Followers

Tuesday, April 26, 2011

6
Kepastian

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...


terdiam saya disebalik sebuah kehidupan..
membuatkan fikiran memutar penceritaan..
perlukah berlari ataupun berjalan..
untuk mencari maksud sebuah kepastian...


mereka gembira mereka tertawa...
melihat perjalanan penuh gembira..
tahukah kamu apa isi hatinya..
itulah rahsia yang kekal dijiwa...


indahnya dunia cantik dimata..
harta dan pangkat pinjaman semata..
salahkan saya menanti segalanya...
menanti sebagai insan biasa...



dari papan kekunci: salahkah saya menanti sesuatu yang tak pasti jika itu yang dinginkan hati..??

Monday, April 25, 2011

6
Harapan

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera


saya harap saya akan jadi yang terbaik
untuk menghapus segala keburukan

saya harap saya akan diberi seribu satu kekuatan
untuk berdiri teguh tanpa kelemahan

saya juga berharap untuk teguh mengharungi semua rintangan
untuk mudah saya berjalan menempuh segala halangan

tapi saya tahu agak mustahil untuk saya menjadi sesempurna itu
kerana tiada yang lebih sempurna melainkan Dia yang maha berkuasa

dan saya tahu
apa yang mampu saya harapkan ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
sebuah kehidupan penuh dengan kebahagiaan
dan juga
sebuah kehidupan yang penuh dengan senyuman
walaupun dalam diam hati ini terguris tajam...


dari papan kekunci: jangan ditanya kemana hilangnya diriku..... kerana aku masih disini, terbaring sepi melihat birunya langit mengharapkan agar munculnya sang pelangi.....

Monday, April 11, 2011

10
Menuju Destinasi

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

bila kita mula melangkah ke satu daerah baru
ternyata segalanya akan menjadi asing dan pincang segala gerak langkahnya
sehingga kadang kala deru angin itu juga berbeza bunyinya
apatah lagi bau udara yang tiba-tiba menjadi aneh belaka
walaupun sesukar mana derap langkah itu diatur
saya akan cuba jua mengharungi arus membelah kepincangan segala yang ada di depan mata
kerana saya tahu, tiada yang mustahil berlaku jika saya tidak bangkit dari sebuah pengalaman
kerana walau sepahit mana pun pengalaman itu
itulah harta paling berharga menuju kejayaan dan kebahagiaan yang dicari
ya! saya berdiri disini...
dengan kekuatan yang bersisa
mengorak langkah meneruskan sebuah perjuangan yang tiada penghujungnya....

Wednesday, April 06, 2011

11
Transformer (Bhgn 1)

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

bila first tyme kita bertransformasi mesti ada ckit besar punya cuak kan.. cuak kenapa? selesai buat pengubahsuaian bagai ngan touch-up ckit2 pastu keluar la post baru yang kunun-kununnya blog nie dah di transform lau tak orang x alert dengan perubahan yang kita cipta kan... n then terus lepak atas katil.. pastu ntah apsal terkebil2 mata tengok cicak main kejar2 kat syiling... bukan pelik sebab berfikir camane cicak tu boley melekat kat dinding pastu berlari dengan riang-ria tanpa terjatuh dan terbaring sama di atas katil.. tapi ini sebabnya tertanya-tanya adakah perubahan yang dilakukan dapat feedback yang baik dari sahabat-sahabat blogger atau feedback yang kureng baik??

sebenarnya situasi kebingungan tu berlaku xlama.. lepas 5 minit... terus dah ada dalam alam mimpi.. lupa terus semua.. sedar2 dah terlewat nak ke opis.. OMG!! adakah ini dikatakan kurang lena tidurku? lain macam je kan~~~  okey abaikan cite tu... sebenarnya bila 1st tyme buka blog td.. mcm excited giler baca komen sahabat blogger yang rata2 berpuas hati dengan perubahan yang saya lakukan.. thanks a lot untuk semua yang sentiasa menyokong saya!!! sayang korang ketat2!!! hahahaha...

firstly saya nak terangkan pasal satu perubahan besar yang berlaku disini iaitu nama blog... kalau dulu nama memang feymes dengan nama NADZIRAH AQILAH tapi sekarang dah berubah jadi ANIS HJ SUKARTI... kenapa? yang sebenar-benarnya.. untuk mereka yang baru mengenali saya.. nama panggilan saya ialah ANIS dan mana wujudnya NADZIRAH AQILAH ialah dari gabungan nama my 2 lovely sister.. mula-mula saya kenali dunia blog nie, tak ramai teman yang mengetahui tentang kewujudan blog saya.. tapi by tyme dah ramai yang mengetahuinya dan menjumpainya.. so dorg macam konfius adakah muka tuan blog yang comel ini (masuk bakul durian angkat sendiri) adalah rakan dorang memandangkan nama yang berbeza... 

mula-mula memang nak merahsiakan tapi macam tak best je kan.. mana la tau.. tiba2 ngah sorong troli kosong kat Jusco Tebrau pastu ada orang tegur dan cam saya panggil saya nadz. (perasan lebih). pastu mesti saya xlayan. plus sebenarnya lupa yang nama nadz tu digunakan secara xberapa meluas dalam dunia blog. pastu nanti mesti wartawan melodi serbu saya pastu timbullah spekulasi ataupun gosip liar yang mengatakan saya sombong... hahahahaha.. punyela kan... perasan sendiri.. padahal sejemput je yang kenal.. lalalalala..

okey? anda fahamkan kenapa nama berubah? lau xpaham buat-buat paham jela... hahaha... senang cerita.. Anis Hj Sukarti masih lagi orang yang sama yang menerajui nadzirah-aqilah.blogspot.com..

cikit punya bahagiakan gambar nie... ngeh..

oh lagi satu... link nama masih lagi yang sama dan tidak akan berubah.. biarlah ia menjadi kenangan.. chewahh!!!! hahaha.. huwaaaaaa.... besar dah nie menguap.. ngantok plak.. got to go!!..bubye sume... thanks for your supporting!! sayang korang ketat2!! to be continued next entry... ngeeee....

dari papan kekunci: alamak!! xsempat nak bw lagi rini.. booooooooo!!! lau macam nie.. nampaknya kena jadi silent blogger je... hmmm... sapa setuju dengan saya.. angkat tangan macam saya (kata usop weheelcar)..

Tuesday, April 05, 2011

7
Transformer (Pengenalan)

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

syukur alhamdulillah.. at last, 05hb April 2011 lebih kurang jam 11.30 malam blog Nadzirah Aqilah telah selesai melakukan satu transformasi awal seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini... mesti ada yang macam aiyakkk!!! apsal nama blog lain macam kan... mana Nadzirah Aqilah? celah mana plak datangnya nama Anis Hj Sukarti?? (errr... tapi ada ke yang perasan ek??) hahaha.. jangan bertukar ke tempat lain.. berapa kali pun anda klik link tersebut memang inilah tempatnya.... Power Rangers cakap BERUBAH!!!!!!!   Otomen cakap BERTUKAR!!!! inilah dia satu TRANSFORMASI yang saya selaku pemilik blog ini cipta... 

ingat lagi header ini yang menggunakan nama Nadzirah Aqilah...


dan sekarang telah ditransform menjadi......
kenapa begini?? nantikan Transformer (Bhg 2) yang akan datang... (^__^) jadi untuk transformasi yang berlaku ini apa pendapat anda???

dari papan kekunci: lama x jenguk blog... rindu betol... huhuhu.. anda rindu saya? booooo.. perasan.. hahaha

Related Posts with Thumbnails