Followers

Friday, September 17, 2010

7
Ada Sesiapa Sudi Membantu?

Salam semua..

bagaimana dengan khabar anda hari ni? hopefully have a wonderful day.. hari ni tak sempat anis nak buat entry panjang-panjang. lawyer dah balik dari bercuti jadi banyak pending kes kena uruskan. ada masa terluang sikit ni anis nak buat satu entry nak minta tolong dengan sesiapa yang sudi membantu.

nak tolong apa? macam nie.. hehehe.. semalam teman adik pergi search barang-barang dia kat satu kedai stationery nie. sambil tunggu my sis dptkan barang yang diingini, anis explorela kedai tu mana tau jumpa strap comel. boleh sebat satu. hehehe. n then anis terpandang satu key chain nie. amat smart dan mantap. cuma ada 6 je. satu dah kena ambil orang tinggal lagi 5. eh lupa plak nak bagitau key chain bentuk apa. sila la tengok gambar di bawah.. (^__^)

atas tu anis punye, yang bawah my sis punye.. kitorg beli juga..
tula key chain yang anis cakap tu. ni bukan plastik taw.. tak tipu.. diperbuat daripada besi! agak berat la.. saiz pun boleh tahan besar anis ukur dengan pembaris kartun2 tu lebih kurang 13cm panjang, 5cm lebar.. besar tak? tapi memang mantap.. ayah pun teruja tengok. siap suh beli semua buat koleksi untuk diframe. hahaha.. budget lari lorhh.. tapi anis ngan adik kitorang amik satu. satu model cuma ada satu je. kira nasiblah. adik anis punye berat sikit coz model dia pun mcm mantap jek. haha.. but.. anis lebih suka dengan model anis..

jadi.. berbalik kepada topik utama.. apa yang anis nak minta tolong dengan anda semua ialah... disebabkan anis ni kurang arif tentang model2 machine gun nie.. anis nak minta jasa baik anda yang mengetahuinya untuk bagitau anis apa nama model2 nie.. excited pula nak tau. nak search kat laman sesawang yang lain tak sempat la.. jadi anis nak minta tolong anda berkongsi pengetahuan dengan anis ya.. hadiah? err... ni bukan blogger contest jadi tiada hadiah disediakan.. sory.. almaklumlah budget dah lari sikit. hehehehe.. thanks untuk yang sudi.. (anis bab2 benda ni kureng sikit pengetahuan, tapi minat yang suam2 tinggi.. hehehe)

akhir kalam: ada budget lagi nak beli model lain pulakla.. kui3..

7 comments:

ct cheery said...

entah la kuang aris plak..kena tnya abg polis nie..kihkihkih

ANIS HJ SUKARTI said...

uhuk2.. kena bw gambar pergi balai polis tunjuk kat dorg ek... ke usha polis trafik kat tepi jalan? hehehehe

Hairil Rizal said...

Senapang yang adik anis punya tu nama dia Uzi. Saiz sebenar 64cm panjang dan berat 3.5kg. Peluru pulak diameter 9mm. Malangnya.. senapang ni adalah buatan Israel... erk!

Yang anis punya tu Warlord tak pasti.. ada rupa mcm variant dari assault rifle XM8 buatan Amerika. Kalau Warlord jumpa info dia nnti Warlord btau ok!

ANIS HJ SUKARTI said...

wow!! great! thanks a lot mr. warload!!
errkk.. buatan israel? alamak...

nidus2 said...

Kalu barang Israel..boikot jer la..atau bagi kat Pak Nidus...heee3

nosembilanbelas said...

akak tak boleh nak tolong..tak reti langsung.heheheh

ANIS HJ SUKARTI said...

pak nidus: ni replika jek.. boleh dimaafkan kot.. hahahaha

nosembilanbela: hehehe.. takpe2.. kita phm.. thanks kak..

Related Posts with Thumbnails