Followers

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, April 05, 2011

7
Transformer (Pengenalan)

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

syukur alhamdulillah.. at last, 05hb April 2011 lebih kurang jam 11.30 malam blog Nadzirah Aqilah telah selesai melakukan satu transformasi awal seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini... mesti ada yang macam aiyakkk!!! apsal nama blog lain macam kan... mana Nadzirah Aqilah? celah mana plak datangnya nama Anis Hj Sukarti?? (errr... tapi ada ke yang perasan ek??) hahaha.. jangan bertukar ke tempat lain.. berapa kali pun anda klik link tersebut memang inilah tempatnya.... Power Rangers cakap BERUBAH!!!!!!!   Otomen cakap BERTUKAR!!!! inilah dia satu TRANSFORMASI yang saya selaku pemilik blog ini cipta... 

ingat lagi header ini yang menggunakan nama Nadzirah Aqilah...


dan sekarang telah ditransform menjadi......
kenapa begini?? nantikan Transformer (Bhg 2) yang akan datang... (^__^) jadi untuk transformasi yang berlaku ini apa pendapat anda???

dari papan kekunci: lama x jenguk blog... rindu betol... huhuhu.. anda rindu saya? booooo.. perasan.. hahaha

Tuesday, March 22, 2011

12
Sambutan Ulangtahun Ke-50

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

saje nak gtau dulu, semalam saya MC so bermakna saya tak keje la kan.. ok dah cukup.. tu je untuk mukadimah kiter kali ni.. kira okeyla kan.. kalau dah nama MC tu paham-pahamla kan nape.. fullstop..

sebenarnya lama nak terbitkan entry nie, tapi akibat kekangan masa dan sifat malas yang merajai diri terus jadi entry ini terperap lama.. punyelaaaa... ingat lagi entry kami ke Salang Indah, Pulau Tioman? berkaitan dengan entry tu, sebenarnya saya ngan family ada rancang satu surprise untuk Ayah sempena dengan Ulang tahun kelahiran beliau ke-50 tahun pada 13 Mac 2011... kami rancang awal plan ngan staff AgroBank yang menjayakan program tersebut.  and at the end.. syukur.. semuanya berjalan dengan lancar.. bukan mudah okey nak buat surprise macam nie. kena nyorokkan kek, special hadiah (frame) dari pandangan ayah... so.. jom tengok sedikit rentetan peristiwa waktu kejadian...

tengok-tengok.. ayah saya malu... ibu buat surprise usung kek ntuk ayah... sebenarnya ayah adalah MC pada malam tu, so ayah macam agak tergamam bila tempat dia di rampas oleh beberapa staff AgroBank yang turut menjayakan surprise tersebut.. ngeh3.. elelelele.. ayah malu!!! (MC disini membawa maksud yang lain dengan MC saya diatas ok, sebab ia bermaksud pengacara majlis..) 

.................................................

ni la hadiah yang dapat kami sediakan.. 

Selamat Hari Lahir Ayah.. Sayang Kamu!!!!!!! 
(sila abaikan pose budak sebelah ayah tu k.. mcm agak over cikit.. huh.. menci..)

 inilah hadiah yang mampu kami berikan untuk ayah tersayang... semuanya ayat dan design adalah dihasilkan oleh saya sendiri.. ini sahaja yang mampu kami berikan sebagai tanda kasih sayang kami, kerana kami tahu, walau segunung intan permata yang dihulurkan tetap tidak dapat membalas jasamu yang seluas pantai dan lautan.. hanya Tuhan yang mampu membalasnya.... LOVED U AYAH, HJ SUKARTI BIN KANDARI!!

last but not list... hahahahaha

ada orang gtau saya tarikh 12 Mac merupakan hari ULTAH beliau juga.. so... hari ini, kira lewat seploh hari la kan.. kira okey kan2.. jadi untuk sahabatku, Ghost Writer, Hepy Belated ULTAH, Ghost Writer!!! hehehe.. kalau nak tau ULTAH tu apa.. silalah tanye sendiri dengan beliau... hahahaha...

Dari papan kekunci: ekceli in dis two weeks i'm waiting for one big surprise which is change my old routine (maybe).. (punyela berhabuk spiking.. sila abaikan.. ngeh) hmmmm.. what gonna happen?? angkat tangan sambil angkat bahu..... tungguuuu.... tiba-tiba teringat kamu.. nak jumpa.. boley?? (sambil tangan terkup telinga, mulut tutup rapat dan mata terpejam ketat). macam bizi la lately... maafkan saya tak dapat tiba di tempat anda.. huhu.. really2 sory.. sob3

Thursday, March 17, 2011

15
Show Me Your BFF Contest

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

i'll be back... biarkan yang pending-pending tu tinggal dalam draft.. kita go on slow-slow k.. (ni kira dah tenang ckitla nie) ngeh3.. kita mulakan dengan ke'pending'ngan contest yang telah di tag oleh CahayaCintaIlahi.. sory ah kamu.. baru sempat nak buat.. hehehe... direct to the point.. saya nak join contest hangat oleh seorang blogger mantop dari blog "Because she is Nurulbadiah".. Show Me Your BFF Contest.


tiba-tiba rasa macam excited lebih sebab nak tunjuk my boyfriend BFF, sebab tu terasa nak letak gambar banyak2.. boley kan2.. lau tak boley nanti saya delete.. hmmm.. sedey... hahahaha....




okey yang nie selingan untuk cuci mata.. ngeh3..


Dear Nurulbadiah Lai,
this is my dearest best friends for ever and ever.. 3 tahun perkenalan kami di UTM membibitkan segala kenangan indah dan suka duka perjuangan. saya bangga bila ada mereka disisi saya.. walaupun kini berlainan tempat, suasana dan juga status tapi saya tahu dalam hati saya tetap ada mereka walau dimana juga saya berdiri.. merekalah insan yang menjadikan hidup saya penuh ceria dan menjadikan segalanya terisi sempurna.. Dear Lya, Lyana, Ekeen, Cekda, Nana n Leha sayaaaannnggggggggg kamu semua!! thanks a lot for everything!!!

err.. panjang plak entry nie.. hehehe.. lastly nak tag 4 orang.. baekla.... saya nak tag I AM SILAH, ORKID'SCYL, IEMA dan CIK AKI.. hehehe.. jom2.. ruangkan masa join...

dari papan kekunci: err... ntuk penganjur lau ada yang tak menepati syarat gtau ek.. nanti sya betolkan.. hehehe.. tenkiu2!!!!

Monday, February 21, 2011

17
500th Follower

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

salam isnin untuk semua.... tuan-tuan dan puan-puan, adik-adik manis dan abang-abang macho sekalian... kita mulakan info isnin di minggu ini dengan berita gembira... ngeh3... halakan anak mata anda ke jumlah follower saya... hahaha.. hohoho.. hihihihi... yeaaaahhh!!! alhamdulillah.. From Kota Tinggi With Love, sebuah blog hasil kerja tangan Nadzirah Aqilah (bukan nama sebenar) kini mencecah 500th Follower.. OMG!!! terima kasih kepada semua... walaupun tidak mencecah beribu-riban macam yang lain tapi jika dilihat kepada perkembangan tuan blog ini yang berblogging macam siput sedut ngan biskut chipsmore ini, kejayaan ini adalah suatu kejayaan yang membanggakan.. chewaahhhh!!!!!! hakhakhak.. jom lihat siapa yang bertuah............... cekidaout....




blog yang berwarna biru ini ialah kepunyaan kak Zaidah... big clap untuk kak zaidah!! Plapp!! Plapp!! Plapp!! hahaha.... kita review ckit profile kak Zaidah ini ya untuk kita sama-sama menambah kenalan alam maya nie.. untuk pengetahuan semua kak zaidah dah pun mendirikan rumah tangga selama 8 tahun 5 bulan dan 1 minggu bersama suami tersayang. dan mempunyai 3 orang cahaya mata, Nurulain Nabilah, Muhammad Nabil dan Muhammad Firas... ketiga-tiga orang ni sangat comel okey!! x caye? haaa... tgk kat header blog tu pun dah nampak dah kan.. errr... sebenarnya segala maklumat diperolehi dari blog tu sendiri.. alaaaa.... kat daisypath tu.. hikhikhik...

baeklah!!! saya dah jadi follower kak zaidah.. anda bila lagi??? jom sama-sama kita tambah sahabat maya kita di blog ComeL... btw.. thanks Kak Zaidah!!!!!!

dari papan kekunci: rasa bahagia plak buka blog hari ini n baca comment semua.. terima kasih tidak terhingga kepada rakan semua yang sentiasa buat saya tersenyum!!! u all are fantastic!!!!!! lalalalalalalalalala....

Thursday, February 17, 2011

11
Segmen Al-Kisah

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

kita berlintas langsung di hari khamis yang berbahagia ini di pekan kecil Kota Tinggi, Johor. pastikan anda terus bersama saya, Nadzirah Aqilah (bukan nama sebenar) selaku pemberita anda kali ini.... hahaha.. poyosss... baiklah secara jalan lurusnya, untuk kesekian kalinya, saya nak join satu segmen yang dianjrkan oleh saudara Krole kita ya kawan-kawan.. anda kenal beliau? mustahil anda tidak mengenalinya.. bagi saya, ingat DOMO ingat KROLE.. hahaha... baiklah.. kita mulakan.... pada suatu hari... tersebutlah al-kisah.......


kenapa saya berblog??

hmmmm..... secara terus terangnya.. mula-mula saya mengenali dunia blog ni adalah atas dasar suka-suka. kunun-kunun menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia internet. tapi at that tyme, blog ini hanya dibuka sekadar untuk men 'sign up' sahaja. n then bila didalam hati berkata "ohh.. dah ada link blogspot sendiri dah..." pastu secara tidak langsung merenung kosong memandang skrin laptop.. hmmm.. pastu nak buat apa ek? sumpah blur... xtau nak watpe. pastu a next after, barula teringat ada akaun blog, dan slow-slow explore sendiri benda bernama blogspot nie. sehinggala ke hari ini, berkat bantuan mereka-mereka yang berpengalaman... oh ya.. masa mula-mula menggatalkan tangan men'sign up' kan diri dalam blog ni, masa tu saya masih lagi bergelar student di UTM, plus kolej saya masa tu ada kemudahan internet free di setiap bilik tu yang rajin sangat explore. tapi post saya yang pertama ialah masa saya telah bertukar status menjadi orang yang bekerjaya.. hahaha

apa saya dapat dari blog??

memang luas untuk dinyatakan... bagi saya, dunia blog lebih dari segalanya... apa sahaja anda mahukan ada di sini jika anda pandai menggunakan kemudahan ini sebaik mungkin... bagi saya benda paling berharga saya dapat dalam dunia blog ini ialah sebuah PERSAHABATAN alam maya.. siapa kata sahabat maya itu tidak memberikan apa-apa? orang selalu menggangap sahabat maya membawa kepada seribu penipuan, tapi sebenarnya ianya adalah fikiran yang perlu diubahsuai. sebagai contoh, ramai sahabat maya saya kenal disini antaranya seperti Krole, Cahaya Cinta Ilahi, Yul, Bulan, Ghost Writer, Encik Mamat, Silah, Panadol, shazmiey dan ramai lagi untuk saya berikan satu-satu nama (ingatlah bahawa saya tidak pernah melupai anda semua sebagai sahabat saya)... apa yang penting dalam sebuah persahabatan ialah KEIKHLASAN... dan ingatlah sahabat itu berada di mana-mana sahaja... (^__^)

idola saya dalam dunia blog??

dalam arena blog ni, bagi saya tak kira dia adalah blogger lama ataupun baru, semuanya sentiasa menjadi idola saya. dengan siapa sahaja kita mampu mempelajari setiap perkara.. bukan kah ilmu itu terlalu manis untuk dikongsi bersama..... jadi setiap blogger yang saya temui, jika ada sesuatu yang saya suka dari beberapa sudut yang berbeza dia lah idola saya... 

ehh.. dah habis dah.. sekian segmen al-kisah dari saya.... harap jawapan yang diberikan memuaskan hati.. tapi macam membebel panjang la plak.. kui3... jika anda berminat untuk join segmen al-kisah ini zasssss disini....

dari papan kekunci: anda tahu nama disebalik Nadzirah Aqilah tu?? biarlah rahsiaaaa..... ahakssssss......

Wednesday, February 09, 2011

21
Nak Join Bloglist Krole Boleh??

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...










hahaha.. merapu jap ngan gambar-gambar domo tu sebabnya Krole, selaku penganjur memang amat-amat fanatik ngan domo-kun nie.. sebenarnya nadz cuma nak inform kat anda semua yang Krole ngah buat contest untuk tersenarai dalam bloglist beliau. siyesly, nadz memang teruja nak join coz krole merupakan salah seorang sifu nadz dalam dunia blogger.. hehehe.. sebenarnya tak lama pun contest nie dibuka hanya sehingga jumaat nie, 11.02.2011 jadi siapa cepat dia dapat. hahaha.. untuk yang berminat jom usha kat sini... errrr.. banner krole nadz letak kat cnie ek.. hehehe.. oh ya.. sebelum tu nadz nak tag my dear darling.. Cahaya Cinta Ilahi untuk join contest nie.. hehehe...


dari papan kekunci: untuk member serumah krole yang mengadili.. psstttt... tulun jangan lupakan saya!!!!! hahaha.. wink2.. btw.. thanks Krole untuk contest nie! i likeeeeee.....

Tuesday, January 18, 2011

14
400th Follower

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera

hahahahahahaha...

saje bagi gelak dulu, entry semalam dah bagi entry badmud, sekarang kita kena ceriakan suasana pagi.. anda dah rasa kebahagiaannya? sudah? bagussss... wink.. wink.. alhamdulillah.. untuk kesekian kalinya, semalam, terciptalah angka Follower Nadz yang mencecah 400.. Great!! kebetulan semalam Lawyer nadz ada bicara dan outstation jadi semalam nadz habiskan masa di opis dengan BW, sambil menghiburkan hati. dan ternyata, insan-insan yang bernama blogger itu memang cukup peramah dan sentiasa menyokong rakan mereka. terima kasih semua.. dan secara tidak langsung wujudnya insan yang bernama Nazirah (sama kan2? cuma nadz ada huruf D) dari blog Cahaya Cinta Ilahi hadir menjadi Follower ke 400 From Kota Tinggi With Love... Banzai!! Banzai!!

biar nadz introduce kenalan yang amat ramah tamah nie dengan CCI (Cahaya Cinta Ilahi). even baru kenal dengan cci tapi memang tidak mengecewakan, memang friendly habis, sempoiiiiiii.. mungkin sebab kami sebaya jadi segala benda jadi selamba. hahaha. kalau nadz red rangers, cci pula green rangers.. tak percaya? anda boley menggerakkan mouse anda ke Cahaya Cinta Ilahi.. ini buktinya...


hijau kan2... btw, thanks cci yang comel atas kesudian menjadi salah seorang teman nadz. begitu juga dengan teman-teman yang lain. tanpa anda semua siapa la nadz di dunia ini yang hari ini mampu berdiri disini menjulang trofi yang diidam-idamkan oleh semua orang.. uhuk2.. okey.. mengarut disitu.. untuk cci, sory poket nadz dah rabak tak dapat bg surprise.. tangan pun keras kayu, tak boley nak cipta benda kreatif nak bagi award.. makanya inilah yang mampu nadz sediakan.. touching tak?? lalalalalalala... untuk semua.. marilah semua kita menambah kenalan dengan Cahaya Cinta Ilahi!!!!!! cekidout... (^___^)

dari papan kekunci: hari ini nadz tak boley gerak macam semalam, tapi nadz janji lau ada masa nadz akan balas kunjungan sume.. (tak sabar rasanya nak reply SB korang, banyak betol pesanan yang menarik minat nadz.. hahaha)

Hari ini Nadz berdiri dengan penuh kekuatan melupai segala yang berlaku.. Terima Kasih semua!!! Terima Kasih Allah....

Related Posts with Thumbnails