Followers

Tuesday, February 22, 2011

12
Bomba dan Latihan Kebakaran

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

sewaktu di zaman persekolahan, latihan kebakaran adalah suatu perkara yang paling menyeronokkan. kamu tahu kenapa? bukan sebab dapat usha abang-abang bomba yang datang mahupun dapat tengok pertunjukkan atau aksi-aksi memadamkan kebakaran tapi ialah disebabkan bila latihan kebakaran diadakan waktu pembelajaran, paling busuk pun waktu kelas akan tergendala antara sejam atau dua jam. kalau nak lagi lama, korang boleh praktis jalan itik plus lenggang mak limah sikit bergerak ke kawasan berkumpul. paling kurang pun korang akan kena bebel sikit je. tapi make sure yang ketika itu adalah latihan kebakaran dan bukannya kebakaran yang sebenar. 

itu cerita bila latihan kebakaran dibuat waktu persekolahan, tapi kalau untuk kawasan asrama? siyes akan ada orang yang standard tido tak boley diganggu tu akan rasa macam nak tuuuuuttttt je. almaklumlah.. waktu tido diwaktu malam adalah sangat berharga inikan pula diganggu dengan perkara-perkara yang membuatkan anda tak tentu hala di tengah-tengah malam. tapi sebenarnya ini adalah waktu yang paling bahagia bagi kami. anda tau kenapa? waktu ini lah anda akan lihat segala 'makhluk-makhluk' yang tersembunyi... yang cucu-cicit mak lampir nya lain, yang berselubung dengan selimutnya lain, yang tepek bedak sejuk 10inchi nya lain dan yang paling rasa macam nak bagi kaki ialah jenis yang tido mati punye!! sebab apa keturunan ini membuatkan kita semua naik angin? sebab.. bila mereka lewat turun, maka akan lewat jugaklah perhimpunan latihan kebakaran ini akan habis dan berkuranglah waktu tido yang amat berharga itu. 

nampak bukan perbezaan latihan kebakaran waktu persekolah dan waktu asrama? tapi waktu di asrama, satu benda yang korang seboleh-bolehnya kena elak lakukan ialah membuka mulut ataupun sangap standard blue hyppo tu!!! (ini pesanan untuk sesetengah pelajar yang mulutnya harum lain macam, almaklumlah, kalau waktu kecemasan macam nie, kalau korang sempat berus gigi atau sembur perfume satu botol, memang satu lagi keje yang giler, andai kata kebakaran betol berlaku dan anda melakukannya maka .................)

tapi sebenarnya anda tau, bila setiap latihan kebakaran anda ialah penonton setia sebenarnya anda tidak akan rasa keterujaaan sebenar berjumpa dengan pasukan bomba. anda mahu lihat keterujaan sikit punya real oleh sorang member nie? sekali pandang macam kanak-kanak tadika pergi lawatan ke balai bomba, tapi kalau tgk paras rupa mcm orang ada masalah mental pun ada...... 







unbeliavable?? believe it................... so.... bagi yang spesis sama macam member nie, kalau satu hari korang terlibat dengan latihan kebakaran, serbulah kereta bomba tersebut dan nikmatinya jika anda tidak mahu digelar JAKUN macam member kita diatas tu......................... haissshhh.. ish3.. 

dari papan kekunci: lokasi member ini berada ialah di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Kota Tinggi dan bukannya di Balai Bomba.... peace!

12 comments:

mykhalis said...

mesrenye ngan abg bombe..

khairul hisyam said...

nanti boleh jadi adik bomba. hehe

CahayaCintaIlahi said...

wah sonoknye die menjalani latihan kebakaran ni hehe teringatlah cahaya masa zaman chy kat plkn dulu ade gak macam ni hehe.. ;)

ghost writer said...

rajin Nadz nih join sukarelawan ek..

bagus2.

agak2 kalau Nadz yg pegang hos tuh masa nak sembur air,leh bertahan ke idak nih.hihi

Uchi kay-f @hmad said...

uik seronoknye tgk cik nard!

Encik MamaT said...

ada gaya jadi bomba.. hahaha

krole said...

wuahhh!!bestnye dia~ngeee...

nadzirah aqilah said...

@mykhalis:
mesra manja ckit2 je.. hehehe

@khairul hisyam:
yezzaaa....

@cahayacintaIlahi:
erkk.. masa kat PLKN xdela la plak atau sya yg dh lupa? hahaha

@ghost writer:
hmm. errr... rasanya dgn nadz sekali melambung.. hahaha

nadzirah aqilah said...

@uchi:
yg plg bergembira.. hahaha..

err... kf.. sya x dpt pergi blog kf la... nape ek?

@encik mamat:
iya ke? boleylah lepas nie apply.. hikhik

@krole:
tengok muka bahgia pun tau kan... hikhik

dotblogspotdotkom said...

nape panggil kete bomba?.... nape tak panggil lori bomba... tu kan bukan kete... huhuhuhu

nadzirah aqilah said...

@dotblogspotdotkom:
errkk.. ye la kan.. hahaha.. dush3.. maluu..

Uchi kay-f @hmad said...

oh pesalnye blog dibawak tidur..jgn marah arr...skrg dah ok dah,sile jgn segan2 iyer Daa.......

Related Posts with Thumbnails