Followers

Saturday, September 04, 2010

4
Nakalkah Saya? - Di Alam Persekolahan (sekolah rendah)

salam sabtu semua..

suasana perayaan semakin membahang di saat dan ketika ini. apa tak bahang dan membaranya bila masuk bandar, jalan punyerla sesak dengan kenderaan-kenderaan mereka yang mahu bershoping. tu belum bab nak masuk parking... kena kat kota tinggi ni pusing seploh kali pun belum tentu boleh dapat parking. bila dah dapat parking nak masuk kedai atau bazar tak perlu bercerita panjang, bahu bertemu bahu.. confirm boleh naikkan darah. kalau kat shoping kompleks plak DJ dorang sibuk buat pengumuman anak hilang. okey.. ni semua ceritera pasal persiapan raya. saya tinggalkan story ni untuk entry akan datang ok, sebab saya nak hbskan cerita saya sebagai seorang budak baik tu..

ingat lagi entry semalam? sebahagian ceritera saya sebelum melangkah ke sekolah? kali ni saya story mory apa yang saya buat dari mula sekolah tadika sampailah habis spm...

1. sekolah tadika saya budak baik sebab saya selalu siapkan kerja sekolah tepat pada masanya kat rumah kawan lepas habis tadika. sampaikan ibu cari saya tak jumpa kat tadika sebab saya pergi rumah dia tak bagitahu... balik rumah dapat hadiah dari ibu...

2. masuk sekolah rendah saya tak suka pergi sekolah. penat! hanger dan tali pinggang memang dah jadi teman setia. sanggup kena pukul dari pergi sekolah. sebenarnya bukan susah pun terus je la pergi dari kena tibai. kan3. degil la katakan...kadang-kadang sembunyi bawah meja makan. apa barang setakat meja makan. confirm la ayah jumpa..

3. pergi sekolah ingatnya nak main jek. sebelum beratur masuk kelas pergi hujung padang main kat sana, waktu rehat tempatnya di tepi astaka. nak balik jek tak boleh main nanti kena tinggal van balik jalan kaki tapi kadang-kadang lepak kat kedai makcik jual jajan depan sekolah... pernah satu hari syok sangat main kejar-kejar pakai baju kurung tetiba baju tu rabak kat bahu. tapi selamba masuk kelas baju rabak. apa kesah. sampai rumah cakap ngan ibu baju tu dah reput... berkerut seribu dahi ibu dengar alasan tu... memang tak masuk akal..

4. selalu datang sekolah awal. biasalah budak baik.. banyak kerja nak buat.. kerja math, bm, agama semua kena cari sumber bertauliah tu nak copy n paste. takut tak sempat buat loceng dah bunyi.. memang kena jalan itik pusing blok.

5. hujung tahun sebelum cuti silibus dah habis kitorang boleh bawa mainan dalam kelas. monopoli, chess, dam, batu seremban, ceper dan pelbagai lagi. masa tu sayalah otai dam haji. sapa terer jomla masuk gelanggang. ada sekali lawan ngan member kat dalam kelas. dalam yang menyaksikan tu adalah sorang penonton ni bising sangat mulut dia nak tunjuk-tunjuk jalan mana. saya cakap selow n steady, tolong jangan ganggu kefokusan member tu. 2-3 kali saya talk dia tak layan.. nah kau!! sedas penumbuk saya bagi.. terdiam terus lalu terduduk dia disitu.. lalu perlawanan terhenti disaat dan ketika itu.. sekali kan sekarang budak lelaki yang kena penumbuk sulung tu jadi jiran depan rumah daaaa.... seumur hidup malu lorr saya nak tegur...

6. buku kena lempar dalam tong sampah, kena rotan sampai rotan tu patah, kena jalan itik satu sekolah tu semua perkara biasa sebab saya seorang budak yang sangat rajin menyiapkan kerja sekolah yang berlambak-lambak..

7. berpunca dari "keramahan" saya berkawan dengan semua orang. saya juga pernah bergaduh manja dengan sorang budak lelaki. sampai dia sendiri tak tahan dengan saya lalu mengambil keputusan untuk mencabut brek basikal saya di waktu kelas malam. dan tanpa saya sedari, perjalanan pulang saya pada malam itu memang penuh pancaroba. lalu esoknya kami berdua dipanggil mengadap menyampaikan sepatah dua kata lalu menerima sedas dua dari GPK HEM..

itu semua cerita di sekolah rendah. walaupun saya begitu baik tapi sebenarnya saya merupakan  seorang pengawas yang pernah dianugerahkan Anugerah Pengawas Sahsiah Terbaik. giler la.. sungguh terharu kan.. memang insaf lalu saya telah bertafakur menjadi seorang yang mempunyai masa depan dan akhirnya untuk memperbetulkan sedikit sahsiah diri, saya melanjutkan pelajaran menengah di asrama SMKA. hehehe.. dan.. sebenarnya kenakalan saya tidak terhenti disitu...... dah panjang sangat entry ni, nanti semua pun naek bosan, jadi saya tinggalkan anda seketika... hehehe.. have a wonderful saturday!

inilah wajah insan yang melakukan aktiviti diatas.. err... kot tu sebenarnya terlampau besau untuk saya.. hehehe..

4 comments:

Hairil Rizal said...

Anis,
Err.. agak ganas juga insiden menumbuk org iteww. Tambah plak dgn insiden bargaduh dgn budak yg sekarang anak jiran. Hahaha!

Warlord dulu sekolah rendah pon pernah tumbuk orang sbb itu orang ejek Warlord jalan mcm robot!

ct cheery said...

face nampak suci ja cm budak baik tapi nakal upanya..hohoho xpe udak nakal nie cerdik sebenarnya

nadzirah aqilah said...

hairil rizal:
hehehe.. agak ganas gak la.. tapi sekarang dah jadi perempuan melayu terakhir.. hakhakhak..

ct cheery:
amin... kiter serupa kan3... hehehe

ct cheery said...

yup..kita mmang serupa tp xseiras kihkih

Related Posts with Thumbnails