Followers

Showing posts with label story kecik-kecik. Show all posts
Showing posts with label story kecik-kecik. Show all posts

Saturday, September 04, 2010

4
Nakalkah Saya? - Di Alam Persekolahan (sekolah rendah)

salam sabtu semua..

suasana perayaan semakin membahang di saat dan ketika ini. apa tak bahang dan membaranya bila masuk bandar, jalan punyerla sesak dengan kenderaan-kenderaan mereka yang mahu bershoping. tu belum bab nak masuk parking... kena kat kota tinggi ni pusing seploh kali pun belum tentu boleh dapat parking. bila dah dapat parking nak masuk kedai atau bazar tak perlu bercerita panjang, bahu bertemu bahu.. confirm boleh naikkan darah. kalau kat shoping kompleks plak DJ dorang sibuk buat pengumuman anak hilang. okey.. ni semua ceritera pasal persiapan raya. saya tinggalkan story ni untuk entry akan datang ok, sebab saya nak hbskan cerita saya sebagai seorang budak baik tu..

ingat lagi entry semalam? sebahagian ceritera saya sebelum melangkah ke sekolah? kali ni saya story mory apa yang saya buat dari mula sekolah tadika sampailah habis spm...

1. sekolah tadika saya budak baik sebab saya selalu siapkan kerja sekolah tepat pada masanya kat rumah kawan lepas habis tadika. sampaikan ibu cari saya tak jumpa kat tadika sebab saya pergi rumah dia tak bagitahu... balik rumah dapat hadiah dari ibu...

2. masuk sekolah rendah saya tak suka pergi sekolah. penat! hanger dan tali pinggang memang dah jadi teman setia. sanggup kena pukul dari pergi sekolah. sebenarnya bukan susah pun terus je la pergi dari kena tibai. kan3. degil la katakan...kadang-kadang sembunyi bawah meja makan. apa barang setakat meja makan. confirm la ayah jumpa..

3. pergi sekolah ingatnya nak main jek. sebelum beratur masuk kelas pergi hujung padang main kat sana, waktu rehat tempatnya di tepi astaka. nak balik jek tak boleh main nanti kena tinggal van balik jalan kaki tapi kadang-kadang lepak kat kedai makcik jual jajan depan sekolah... pernah satu hari syok sangat main kejar-kejar pakai baju kurung tetiba baju tu rabak kat bahu. tapi selamba masuk kelas baju rabak. apa kesah. sampai rumah cakap ngan ibu baju tu dah reput... berkerut seribu dahi ibu dengar alasan tu... memang tak masuk akal..

4. selalu datang sekolah awal. biasalah budak baik.. banyak kerja nak buat.. kerja math, bm, agama semua kena cari sumber bertauliah tu nak copy n paste. takut tak sempat buat loceng dah bunyi.. memang kena jalan itik pusing blok.

5. hujung tahun sebelum cuti silibus dah habis kitorang boleh bawa mainan dalam kelas. monopoli, chess, dam, batu seremban, ceper dan pelbagai lagi. masa tu sayalah otai dam haji. sapa terer jomla masuk gelanggang. ada sekali lawan ngan member kat dalam kelas. dalam yang menyaksikan tu adalah sorang penonton ni bising sangat mulut dia nak tunjuk-tunjuk jalan mana. saya cakap selow n steady, tolong jangan ganggu kefokusan member tu. 2-3 kali saya talk dia tak layan.. nah kau!! sedas penumbuk saya bagi.. terdiam terus lalu terduduk dia disitu.. lalu perlawanan terhenti disaat dan ketika itu.. sekali kan sekarang budak lelaki yang kena penumbuk sulung tu jadi jiran depan rumah daaaa.... seumur hidup malu lorr saya nak tegur...

6. buku kena lempar dalam tong sampah, kena rotan sampai rotan tu patah, kena jalan itik satu sekolah tu semua perkara biasa sebab saya seorang budak yang sangat rajin menyiapkan kerja sekolah yang berlambak-lambak..

7. berpunca dari "keramahan" saya berkawan dengan semua orang. saya juga pernah bergaduh manja dengan sorang budak lelaki. sampai dia sendiri tak tahan dengan saya lalu mengambil keputusan untuk mencabut brek basikal saya di waktu kelas malam. dan tanpa saya sedari, perjalanan pulang saya pada malam itu memang penuh pancaroba. lalu esoknya kami berdua dipanggil mengadap menyampaikan sepatah dua kata lalu menerima sedas dua dari GPK HEM..

itu semua cerita di sekolah rendah. walaupun saya begitu baik tapi sebenarnya saya merupakan  seorang pengawas yang pernah dianugerahkan Anugerah Pengawas Sahsiah Terbaik. giler la.. sungguh terharu kan.. memang insaf lalu saya telah bertafakur menjadi seorang yang mempunyai masa depan dan akhirnya untuk memperbetulkan sedikit sahsiah diri, saya melanjutkan pelajaran menengah di asrama SMKA. hehehe.. dan.. sebenarnya kenakalan saya tidak terhenti disitu...... dah panjang sangat entry ni, nanti semua pun naek bosan, jadi saya tinggalkan anda seketika... hehehe.. have a wonderful saturday!

inilah wajah insan yang melakukan aktiviti diatas.. err... kot tu sebenarnya terlampau besau untuk saya.. hehehe..

Friday, September 03, 2010

2
Lagu Dholu-dholu


masih ingat lagi lagu nie? dulu masa kecik-kecik.. hobi paling diangkat ke langit ialah melalak di dalam bilik air. toilet masa tu confirmla kat luar rumah. apa kesah orang nak kutuk sedap ke tak. sambil cedok air dalam kolah sambil tu sedas dua saya hentam rangkap lagu memecah hening suasana. kasi testing suara yang lunak plus nyaring. masa tu dato'siti ni muda-muda lagi macam dlm klip video tu. kalau tak lagu ni hentam lagu cindai, pastu tkar siaran lagu awallah dondang dari noraniza idris plak. fulamak.. etnik kreatip habis kan~~ sekarang.. lau suh saya nyanyi untuk orang lain dengar memang tidak lah~~~~~

remark: lagu ni mmg mantap oh lirik dia.. hakhakhak

6
Nakalkah Saya? - Sebelum Tadika

Salam 24 Ramadhan dan salam berbahagia semua...

lebih kurang 6 hari lagi kan 1 syawal bakal menjelma. blogger-blogger dah sibuk menyiarkan entry-entry persiapan raya. meriah betul dunia blogger ni dengan rencana dan sisipan anda. yang paling prihatin dan caring ialah blogger yang menyiapkan entry peringatan musim perayaan. semoga kita semua saling mengingat dan mengingati. errr... tapi entry saya kali ni tiada kena mengena langsung dengan perayaan ni. saja jak bg introduction sepatah dua ayat pasal perayaan.

semalam review balik gambar-gambar masa jadi kanak-kanak riang. bila mengimbau lalu terkenang saat dan ketika itu terasa diri ini nakal plak. anda pernah terfikir tak bagaimana keadaan dunia zaman kecil anda? bila saya fikir-fikir balik boleh buat gugur la rambut atok bela saya dulu sebab sampai darjah 1, atok jaga saya coz ibu dan ayah bekerja ketika itu. saya rasa saya nakal sikit jek almaklumlah budak-budak tak cukup umur, tapi saya tak tahu bagaimana anda menilainya. mungkin ada yang lebih nakal atau yang lebih baik dari saya..

1. saya suka ikut atok pergi menoreh getah sebab.... bila atok leka cari mangsa-mangsa pokok getahnya saya pun akan leka menghilangkan diri mandi di perigi sampailah atuk pening cari cucu bertuah dia ni menghilang ke mana.

2. masa mula-mula dapat adik saya tak berapa suka almaklumlah kena jaga adik kat rumah tak boleh ikut atuk lagi. adik plak tyme tu bantai nak melalak je (budak kecik lagi, biasala tu). sampai satu hari naik geram saya dengan dia. saya hayun buai dia kuat-kuat sampai terbalik buai dan isinya apa lagi melalak sampai takde bunyi adik tu. memang cari nahas, nasib baek atok tak toreh pisau getah tu kat saya. dan dengan selamba saya salahkan adik lalu terus berlalu pergi.. hakhakhak.. sory sis.. sekarang saya baik kan... ngeee..

3. diusia 5 tahun dapat naik basikal beroda dua dari beroda tiga memang cukup power bagi saya. ayah cakap kalau nak suruh ayah buka roda kiri kanan tu kena belajar dulu pakai roda sebelah. tak true la ayah lau guna roda sebelah jek baik xyah guna 2-2 roda. pakat ngan sorang makcik pinjam basikal dia. nak tunjuk power punye pasal, sebat turun bukit giler bapak curam, nak dijadikan hal makcik lupa nak gitau yang basikal takde brek.. errr.. tanpa segan silu, saya terjunam di tepi pokok getah. syok habis!

4. sungai di bawah jambatan itu cukup jernih dan sejuk airnya. sepanjang hari berendam sampai kulit naik berkedut pun tarak hal punye. melainkan ayah yang datang cari, kalau tak naik memang cari nahas.

5. suka lepak-lepak kat pangkin depan rumah sebab, anak jiran sebelah suka jalan-jalan naik motor (lelaki okey). sekali lalu sekali fliying kiss saya bagi. kalau seploh kali? kecik-kecik dah menggatal.. (sekarang lau balik kampung sumpah memang saya tak akan toleh rumah tu lagi)

6. sebagai anak perempuan sulung, ibu dan ayah suka bagi saya barang kemas comel-comel. macam rantai, anting-anting, gelang.. tapi... saya la paling bermurah hati menyedekahkan kepada orang ramai.. setiap barang kemas mesti ada yang tercicir. last-last dorang pun naik fed-up dapatlah anting-anting 5 hinggit jek. tu pun sebab takut lubang tindik ilang...

ni sebahagian kisah saya sebelum masuk tadika.. untuk yang seterusnya saya story mory di entry lain ye.. nanti korang pun naik bosan baca entry panjang-panjang. kan3..



ni gambar saya masa kecik-kecik tu. semua cerita di atas dilakonkan oleh wajah ini.. hehehehe


Friday, July 30, 2010

2
Saya Dia Dan Basikal

Salam ceria semua.. hello cik panda.. masih membuat review disini?? thanks a lot dear! dah dekat 4 hari xupdate pape kan.. tetiba minggu ni rs bz plak.. bz apa? bz upload gambar kat fb, download lagu.. hehehe.. uit! my beloved balik taw minggu ni. syoknyer semalam dah lepak sekali esok plak nak g lepak CS.. ngeh3.. but.. without my lovely sebab dia kna g camping.. sory sis.. kali ni tyme kami lepak ntuk mereka2 yg sudah tamat persekolahan sahaja... jgn mare~~ tetiba hr ni terasa nak wat review kenangan saya dia (kak aina) dan basikal kami..


and now... the story begin...

masa kecik2 dulu pahamla2 dua-dua memang terejal. rumah kami dulu bawah bukit ckit la, lau naik basikal kayuh naek bukit memang longgar kepala lutut tp lau turun bukit korang boleh siap bersila lagi kat palang tengah tu. syok je dapat angin. nak dijadikan cite ibu suh kami pergi kedai beli pampers adik. pampers dah la besar nak bawa naik basikal. dia ni punyela degil nak ikut juga. yela.. dak kecik g kedai runcit mamak pun nak ikut, macam boleh shoping baju kat sane. dah dia nak ikut juga, angkut jela kan dok belakang. balik jawabnyer dialah yang kena peluk pampers sebesar lebih kurang macam dia... haaaa..... part seterusnya ni memang teruja hbs nak bercerita ni... hahahaha

nak dijadikan cite, sedang syok turun bukit dengan angin bertiup sepoi2 ke muka, tetiba jek anjing dalam rumah nyonya kat tepi jalan tu dok menyalak-nyalak kat kami. walaupun dalam rumah yang berpagar tapi lau anjing sebesar badan sendiri dengan lagaknye menyalak-nyalak kat kami boleh gegar jantung bai.. almaklumlah kecik lagi masa tu. handle basikal dah bergoyang ikut arah angin dah. yang dia ni kat belakang asyik la dok jerit2 nama saya.. tau ler dia takut saya pun takut juga.. tapi disebabkan saya ni kakak jadi berlagak beranila nak baling batu kat anjing tu.. berani??? mestilah tidak!!! dalam mimpi je la saya buat.. hahaha. ditambah pulak ada sorang akak tu ngah gayut kat pondok tepon tepi jalan dokla jerit2 suh saya berhenti. pehal ntah.. anjing dah ngamuk ilang akal apa nak benti! mula saya naik angin dah ckp ngan balak tu xyah la nak panggil2 kami kan... tetiba tanpa saya sedari.....

basikal kami berat taw.. rupenyerrrr..... wow!!!! sekali kaki dia masuk dalam tayar basikal da..! saya nak explain pun xtau caner. yang penting dia pun dah xboleh nak bercakap. saya pun xtau nak watpe. dokla tarik kaki dia kuar dari palang tayar basikal tu... akak tadi bukan nak tolong. tau jerit jek. boleh plak dia sambung gayut.. siot btol! setelah berusaha keras mengeluarkan kaki dia akhirnya berjaya.. dan hasilnya ialah..... selipar dia putus... kulit terkopek(ngeri btol).. berdarah apatah lagi.. tapi yang penting dia memang xnangis... kesian plak tgk dia.. tapi yang best tu, pampers adik ktorg tetap dia peluk.. terharu betol saya. sory sis xsengaja. marah anjing yang bagai nak gila tu. sume sebab dia. ngeeee... perjalanan balik tu saya ni pulak punyela sengal bukan nak kayuh basikal, at least cepatla rescue nak sampai ke rumah kan.. boleh plak saya dok sorong basikal.. memang haruslah darah tu kering sebelum sampai umah... tapi kan saya cakap dia ni memang terer.. kecik punye hal lah sume tu.. ye ker?? hahaha.. no komen!

Related Posts with Thumbnails