Followers

Showing posts with label My Work. Show all posts
Showing posts with label My Work. Show all posts

Friday, January 14, 2011

14
What A Beautiful Friday

assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

nadz tak nak tulis entry panjang bagai..
berjela-jela mencecah lantai..
yang macam selalu nadz buat..
tapi nadz cuma nak bagitau kat semua..
today is a Wonderful Friday!!!
u noe what??
I Got A Beautiful Kiss from one lovely women..

mesti ada yang konfius apsal nadz bahagia sangat dapat kiss dari kaum sejenis, nadz perempuan sejati okey, tulen lagi.. this morning, nadz tolong anak dia sediakan dokumen mohon perceraian di Mahkamah dan dalam masa yang sama dah nak dekat lunch (memandangkan hari ni jumaat, so waktu kaunter mahkamah tutup adalah awal berbanding biasa). n then makcik nie nak urgent sebab dia perlu berpatah balik ke JB semula untuk urusan lain yang perlu diselesaikan. nadz no problem secepat yang nadz termampu nadz bantu siapkan. keje-keje lain nadz tolak tepi sementara waktu. bila dah selesai semuanya ngam2 waktu yang diperlukan. dia punya bahagia sampai dia peluk nadz, n then kiss pipi nadz. 

mula-mula tergamam gak. terpaku plus spechless nadz kat situ. tapi lepas tu dia cakap muka nadz ada macam muka anak buah dia dan dia amat-amat berterima kasih sebab nadz sudi membantu. yang buat nadz gembira bukan sebab dapat kiss ngan pelukan tu.. tapi nadz rasa bangga, sebab selama beberapa bulan nadz keje di sana inilah kali pertama seorang klien betul-betul menghargai bantuan nadz. bukan tiada, ada, cuma kebanyakannya cuma bersikap acuh tak acuh malah ada yang mengherdik nadz. its okey, nadz tak kisah mungkin mereka dalam keadaan tertekan ketika itu. tapi kali ni, this wonderful klien make me feel lucky.. sebabnya nadz tahu sekurang-kurangnya selama ini dalam diam nadz sudah membantu ramai orang yang menghadapi masalah rumah tangga... even i'm not married n still single.. Terima kasih ya Allah kerana memberikan rasa itu.. (^__^)


dari papan kekunci: ibu ayah nadz selalu pesan biar orang sakitkan hati kita tapi jangan sesekali kita menyakitkan hati orang.. 

Related Posts with Thumbnails