Followers

Showing posts with label My Word. Show all posts
Showing posts with label My Word. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

5
Tik.. Tok...

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.....

ada masa dan ketikanya kita akan merasa kesepian itu adalah sebuah kebahagiaan yang cukup bermakna untuk dinikmati..

dan ada juga masa dan ketikanya kita merasa kesepian itu sebuah kekosongan yang jelas terasa..

maka ketahuilah setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

dan bagi saya.. alangkah indahnya sebuah kesepian ini jika kebahagiaan yang datang hanya seketika dan dusta belaka....

Monday, April 25, 2011

6
Harapan

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera


saya harap saya akan jadi yang terbaik
untuk menghapus segala keburukan

saya harap saya akan diberi seribu satu kekuatan
untuk berdiri teguh tanpa kelemahan

saya juga berharap untuk teguh mengharungi semua rintangan
untuk mudah saya berjalan menempuh segala halangan

tapi saya tahu agak mustahil untuk saya menjadi sesempurna itu
kerana tiada yang lebih sempurna melainkan Dia yang maha berkuasa

dan saya tahu
apa yang mampu saya harapkan ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
sebuah kehidupan penuh dengan kebahagiaan
dan juga
sebuah kehidupan yang penuh dengan senyuman
walaupun dalam diam hati ini terguris tajam...


dari papan kekunci: jangan ditanya kemana hilangnya diriku..... kerana aku masih disini, terbaring sepi melihat birunya langit mengharapkan agar munculnya sang pelangi.....

Monday, April 11, 2011

10
Menuju Destinasi

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

bila kita mula melangkah ke satu daerah baru
ternyata segalanya akan menjadi asing dan pincang segala gerak langkahnya
sehingga kadang kala deru angin itu juga berbeza bunyinya
apatah lagi bau udara yang tiba-tiba menjadi aneh belaka
walaupun sesukar mana derap langkah itu diatur
saya akan cuba jua mengharungi arus membelah kepincangan segala yang ada di depan mata
kerana saya tahu, tiada yang mustahil berlaku jika saya tidak bangkit dari sebuah pengalaman
kerana walau sepahit mana pun pengalaman itu
itulah harta paling berharga menuju kejayaan dan kebahagiaan yang dicari
ya! saya berdiri disini...
dengan kekuatan yang bersisa
mengorak langkah meneruskan sebuah perjuangan yang tiada penghujungnya....

Friday, March 25, 2011

10
Nothing To say

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera







"Why i'm afraid to lose you when you're not even mine...?"









dari papan kekunci: 6 more days to go......

Friday, February 25, 2011

9
Indahnya Ciptaan Tuhan

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Lihatlah ombak di tengah lautan
Berjuang menuju tepian pantai
Tak pernah lelah tak pernah bosan
Tak pernah henti tak pernah usai

ingatlah usaha yang berterusan tanpa mengenal erti kegagalan itu akan membawa kepada seribu kejayaan. jangan memandang sepi pada indahnya ciptaan tuhan kerana disebalik keindahan itu tersembunyi sejuta kekuatan dan dorongan. dan jangan pula kau menghina pada buruknya kejadian kerana sesungguhnya ianya akan membawa kepada sejuta penyesalan. lihatlah sesuatu kejadian itu dengan mata hati kerana disitulah terletak kekuatan hakiki... jenguk di luar tingkap dan lihat di atas langit... dimana indahnya langit? adakah pada warna birunya atau pada awan putihnya?? tepuk dada dan tanyalah hati.. 


dari papan kekunci: jangan ditanya apakah maksudnya, kerana saya menaip mengikut rentak jari menari dan bergantung kepada bicara hati yang kadang kala saya juga tidak mengerti.. heh.. memang sukar memahami diri sendiri dan juga kemahuan hati... atau mungkin saya cuba menipu diri sendiri?? (^__^)

Friday, February 18, 2011

25
Lautan dan Pantai

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera....







TIDAK AKAN BERJAYA MENYEBERANGI LAUTAN DENGAN HANYA MERENUNG PANTAI






jangan pernah sesekali kamu mengeluh dengan luasnya pantai dan tingginya ombak. kerana setiap yang di depan mata itu ada jalan penyelesaiannya. dan jangan kamu berhenti untuk terus berusaha dalam mengorak langkah kejayaan kerana andai selangkah kamu berhenti dan berpatah balik semuanya akan terus menjadi seperti sediakala. dan tika saat itu terjadi, jangan kamu anggap akan wujudnya sebuah anjakan paradigma sebuah kehidupan... ingatlah bahawa usaha yang tiada berkesudahan itu akan diiringi oleh manisnya sebuah kejayaan... (^__^)
google

dari papan kekunci: errr..... bizi la.. xsempat nak jengah kamu.. kamu.. dan kamu... sory ya!! miss u!!!!!!!!!!!!!!

Monday, February 14, 2011

25
Cekal

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

aku tidak sedih malah bukan jua aku kecewa..
aku tabah, cekal dan gagah menghadapi semuanya..
lihat.. senyumku, gelak ku dan juga tindak tandukku...
semuanya seperti sedia kala bukan?
tapi.....


anehnya rasa ini...
pandanganku kosong tiada isi..
senyumku tawar tanpa erti..
gelakku juga hiba tiada penyeri..
semuanya tiba-tiba bertukar menjadi sunyi sepi...

tatkala ini.. butiran itu makin cepat alirannya..
puas aku kesat dan keringkan ia..
tapi segalanya menjadi sia-sia belaka..
apa selemah itu hati ini?
tidak!! tidak!! aku kuat!!!
hatiku kering!!
yang tersedu itu bukan aku...
yang lesu itu juga bukan diriku..

cukup....!
jangan engkau terus mengalir wahai sang air mata..
bukankah dirimu cukup berharga?
biarkan sahaja mereka gembira..
bukankah kamu cekal mengharungi segalanya........


dari papan kekunci: .......................................................

Thursday, February 10, 2011

13
Hero

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..



Hero- Mariah Carey

There's a hero

If you look inside your heart

You don't have to be afraid
Of what you are



There's an answer

If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away



And then a hero comes along

With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive



So when you feel like hope is gone

Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you



It's a long road

And you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold



You can find love

If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear



And then a hero comes along

With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive



So when you feel like hope is gone

Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you



Oh ho, Lord knows

Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yea



Hold on

There will be tomorrow
In time, you find the way, hey



Then a hero comes along

With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive



So when you feel like hope is gone

Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you



That a hero lies in you


ingatlah bahawa, didalam hati ini tersembunyi satu rahsia yang sukar dilihat dari mata kasar. percayalah pada diri sendiri kerana walau selemah mana pun kita, sesungguhnya disebalik hati itu tersembunyi satu kekuatan yang hanya terpendam jauh di lubuk hati...

jangan pernah mengharapkan pada belas ihsan insan lain dalam mengharungi kehidupan kerana dalam diri ini ada JUARA yang sentiasa menemani...  carilah ia kerana dengan JUARA itu kita boleh terus berjuang untuk melangkah maju ke hadapan....

dari papan kekunci: nadz suka lagu nie.. sebab bila nadz dengar lagu nadz akan fahami liriknya.. teheeee... nadz ngan kawan2 suka sangat2 lepak karoke.. disebabkan sore nadz yang hmmmmmmmm.. jadi bila ada lagu yang nadz suka nadz akan suruh member2 nadz nyanyi.. hahaha.. kindly miss my dear friends.. sob3

Monday, January 17, 2011

24
Hope

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Ya Allah, bantu ku bertemu dengannya walau hanya seketika cuma untuk mentafsir amarah di jiwa,
mahu ku tumbuk jiwa raga mu agar penyesalan wujud di minda,
dan jangan sesekali engkau ucapkan bahawa engkau cukup memahami diri ini,
akan ku tusuk jantung mu dengan sembilu agar buta mata hatimu mentafsir terus segala-galanya....

huh! baru puas hati ku..
sesungguhnya setelah sekian lama baru ku sedar,
sudah bertan-tan gelora yang aku cuba sembunyikan dari sesiapa,
sesungguhnya aku tidak mampu lagi bertahan...
Ya Allah tolong beri aku kekuatan..

Currently not in my mood....
maaf ku untuk semua..

Wednesday, January 12, 2011

10
Sensitiviti Sebuah Perbuatan

Assalammualaikum w.b.t dan dalam sejahtera,

ini bukan cerita pasal kontroversi Juara AJL ke 25 atau kisah bau-bau hangit mengatakan Facebook akan ditutup. tapi ini kisah mengenai sensitiviti sesuatu perbuatan yang melambangkan isi hati yang tersirat. orang cakap terlajak perahu boleh diundur kembali tapi terlajak kata buruk padahnya. ditekankan disini bukan kata-kata sahaja yang bleh mewujudkan lahirnya sensitiviti tapi perbuatan juga begitu.. nadz kongsi satu cerita, semoga akan jadi pedoman dan ingatan untuk semua dan yang paling penting untuk jejakan tampan dan gadis cantik di luar sana..

melalui kawan nadz, dia berkenalan dengan seorang jejaka tampan dan kacak tapi malangnya bagi nadz tampan dan kacak hanya dari fizikalnya sahaja. tiada langsung keindahan terpamer dari dalamannya. hasrat hati ingin mencari teman hati. sampai satu tahap si jejaka tampan tadi berhasrat untuk melihat foto teman nadz. dengan cara yang lebih mudah, teman nadz telah memberikan nama facebook beliau kepada jejaka tampan tersebut. entah dimana silapnya, selepas pertukaran akaun facebook tersebut, si jejaka tampan tadi terus tidak menghubungi teman nadz tanpa memberikan kata putus. nadz kira mungkin si jejaka tadi tidak selesa dengan perwatakan atau penampilan teman nadz. dengan merendah diri teman nadz meluahkan isi hatinya kepada nadz yang malu dan merasa merendah diri diperlakukan seperti itu. nak kata teman nadz ne sosial tidak pula ada gambarnya seksi dan berkelakuan sumbang di mata kita, bagi nadz dia memang cukup sempurna cuma nadz akui, teman nadz kulitnya tidaklah secantik dan semulus Lisa Surihani tapi sekurang-kurangnya perlukah dia ditolak bulat-bulat sebegitu?

kalau perkara sebegini masih berlaku ternyata ketampanan dan kecantikan seseorang itu tidak boleh dinilai melalui luaran sahaja. bukankah ianya telah menyebabkan wujudnya rasa tidak yakin dengan diri sendiri oleh pihak yang menjadi mangsa? ternyata bukan mudah untuk kita memberikan yang terbaik dan menyenangkan hati semua pihak tapi sekurang-kurangnya kita boleh berfikir dahulu sebelum bertindak. persoalan yang timbul di dalam lubuk fikiran nadz bukan mengenai kisah pencarian si jejaka yang mahu mencari teman hidup. tapi jika si jejaka tampan tersebut merasakan bahawa teman nadz tidak sesuai untuk dirinya salahkah untuk menjadi sahabat?? cuba berfikir positif mungkin atas sebab lain jejaka tadi menjauhkan diri. ini pendapat nadz, mungkin anda juga ada pendapat anda sendiri. tepuk dada tanyalah hati.. ahaks~~

dari papan kekunci: bila nadz dengar cerita teman nadz nie tiba-tiba rasa takut plak nak pampang gambar nadz mana tau dalam diam ada yang mengutuk, isi hati orang siapa tahu kan.. hahaha.. mungkin lepas nie nadz letak gambar-gambar 'backstage' macam gambar atas tu.. itulah kekasih baru nadz lepas kekasih lama ilang kena curi kat opis!!! lagi cantik dari letak gambar muka yang menggedik.. hahahahahaha.. (^__^)

Monday, October 18, 2010

4
Bila Rasa Itu Datang....

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....



apa anda akan rasa bila anda bahagia?
..saya akan tertawa gembira kerana saya tau rasa ini tidak akan dapat saya rasai sepanjang masa..


apa yang anda rasa bila anda berdukacita?
..saya juga akan tersenyum menghilangkan segala gundah gulana memberikan keraguan di dalam hati..


apa anda lakukan bila amarah menyerang jiwa?
..saya diam di sudut penjuru meredakan gejolak api yang makin membara agar semuanya terpadam hilang..


apa anda akan buat bila rasa rindu itu hadir tanpa di duga?
..saya akan cuba sedaya upaya menolak rasa itu jauh ke lubuk hati kerana saya tidak memerlukannya merosakkan hati ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bukan saya mahu merahsiakan segala rasa hati, tapi ianya kadang-kala akan mengakibatkan wujudnya rasa benci..
bukan saya mahu menonjolkan pengorbanan diri, kerana ianya adalah sekadar kekuatan insani..
bukankah lebih sempurna segalanya bila tiada yang mengetahui apa yang ada disebalik dinding ini, kerana saya tahu saya ada Tuhan yang sentiasa menemani di sisi....


You're not Alone,


Wednesday, October 13, 2010

8
Kerani Peguam Syarie VS Klien

Situasi: seorang Plaintif telah selesai bicara kes perceraian beliau dengan suami (defendan) dengan diwakili oleh Tuan peguam. Plaintif amat beruntung kerana perbicaraan kes tersebut hanya memakan masa 1 hari tanpa perlu ditangguh lama jika dibandingkan dengan kes-kes perceraian yang lain yang kadang kala memakan masa selama beberapa bulan. setelah selesai bicara dimana mahkamah mensabitkan jatuh talak satu keatas Plaintif dan Mahkamah bersurai, Plaintif bergegas naik ke pejabat peguam berkenaan untuk berjumpa dengan kerani bagi membayar baki tunggakan bayaran yuran guaman beliau memandangkan segalanya telah selesai.

Plaintif : Assalammualaikum... dik, akak datang nak bayar semua baki bayaran..
Kerani: waalaikumsalam.. ooo... boleh-boleh baki semua RM***.. dah selesai ke kak?
Plaintif: okey.. ni duitnya... dah.. baru selesai nie..
Kerani: next date bila?
Plaintif: takde next date.. hari ni juga selesai kes, jatuh talak satu dah dik...
Kerani: ooooo... ye ke? alhamdulillah lah....

situasi ketika itu tiba-tiba bertukar sunyi sepi.. kerani yang sedang menulis resit bayaran baru tersedar kesilapannya lalu sedaya upaya menyusun ayat membetolkan andaian dan perselisihan faham..

Kerani: alhamdulillah la kak kes bicara dapat selesai satu hari jek.. selalu sampai berbulan-bulan lamanya. kalau dah lama banyak kos kena keluar... tapi kes akak dapat selesai dalam masa satu hari je.. bagusla kan..
plaintif: oooo... ye la kan.. betol juga ek.. nasib baik ada tuan peguam tolong.. jadi sekarang tinggal tunggu mahkamah keluarkan perintah dan penghakiman yang dah dimeterai je la kan?
Kerani: ha'ah.. terima kasih kak ek.. nanti pape hal saya akan hubungi akak..

kedua-dua bersalaman dan Plaintif beredar keluar dari Pejabat peguam tersebut..

dan ketika itu Kerani tersebut menepuk dahinya kuat sambil menggaru kepala yang memang walau secubit pun tidak terasa gatalnya...

dari papan kekunci: anda rasa siapa yg bersalah..? kerani atau Plaintif tersebut? entah2 anda pun tak paham apa yang saya cuba sampaikan... kuang3... hahahahaha~~~


entry skema ini dihasilkan ketika kerja menimbun
diatas meja oleh;


Tuesday, September 07, 2010

10
Kad Raya Untuk Semua

Salam 28 Ramadhan...

entry kali ni anis xmau citer panjang.. tengok tajuk atas tu sume dah tau kan... anis nak bagi kad raya untuk semua pengunjung dan follower anis yang bakal menyambut lebaran beberapa hari lagi. mula-mula ingat nak bagi last puasa nanti tapi anis tengok semua blogger dah sibuk nak balik kampung dan mula nak berhibernasi untuk satu tempoh yang agak lama. jadi anis bagi sekarang la ye.. untuk semua blogger, sudi-sudila ambil kad raya ni dari anis..

Salam Lebaran Semua Blogger!
terima kasih kerana sudi menerima anis di dunia blog ini.
ampun maaf diminta andai ada terkasar bahasa terlanjur bicara.. (^__^).
selamat hari raya.
untuk yang pulang ke kampung tu berhati-hati yea...
dan akhir sekali..
terimalah kad raya yang tak seberapa ini dari saya,
tuan rumah
nadzirah-aqilah.blogspot a.k.a. anis hj sukarti...

maaflah.. anis dah cuba bagi saiz x-large tapi kebesaran page anis xmampu nak menampung.. jadi ia kad raya sekecil ini. anis harap ayat-ayat tu boleh nampak dengan jelas yea...


Thursday, August 26, 2010

5
Merdeka Dan Saya

salam semua.. wish u all have a wonderful and bright day! hontou ni arigato guzaimas ntuk semua pengembara yang sudi mengembara ke sini n secara tidak langsung menjadi follower saya. saya amat-amat menghargai sokongan anda semua memandangkan saya masih lagi baru dalam dunia blog yang luas ni.. chewahh.. berkata seperti seorang ahli politik yang sedang ingin meraih undi rakyat. hehehe.. but.. ketahuilah bahawa ianya memang benar belaka.. saya terharu dengan kunjungan anda semua.. (^__^)

wokey2.. make it more santai la kan.. nak story pasal apa ek kali ni.. cerita diari ramadhan tak boleh keluarkan selalu sebab episod dia xbanyak. cerita pasal isu semasa? i dont think so la.. next tyme la saya kupas dan mengupas lalu terkelupas. wooooo.. dah macam Karam Singh Walia plak.. saya tau! saya tau! sana sini orang dah sibuk cakap Merdeka kan. jadi saya pun nak turut sama la memeriahkannya memandangkan saya juga rakyat jati Malaysia, bumi saya dilahirkan dan berpijak sekarang.


 
jika ditanya pada remaja hari ini adakah anda paham apa itu perjuangan kemerdekaan? ooo.. perjuangan menentang penjajah yang menjajah tanah melayu bagi mencapai kemerdekaan.. wah! hebat sekali jawapan itu, cukup bersejarah... bohong itu dosa.. yela.. yela.. saya cakap benar la nie.. itulah jawapan saya suatu ketika dulu jika ditanya soalan yang sama. tetapi.. segalanya menjadi berubah tatkala saya mencapai usia di awal 20an ini. mata mula memandang, telinga mula mendengar, hidung mula menghidu, mulut petah berbicara dan tinta melafazkan setiapnya.. saya mula berfikir bahawa orang seperti sayalah yang bakal mewarisi kepimpinan dan tunggak kepada pemerintahan negara tercinta ini. jika bukan menjadi seorang pemimpin yang tegar memelihara negara mungkin saya akan menjadi seorang wanita yang sentiasa membantu dan mendorong setiap kejayaan dari akar tumbuhnya.

ini semua adalah lahir dari hati yang menyayangi negara tempat kelahiran saya sendiri. walaupun saya bukan seorang pejuang kemerdekaan, tapi saya juga turut berbangga jika nama Malaysia dikenali dan dijulang tinggi di negara-negara besar di luar sana. saya juga turut mahu mendabik dada bila rakyat Malaysia sanggup bergolok gadai membantu negara-negara yang berada di dalam kesusahan. malah saya juga turut berdukacita dan kecewa apabila Malaysia dipandang rendah oleh negara lain seperti yang berlaku baru-baru ini. saya tahu anda juga merasainya. wahhh... bila tinta sudah berbicara inilah hasilnya.. sounds skema for me.. hehehe.. just cut it short la kan....

jadi untuk saya dan juga teman-teman..
walau kita pelbagai bangsa dan agama, kita tetap satu Malaysia.
walau kita di lain benua kita tetap rakyat Malaysia,
walau kita terus dihina, kita tetap berbudi bahasa,
walau barat mempengaruhi budaya, kita tetap setia bersama,
dan...
walau apa jua yang berlaku disekeliling kita, ingatlah bahawa kita berada di bumi MALAYSIA..
jangan pernah melupakan sejarah kerana ianya mungkin akan berulang kembali di suatu masa...



Tuesday, August 24, 2010

4
Banduan Parol Disisih Keluarga

awal pagi di opis seperti biasa saya mulakan dengan menyelak helaian akhbar mencari ceritera sensasi. kalau semalam saya hasilkan review bila saya banyak baca mengenai kes pembuangan bayi yang tidak tahu lagi erti hidup. lalu terhasillah nukilan hati untuk insan yang saya sayangi. tapi hari ini tertarik pula saya baca satu ceritera kecil di akhbar Berita Harian ruangan Nasional halaman 31 yang bertajuk Banduan Parol Disisih Keluarga. saya bukanlah pengacara atau dj radio yang bertugas di awal pagi membaca berita sensasi dari akhbar tempatan untuk tatapan umum, cuma saya hanyalah seorang insan yang juga ingin berkongsi pandangan saya sendiri.


eh.. yuhuuu...berbalik kepada tajuk berita tersebut. perlu atau tidak kita menolak mereka yang ingin kembali semula ke pangkal jalan? saya tidak menyebelahi sesiapa dalam hal ni.. masing-masing ada sebab sendiri mengapa mereka berbuat sedemikian. mungkin bagi keluarga, i dont want banana friut two times..  tapi... sampai bilakah mereka akan terus menolak mereka jauh? haruskah mereka terus disisih? tiada siapa tahu apa isi hati mereka sebenarnya. jikalau ada yang benar-benar menginsafi perbuatan mereka yang lalu bukankah perlu untuk kita memberikan mereka peluang kedua untuk mengubah cara hidup dan haluan mereka. cuma.. hati manusia.. ikhlas atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui isi hatinya. kita sebagai hamba buanglah yang keruh ambil lah yang jernih.. memang tidak dinafikan sukar untuk melupai masa lalu yang telah berlaku tetapi apa yang sudah berlalu itu jadikanlah sempadan dan iktibar kerana jalan hidup ini tiada istilah berpatah balik tetapi hanya perlu terus maju ke hadapan..


okey2.. tidak semua mereka yang melakukan kesilapan itu itu akan mengulangi semula. sebagai contoh macam keratan akhbar kat atas yang diambil dari blog, dimana ada kemahuan disitu ada highway.. highway besar puyer! tak tipu taw! semua orang inginkan berjaya cuma tak semua menemui jalan yang terbaek. saya tidak mahu menyalahi sesiapa sebab semua orang ada pandangan dan pendapat mereka sendiri. tepuk dada tanyalah hati. saya cuma menyampaikan apa yang tersirat di dalam hati. mungkin esok lusa andai ada saya melakukan kesilapan saya harap setiap insan akan menerima saya seadanya dan memimpin saya semula ke jalan yang sebetulnya. jika ada yang membenci terpulanglah. cuma jangan sesekali menyisihkan mereka malah lindungilah mereka agar mereka dapat meneruskan tekad memulakan hidup baru dalam KEMBARA SEBUAH KEHIDUPAN.. 

Thursday, August 19, 2010

4
Apa Yang Berlaku Pada Saya??

setiap orang mempunyai pemikiran dan daya kreativiti sendiri untuk menyampaikan apa yang mereka ingin kongsi bersama dalam blog masing-masing. bila saya menjelajah dari satu blog ke blog yang lain macam-macam benda saya jumpa. kisah cinta, kisah suka duka kehidupan mereka, isu-isu semasa, fesyen dan macam-macam lagilah.. tapi saya? inilah kembara perjalanan saya mencari kebahagiaan yang hadirnya kadang-kala hanya seketika dan juga kelukaan yang datangnya tanpa diminta.

ada insan mengembara mencari cinta insan lain tapi kembara saya adalah untuk melupakan dan lari dari cinta. rasa ingin disayangi dan menyayangi itu memang wujud dan tegar dalam hati cuma apakah kita tahu sampai bila ianya berkekalan dan adakah wujud pengakhirannya? jawapannya hanya ada satu antara PERCAYA atau TIDAK..

minggu yang cukup menguji ketahanan mental saya sedang saya lalui saat ini. semoga kehadiran Ramadhan sentiasa memberikan saya kesabaran dan kekuatan. Allah s.w.t. sentiasa bersama mereka yang bersabar. Dialah yang lebih mengetahui.. juga keluarga yang sentiasa menemani saya pada saat dan ketika ini membantu saya mencari ketenangan.

sembunyikan keresahan mu dengan sebuah senyuman kerana senyuman lah penawar bagi setiap kedukaan..

Tuesday, June 22, 2010

0
Kepercayaan, Kejujuran & Penipuan?

firstly, sy xtau knape tp hr ni sy tertarik untuk bercerita psl 3 benda ni. sy ni pun bukanla seorg pakar motivasi yg penuh dgn madah indah, yg mudah melontar kata2. tp sy hanya seorg insan biasa. setiap org ada pendirian & pandangan mereka sndr kan. begitu juga dgn sy. sy pun ada cerita & pengalaman sy sendiri.

org slalu ckp sebuah kepercayaan mmg sgt penting dlm sebuah perhubungan. bkn hubungan percintaan je taw, persahabatan, kekeluargaan semua perlukan kepercayaan yg tinggi. tp sebenarnya ianya tidakla semudah menyebutnya. kdang2 kepercayaan itu boleh dimusnahkan dengan hanya sebuah penipuan jika tiadanya kejujuran. sbnrnya sume manusia sama. ntuk mengelakkan diri dr dituduh & tertuduh penipuan adlh 1 jln penyelesaiannya. tp bagaimana pula dgn yg tertipu. mmg perit nk telan sebuah kebenaran yg menyakitkan tp apakan daya itulah hakikatnya. mcm dlm lagu aisyah tu, janji manismu.

oh dunia ini penuh kepalsuan
oh mungkinkah tiada keikhlasan
apakah ini suatu pembalasan
ku sedar kebesaran mu tuhan

aku bagai seorang kembara jalanan
terumbang amibing di lautan gelora
mencari kebahagiaan
dahan untuk menumpang kasih
mungkinkah suratan
hidup kau selalu kesorangan

hati membeku mengingatkan
kata janji manismu
ku dilambung angan-angan
belaian kasih syg suci drmu
oh kejamnya

lidah tidak bertulang
ucapan manis menghiris kalbu
ku kan pergi membawa diri
cinta di hati terkubur lagi

tidak kufahami mengapa terjadi
peristiwa pahit mengguris hati
jalanan hidup ini sudah tertulis
kutempuhi dgn kesabaran
kusedar kebesaranMu Tuhan..

bg sespsg kekasih. betulkah kita boleh betul2 mempercayai psgn kita sepenuhnya? tepuk dada tanyalah selera. semuanya ada dlm hati. manusia mmg tdk boleh dinilai dr luaran shj sbb perkara penting seorg manusia tu terletak pd dalamannya. dont judge the book by its cover.. sedih bila fikirkan soal kepercayaan ni.. banyak yg tertipu. sanggup berhbs wang & sebagainya kerana percaya pd sesorg. tp.. apakan daya kepercayaan yg diagung2 kan itu adlh sebuah penipuan & bukannya kejujuran. apabila sekali terjatuh sy percaya mmg sukar ntuk bangun & bangkit semula.


sy tdk berniat ntuk meluahkan ketidakpuasan rs hati tp sy hanya ingin menyampaikan pd semua tp sebenarnya lbh kpd peringatan pd dr sendiri. sebuah kebenaran itu xsemuanya manis kdang2 ada jg yg pahit ntuk ditelan. tp.. emosi tdk akn dpt menyelesaikan segalanya. bukalah mata & tenangkan fikiran. jujurla dlm setiap perhubungan jika takut akn wujudnya sebuah perpisahan.

Thursday, June 17, 2010

2
umur double2??



salam semua...

sejak hbs study ni kan baru terasa umur dh meningkat.. huhuhu.. cuak juga. banyak benda yg kna fikir. lau dulu sume benda family yg uruskan. sekarang?? jgn hrpla.. sume dh kna wat sendiri. masa dpan dh kna rancang. mcm xcaye.. rasakan mcm br semalam main lari kat kebun getah atuk kutip biji getah, mandi kat tepi perigi tunggu atok siap toreh.. tp sekarang sume dh berubah. benda2 tu sume tinggal kenangan jek.. cepatnye masa berlalu.. umur pun dh jd 'double2', dh kna cr keje, cr duit.. sume benda lah.. insyaAllah.. rezeki Allah dimana2..

sebenarnya bukan tu saje taw.. after study last april, bila buka fb.. nah! terlihat di sana, rupanya rmai kwn2 dr sekolah sampaila kat u yg dh bertunang, xkurang juga yg dh berkawin.. yg dh ada ank pun ada.. huhuhu.. mcm xcaye kan.. jodoh pertemuan semua kerja Allah s.w.t.. ntuk kwn2 yg dh selamat tu congrats la sy ucapkan.. semoga dpt menempuhi alam yg baru ini dgn lebih tenang dan sabar.. menirikan masjid tu nampak je mcm snang tp sbnarnye bnyk halangannye.. almaklumla nk buat benda baik ni bnyk penghalangnye kan.. tp bagusla.. alhamdulillah moga terhindar dr semua maksiat...

sebelum terlupe.. pic atas tu ialah keluarga sy... ;p

bubye.. jya-neh..

Related Posts with Thumbnails