Followers

Monday, September 06, 2010

2
5 Situasi Telefon Yang Boleh Mengakibatkan Hampeh!

salam 27 ramadhan dan salam berbahagia semua..

saya ingin kongsikan sesuatu untuk anda semua. pernah atau tidak anda menerima khidmat pesanan ringkas ataupun panggilan telefon yang menganggu mood anda? mesti ada kan.. bagi saya, ada beberapa situasi yang akan mengakibatkan telefon sony ericson model W508 itu ditinggalkan dan dilupakan..

situasi pertama.
berlaku sekitar jam 6.00 pagi..
telefon itu memuntahkan lagu Ai No Uta dari Fukui Mai yang menandakan ada panggilan masuk, lalu saya berlari-lari anak mendapatkan telefon di atas rak. rasa teruja menggoda jiwa, almaklumlah siapa pulak nak buat panggilan masuk awal pagi begini. no telefon yang tertera memang tidak dikenali.
anis: hello.. assalammualaikum..
pemanggil: waalaikumsalam (owh.. suara lelaki) watpe tu? dah sahur?
anis: takde watpe pun (suara konfius habis) dah sahur dah (mestilah dah.. dah tentu jam pukul 6.00.. adeeii)
pemanggil: owhhh... (itu jek? pehal mamat ni kol plak kan)
anis: sape ni?
pemanggil: tak kenal ke sapa? (soalan ni memang boleh bikin angin monsun barat daya datang.. tolongla jgn guna ye..)
anis: ntah.. sape ek? (tahap kesabaran di tahap minimum lagi)
pemanggil: entah... (apa barang mamat ni, apsal diri sendiri tak tau.. cakap je la sape, bukan susah pun, wat perabis kredit je kol kalau setakat nak cakap ntah!)
balik-balik dia tanya soalan yang sama dan saya dah malas nak menjawab. diri pun langsung tak diperkenalkan. asyik entah jek... lalu....
TUUUUUUTTTT.. talian saya putuskan... malas la nak layan orang macam ni.. bikin panas hati je bro.. perkara seperti ini bukan hobi dan tabiat saya.. tolong jangan bergurau dengan saya seperti ini..

situasi kedua:
menggunakan khidmat pesanan ringkas.
anonymous: salam anis..
anis: salam...
anonymous: apa khabar?
anis: sihat alhamdulillah.. errr.. maaf ye.. siapa ni ek?
anonymous: ehhh.. takkan tak tau kot? sampai hati tak simpan no kiter. dah tak ingat la tu.. sampai hati...

situasi ketiga
anonymous: salam..
(maaflah saya tak akan reply.. selepas beberapa minit...)
anonymous: sombong seyh!!

situasi keempat
ada panggilan masuk dari nombor tidak dikenali
pemanggil: hello.. suraya ada?
anis: suraya? soryla.. salah nombor ni..
pemanggil: salah ek? habis siapa ni?
anis: err.. anis..
pemanggil: anis mana ek? duduk kat mana? ooo.. saya ingat suraya.. tapi anis plak.. takpela... saya bosan ni, nak ajak borak...
TUUUUUUTTTTTT.. opssss.. talian terputus... sory....

situasi kelima
juga panggilan masuk dari insan yang tidak diketahui..
pemanggil: weiii.. gayah..
anis: err.. maaflah.. salah nombor.. saya anis..
pemanggil: weii.. janganlah memain.. aku tau gayah kat situ. panggil dia cepat..
anis: betol la salah nombor ni..
pemanggil: apsal plak.. dah tentu gayah bagi no ni ritu.. o1********
anis: tu nombor saya tu..
pemanggil: apa lagi.. gayah mana?
TUUUTTT.. eh... terputus plak.. line tak clear kowt... sory..

itulah antara situasi yang tidak berapa saya gemari. bukan mahu berlagak, sombong malah busuk hati.. InsyaAllah saya hargai semua teman-teman saya. tapi tolong beritahu saya nama anda sekiranya kekerapan anda menghubungi saya itu setahun dua. maaflah jika saya juga jarang menghubungi anda. bukan saya mahu melupakan anda semua tapi kalau setahun sampai seploh kali hantar mesej pemberitahuan bertukar no. saya pun naik fed-up nak update no latest kalian semua. bila ditanya apsal tukar no sekerap itu seperti menyalin pakaian kotor. pelbagai alasan diterima.. handphone hilanglah, ada orang kacau la, nak lari dari pakwe la dan macam-macam lagi... satu perkara yang anda perlu tahu... saya dan handphone memang tidak boleh dipisahkan.. saya tak akan tinggalkan handphone saya keseorangan melainkan saya terasa terganggu. dan.. bermain sms adalah satu hobi saya.......................

remark: mood sekarang sedang berdukacita...............................

ihsan dari en. google, saya jumpa gambar nie.. cumil kan? bagi senang sikit hati tengok.. hehehehe...

2 comments:

dilot said...

dilot lak..kalau dpt panggilan yg buat2 slh nombor tu, biasanya nak korek rahsia dilot...

nadzirah aqilah said...

huhuhu.. marah betol kan lau dapat panggilan macam tu.. mengganggu ketenteraman jiwa betol.. hehehe

Related Posts with Thumbnails