Followers

Friday, September 03, 2010

6
Nakalkah Saya? - Sebelum Tadika

Salam 24 Ramadhan dan salam berbahagia semua...

lebih kurang 6 hari lagi kan 1 syawal bakal menjelma. blogger-blogger dah sibuk menyiarkan entry-entry persiapan raya. meriah betul dunia blogger ni dengan rencana dan sisipan anda. yang paling prihatin dan caring ialah blogger yang menyiapkan entry peringatan musim perayaan. semoga kita semua saling mengingat dan mengingati. errr... tapi entry saya kali ni tiada kena mengena langsung dengan perayaan ni. saja jak bg introduction sepatah dua ayat pasal perayaan.

semalam review balik gambar-gambar masa jadi kanak-kanak riang. bila mengimbau lalu terkenang saat dan ketika itu terasa diri ini nakal plak. anda pernah terfikir tak bagaimana keadaan dunia zaman kecil anda? bila saya fikir-fikir balik boleh buat gugur la rambut atok bela saya dulu sebab sampai darjah 1, atok jaga saya coz ibu dan ayah bekerja ketika itu. saya rasa saya nakal sikit jek almaklumlah budak-budak tak cukup umur, tapi saya tak tahu bagaimana anda menilainya. mungkin ada yang lebih nakal atau yang lebih baik dari saya..

1. saya suka ikut atok pergi menoreh getah sebab.... bila atok leka cari mangsa-mangsa pokok getahnya saya pun akan leka menghilangkan diri mandi di perigi sampailah atuk pening cari cucu bertuah dia ni menghilang ke mana.

2. masa mula-mula dapat adik saya tak berapa suka almaklumlah kena jaga adik kat rumah tak boleh ikut atuk lagi. adik plak tyme tu bantai nak melalak je (budak kecik lagi, biasala tu). sampai satu hari naik geram saya dengan dia. saya hayun buai dia kuat-kuat sampai terbalik buai dan isinya apa lagi melalak sampai takde bunyi adik tu. memang cari nahas, nasib baek atok tak toreh pisau getah tu kat saya. dan dengan selamba saya salahkan adik lalu terus berlalu pergi.. hakhakhak.. sory sis.. sekarang saya baik kan... ngeee..

3. diusia 5 tahun dapat naik basikal beroda dua dari beroda tiga memang cukup power bagi saya. ayah cakap kalau nak suruh ayah buka roda kiri kanan tu kena belajar dulu pakai roda sebelah. tak true la ayah lau guna roda sebelah jek baik xyah guna 2-2 roda. pakat ngan sorang makcik pinjam basikal dia. nak tunjuk power punye pasal, sebat turun bukit giler bapak curam, nak dijadikan hal makcik lupa nak gitau yang basikal takde brek.. errr.. tanpa segan silu, saya terjunam di tepi pokok getah. syok habis!

4. sungai di bawah jambatan itu cukup jernih dan sejuk airnya. sepanjang hari berendam sampai kulit naik berkedut pun tarak hal punye. melainkan ayah yang datang cari, kalau tak naik memang cari nahas.

5. suka lepak-lepak kat pangkin depan rumah sebab, anak jiran sebelah suka jalan-jalan naik motor (lelaki okey). sekali lalu sekali fliying kiss saya bagi. kalau seploh kali? kecik-kecik dah menggatal.. (sekarang lau balik kampung sumpah memang saya tak akan toleh rumah tu lagi)

6. sebagai anak perempuan sulung, ibu dan ayah suka bagi saya barang kemas comel-comel. macam rantai, anting-anting, gelang.. tapi... saya la paling bermurah hati menyedekahkan kepada orang ramai.. setiap barang kemas mesti ada yang tercicir. last-last dorang pun naik fed-up dapatlah anting-anting 5 hinggit jek. tu pun sebab takut lubang tindik ilang...

ni sebahagian kisah saya sebelum masuk tadika.. untuk yang seterusnya saya story mory di entry lain ye.. nanti korang pun naik bosan baca entry panjang-panjang. kan3..



ni gambar saya masa kecik-kecik tu. semua cerita di atas dilakonkan oleh wajah ini.. hehehehe


6 comments:

Hairil Rizal said...

Seronok bila ingat balik kisah sendiri masa kecik-kecik. Rasa nk ulang balik pun ada.. rasa nak taknak ulang balik pun ada.

Anyway, gambar masa kecik tu.. masih ada rupa tu sampai la da besar nie. Tak banyak berubah sangat pun.

OrkidscyL said...

Nakalkah saya?
Jwpan: Ya tp xlar nakal sgt.
Best plak bla ingat znm2 kgemilangan itu kan..hehe

kelana fana said...

cute lah anis posing dlm gambar tu.. senyum tu yg mahal tu.. nampak natural.. :)

nadzirah aqilah said...

hairi rizal:
betol la tu kdang-kdang ada perkara yg memalukan diri sendiri tu xlarat la nak ingat balik. hehehe. sama ek gambar anis? cute x? hohohoho

orkidscyl:
ya cyl.. syok dpt recall balik kenangan ni.. kadang2 rasa nak kembali ke masa lalu. buat apa pun org tak kisahkan.. (*__*)

kelana:
errr... malu plak.. jgn puji lebih.. hikhik

|| NaFiRaa || said...

tengok gambar pon dah nampak muka nakal.. muehehe

nadzirah aqilah said...

nafira:
hehehe.. nakal sikit la...

Related Posts with Thumbnails