Followers

Wednesday, January 12, 2011

10
Sensitiviti Sebuah Perbuatan

Assalammualaikum w.b.t dan dalam sejahtera,

ini bukan cerita pasal kontroversi Juara AJL ke 25 atau kisah bau-bau hangit mengatakan Facebook akan ditutup. tapi ini kisah mengenai sensitiviti sesuatu perbuatan yang melambangkan isi hati yang tersirat. orang cakap terlajak perahu boleh diundur kembali tapi terlajak kata buruk padahnya. ditekankan disini bukan kata-kata sahaja yang bleh mewujudkan lahirnya sensitiviti tapi perbuatan juga begitu.. nadz kongsi satu cerita, semoga akan jadi pedoman dan ingatan untuk semua dan yang paling penting untuk jejakan tampan dan gadis cantik di luar sana..

melalui kawan nadz, dia berkenalan dengan seorang jejaka tampan dan kacak tapi malangnya bagi nadz tampan dan kacak hanya dari fizikalnya sahaja. tiada langsung keindahan terpamer dari dalamannya. hasrat hati ingin mencari teman hati. sampai satu tahap si jejaka tampan tadi berhasrat untuk melihat foto teman nadz. dengan cara yang lebih mudah, teman nadz telah memberikan nama facebook beliau kepada jejaka tampan tersebut. entah dimana silapnya, selepas pertukaran akaun facebook tersebut, si jejaka tampan tadi terus tidak menghubungi teman nadz tanpa memberikan kata putus. nadz kira mungkin si jejaka tadi tidak selesa dengan perwatakan atau penampilan teman nadz. dengan merendah diri teman nadz meluahkan isi hatinya kepada nadz yang malu dan merasa merendah diri diperlakukan seperti itu. nak kata teman nadz ne sosial tidak pula ada gambarnya seksi dan berkelakuan sumbang di mata kita, bagi nadz dia memang cukup sempurna cuma nadz akui, teman nadz kulitnya tidaklah secantik dan semulus Lisa Surihani tapi sekurang-kurangnya perlukah dia ditolak bulat-bulat sebegitu?

kalau perkara sebegini masih berlaku ternyata ketampanan dan kecantikan seseorang itu tidak boleh dinilai melalui luaran sahaja. bukankah ianya telah menyebabkan wujudnya rasa tidak yakin dengan diri sendiri oleh pihak yang menjadi mangsa? ternyata bukan mudah untuk kita memberikan yang terbaik dan menyenangkan hati semua pihak tapi sekurang-kurangnya kita boleh berfikir dahulu sebelum bertindak. persoalan yang timbul di dalam lubuk fikiran nadz bukan mengenai kisah pencarian si jejaka yang mahu mencari teman hidup. tapi jika si jejaka tampan tersebut merasakan bahawa teman nadz tidak sesuai untuk dirinya salahkah untuk menjadi sahabat?? cuba berfikir positif mungkin atas sebab lain jejaka tadi menjauhkan diri. ini pendapat nadz, mungkin anda juga ada pendapat anda sendiri. tepuk dada tanyalah hati.. ahaks~~

dari papan kekunci: bila nadz dengar cerita teman nadz nie tiba-tiba rasa takut plak nak pampang gambar nadz mana tau dalam diam ada yang mengutuk, isi hati orang siapa tahu kan.. hahaha.. mungkin lepas nie nadz letak gambar-gambar 'backstage' macam gambar atas tu.. itulah kekasih baru nadz lepas kekasih lama ilang kena curi kat opis!!! lagi cantik dari letak gambar muka yang menggedik.. hahahahahaha.. (^__^)

10 comments:

Encik MamaT said...

aiyoo.. ini mcm pun ada ka.. hehe... tapi setiap orang mengakui yang ciptaan Allah itu sempurna dan cantik. tapi mengapa kadang kita tidak dapat menerima...

nadzirah aqilah said...

@encik mamat:
mungkin ada yang tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan.. semoga kita tidak tergolong salah satu darinya.. hehe

Hairil Rizal said...

Kadang-kadang kita kena ambil sikap 'Pedulikan mereka'.

TAPI...make surelah dulu gambar kita tu tak melanggar ajaran agama dan adab sopan ketimuran kita kan?

biskut said...

sedih kan...menjadi seorang sahabat pon sudah memadai nadz kalau iye pon rasa tak berkenan sebagai peneman hati...atau pun lelaki itu merasakan dia tidak sesuai untuk kawan nadz tuh..tapi jarang sangat kalau lelaki menolak seorang pompuan yang dianggapnya cantik...

selalu terjadi macam nih.

nadzirah aqilah said...

@Hairil:
yup! satu2 masa kita kena let go je benda yg xberapa penting tu.. n dari setiap sudut semuanya perlu dititikberatkan.. thanks en. hairil..

@biskut:
sedih.. perkara seperti itulah yang sering berlaku.. atau mungkin menjalin persahabatan juga perlukan kecantikan? hmmm.. ^_^

Bulan said...

sangat tak suke lelaki cmtue!
benci!
tak penah kene.tp selalu dgr cerita kwn.

Ummi AmnaAmzar said...

kata2 akak pd kwn nadz..: abaikan lelaki mcm tu sbb kalau dia memilih rupa semata2 dia hanya akan dpt yg mempunyai paras rupa yg cantik tp perangai nya belum tentu..bersabarlah dengan dugaan Allah ni..jodohnya pasti datang cuma belum ms nya..

nadzirah aqilah said...

@bulan:
tahu xpe.. geram kan.. kalau nadz jumpa lelaki tue siap la.. dusshh!! hahaha

@ummi:
terima kasih kak.. setakat rupa paras tak sampai kemana kan.. sumenye pinjaman Allah kepada kita.. semoga kita sentiadsa beringat.. insyaAllah..

Uchi kay-f @hmad said...

saya sllu ingatkan diri saya..."jgn percaye dgn urg 100%"...

nadzirah aqilah said...

@uchi kay-f:
sokong2! saya jadikan cerita teman nie sebagai pengajaran dan peringatan untuk diri saya sendiri..

Related Posts with Thumbnails