Followers

Monday, January 31, 2011

9
Bumi Kota Tinggi Dibasahi Hujan Tanpa Henti

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

huwaaaa.... tanpa sedari, hari ini masuk hari ketiga, bumi Kota Tinggi dilanda hujan TANPA henti, cuma berselang-seli antara lebat dan hujan renyai. biru langit juga tidak kelihatan apatah lagi cahaya matahari kini sentiasa diidam-idamkan. yang ada hanyalah awan mendung yang kelabu, payung berwarna-warni yang kiranya dapat membantu menambah keceriaan hari. usah impikan mencari insan yang mengeluarkan peluh di petang hari malah mahu mencari gerai goreng pisang pemanas badan juga sukar ditemui. hujan yang diiringi dengan angin kuat, kini mencecah 3 hari ia turun tanpa berhenti..

kegusaran dan kegelisahan sudah mula terpamer diwajah-wajah penduduk Kota Tinggi. anugerah kurniaan Tuhan ini tidak mampu dikawal oleh manusia yang serba kekurangan. masing-masing hanya mampu berdoa agar kejadian tahun 2006-2007, tidak akan berulang kembali. jika dahulu tatkala malam menjelma, semua penduduk lebih selesa mendiamkan diri di rumah bersama keluarga, tapi kali ini lain pula ceritanya. pukul 11 malam, jalan-jalan di Kota Tinggi masih lagi penuh dengan kenderaan. dan yang paling menggusarkan bukan kenderaan Mat Rempit mahupun aksi Drift, tetapi kenderaan pasukan Bomba dan penyelamat serta JKR sudah sibuk menghulurkan khidmat dan memantau beberapa kawasan bahaya. Ah... semuanya sudah menjadi tak keruan..

begitu juga dengan kami.. cukuplah sekali kejadian 3-4 tahun lalu berlaku dimana Kota Tinggi yang gah dengan ayat Tingginya itu dilanda bah besar sehingga kami terputus hubungan.. kami?? yaa.. kami juga salah satu mangsanya.. Ya Allah jangan biarkan ia berulang kembali.. tetapi pagi ini, beberapa kawasan telah mula dinaiki air dan penduduk telah mula dipindahkan.. adakah masih mampu sungai kota yang telah dibesarkan menampung air hujan yang tidak berhenti ini? adakah empangan masih mampu untuk berfungsi? atau parit dan longkang masih kosong untuk mengisi air yang deras berlalu ini?? semuanya terus menjadi tanda tanya dan kegusaran semakin timbul di wajah penduduk Kota Tinggi. semuanya sudah menjadi suram belaka....

semoga Rahmat Tuhan ini tidak akan bertukar menjadi bencana... ketika ini Nadz masih berada di opis melaksanakan tugas seperti biasa. tetapi..... beberapa kawasan telah dinaiki air dan semuanya berada dalam keadaan berjaga-jaga. selepas ini Nadz mungkin terpaksa bergerak pulang ke rumah kerana kemungkinan besar air hujan yang tanpa henti ini akan menutup segala jalan.. mohon Nadz untuk semua.. Doakan Kota Tinggi sentiasa dibawah perlindungan, dan semoga kejadian 3 tahun lalu tidak berulang kembali.. amin..~~

dari papan kekunci: jika hujan lebat berterusan tanpa henti, Nadz terpaksa bergerak pulang... salam rindu untuk semua...


Friday, January 28, 2011

9
Mencari Yang Maha satu

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,



kehidupan tanpa sebuah pengorbanan sentiasa sepi tanpa diiringi indahnya perjuangan..
dan perjuangan tanpa Cinta Ilahi tidak akan mampu untuk menghasilkan sebuah kebahagiaan hakiki..
ketahuilah bahawa petunjuk dan sinar dari Yang Maha satu itu sentiasa ada mengiringi setiap langkah kita..
berusahalah untuk mencari kerana kita hanyalah insan biasa yang sering alpa dengan hala tuju menuju kepadaNya... (^__^)

Thursday, January 27, 2011

14
Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

untuk kesekian kalinya nadz nak join contest lagi.. tapi sebelum tu nadz nak minta maaf kat semua rakan taulan sebab nadz tak dapat balas jejak anda di SB, reply komen anda di entry pun tak dapat. bukan nadz malas tapi inilah lumrah insan bekerjaya.. hahaha.. poyo giler.. tapi memang betol pun. nadz hanya sempat sediakan entry untuk tatapan semua. tapi jika semuanya dah rileks dan kembali seperti sedia kala nadz akan meneruskan aktiviti blogging seperti asalnya. promise! dan jangan lupakan nadz dalam dunia blogging ni taw! ingat merah ingat blog nadz!! hahaha..

okey contest kali nie nadz telah ditag oleh Cik comel a.k.a Cahaya Cinta Ilahi, Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool. Thanks my dear sebab sudi tag nadz untuk join. sebelum tu contest nie telah dianjurkan oleh HadifaR_R dari Blog Ku Lihat Hijau.. Green Rangers VS Red Rangers.. (okey abaikan).. hahaha.. 


segala terma dan syarat pertandingan atau mahu mengetahui dengan lebih lanjut jom kesini : 

okey.. untuk HadifaR_R ini gambar nadz untuk contest nie.. Bismillahirrahmannirrahim....


errr.. nadz nak letak 2 gambar boleh? boleh laaaaaaaaa... tak kira nak letak jugak!! hahaha


okeyla.. letak gambar banyak-banyak takut kena rijek plak penyertaan.. hehehe.. nadz kena tag 3 org... urrmmm.. errr.... nadz tak taula anda yang ditag nie dah join ke belum.. hehehe... 


dari papan kekunci: terima kasih kepada penganjur kerana membuat contest yang giler cool nie.. semoga berjaya untuk semua dan saya sendiri!!! hikhikhik

Wednesday, January 26, 2011

9
Game Oh Game

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..

siapa kat cni suka main game? angkat tangan!!! saya!! saya!!! bagus.. game apa korang main? game masak-masak? counter strike? Zuma? atau game penyiasatan?? kalau nadz sume game nadz main.. boleh tahan game addicted la.. kalau dulu semua game di fesbuk nadz layan. selagi ada org request game baru nadz tarah pergi join.. bila dah up level jadi tinggi memang satu kebanggan besooo bagi nadz. hohoho.. tapi sekarang selepas satu peristiwa nadz telah mendeactivekan fesbuk nadz untuk seketika, dah jarang nadz lawat segala 'belaan' nadz di fesbuk. kesian jugak kat dorang sume dah tak terurus... tapi tadi tiba-tiba nadz terpandang request game nadz yang berjuta-juta lemon (okey bohong)

huhuhu.. nak tau apa yang menjadikan request nie macam nie? cekidout!!

game pertama: Pet Society
ini haiwan belaan nadz, nama dia Lu'Lu.. rumah Lu'Lu dah ada 6 bilik dengan 2 taman depan dan belakang. ini salah satu bilik yang dijadikan bilik tidur Lu'Lu. sian dia lapar mungkin, tu yang tido jek. currently, Lu'Lu berada di level 24, mungkin tidak akan bertambah.. hahahaha

game kedua: FarmVille
yang ini mesti femes jugak kan, FarmVille nadz.. habis dah semua tanaman ada yang layu. tapi pumpkin nadz elok lagi kan. masalahnya demi nadz mengutip segala benda memang haram malas.. hahaha. lembu pun dah menghasilkan susu, ayam dah bertelur, pokok dah menghasilkan buah.. adoiiyaii.. ada sesiapa nak membantu? ladang besar mcm ne mana larat nak uruskan sorang.. hahahaha.. currently FarmVille nadz berada di level 26... next..

game ketiga: Restaurant City
ini plak game paling latest nadz pernah main di fesbuk, 4 orang dah tukang masak dengan 2 waiter. tapi sampai kesudah baru level 13. memang tidak berkembang.. kui3..

game keempat: Sorority Life
ini pun salah satu game terawal nadz main. nama nadz dalam game nie memang malatop mak!! nampak tu Hotzumi Clavier!!! hebat tak?? Hot kan.. hahaha.. mantap x mantap la nadz main benda nie dah level 55, tapi nak sambung balik tak pulak berminat.. weeeeee..... pssss... nampak x, sweetheart Hotzumi ni dah lari.. hahaha.. sape suh tak jaga betol2.. padan muka!

game kelima: FishVille
yang nie ikan belaan nadz. dengan 4 tank dan level ke 24, memang tidak mampu untuk menjaga ikan-ikan nadz. nampak tak ada yang dah mati dah tu. terapung2 lagi... yang idop mengharapkan bantuan ubat untuk kembali pulih.. kalau ikan betol nie memang kejam kan nadz. menganiaya binatang.. ngeh3..

game keenam: Cafe World
ini special ckit.. sape nampak nama cafe nadz? Itadaikimasu Cafe!! menarik tak? menarik kan... tapi sampai level 32 je.. dapur dah ada 8 tapi makanan takde. camana nak maju?? jap lagi confirm gulung tikar...

game ketujuh: ZooVille
ini plak Zoo Ville.. jangan jeles nadz ada zoo sendiri.. hahaha.. tapi hanya mampu dijaga hingga level 19 je dan sekurang-kurangnya nadz dah ada 3 tapak zoo.. hebat tak???? 

game kelapan dan kesembilan: Mafia wars n unknown
alamak.. kali nie nadz takde gambar sebab dah lama nadz tak main.. sampai dah lupa.. Mafia Wars.. mesti ada yang main kan.. yang unknown tu sebenarnya satu game yang main battle music ngan group lain. nadz tak ingat nama dia.. hahaha..

haaaaa.... camana.. banyak kan tertunggak.. tak taula bila nadz nak bela semua benda2 nie. tapi nampak gayanya sampai kesudah memang terabai.. sebenarnya... bukan nadz malas nak layan game2 ne, tapi secara betolnya, nadz dah malas nak layan game di fesbuk (korang rasa tak ayat ni bingung ckit). sebab ianya hanya boley dimainkan bila ada internet. tapi bila internet lembap, siyes.. dosa mulut itu akan bertambah bak gunung ledang.. dan sekarang, masa terluang nadz habis dengan beralih arah main game di komputer. habis satu game pergi kedai game, cari CD game yang masyuk2.. n then ngadap game sampai habis.. memang puas!!!

dari papan kekunci: tiba-tiba rasa macam nak deactivekan balik fesbuk.. ada kena mengena ke ek? hahaha

Monday, January 24, 2011

15
Luahan hati

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

pengumumumumuman ini bukan sesi luahan hati dan perasaan.. sila ingat hingga titik akhir entry.. hahahaha

last week, macam biasa bila adik nadz balik dia akan buka laptop untuk membuat pratontom segala aramjadah video yang dia dapat masa kat matrik kat kami. dengan hati yang tenang nadz akan mengadap semua video sampai selesai.. sampai satu video nie nadz rasa macam jatuh hati bedebuk-bedebuk dengan lagu yang disampaikan. kenapa? nadz tak tau. nadz kongsikan video tu untuk anda semua...



You Tube sebenarnya melahirkan ramai artis melalui video yang mereka upload untuk tontonan umum. sebagai contoh penyanyi Ana Rafali, siapa sangka kebolehan beliau dan bakat yang ada mampu menjadikan lagu Tolong Ingatkan Aku sebagai Juara Lagu. nadz tau mesti ramai yang dah sedia kenal dengan penyanyi video yang nadz upload kat atas. seorang warganegara Singapura, Apit.. kalau tengok kat You Tube boley tahan berlambak lagu yang Apit ngan kawan dia hasilkan. salah satu lagu atas tu, Luahan Hati.. dan kalau nadz tak salah, lagu Luahan Hati ini telah dibeli dan dirakamkan semula oleh kumpulan Kristal (betulkan nadz kalau nadz salah ok).. mesti ada yang pernah dengar.. bila dah dirakamkan semula lagu tersebut jadilah begini...



jadi apa pendapat anda semua?? versi mana satu anda suka? hehehehe...

dari papan kekunci: satu soalan untuk semua.. jika anda mendengar sesebuah lagu apa yang membuatkan anda rasa lagu tersebut anda suka dan terbaekkkk?? liriknya kah? atau muziknya? atau mungkin juga penyanyinya kah? dan mungkin anda ada jawapan lain?? jom kongsi ngan nadz.... (^__^)

Friday, January 21, 2011

24
Semalam Yang Hangat

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera, Salam satu Malaysia (wah.. panjang pule mukadimah hari ni)

ingat lagi entry nadz hari rabu yang lepas? ada yang cuba mentafsir siapa yang nadz excited sangat nak jumpa. nak tahu siapa?? 

insan yang amat-amat nadz rindui
insan yang banyak menghangatkan hari-hari nadz
serta insan yang nadz anggap sebagai adik beradik nadz sendiri
insan ini adalah insan yang lebih nadz sayang dari seorang kekasih

hampir 70% mengatakan i have a dated with my boyfriend.. i wish.. tapi itu tidak akan berlaku kerana saya adalah single (sesi mempromote diri disini.... hahaha) makanya tekaan anda adalah salah!!!!! insan yang nadz maksudkan ialah mereka!!!!!!

 sila abaikan model tak bertauliah yang berbaju coklat tu okey....

 nadz, lya, liyana n ekeen...

 korang nak tau simbol tangan kat mata tu sape yang start buat????? cekidaout gambar kat bawah....

 taraaaaaaaa... ini lya, rumet nadz di UTM selama 3 taun.. nadz xpasti sama ada ni style baru dia amik gambar ke apa.. tapi smalam kebanyakan posing lya mesti ada style tu.. stylo x? hahaha



yang ada di gambar ialah:
Lya - my Wonderful rumet for 3 years at UTM 
Lyana n ekeen - currently continued their master study at UTM 
yang tidak dapat menghadirkan diri:
cekda - bakal mendirikan rumah tangga, InsyaAllah bulan 3 ni
leha - yang berada di kampung halaman beliau di Keningau, Sabah
nana - bekerja di KL atas faktor jarak beliau juga tidak dapat menghadirkan diri

Sahabat Selamanya.. Semoga Ukhwah yang terjalin ini akan kekal hingga ke akhir hayat.. Amin.. 
LOVE U!!!

Tazkirah Jumaat: Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran, janganlah kamu berpecah belah, andai terdapat perselisihan faham, rujuk Al-Quran dan InsyaAllah selesai masalah.. (ayat ini selalu digunakan di sekolah dulu.. (^__^)

Wednesday, January 19, 2011

20
Can't Wait For Tomorrow

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

esok cuti Thaipusam -----------> Wonderful! 
but i also need to wake up early in the morning  ---------> OMG....
its okey.. i dont care about it coz i have a DATED!!!!! ----------> Cool!!!
n i can't wait for tomorrow.. 

nak dress chantek-chantek for that wonderful day..
dan sekarang keep watching for the time..
kenapa la lambat sangat masa berlalu...
i want to go back home n waiting for tomorrow!!!!!!

nak tau siapa nadz nak jumpa esok??
Surprise!!!!!!!
wait for me on Friday!!!
hohohohoho....

dub.. dab.. dub.. dab.. dub.. dab... dub.. dab.. dub... (this is the sound of my heart-bits)
tik.. tok.. tik.. tok.. tik.. tok.. tik.. tok.. tik.. tok.. (this is the sound of my hand watch)
but
....................................................... (this is the sound of my pocket.. hahaha)


dari papan kekunci: harap maaf di atas penggunaan bahasa rojak di dalam ayat di atas... saja nak teray-teray skipping eh speaking... (^__^) Practice Make Perfect!! kan3..

Tuesday, January 18, 2011

14
400th Follower

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera

hahahahahahaha...

saje bagi gelak dulu, entry semalam dah bagi entry badmud, sekarang kita kena ceriakan suasana pagi.. anda dah rasa kebahagiaannya? sudah? bagussss... wink.. wink.. alhamdulillah.. untuk kesekian kalinya, semalam, terciptalah angka Follower Nadz yang mencecah 400.. Great!! kebetulan semalam Lawyer nadz ada bicara dan outstation jadi semalam nadz habiskan masa di opis dengan BW, sambil menghiburkan hati. dan ternyata, insan-insan yang bernama blogger itu memang cukup peramah dan sentiasa menyokong rakan mereka. terima kasih semua.. dan secara tidak langsung wujudnya insan yang bernama Nazirah (sama kan2? cuma nadz ada huruf D) dari blog Cahaya Cinta Ilahi hadir menjadi Follower ke 400 From Kota Tinggi With Love... Banzai!! Banzai!!

biar nadz introduce kenalan yang amat ramah tamah nie dengan CCI (Cahaya Cinta Ilahi). even baru kenal dengan cci tapi memang tidak mengecewakan, memang friendly habis, sempoiiiiiii.. mungkin sebab kami sebaya jadi segala benda jadi selamba. hahaha. kalau nadz red rangers, cci pula green rangers.. tak percaya? anda boley menggerakkan mouse anda ke Cahaya Cinta Ilahi.. ini buktinya...


hijau kan2... btw, thanks cci yang comel atas kesudian menjadi salah seorang teman nadz. begitu juga dengan teman-teman yang lain. tanpa anda semua siapa la nadz di dunia ini yang hari ini mampu berdiri disini menjulang trofi yang diidam-idamkan oleh semua orang.. uhuk2.. okey.. mengarut disitu.. untuk cci, sory poket nadz dah rabak tak dapat bg surprise.. tangan pun keras kayu, tak boley nak cipta benda kreatif nak bagi award.. makanya inilah yang mampu nadz sediakan.. touching tak?? lalalalalalala... untuk semua.. marilah semua kita menambah kenalan dengan Cahaya Cinta Ilahi!!!!!! cekidout... (^___^)

dari papan kekunci: hari ini nadz tak boley gerak macam semalam, tapi nadz janji lau ada masa nadz akan balas kunjungan sume.. (tak sabar rasanya nak reply SB korang, banyak betol pesanan yang menarik minat nadz.. hahaha)

Hari ini Nadz berdiri dengan penuh kekuatan melupai segala yang berlaku.. Terima Kasih semua!!! Terima Kasih Allah....

Monday, January 17, 2011

24
Hope

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Ya Allah, bantu ku bertemu dengannya walau hanya seketika cuma untuk mentafsir amarah di jiwa,
mahu ku tumbuk jiwa raga mu agar penyesalan wujud di minda,
dan jangan sesekali engkau ucapkan bahawa engkau cukup memahami diri ini,
akan ku tusuk jantung mu dengan sembilu agar buta mata hatimu mentafsir terus segala-galanya....

huh! baru puas hati ku..
sesungguhnya setelah sekian lama baru ku sedar,
sudah bertan-tan gelora yang aku cuba sembunyikan dari sesiapa,
sesungguhnya aku tidak mampu lagi bertahan...
Ya Allah tolong beri aku kekuatan..

Currently not in my mood....
maaf ku untuk semua..

Friday, January 14, 2011

14
What A Beautiful Friday

assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

nadz tak nak tulis entry panjang bagai..
berjela-jela mencecah lantai..
yang macam selalu nadz buat..
tapi nadz cuma nak bagitau kat semua..
today is a Wonderful Friday!!!
u noe what??
I Got A Beautiful Kiss from one lovely women..

mesti ada yang konfius apsal nadz bahagia sangat dapat kiss dari kaum sejenis, nadz perempuan sejati okey, tulen lagi.. this morning, nadz tolong anak dia sediakan dokumen mohon perceraian di Mahkamah dan dalam masa yang sama dah nak dekat lunch (memandangkan hari ni jumaat, so waktu kaunter mahkamah tutup adalah awal berbanding biasa). n then makcik nie nak urgent sebab dia perlu berpatah balik ke JB semula untuk urusan lain yang perlu diselesaikan. nadz no problem secepat yang nadz termampu nadz bantu siapkan. keje-keje lain nadz tolak tepi sementara waktu. bila dah selesai semuanya ngam2 waktu yang diperlukan. dia punya bahagia sampai dia peluk nadz, n then kiss pipi nadz. 

mula-mula tergamam gak. terpaku plus spechless nadz kat situ. tapi lepas tu dia cakap muka nadz ada macam muka anak buah dia dan dia amat-amat berterima kasih sebab nadz sudi membantu. yang buat nadz gembira bukan sebab dapat kiss ngan pelukan tu.. tapi nadz rasa bangga, sebab selama beberapa bulan nadz keje di sana inilah kali pertama seorang klien betul-betul menghargai bantuan nadz. bukan tiada, ada, cuma kebanyakannya cuma bersikap acuh tak acuh malah ada yang mengherdik nadz. its okey, nadz tak kisah mungkin mereka dalam keadaan tertekan ketika itu. tapi kali ni, this wonderful klien make me feel lucky.. sebabnya nadz tahu sekurang-kurangnya selama ini dalam diam nadz sudah membantu ramai orang yang menghadapi masalah rumah tangga... even i'm not married n still single.. Terima kasih ya Allah kerana memberikan rasa itu.. (^__^)


dari papan kekunci: ibu ayah nadz selalu pesan biar orang sakitkan hati kita tapi jangan sesekali kita menyakitkan hati orang.. 

Thursday, January 13, 2011

15
V.I.P. Reserve

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera

dengan ini diumumkan bahawa my sister akan pulang bercuti pertengahan semester matrikulasi selama seminggu lebih bermula petang ini 13-01-2011.. oleh yang demikian, jika anda tidak terlihat kelibat nadz di SB anda untuk weekend ini harap anda semua mengerti. kerana apabila pulangnya beliau ke teratak kami maka, semuanya akan berubah menjadi kacau-bilau, tambahan pula penggunaan BB akan digunakan semaksimum mungkin oleh beliau.. hahahaha... sesungguhnya jadual dan aktiviti telah disusun oleh beliau dan nadz pun dah mula garu kepala kerana poket nadz akan dikeringkan oleh beliau dan ditumpang sekali oleh adik nadz lagi sorang... gagagagaga...


minah yang nadz ceritakan adalah minah yang berbaju kuning.. cuba tengok senyuman dia.. lain dari yang lain kan, maknanya, dia nie memang licik dari segi segala aspek.. kami memang angkat bendera putih je.. kui3.. dan akhirnya jadilah kami BEGINI:


dari papan kekunci: tak sabar jugakla nak tunggu dia balik.. makin gamat la rumah Hj. Sukarti, makin pening ibu di rumah.. hahahaha

Wednesday, January 12, 2011

10
Sensitiviti Sebuah Perbuatan

Assalammualaikum w.b.t dan dalam sejahtera,

ini bukan cerita pasal kontroversi Juara AJL ke 25 atau kisah bau-bau hangit mengatakan Facebook akan ditutup. tapi ini kisah mengenai sensitiviti sesuatu perbuatan yang melambangkan isi hati yang tersirat. orang cakap terlajak perahu boleh diundur kembali tapi terlajak kata buruk padahnya. ditekankan disini bukan kata-kata sahaja yang bleh mewujudkan lahirnya sensitiviti tapi perbuatan juga begitu.. nadz kongsi satu cerita, semoga akan jadi pedoman dan ingatan untuk semua dan yang paling penting untuk jejakan tampan dan gadis cantik di luar sana..

melalui kawan nadz, dia berkenalan dengan seorang jejaka tampan dan kacak tapi malangnya bagi nadz tampan dan kacak hanya dari fizikalnya sahaja. tiada langsung keindahan terpamer dari dalamannya. hasrat hati ingin mencari teman hati. sampai satu tahap si jejaka tampan tadi berhasrat untuk melihat foto teman nadz. dengan cara yang lebih mudah, teman nadz telah memberikan nama facebook beliau kepada jejaka tampan tersebut. entah dimana silapnya, selepas pertukaran akaun facebook tersebut, si jejaka tampan tadi terus tidak menghubungi teman nadz tanpa memberikan kata putus. nadz kira mungkin si jejaka tadi tidak selesa dengan perwatakan atau penampilan teman nadz. dengan merendah diri teman nadz meluahkan isi hatinya kepada nadz yang malu dan merasa merendah diri diperlakukan seperti itu. nak kata teman nadz ne sosial tidak pula ada gambarnya seksi dan berkelakuan sumbang di mata kita, bagi nadz dia memang cukup sempurna cuma nadz akui, teman nadz kulitnya tidaklah secantik dan semulus Lisa Surihani tapi sekurang-kurangnya perlukah dia ditolak bulat-bulat sebegitu?

kalau perkara sebegini masih berlaku ternyata ketampanan dan kecantikan seseorang itu tidak boleh dinilai melalui luaran sahaja. bukankah ianya telah menyebabkan wujudnya rasa tidak yakin dengan diri sendiri oleh pihak yang menjadi mangsa? ternyata bukan mudah untuk kita memberikan yang terbaik dan menyenangkan hati semua pihak tapi sekurang-kurangnya kita boleh berfikir dahulu sebelum bertindak. persoalan yang timbul di dalam lubuk fikiran nadz bukan mengenai kisah pencarian si jejaka yang mahu mencari teman hidup. tapi jika si jejaka tampan tersebut merasakan bahawa teman nadz tidak sesuai untuk dirinya salahkah untuk menjadi sahabat?? cuba berfikir positif mungkin atas sebab lain jejaka tadi menjauhkan diri. ini pendapat nadz, mungkin anda juga ada pendapat anda sendiri. tepuk dada tanyalah hati.. ahaks~~

dari papan kekunci: bila nadz dengar cerita teman nadz nie tiba-tiba rasa takut plak nak pampang gambar nadz mana tau dalam diam ada yang mengutuk, isi hati orang siapa tahu kan.. hahaha.. mungkin lepas nie nadz letak gambar-gambar 'backstage' macam gambar atas tu.. itulah kekasih baru nadz lepas kekasih lama ilang kena curi kat opis!!! lagi cantik dari letak gambar muka yang menggedik.. hahahahahaha.. (^__^)

Monday, January 10, 2011

9
GiveAway Edy: Awak Busuk!

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..

maaf semua, beberapa hari nie nadz sibuk sikit memandangkan kesihatan ibu dan atok nadz yang kurang memberansangkan. jadi nadz tak sempat nak blogwalking. untuk teman-teman yang telah mendoakan yang terbaik untuk kedua-duanya, terima kasih yang tidak terhingga nadz ucapkan untuk anda. Alhamdulillah keadaan kedua-duanya dah beransur pulih. kita tinggalkan cerita tersebut untuk sementara. nanti nadz story lagi k..

untuk kesekian kalinya, nadz nak join GA.. hikhikhik.. Awak Busuk!! hahaha.. senyum je nadz bila baca tajuk GA nie.. dianjurkan oleh Blogger Eddy dan nadz ditag oleh Blogger Krole.. thanks ye Krole kerana memaklumkan nadz dengan GA yang seronok nie.. hadiah? siyes berbaloi-baloi!! nak tau? usha kat sini.. berminat? jom join disini. sebenarnya tarikh dah nak expired. sebab tu nadz laju-laju buat. hahahaha.. jadi cepat selagi ada masa!!!!!!!!!

oryte.. akhir sekali nadz kena tag sorang blogger tampan n sorang blogger cumil nadz:
blogger tampan: Yul
blogger cumil: cik aki

salam semua... jumpa lagi!! hahaha

Friday, January 07, 2011

8
Saya Mohon Cuti

Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..

maaf semua.. nadz tak dapat berkunjung ke rumah anda semua untuk beberapa hari mungkin.. nadz sekarang bersiaran secara langsung di umah. pagi tadi nadz terpaksa amik cuti kecemasan dengan bos. atok nadz yang berada di rumah tak sihat dan baru sahaja menerima injection dan dalam masa yang sama, ibu nadz pun tak boley bangun untuk melakukan tugas seharian (tekanan darah rendah mungkin). jadi nadz diperlukan untuk amik alih tugas ibu.. pergi pasar, kemas rumah, basuh baju, masak, hntar adik pergi sekolah, buatkan air untuk tetamu yang datang... hahahaha.. ada ciri-ciri seorang suri rumah tangga tak? untuk blogwalking nadz dah minta cuti ngan Dr Power Ranger, ni surat cuti Nadz..


Okey.. I got to go... nak jenguk atok ngan ibu... 

dari papan kekunci: doakan 2-2 insan yang nadz sayangi nie kembali sihat yea.. amin... jumpa lagi semua.. (^___^) 

Thursday, January 06, 2011

21
Karangan Terbaek

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.....

jom-jom rapat dengan nadz eh bukan rapat dengan blog nadz. ada benda nadz nak share dengan anda semua. semalam buka fb ada kenalan tag nadz untuk satu note berkenaan dengan Karangan Terbaik la kununnya. dengan yakin dan excitednya nadz pun membaca. tak perlu tunggu sampai habis karangan, baru suku nadz dah rasa macam nak pitam. adoyaiii.. seronok betol jadi kanak-kanak, imaginasi melampaui batasan tidak perlu dipedulikan. yang nyata karangan tersebut buat nadz rasa rindu dengan alam persekolahan. sebabnya dulu sekolah rendah karangan nadz selalu jugakla kena rejek cekgu sebab imaginasi melebih-lebih (tapi nadz tau sebenarnya cekgu suka karangan tu) hohohoho... mungkin ada yang pernah baca, tapi jom baca lagi.. hehehehe..

**************************************************************

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

********************************************************************************


dari papan kekunci: cuba teka yang mana satu gambar nadz??? hahahaha.. pssss... berbalik pada karangan tu nadz rasa penulis tu nak bagi tau kat kiter tentang setiap yang hidup itu akan tetap pergi jua. (^___^)

Wednesday, January 05, 2011

11
Contest Jelingan Manja

salam semua..

apa khabar anda.. anda.. dan anda? nampak tajuk atas tu? well... mcm biasalah.. contest lagi.. kali nie contest dari sayam ku Bulan yang sentiasa dipagari bintang (nadz la bintangnya, betol kan bulan?? ahaks).. malas la mau bodek lebih.. nanti kena banned terus.. hohohoho... bulan sayam.. nadz nak join yea.. nadz amat-amat teruja dengan hadiah yang disediakan.. hahahaha.. 






errr... tapikan masalahnya disini ialah.... nadz takde pic jelingan manja dan menggoda.. puas nadz selongkar segala album yang ada. tu yang sampai tak sempat nak blogwalking umah jiran-jiran.(okey tipu disini).. dedicated untuk bulan sayam selaku teras utama contest ni, bawah nie pic nadz.. pic nie je yang nadz rasa macam boleh jadi jeling-jeling kot.. harap diterima yea.. hahahaha.. taraaaaaaaa.... errr... segannnn... 


opssss... kena tag ek.. errrrrr.. sape ek? oooooooo... silah tulun yea! ngeh3... untuk yg berminat nak usha benda ni, anda boleh ke rumah sayam ku bulan... hahaha

dari papan kekunci: eh.. makin pendek plak entry nadz sekarang.. xsyok!! x syok!! terbuku semua ayat.. hahahaha

Tuesday, January 04, 2011

11
Lesen Oh Lesen

Salam semua..

waaaaaahhhh!!! teruja-teruja.. entry pertama nadz di tahun 2011.. hohoho.. sebenarnya nadz sedang mengemaskini blog nadz nie.. tapi macam tak seronok la plak bila tak update langsung..  tangan nie gatal je nak menaip.. tak reti dok diam. geram tengok orang lain update entry. tapi nadz tak sempat sebenarnya. jadi hari ni nadz laju-laju taip entry nie untuk semua.. (^__^)

bila masuk tahun baru, nadz pun usha-usha semua kad-kad nadz mana yang dah expired mana yang masih boley digunakan. almaklumlah, beg duit kembung bagai tapi bukan kembung dengan duit berbilion-bilion ringgit, kembung dengan kad-kad atm (kad je banyak tapi dalam bank sume kosong), kad Jusco lain, kad Popular, Kad matrik (simpan lagi taw!) Hinode (alaa yang kedai jual barang RM5 pastu jurujual dia tak benti-benti cakap kat orang lalu lalang suh singgah kedai dia tu) dan yang paling penting IC dan juga lesen. sekali cek lesen.. terkejut makkk! lesen taman tempoh 5hb.. adeeiiii.. nasib baik tergerak hati nak check. kalau tak selamba drift kereta takde lesen.. (saya pemandu berhemah taw!) hohohoho

dengan niat nak perbaharui lesen yang hampir tamat tempoh, nadz pun dengan rajin pergi pejabat pos semalam. bila sampai je pejabat pos.. aiyaaaaakkkkk!!!!!!! orang dlm pejabat pos tu macam orang dalam Jusco bila ada J-card Day! giler full!! nadz usha angka giliran.. sekali pandang nadz gosok mata yang tak gatal, 2x pandang nadz dah terlopong. baru nadz tau dorang nie excited nak usha akaun ASB rupanya.. sob3.. ini kalau nadz tunggu mau petang, baru sampai giliran nadz nie. hampeh. kalau skip keje, memang confirm makin bertimbun fail atas meja sebab tak prepare pape kan. jadi nadz decide untuk buat hari ini.

strategi terbaik perlu disusun. hari ini dalam pukul 11 nadz datang amik angka giliran. n then balik opis semula. lebih kurang sejam agak-agak nombor dah nak sampai nadz gerak balik ke pejabat pos. semalam tak sempat nak susun strategi nie sebab tak prepare pape. ngam-ngam, pkul 12 lebih giliran nadz.. akhirnya!!! dengan jalan ala-ala kucing model, nadz pun gerak ke kaunter.. hohohoho... dan akhirnya... taraaaaaaaaaaaa!!!!!
akhirnya lepas nie nadz boley drift dengan senang hati!! hahaha.. nadz renew setahun je takut kalau dua tahun nanti nadz lagi luper.. ngeh3...

dari papan kekunci: adeeiiii... bila lah nadz nak selesai ubahsuai rumah nie...

Sunday, January 02, 2011

11
Blog Under Construction

salam semua......


dari papan kekunci: setelah selesai semua kerja-kerja nadz akan kembali lagi... maaf untuk semua.. rindu kamoooo!!!

Related Posts with Thumbnails