Followers

Thursday, August 26, 2010

5
Merdeka Dan Saya

salam semua.. wish u all have a wonderful and bright day! hontou ni arigato guzaimas ntuk semua pengembara yang sudi mengembara ke sini n secara tidak langsung menjadi follower saya. saya amat-amat menghargai sokongan anda semua memandangkan saya masih lagi baru dalam dunia blog yang luas ni.. chewahh.. berkata seperti seorang ahli politik yang sedang ingin meraih undi rakyat. hehehe.. but.. ketahuilah bahawa ianya memang benar belaka.. saya terharu dengan kunjungan anda semua.. (^__^)

wokey2.. make it more santai la kan.. nak story pasal apa ek kali ni.. cerita diari ramadhan tak boleh keluarkan selalu sebab episod dia xbanyak. cerita pasal isu semasa? i dont think so la.. next tyme la saya kupas dan mengupas lalu terkelupas. wooooo.. dah macam Karam Singh Walia plak.. saya tau! saya tau! sana sini orang dah sibuk cakap Merdeka kan. jadi saya pun nak turut sama la memeriahkannya memandangkan saya juga rakyat jati Malaysia, bumi saya dilahirkan dan berpijak sekarang.


 
jika ditanya pada remaja hari ini adakah anda paham apa itu perjuangan kemerdekaan? ooo.. perjuangan menentang penjajah yang menjajah tanah melayu bagi mencapai kemerdekaan.. wah! hebat sekali jawapan itu, cukup bersejarah... bohong itu dosa.. yela.. yela.. saya cakap benar la nie.. itulah jawapan saya suatu ketika dulu jika ditanya soalan yang sama. tetapi.. segalanya menjadi berubah tatkala saya mencapai usia di awal 20an ini. mata mula memandang, telinga mula mendengar, hidung mula menghidu, mulut petah berbicara dan tinta melafazkan setiapnya.. saya mula berfikir bahawa orang seperti sayalah yang bakal mewarisi kepimpinan dan tunggak kepada pemerintahan negara tercinta ini. jika bukan menjadi seorang pemimpin yang tegar memelihara negara mungkin saya akan menjadi seorang wanita yang sentiasa membantu dan mendorong setiap kejayaan dari akar tumbuhnya.

ini semua adalah lahir dari hati yang menyayangi negara tempat kelahiran saya sendiri. walaupun saya bukan seorang pejuang kemerdekaan, tapi saya juga turut berbangga jika nama Malaysia dikenali dan dijulang tinggi di negara-negara besar di luar sana. saya juga turut mahu mendabik dada bila rakyat Malaysia sanggup bergolok gadai membantu negara-negara yang berada di dalam kesusahan. malah saya juga turut berdukacita dan kecewa apabila Malaysia dipandang rendah oleh negara lain seperti yang berlaku baru-baru ini. saya tahu anda juga merasainya. wahhh... bila tinta sudah berbicara inilah hasilnya.. sounds skema for me.. hehehe.. just cut it short la kan....

jadi untuk saya dan juga teman-teman..
walau kita pelbagai bangsa dan agama, kita tetap satu Malaysia.
walau kita di lain benua kita tetap rakyat Malaysia,
walau kita terus dihina, kita tetap berbudi bahasa,
walau barat mempengaruhi budaya, kita tetap setia bersama,
dan...
walau apa jua yang berlaku disekeliling kita, ingatlah bahawa kita berada di bumi MALAYSIA..
jangan pernah melupakan sejarah kerana ianya mungkin akan berulang kembali di suatu masa...



5 comments:

diraja22 said...

merdeka3, 1malaysia..

|| NaFiRaa || said...

merdeka!! kibarkan jalur gemilang~

ANIS HJ SUKARTI said...

yaaaa...!! semangat2.. hikhikhik

Hairil Rizal said...

Bersatu teguh, bercerai roboh.

p/s: Warlord suka sgt dengar lagu Warisan dari Arwah Sudirman...

ANIS HJ SUKARTI said...

saya pun suka... lau kat sekolah tu la lagu wajib tyme sambut merdeka.. hikhikhik

Related Posts with Thumbnails