wokey2.. make it more santai la kan.. nak story pasal apa ek kali ni.. cerita diari ramadhan tak boleh keluarkan selalu sebab episod dia xbanyak. cerita pasal isu semasa? i dont think so la.. next tyme la saya kupas dan mengupas lalu terkelupas. wooooo.. dah macam Karam Singh Walia plak.. saya tau! saya tau! sana sini orang dah sibuk cakap Merdeka kan. jadi saya pun nak turut sama la memeriahkannya memandangkan saya juga rakyat jati Malaysia, bumi saya dilahirkan dan berpijak sekarang.
ini semua adalah lahir dari hati yang menyayangi negara tempat kelahiran saya sendiri. walaupun saya bukan seorang pejuang kemerdekaan, tapi saya juga turut berbangga jika nama Malaysia dikenali dan dijulang tinggi di negara-negara besar di luar sana. saya juga turut mahu mendabik dada bila rakyat Malaysia sanggup bergolok gadai membantu negara-negara yang berada di dalam kesusahan. malah saya juga turut berdukacita dan kecewa apabila Malaysia dipandang rendah oleh negara lain seperti yang berlaku baru-baru ini. saya tahu anda juga merasainya. wahhh... bila tinta sudah berbicara inilah hasilnya.. sounds skema for me.. hehehe.. just cut it short la kan....
jadi untuk saya dan juga teman-teman..
walau kita pelbagai bangsa dan agama, kita tetap satu Malaysia.
walau kita di lain benua kita tetap rakyat Malaysia,
walau kita terus dihina, kita tetap berbudi bahasa,
walau barat mempengaruhi budaya, kita tetap setia bersama,
dan...
walau apa jua yang berlaku disekeliling kita, ingatlah bahawa kita berada di bumi MALAYSIA..
jangan pernah melupakan sejarah kerana ianya mungkin akan berulang kembali di suatu masa...
5 comments:
merdeka3, 1malaysia..
merdeka!! kibarkan jalur gemilang~
yaaaa...!! semangat2.. hikhikhik
Bersatu teguh, bercerai roboh.
p/s: Warlord suka sgt dengar lagu Warisan dari Arwah Sudirman...
saya pun suka... lau kat sekolah tu la lagu wajib tyme sambut merdeka.. hikhikhik
Post a Comment