Followers

Showing posts with label Happy. Show all posts
Showing posts with label Happy. Show all posts

Wednesday, March 09, 2011

8
Mereka dan Saya - Part 1

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

dah puas tengok gambar? rilek dulu.. ada lagi maaa.... hehehe.. kalau waktu kenduri kawen, memang perkara wajib untuk seorang photographer snap gambar yang bermodelkan mempelai tu sendiri. tak pun berasaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan majlis tersebut.. tapi bagi saya, sebenarnya bukan kemeriahan majlis itu sahaja yang membuat saya teruja tapi disebabkan adanya insan yang bernama kanak-kanak.. 

tanpa mereka memang kurang 'umph' sesuatu majlis tu... sape yang nak lari-lari sana sini, yang nak kejar bunga manggar, sape yang nak excited bila dengar kompang dipalu, sape lagi kan kalau bukan mereka... jadi, sebenarnya banyak juga gambar yang saya sempat snap bermodelkan kanak-kanak riang nie.. memang terasa sweeetttt sangat.. jadi apa lagi? jom usha gelagat dorang....






bukan nie je taw! ada banyak lagi gambar mereka yang nak saya kongsikan.. wait for next entry taw2!!!!!!! salam sayang ntuk semua.. muah3!!

dari papan kekunci: saya bukan seorang photographer profesional jadi gambar pun biasa2 je... hehehe...

Tuesday, February 22, 2011

12
Bomba dan Latihan Kebakaran

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

sewaktu di zaman persekolahan, latihan kebakaran adalah suatu perkara yang paling menyeronokkan. kamu tahu kenapa? bukan sebab dapat usha abang-abang bomba yang datang mahupun dapat tengok pertunjukkan atau aksi-aksi memadamkan kebakaran tapi ialah disebabkan bila latihan kebakaran diadakan waktu pembelajaran, paling busuk pun waktu kelas akan tergendala antara sejam atau dua jam. kalau nak lagi lama, korang boleh praktis jalan itik plus lenggang mak limah sikit bergerak ke kawasan berkumpul. paling kurang pun korang akan kena bebel sikit je. tapi make sure yang ketika itu adalah latihan kebakaran dan bukannya kebakaran yang sebenar. 

itu cerita bila latihan kebakaran dibuat waktu persekolahan, tapi kalau untuk kawasan asrama? siyes akan ada orang yang standard tido tak boley diganggu tu akan rasa macam nak tuuuuuttttt je. almaklumlah.. waktu tido diwaktu malam adalah sangat berharga inikan pula diganggu dengan perkara-perkara yang membuatkan anda tak tentu hala di tengah-tengah malam. tapi sebenarnya ini adalah waktu yang paling bahagia bagi kami. anda tau kenapa? waktu ini lah anda akan lihat segala 'makhluk-makhluk' yang tersembunyi... yang cucu-cicit mak lampir nya lain, yang berselubung dengan selimutnya lain, yang tepek bedak sejuk 10inchi nya lain dan yang paling rasa macam nak bagi kaki ialah jenis yang tido mati punye!! sebab apa keturunan ini membuatkan kita semua naik angin? sebab.. bila mereka lewat turun, maka akan lewat jugaklah perhimpunan latihan kebakaran ini akan habis dan berkuranglah waktu tido yang amat berharga itu. 

nampak bukan perbezaan latihan kebakaran waktu persekolah dan waktu asrama? tapi waktu di asrama, satu benda yang korang seboleh-bolehnya kena elak lakukan ialah membuka mulut ataupun sangap standard blue hyppo tu!!! (ini pesanan untuk sesetengah pelajar yang mulutnya harum lain macam, almaklumlah, kalau waktu kecemasan macam nie, kalau korang sempat berus gigi atau sembur perfume satu botol, memang satu lagi keje yang giler, andai kata kebakaran betol berlaku dan anda melakukannya maka .................)

tapi sebenarnya anda tau, bila setiap latihan kebakaran anda ialah penonton setia sebenarnya anda tidak akan rasa keterujaaan sebenar berjumpa dengan pasukan bomba. anda mahu lihat keterujaan sikit punya real oleh sorang member nie? sekali pandang macam kanak-kanak tadika pergi lawatan ke balai bomba, tapi kalau tgk paras rupa mcm orang ada masalah mental pun ada...... 







unbeliavable?? believe it................... so.... bagi yang spesis sama macam member nie, kalau satu hari korang terlibat dengan latihan kebakaran, serbulah kereta bomba tersebut dan nikmatinya jika anda tidak mahu digelar JAKUN macam member kita diatas tu......................... haissshhh.. ish3.. 

dari papan kekunci: lokasi member ini berada ialah di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Kota Tinggi dan bukannya di Balai Bomba.... peace!

Wednesday, February 16, 2011

27
Entry Ringkas

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

pesanan dari tuan tanah.. ini adalah entry yang paling ringkas dan pendek yang pernah terhasil dalam sejarah blog  ini.. diharap penyampaiannya cukup sempurna dan difahami oleh semua lapisan masyarakat...... tuan tanah hanya ingin mengatakan............................................








SAYA BAHAGIA JIKA ANDA BAHAGIA












dari papan kekunci: hihihihi.... (^__^) oh ya.. rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Maulidurasul untuk semua.... oryte.. blogwalking tyme.. lalalalalalalalalala

Wednesday, January 26, 2011

9
Game Oh Game

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..

siapa kat cni suka main game? angkat tangan!!! saya!! saya!!! bagus.. game apa korang main? game masak-masak? counter strike? Zuma? atau game penyiasatan?? kalau nadz sume game nadz main.. boleh tahan game addicted la.. kalau dulu semua game di fesbuk nadz layan. selagi ada org request game baru nadz tarah pergi join.. bila dah up level jadi tinggi memang satu kebanggan besooo bagi nadz. hohoho.. tapi sekarang selepas satu peristiwa nadz telah mendeactivekan fesbuk nadz untuk seketika, dah jarang nadz lawat segala 'belaan' nadz di fesbuk. kesian jugak kat dorang sume dah tak terurus... tapi tadi tiba-tiba nadz terpandang request game nadz yang berjuta-juta lemon (okey bohong)

huhuhu.. nak tau apa yang menjadikan request nie macam nie? cekidout!!

game pertama: Pet Society
ini haiwan belaan nadz, nama dia Lu'Lu.. rumah Lu'Lu dah ada 6 bilik dengan 2 taman depan dan belakang. ini salah satu bilik yang dijadikan bilik tidur Lu'Lu. sian dia lapar mungkin, tu yang tido jek. currently, Lu'Lu berada di level 24, mungkin tidak akan bertambah.. hahahaha

game kedua: FarmVille
yang ini mesti femes jugak kan, FarmVille nadz.. habis dah semua tanaman ada yang layu. tapi pumpkin nadz elok lagi kan. masalahnya demi nadz mengutip segala benda memang haram malas.. hahaha. lembu pun dah menghasilkan susu, ayam dah bertelur, pokok dah menghasilkan buah.. adoiiyaii.. ada sesiapa nak membantu? ladang besar mcm ne mana larat nak uruskan sorang.. hahahaha.. currently FarmVille nadz berada di level 26... next..

game ketiga: Restaurant City
ini plak game paling latest nadz pernah main di fesbuk, 4 orang dah tukang masak dengan 2 waiter. tapi sampai kesudah baru level 13. memang tidak berkembang.. kui3..

game keempat: Sorority Life
ini pun salah satu game terawal nadz main. nama nadz dalam game nie memang malatop mak!! nampak tu Hotzumi Clavier!!! hebat tak?? Hot kan.. hahaha.. mantap x mantap la nadz main benda nie dah level 55, tapi nak sambung balik tak pulak berminat.. weeeeee..... pssss... nampak x, sweetheart Hotzumi ni dah lari.. hahaha.. sape suh tak jaga betol2.. padan muka!

game kelima: FishVille
yang nie ikan belaan nadz. dengan 4 tank dan level ke 24, memang tidak mampu untuk menjaga ikan-ikan nadz. nampak tak ada yang dah mati dah tu. terapung2 lagi... yang idop mengharapkan bantuan ubat untuk kembali pulih.. kalau ikan betol nie memang kejam kan nadz. menganiaya binatang.. ngeh3..

game keenam: Cafe World
ini special ckit.. sape nampak nama cafe nadz? Itadaikimasu Cafe!! menarik tak? menarik kan... tapi sampai level 32 je.. dapur dah ada 8 tapi makanan takde. camana nak maju?? jap lagi confirm gulung tikar...

game ketujuh: ZooVille
ini plak Zoo Ville.. jangan jeles nadz ada zoo sendiri.. hahaha.. tapi hanya mampu dijaga hingga level 19 je dan sekurang-kurangnya nadz dah ada 3 tapak zoo.. hebat tak???? 

game kelapan dan kesembilan: Mafia wars n unknown
alamak.. kali nie nadz takde gambar sebab dah lama nadz tak main.. sampai dah lupa.. Mafia Wars.. mesti ada yang main kan.. yang unknown tu sebenarnya satu game yang main battle music ngan group lain. nadz tak ingat nama dia.. hahaha..

haaaaa.... camana.. banyak kan tertunggak.. tak taula bila nadz nak bela semua benda2 nie. tapi nampak gayanya sampai kesudah memang terabai.. sebenarnya... bukan nadz malas nak layan game2 ne, tapi secara betolnya, nadz dah malas nak layan game di fesbuk (korang rasa tak ayat ni bingung ckit). sebab ianya hanya boley dimainkan bila ada internet. tapi bila internet lembap, siyes.. dosa mulut itu akan bertambah bak gunung ledang.. dan sekarang, masa terluang nadz habis dengan beralih arah main game di komputer. habis satu game pergi kedai game, cari CD game yang masyuk2.. n then ngadap game sampai habis.. memang puas!!!

dari papan kekunci: tiba-tiba rasa macam nak deactivekan balik fesbuk.. ada kena mengena ke ek? hahaha

Friday, January 21, 2011

24
Semalam Yang Hangat

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera, Salam satu Malaysia (wah.. panjang pule mukadimah hari ni)

ingat lagi entry nadz hari rabu yang lepas? ada yang cuba mentafsir siapa yang nadz excited sangat nak jumpa. nak tahu siapa?? 

insan yang amat-amat nadz rindui
insan yang banyak menghangatkan hari-hari nadz
serta insan yang nadz anggap sebagai adik beradik nadz sendiri
insan ini adalah insan yang lebih nadz sayang dari seorang kekasih

hampir 70% mengatakan i have a dated with my boyfriend.. i wish.. tapi itu tidak akan berlaku kerana saya adalah single (sesi mempromote diri disini.... hahaha) makanya tekaan anda adalah salah!!!!! insan yang nadz maksudkan ialah mereka!!!!!!

 sila abaikan model tak bertauliah yang berbaju coklat tu okey....

 nadz, lya, liyana n ekeen...

 korang nak tau simbol tangan kat mata tu sape yang start buat????? cekidaout gambar kat bawah....

 taraaaaaaaa... ini lya, rumet nadz di UTM selama 3 taun.. nadz xpasti sama ada ni style baru dia amik gambar ke apa.. tapi smalam kebanyakan posing lya mesti ada style tu.. stylo x? hahaha



yang ada di gambar ialah:
Lya - my Wonderful rumet for 3 years at UTM 
Lyana n ekeen - currently continued their master study at UTM 
yang tidak dapat menghadirkan diri:
cekda - bakal mendirikan rumah tangga, InsyaAllah bulan 3 ni
leha - yang berada di kampung halaman beliau di Keningau, Sabah
nana - bekerja di KL atas faktor jarak beliau juga tidak dapat menghadirkan diri

Sahabat Selamanya.. Semoga Ukhwah yang terjalin ini akan kekal hingga ke akhir hayat.. Amin.. 
LOVE U!!!

Tazkirah Jumaat: Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran, janganlah kamu berpecah belah, andai terdapat perselisihan faham, rujuk Al-Quran dan InsyaAllah selesai masalah.. (ayat ini selalu digunakan di sekolah dulu.. (^__^)

Friday, January 14, 2011

14
What A Beautiful Friday

assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

nadz tak nak tulis entry panjang bagai..
berjela-jela mencecah lantai..
yang macam selalu nadz buat..
tapi nadz cuma nak bagitau kat semua..
today is a Wonderful Friday!!!
u noe what??
I Got A Beautiful Kiss from one lovely women..

mesti ada yang konfius apsal nadz bahagia sangat dapat kiss dari kaum sejenis, nadz perempuan sejati okey, tulen lagi.. this morning, nadz tolong anak dia sediakan dokumen mohon perceraian di Mahkamah dan dalam masa yang sama dah nak dekat lunch (memandangkan hari ni jumaat, so waktu kaunter mahkamah tutup adalah awal berbanding biasa). n then makcik nie nak urgent sebab dia perlu berpatah balik ke JB semula untuk urusan lain yang perlu diselesaikan. nadz no problem secepat yang nadz termampu nadz bantu siapkan. keje-keje lain nadz tolak tepi sementara waktu. bila dah selesai semuanya ngam2 waktu yang diperlukan. dia punya bahagia sampai dia peluk nadz, n then kiss pipi nadz. 

mula-mula tergamam gak. terpaku plus spechless nadz kat situ. tapi lepas tu dia cakap muka nadz ada macam muka anak buah dia dan dia amat-amat berterima kasih sebab nadz sudi membantu. yang buat nadz gembira bukan sebab dapat kiss ngan pelukan tu.. tapi nadz rasa bangga, sebab selama beberapa bulan nadz keje di sana inilah kali pertama seorang klien betul-betul menghargai bantuan nadz. bukan tiada, ada, cuma kebanyakannya cuma bersikap acuh tak acuh malah ada yang mengherdik nadz. its okey, nadz tak kisah mungkin mereka dalam keadaan tertekan ketika itu. tapi kali ni, this wonderful klien make me feel lucky.. sebabnya nadz tahu sekurang-kurangnya selama ini dalam diam nadz sudah membantu ramai orang yang menghadapi masalah rumah tangga... even i'm not married n still single.. Terima kasih ya Allah kerana memberikan rasa itu.. (^__^)


dari papan kekunci: ibu ayah nadz selalu pesan biar orang sakitkan hati kita tapi jangan sesekali kita menyakitkan hati orang.. 

Related Posts with Thumbnails