tak kira nak juga letak geng2 anis.. ni la.. tapi tak cukup member la.. susah nak kumpul dorang ni semua.. ada je hal. almaklumlah bila majlis macam ni dorang la yang paling busy.. soryla my geng, hari tu tak sempat main ngan korang.. next time k.. hahaha
wokey.. habis dah cerita.. tahniah ntuk sepupu anis.. semoga diberkati Allah dan kekal ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat.. amin~~

dari papan kekunci: untuk semua makcik2 jangan sibuk tuding jari dekat saya ya.. sampai seru ada jodoh saya buat sidang akhbar untuk semua.. hahaha.. tenang ye semua~~ (bosan dengan pertanyaan insan2 yang kureng memahami.. ahaks)

Friday, September 17, 2010

7
Ada Sesiapa Sudi Membantu?

Salam semua..

bagaimana dengan khabar anda hari ni? hopefully have a wonderful day.. hari ni tak sempat anis nak buat entry panjang-panjang. lawyer dah balik dari bercuti jadi banyak pending kes kena uruskan. ada masa terluang sikit ni anis nak buat satu entry nak minta tolong dengan sesiapa yang sudi membantu.

nak tolong apa? macam nie.. hehehe.. semalam teman adik pergi search barang-barang dia kat satu kedai stationery nie. sambil tunggu my sis dptkan barang yang diingini, anis explorela kedai tu mana tau jumpa strap comel. boleh sebat satu. hehehe. n then anis terpandang satu key chain nie. amat smart dan mantap. cuma ada 6 je. satu dah kena ambil orang tinggal lagi 5. eh lupa plak nak bagitau key chain bentuk apa. sila la tengok gambar di bawah.. (^__^)

atas tu anis punye, yang bawah my sis punye.. kitorg beli juga..
tula key chain yang anis cakap tu. ni bukan plastik taw.. tak tipu.. diperbuat daripada besi! agak berat la.. saiz pun boleh tahan besar anis ukur dengan pembaris kartun2 tu lebih kurang 13cm panjang, 5cm lebar.. besar tak? tapi memang mantap.. ayah pun teruja tengok. siap suh beli semua buat koleksi untuk diframe. hahaha.. budget lari lorhh.. tapi anis ngan adik kitorang amik satu. satu model cuma ada satu je. kira nasiblah. adik anis punye berat sikit coz model dia pun mcm mantap jek. haha.. but.. anis lebih suka dengan model anis..

jadi.. berbalik kepada topik utama.. apa yang anis nak minta tolong dengan anda semua ialah... disebabkan anis ni kurang arif tentang model2 machine gun nie.. anis nak minta jasa baik anda yang mengetahuinya untuk bagitau anis apa nama model2 nie.. excited pula nak tau. nak search kat laman sesawang yang lain tak sempat la.. jadi anis nak minta tolong anda berkongsi pengetahuan dengan anis ya.. hadiah? err... ni bukan blogger contest jadi tiada hadiah disediakan.. sory.. almaklumlah budget dah lari sikit. hehehehe.. thanks untuk yang sudi.. (anis bab2 benda ni kureng sikit pengetahuan, tapi minat yang suam2 tinggi.. hehehe)

akhir kalam: ada budget lagi nak beli model lain pulakla.. kui3..

Wednesday, September 15, 2010

7
Bila Gambar Bercerita

Salam 6 Syawal dan Salam Sejahtera semua..

semalam after proses menapis gambar-gambar yang bersesuaian untuk diupload masuk ke fesbuk dan belog ni, terpandanglah pula beberapa gambar kandid yang anis capture semasa di kampung. almaklumlah bila dah seronok sangat main dengan kanak-kanak riang ni boleh lupa diri oh. rasa macam nak jadi budak kecik balik plak. terasa apa sahaja yang dorang buat memang cumil+kiut. kalau boleh bila jumpa jek kanak-kanak riang ni kan nak je anis tangkap satu cubit-cubit pipi dorang pastu lambung tinggi-tinggi n then peluk kuat-kuat. erkk.. bunyi macam over pulak kan.. tapi siyes memang geraaaammm teramat dengan kanak-kanak sebegini. lagi-lagi jenis yang riang-ria terkekeh-kekeh lari ke sana sini.. adeeeiiii... macam nak gigit je dorang ni sebab cumil sangat!! hahaha..

okey2.. cukuplah tu.. gambar kandid ni modelnya ialah anak cousin anis, kira pangkat anak sedara jugalah.. nak tunggu anak sedara sendiri memang berkurun la. apa taknya anis yang sulung. ahakss. jom tengok gambar kandid nie..

Rafiq: bosan la.. makcik, atok, uyut sume bz masak rendang. nak tolong asyik kena marah jek.. jom pergi jalan-jalan kat bazar tepi sungai. dorang cakap ada sales last puasa.. 
najla: okey gak tu.. no hal lah.. rafiq drive k kereta sorong atok kat belakang rumah. atok cakap kunci mangga kereta sorong tu ada kat belakang pintu dapur..
Rafiq: oryte.. no prob..


Najla: nak ajak akak damia ngan fatihah sekali tak?
Rafiq: takyah la.. nanti bukan dating namanya.. lagipun kereta sorong atok tu kecik jek.. boleh muat sorang.
Najla: owh.. betol juga ek.. jom3..


Rafiq: walawei... tak cool tangsung la dorang ni g kunci plak grill ni.. caner nak kuar ni?
Najla: aduiii.. tak bolehla nak melepak tepi sungai macam ni... kunci mana ek?
Rafiq: ayah sangkut tnggi wooo kuncinya.. mau pakai tangga bomba kita ni kalau nak amik.. huhuhu


Najla: dahla takyah g mana-mana la mcm nie.. tengok tibi banyak citer best..
Rafiq: adeii.. potong mood betol la dorang ni. baru nak dating...

remark: cerita tidak dapat diteruskan selepas itu kerana jurugambarnya telah dilayangkan kad merah untuk ke dapur.. hikhikhik..

Tuesday, September 14, 2010

8
Selamat Hari Raya Semua!!

salam lebaran dan salam sejahtera..

errkk.. labah-labah dah mula nak buat sarang lar.. shoohh.. shoohh.. ketepi.. tuan belog ini masih setia disini taw. soryla.. lately sibuk ke rumah saudara mara dah xsempat nak update blog. makanya hari ini bila dah rasa free anis nak show kat korang semua gambar-gambar raya untuk tatapan. nak story panjang kesah raya nie memang tak boleh la. gambar jek dah banyak nanti meleret plak entry kali ni. jadi untuk story behind the scenes next entry k.. ini pun terpaksa tapis gambar2 yg cun meletop jek. kalau ada yg berminat untuk melihat gambar-gambar lain silalah ke muka buku anis ye.. hikhik.. oryte.. jom tengok gambar..

yang ni family maklong je sume. mak ngah ngan ucu tiada ketika ini. tapi memang meriah. kesian kan atok kami dahla kiut, tercumil pula dia duduk kat tengah2 tu.. hikhikhik

yang tengah2 baju kaler oren kecokletan tu la atok kami di Kg. Bukit Samsu, Kota Tinggi. kiut tak? cumil je kan.. haaa.. tema kami kaler pink.. every year wajib kami adik beradik akan ada baju sama. kami no hal punyer.. hehehe

lovely couple ni xyah cite pun confirm sume dah tau kan.. tp nak kenalkan juga.. perkenalkan pasangan bahagia normalah sikom dan hj sukarti kandari.. my lovely father n mother.. big clap.. plap..plap..plap..ahaks..
yeahhh.. cantik x? 3 dara pingitan.. tengok2 walaupun saya yang paling tua tapi saya tetap yang paling rendah antara dorang.. sob3..
oryte.. kalau tadi gambar ngan atok ni ngan nenek plak di Felda Taib Andak, Kulai.. baju dorg kaler lebih kurang jekan coklet2 gitu..
hari raya kedua. kaler baju dh tak sama tapi masih mengekalkan motif corak baju yang sama cuma kaler saje yg berbeza. perasan x? xjelas ek? takpe.. usha next pic
betol tak? motif corak tu sama cuma yang membezakan adalah kaler jek lain.. hehehe
suka gambar nie.. saje nak upload bagi korang tengok juga.. hehehe

ni gambar with my cousin.. cantik kan gambarnye.. (org dlm gambar tu yang membuatkan gambar ni cantek sebenarnya.. ahaks)
yang ni.. baju dah sama balik.. kaler itam putih.. tetiba terasa org plg depan tu yg nampak excited hbskan.. hikhikhik
dengan berakhirnya pic anis yang over excited mengambil gambar itu maka saya akhiri entry kali ini disini.. minx maaf semua lama tak update blog.. selamat berhari raya. jaga diri. untuk yang masih di kampung, pulang nanti berhati-hati di jalan raya. makan jgn ikut nafsu.. nanti membuncit barula nak cari pil diet. hehehe.. salam semua.. miss u al.. mmmuuuaahh.. opsss.. terlebih sudah neee...

Related Posts with Thumbnails