Salam Sejahtera..
Kehadapan saudara
Daiki Arioka yang kini berada di
Pulau Okinawa, Jepun. apa khabar saudara disana? saya harap saudara berada dalam keadaan yang sihat sejahtera di samping ahli keluarga yang lain. saya disini berada dalam keadaan yang sihat sejahtera cuma cuaca di
Malaysia terutamanya di
Kota Tinggi, Johor tidak berapa tetap. kadang-kadang mendung berselang-seli dengan bunyi guruh, kadang-kala panas terik, kadang-kala hujan hinggakan peramal kaji cuaca pun pening untuk mengeluarkan ramalan mereka dan ada juga yang terpaksa minta cuti sakit kerana diserang migrain. semua ini kuasa tuhan. kita meramal tuhan yang menentukannya.
oh ya.. sebelum saya terlupa. Hontouni Arigato diatas kesudian saudara membalas surat saya yang lalu. kiriman saudara telah selamat sampai ke rumah saya pada minggu lepas. tapi malangnya saya hanya menerima
sepucuk surat dari saudara beserta dengan
sebekas tupperware yang hampir kosong isinya. kiriman
sushi dan juga
bento yang saudara kirimkan untuk saya hanya tinggal beberapa keping rumpai laut sahaja. mungkin dalam perjalanan dari
Jepun ke Malaysia, bungkusan makanan itu telah tercicir ke dalam mulut orang lain. tapi takpela, terima kasih tidak terhingga diatas kesudian saudara mengirim bekalan tersebut jauh dari
Pulau Okinawa. rumpai laut yang tertinggal tu pun sedap rasanya. saudara kutip sendiri di dalam laut di sana? kalau tidak keberatan sudilah saudara kutipkan lagi dan pos kesini lagi. boleh saya buka
bisnes rumpai laut sikit disini..
sebelum saya terlupa.. masih ingatkah saudara teman kita waktu kita sama menetap di
Australia dulu,
Rosemary? dia ada sampaikan salam untuk saudara. 2 hari yang lepas
Rosemary ada menelefon saya menggunakan talian
Skype di internet. dia telah berpindah ke rumah baru dan telah berjumpa dengan jiran yang baru. segalanya seronok bagi
Rosemary, cuma dia ada sedikit berdukacita kerana kucing peliharaannya,
John, kerap kali diserang selsema kerana pertukaran persekitaran yang serba baru mungkin.
rosemary juga ada menjemput kita berdua untuk datang mandi di
kolam renang rumahnya. katanya kolam renang itu ada
ikan lumba-lumba sebagai teman barunya yang dihadiahkan oleh bapanya. saya rasa begitu teruja untuk bermain dengan
ikan lumba-lumba tersebut. kalau saudara
Daiki Arioka tidak keberatan, bolehla saya tumpang menaiki
jet peribadi keluarga saudara untuk kerumah
Rosemary ya..
wah.. sedar tak sedar dah hampir pukul 3 pagi. saya hentikan cerita saya untuk tatapan saudara
Daiki disini. bukan apa esok saya perlu bangun awal untuk ke
sekolah. almaklumlah, rumah di atas puncak gunung ini memang mengambil masa yang lama untuk turun ke bawah. tambahan pula
kereta kabel kami sedang dibaikpulih jadi terpaksa menaiki
land rover sahaja.. akhir kata, sampaikan salam saya untuk semua ahli keluarga saudara. jaga diri.. bubye..
Temanmu,
Siti Nur Tuminah
dari papan kekunci: jangan marah dengan saya, saya dah pesan jangan baca warkah ini... sory.. (^__^) lastly sebelum anis terlupa... SELAMAT HARI LAHIR
URUCHIMARU @ KF di
http://uruchimaru-kf.blogspot.com/!!!! semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki... hepy always n wish u all dabest in your life!!! nah amik nie ntuk besdayboy.... psssttt.. nama kat besday kek tu abaikan jek.. dorang salah tulis masa wat kek nie td.. hehehehe
bukan incik uruchimaru je taw! untuk teman saya juga...
ARI!!!!!! hepy besday ari!! wish u all dabest in your PSM n gud luck.. may Allah always bless u.. muah3!!! hehehehe.. ni kek ntuk ari plak.. taraaaa..