Followers

Friday, December 31, 2010

10
Berakhirnya Kembara Sebuah Perjalanan 2010

salam sejahtera untuk semua...

siapa sangka kembara perjalanan 2010 bakal melabuhkan tirainya.. tidakkah anda rasa semua itu terlalu pantas berlalu?? bagi saya ya! semuanya berlaku sekelip mata. terlalu banyak coretan pengalaman suka dan duka sebuah kembara bagi perjalanan saya yang cukup berharga, berjaya dilalui hingga saya mampu berdiri teguh ke hari ini. dan saya juga yakin anda juga mempunyai kembara perjalanan anda yang tersendiri.. izinkan saya berkongsi sedikit catitan pengembaraan 2010 ini disini....

jika ditanya pada detik terindah yang telah dilalui, memang banyak untuk diceritakan tapi bagi saya, sesuatu yang cukup berharga bagi saya ialah pada tanggal 27.09.2010 dimana saya menerima Degree saya yang pertama.. memang hingga ke akhir hayat, detik itu tidak dapat saya lupakan. Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah yang Esa kerana memberikan peluang kepada saya untuk terus berusaha hingga ke tahap tersebut. terima kasih yang tidak terhingga juga kepada keluarga saya yang banyak menyokong saya hinggalah ke hari ini, begitu juga dengan teman-teman seperjuangan yang lain... Ya Tuhan... sesungguhnya saya amat merindui kalian semua.. semoga semuanya berada dalam keadaan yang sentiasa diberkati Allah... ukhwah yang terbina ini tidak akan mudah putus sampai bila-bila!



bila berakhirnya zaman pengajian, saya mula melangkah setapak mengenali satu dunia baru.. dunia yang begitu asing bagi saya. dunia pekerjaan, berusaha mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibu dan ayah lagi. sudah tiba masanya saya membuktikan bahawa saya mampu berdiri atas kaki sendiri. dan Alhamdulillah.. hingga kini segalanya masih lagi tersusun sempurna... terima kasih Allah atas rezeki yang telah Engkau kurniakan ini...


sesekali saya ingin berkongsi cerita.. kembara saya mencari cinta luar biasa juga bermula dan berakhir di tahun ini... pernah saya menyulam cita-cita tinggi mencari teman sejati tetapi tanpa disangka saya bukan diciptakan untuknya.. ternyata dia bukan tercipta untukku juga... bukan alang-alang rasa kesukaran dan kepedihan itu saya alami, tapi dengan berpegang teguh pada janji Allah, saya tahu masih ada yang tercipta untuk saya.. tetapi... jauh di sudut hati semuanya terlalu berat untuk saya terima kerana semuanya berlaku sekelip mata tanpa di duga... (^___^) sesungguhnya bermula dari kepedihan itulah wujudnya blogger bernama Nadzirah Aqilah a.k.a. Nadz yang anda sedang baca catitannya ini...

dan akhir sekali.... yang bertukar itu cuma kalendar dan tahunnya sahaja.
tapi saya masih lagi disini, terus berjalan tanpa henti mencorak langkah pengembaraan saya sendiri, untuk terus mengharungi liku-liku yang belum pasti..
mungkin hati saya serapuh kaca yang terhempas di lantai, tapi satu-satu masa ianya akan menjadi batu keras yang sukar diubah bentuknya dan saya tidak akan sekali-kali membiarkan ia menjadi bunga yang mudah layu bersama waktu..
dan mungkin juga saya kelihatan seperti air kolam yang sentiasa tenang, tapi hakikatnya ketahuilah bahawa disebalik ketenangan air kolam itu, gelora yang wujud di dalam tiada siapa yang akan mengetahui, selagi berupaya gelora itu akan tetap saya simpan jauh di dalam....
sesungguhnya..
walau apa jua yang berlaku saya, akan tetap menjadi air sungai yang sentiasa mengalir tenang tanpa menghiraukan segala halangan dan rintangan..
kerana saya tahu.. saya masih ada keluarga, kamu, kamu dan kamu dan yang paling penting saya sentiasa ada Allah yang sentiasa bersama saya walau dalam apa jua keadaan...

maka, berakhirlah Kembara Sebuah Perjalanan bagi tahun 2010 dan dengan itu Bermulanya Kembara Sebuah Perjalanan 2011.....

Dari Papan kekunci: macam poyo la plak entry nadz kali ni... boooooooo.... hahaha
Nadzirah Aqilah,

Wednesday, December 29, 2010

6
Contest Aku dan Kaca Mata

salam semua...

lama nadz tak join contest-contest nie.. merajuk la kunun-kunun, join contest tak pernah menang.. hahahaha.. persaingan sangat sengit la caner nadz nak menang kan. tapi nadz tidak akan berputus asa!!! nadz akan terus merajinkan diri menyertai segala contest yang ada dalam dunia blog ini!!! hohohohohoho... giler mengarut..

secara jalan lurusnya, sebenarnya nadz telah di tag oleh Krole untuk join satu contest Aku dan Kaca Mata.. gagagaga.. thanks krole! boley tahan gelabah kucing gatal gak nadz bila tengok nama contest tu. nadz memang tak berapa gemar pakai Kaca Mata Hitam nie, melainkan Kaca Mata rabun.. tu pun nadz pakai bila drive je.. giler rimas... lagi pun tertutp mata nadz yang cantik nie.. hahahaha.. giler geli... secara jujurnya untuk menyertai contest ini nadz telah menyelongkar segala folder-folder gambar yang ada untuk mencari gambar nadz dan kaca mata.. okey2.. mesti nak bebel kan... tak boley ke cakap terus? buley bha....  sila-sila...

firstly, contest ni dianjurkan oleh saudara Syafiq Rosli, jika anda berminat untuk menyertai silalah ke blog beliau untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi berkenaan syarat-syarat contest.. hmmmm... nak tunjuk gambar yang lemau nie... nadz takde gambar pakai spek itam sebenarnya.. jadi gambar terpaksa di crop dari gambar nadz ngan member-member lain..... TULUN TUTUP MATA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

haaaaaa... kan aduiii... giler huduh.. xmo letak beso2.. maluuuuu... hahaha.... dah macam menyanyikan lagu negaraku plak... kui3.. ni gambar asal..


ni gambar kami last holiday sebelum semua habis study.. gambar ditangkap di Jason Bay Resort, Mersing...

hahahaha...(gelak dulu baru cerita) inilah kali pertama dan terakhirnya nadz beli kaca mata hitam.. ini ialah percutian kali pertama nadz ngan member-member di sunway lagoon. sampai je d KL kami terus serbu Petaling Street (oppsss.. kantoi suda, Kaca Mata brand Petaling Street).. lepas kami beli sorang satu, terus kami amik gambar di kedai tu.. hahaha.. over taw!!! (soalan cepu emas untuk semua.. errrr... korang kenal ke nadz yang mana satu???? harap-harap tak la... gedik terlampau!)

gambar nie boley letak beso2... nadz suka sebab gambar tuan punye kaca mata tidak ada.. (sebenarnya ada cuma tak berapa jelas.. nak tau cari sendiri) hahahaha.... secara tidak langsung nadz ingin katakan disini... nadz amat menyayangi kaca mata tersebut sebab kaca mata itulah salah satu antara tanda persahabatan kami bertujuh... really miss all dat moment!!!!

dannnnn.... nadz kena tag 2 orang... gagagagagagaga.. errr... hmmmmmm.. hehehehe:
1. aki (member power rangers kuning, asyik mc je bila suh tangkap monster.. hahaha)
2. aiman (errr... member karok lagu cinta terakhir di K-BOX.. hahaha.. gurau je.. sory aiman)

dari papan kekunci: tulun jgn komen pic 1st okey!! wish me best of luck!!!! hahahahaha

sedara sailormoon member power rangers,

Tuesday, December 28, 2010

28
Saya Blogger Johor

salam semua..

sekarang rata-rata semua blogger sedang sibuk mempromosi tempat masing-masing.. siapa tak bangga jadi anak kelahiran negeri mereka kan. nadz pun memang yang teramat bangga giler jadi anak kelahiran Kota Tinggi, Johor, sampai nama blog pun ada Kota Tinggi. hahaha... tapi perasan tak nadz tak pernah buat satu entry langsung pasal Kota Tinggi.. memang hampeh.. bangga nadz pada nama je kan... huhuhu... dan hari ini nadz akan khabarkan kepada seluruh Malaysia apa itu KOTA TINGGI... hohohoho... semangat berkobar-kobar mengalahkan ahli politik sedang membuat rapat umum... ngeeeee...

tapi sebelum itu... semua ini bersempena dengan Sahabat Blogger Mengikut Negeri (bukan bermaksud mewujudkan perkauman, tapi memudahkan perkenalan selain mempromosi kawasan masing-masing).. anjuran dari Blog Pilihan Malaysia 2010.. jika anda berminat untuk menyertai sila kesini dan juga disini.. hehehehe

*****************************************************

Nama Saya: Nur Khairunnisa

Nama Blogger: Nadzirah Aqilah a.k.a nadz

Status: errr... single

Contact: khairun_anis@yahoo.com (email)
              Anis Hj Sukarti (facebook)

Daerah: Kota Tinggi

Tempat tinggal: Taman Kota Jaya, Kota Tinggi

Apa yang Menarik:

okey.. bila bercerita mengenai Kota Tinggi, semuanya berpusat pada kawasan peranginan di kawasan ini.. antara kawasan peranginan yang menarik di Kota Tinggi ialah Desaru, Batu Layar, Tanjung Balau, Telok Sengat dan banyak lagi, termasuk juga kawasan-kawasan bersejarah seperti di Kota Johor Lama di mana kawasan pentadbiran Johor yang paling awal sebelum semuanya berpindah ke Johor Bahru (mungkin sebab tu nama dia Johor Bahru dan Lama.. hahaha).. okey... tapi nadz tak akan cerita semuanya disini.. kali ni nadz hanya ingin fokus kepada Air Terjun Kota Tinggi, memandangkan blogger Afzan juga berminat untuk mengetahuinya..

Air Terjun Kota Tinggi ini telah dibangunkan beberapa kali, mengikut peredaran permintaan pelancong yang datang berkunjung. Air Terjun disini memang ternyata cukup sejuk dan nyaman. terletak kira-kira 56km dari utara Johor Bahru. tapi jika anda dari kawasan nadz, bandar Kota Tinggi, hanya kira-kira 10 hingga 15 minit perjalanan. pengangkutan dan penginapan bukan masalah utama jika anda mahu ke sana kerana terdapat kira-kira 43 bilik hotel moden dan 20 buah chalet persendirian di sekitar kawasan Air Terjun. selain itu, jika anda menginap di hotel-hotel atau rumah tumpangan di bandar Kota Tinggi, pengangkutan awam memang mudah untuk didapati. segalanya sudah tersedia sempurna. ada juga sesetengah pelancong yang gemar berbasikal ke kawasan berkenaan. bagi yang gemar berkhemah, terdapat juga disediakan sebuah kawasan perkhemahan yang cukup selesa....  rasanya cukup itu sahaja info yang nadz dapat sediakan berkenaan Air terjun Kota Tinggi atau Kota Tinggi Waterfalls Resort.. selebihnya silalah nikmati gambar-gambar yang nadz amik dari Majlis Daerah Kota Tinggi dan beberapa laman web pelancongan...








dari papan kekunci: jika ada yang pernah sampai kesini, mungkin ada yang perasan gambar-gambar ni sebenarnya bukan gambar yang terbaru... nadz dah cuba cari tapi tak jumpa... hehehe.. sory ya... semoga anda berpuas hati dengan info yang nadz berikan... (^___^). kalau ada yang berminat mengenai tempat-tempat lain di Kota Tinggi.. nadz akan story lagi untuk cerita akan datang... Love Kota Tinggi a Lots!!! hahaha...

From Kota Tinggi With Love,

1
Marathon Award Lagi

salam semua...

firstly bagi nadz tarik nafas panjang-panjang dulu... hmmmmmmm.. okey dah.. lega.. adus ai! banyaknye checklist tertunggak.. hahaha.. memang pemalas kan ini budak. dan seperti yang dijanjikan semalam, saya Nadzirah Aqilah a.k.a Anis Hj. Sukarti akan berusaha sedaya upaya menyelesaikan segalanya..!!! hohohoho... kita mulakan dengan award okey... zasssssss....

********************************************

award dari Kelana yang sekian lama tertunggak adalah dalam sebulan.. OMG!!! sila tulun maafkan saya. saya tak bersalah dalam hal ini, mereka, mereka, mereka yang bersalah.. hahahahaha... tapi nadz kena jawab beberapa soalan cepuk kepala.. adeiiiiiii....

1. adakah kamu seorang yang manja?
hmmmmmmm..... tidak mungkin... tapi lebih kepada kegedikan yang melampau... hahahahahahahaha.. tapi secara seriusnya saya bukan seorang yang manja (sambil buat muka ganas)

2. bilakah kamu mempunyai blogger?
errrrrrr.... alamak tak ingat. sebenarnya dari tahun lepas lagi tapi buat suka-suki jek. bila dah ada akaun blogger tu kan bleh plak cakap "eh.. aku ada akaun blog rupenya".. dan mula bergiat aktif dalam dunia blogger mulai bulan 6 yang lalu.. (rasanya la..)

3. apakah perasaan kamu bila dapat award?
perasaan? macam ni tau.. OMG!!!! AWARD!!!!! TENKIU2!!!! (pastu terus jadi spechless sebab tak sangka ada orang sudi nak bagi award ntuk nadz nie.. hehehehe. nasib baik korang tak nampak camana nadz lompat-lompat waktu tu, almaklumlah dunia blog.. orang nampak semuanya melalui penulisan.. ngeeeee)

4. ucapan ntuk saya?
untuk en.Kelana.. terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menganugerahkan award nie ntuk saya.. saya sentiasa menghargai ingatan tersebut.. thanks juga sebab selalau support saya.. (^___^)


maka... berakhirlah award dari en. Kelana.. hehehe.. next...

***********************************************

award seterusnya adalah dari al-Hakim... award ntuk sahabat sempena 600 follower... hmmmm... bilalah nadz nak rasa kan.. kui3... ntuk al-Hakim.. thanks sebab sudi bagi award nie kat nadz n congrats atas kejayaan saudara dalam dunia blog ini. sory sangat2 sebab nadz lewat amik award nie.. hehehe..


next...

***********************************************

okey.... last award plak.. hahahahaha.. datangnya dari en.Krole (pemilik 2 patung Domo).. thanks Krole... well.. macam biasa la.. ada interview ntuk nadz.. nebes!! macam nak minta kerja lagaknya siap ada interview.. ngeeee...

1. apakah nama pena yang sesuai diberikan kepada Krole?
hmmmm.... ntahla ek... nadz takde idea.. tapi bagi nadz ada satu positioning yang nadz tak boley elak dalam mind nadz.. (chewah.. buat pertama kalinya nadz bercakap mengenai marketing management, lama tak praktik ne.. hahaha) positioning nadz terhadap Krole ialah DOMO... hehehe.. sory Krole..

2. apa perubahan yang anda rasa perlu ada untuk blog ini?
urmmm.... nadz nie xla kreatip, kalau tengok blog nadz pun tunggang langgang je.. jadinya.. no komen.. bagi nadz, blog Krole dah cukup kemas dan tersusun.. hehehe

3. apakah komen anda untuk blog ini?
errr.. komen lagi tu.. no komen.. no komen.. plisssss... off the camera n mic... (hahaha.. hantuk kepala kat dinding) senang cerita blog dan blogger ini, keduanya-duanya berpotensi untuk lebih maju ke hadapan. tak lama lagi Krole akan join dengan blogger hebat yang lain.. masa tu nadz tumpang bangga sekali (sekarang pun dah cukup kembang semangkuk dah bila Krole sudi tag nadz.. ngeee..) errrr... tapi sekarang pun krole dah cukup feymes apa.. hehehe

eh.. selesai... weeeeeeeeeee.....

****************************************

errrrr.... sebenarnya kan.. kan.. nadz kena tag orang taw.. hahaha.. tapi nadz bab tag mengetag nie la yang paling lemau.... sory yea nadz tak dapat tunaikan task mengetag tu.. nadz cuba dapat tag award2 ni untuk semua teman-teman.. maaf-maaf... untuk yang berminat.. sila2 amik.. ini semua untuk dikongsi bersama.. dalam dunia blog, kita semua adalah teman yang sentiasa berkongsi cerita, mengenali setiap seorang melalui penulisan yang lahir dari kotak fikiran masing-masing.. errrr... apa nadz merepek daaaaaa....

dari papan kekunci: nadz gerak dulu.... ada lagi task tertunggak yang nadz kena selesaikan.. hehehehe

saya yang menyorok di bawah meja,


Monday, December 27, 2010

9
Maaf Untuk Semua

salam semua..

halamak! tepuk dahi jap... dah ada sarang labah-labah plak kat cnie. lama nadz tak dapat sediakan entry baru untuk tatapan semua. sory ya.. bagi masa untuk nadz sekejap untuk buang habuk yang banyak kat cnie. mana Power Rangers nadz ni, xmo tolong ke??? uhuk2.. okey dah siap...... haaaa.. baru chantek... (padahal takde perubahan pun masih lagi tetap begitu... hahahaha

*********************************


firstly nadz nak minta maaf dari seluruh jiwa raga, jauh didasar hati, lubuk yang paling dalam (boooo!!) untuk semua rakan-rakan yang telah tag nadz untuk award mahupun contest. nadz tak dapat sediakan entry tu. bila pagi tadi nadz tengok blog banyak plak checklist tertunda (silalah mencuci mata dengan link-link biru yang nadz dah underline kan jadi kaler merah tu) thanks a lot untuk kesudian semua tag nadz dan secara tak langsung menunjukkan yang nadz sentiasa ada dalam ingatan anda (okey sekali lagi anda boley booo saya.. hoho) mula-mula nadz ingat, nadz nak pulun semua tu weekend ni, tapi khamis hari tu adik nadz balik bercuti, jadi... memang tak lekat la kami di rumah. pekerjaan nadz secara automatik berubah menjadi driver sepenuh masa bawa adik-adik nadz jalan-jalan. aduiii.. tak tipu! memang sangat penat.. hohoho.. dan secara tak langsungnya nadz la yang jadi 'bank' bergerak dorang.. kan best kalau nadz ada abang atau kakak, bley nadz pow dorang plak bila dah kering.. hahahahahahahaha... pasal tag tu, nadz akan cuba curi masa untuk selesaikannya. untuk tag contest plak selagi belum due date nadz akan laksanakannya.. hehehehe... Hontouni Gomenasai!!!!!!


*************************************

(awas!! entry dibawah ini akan mengubah mood secara tiba-tiba jadi ianya tidak diwajibkan untuk semua membacanya...)

kadang-kadang kita akan rasa apa yang kita sedang lalui sekarang memang cukup bahagia dan sempurna. tapi hakikatnya, tanpa kita sedari, ada kalanya kebahagiaan dan kesempurnaan itu boleh berubah menjadi sesuatu yang tidak terduga serta menjadi gelombang cabaran yang cukup membingungkan fikiran. tidak bermakna untuk cuba berpatah balik ke masa lalu, kerana masa hanya akan berdetik terus maju ke hadapan. bagaikan aliran sebuah sungai yang tidak menghiraukan halangan batu yang merintangi laluan, air itu tetap terus mengalir menuju ke hadapan. dan ketahuilah bahawa tanpa sebuah cabaran dan dugaan itu, kita tidak akan pernah dapat merasai sebuah kepuasan hidup kerana dari semua itulah kehidupan kita akan menjadi lebih sempurna dan berwarna-warni. kerana pengalaman adalah guru yang terbaik dalam sebuah kehidupan. semuanya bermula dari pemikiran positif yang ingin terus bangkit melangkah laju menuju ke hadapan...........

dan saya, Nadzirah Aqilah a.k.a Anis Hj. Sukarti adalah air yang jernih yang sentiasa mengalir deras di sungai tanpa menghiraukan segala rintangan di hadapan!!!!!!

dari papan kekunci: senyum yang terukir di bibir setiap insan kadang-kala hanya sebuah lukisan potret yang cuba menyembunyikan isi sebenar di dalam hati itu.... (^_____^)

saya yang sentiasa bahagia,

Wednesday, December 22, 2010

16
Power Rangers Bersepah Kat Sini???

Salam Sejahtera untuk semua...

sentap? hahaha.. kat sini tu kat mana ek? apa lagi kalau bukan di From Kota Tinggi With Love... macam teruja pun ada nadz rasa. tak sangka Power Rangers nak berkampung kat sini sehingga menarik minat ramai orang.. nape tak percaya? nak bukti.. takde masalah.. (bercakap dengan gaya yang angkuh sambil berpeluk tubuh) gagagagaga..




haaaaaaa.. betol kan3.. Biar betoolll.. (nada iklan Stremyx budak comel tu) so believe on me right now? tengok bulat-bulat merah yang nadz buat tu. siap ada orang cari baju Power Rangers lagi tu.. nadz rasa dah macam butik pun ada. tak lama lagi nadz nak buat persatuan Power Rangers la kat cnie. biar semua Power Rangers berkumpul kat sini. uuuiiiiii... syokkk tu... pastu bila Power Rangers dah mantap, nadz nak panggil, Ultraman plak, diikuti pula dengan Kamen Rider, Masked Rider Kabuto dengan Masked Rider Den-O sekali. bila dah cukup feymes, nadz nak panggil member-member Ichigo.. eh.. semua lelaki yang pompuan mesti ada jugak kan.. apa kata panggil Sailormoon.. ah! Complete Set!!

tapi kan yang pelik bin ajaib lagi... sila alihkan pandangan anda pada kata kekunci lain yang nadz tak bulatkan. ada juga kapal jelatik ngan surat MC doktor di Kota Kinabalu lagi bha tu.. adididiiii.. sejak bila nadz jadi doktor di sana pun nda tau nie.. psssss... mat rempit pun ada tu... hahahaha.. tapi nadz bukan tergolong di kalangan mat rempit tu sebab nadz tergolong dalam golongan minah drift.. nadz rasa nadz bawa tak la laju mana pun. tapikan adala beberapa orang yang naik ngan nadz itulah kali pertama dan terakhir dorang nak naik kete ngan nadz. nape ek? (biasanya orang yang kena macam nie bila dorang bertembung dengan masa mood nadz memuncak.. hahaha.. nasebbbb) padahal ada je orang yang bawa lagi giler dari nadz.

dari papan kekunci: nadz rasa kan Power Rangers datang sini sebab nak cari resepi Coconut Rose mungkin.. hahahaha... hantuk kepala kat dinding sekarang!!!

kawan baik Sailormoon,


Monday, December 20, 2010

28
Coconut Rose

Salam sejahtera untuk semua..

alamak.. macam dah lama nadz tak dapat jenguk blog dan berbalas kunjungan semua. sory ya.. lately nadz ada keje ckit. banyak kerja-kerja nadz kena selesaikan. jadi dari mengelakkan dari semuanya terus tertangguh dan menggunung nadz kena siapkan semuanya sebelum due date. tapi nadz tetap nak curi masa untuk sediakan post untuk pengunjung setia (perasan betol) hehehe..

ramai blogger yang menyumbang ilmu menyediakan tutorial berguna untuk blogger-blogger lain. nadz pun nak juga share tutorial. orang jawa selalu cakap sharing is caring.. tapi masalahnya nadz tak pro la plak dengan tutorial dunia blog ni.. jadi nadz amik keputusan nak share tutorial makanan plak. hahaha... sesekali nak juga hasilkan kelainan. jom ikut nadz.. kita sama-sama buat kuih Coconut Rose. mungkin ada yang pertama kali dengar nama kuih ni. jadi kalau nak tau jenis, bentuk, rupa dan rasa (melainkan anda cuba sendiri di rumah) ni nadz share kan khas untuk semua.. mempersembahkan Tutorial Coconut Rose!!!! Big Clap!! Plap. plap.. plap... gagagagagaga

******************************************

Coconut Rose
(tutorial ini untuk satu adunan yang dapat menghasilkan lebih kurang 80-90 biji)

bahan-bahan:
600gram Tepung naik sendiri (nak guna tepung Blue Key ke Red Key ke no hal asalkan nama dia tepung naik sendiri tapi jangan sebat tepung gandum plak.. memang lain jadinya)
500gram gula
2 cawan santan (kalau nak guna susu cair pun takpe)
1 sudu baking powder
2 sudu ovelette
4 biji telur (telur ayam okey, telur angsa atau telur punya tidak diterima sama sekali)
pelbagai jenis pewarna mengikut kesukaan anda
paper cup yang kiut-kiut

cara membuat:
campurkan semua adunan tadi menjadi satu. tak perlu peringkat-peringkat (mudah kan). bila semua dah dimasukkan dalam bekas. mix semua adunan tadi sehingga menjadi pekat dan semua bahan menjadi satu...

sementara tu, kalau ada pembantu, boleyla masukkan paper cup tadi susun ke dalam cetak kuih lompang yang kecik, supaya mudah proses mengukus.

bila bahan dan paper cup tadi dah sedia, asingkan adunan tadi kepada beberapa bahagian ini adalah untuk memudahkan proses mengasingkan warna mengikut kegemaran anda. diingatkan disini, semasa anda meletakkan pewarna ke dalam adunan, pewarna tidak perlu dikacau rata. cukup sekadar menjadikannya berbelang.

dan dengan menggunakan sudu kecil masukkan adunan tersebut ke dalam paper cup yang telah disediakan dan susun di dalam bekas kukusan.

setelah selesai, kukus selama 5 minit sahaja okey... jangan over nanti lain jadinya..

dan selepas itu... taraaaaaaaaaaa..... Coconut Rose anda berjaya dihasilkan...
 lagi banyak pewarna, lagi menarik Coconut Rose tersebut.... kan3...

sebenarnya ibu nadz menerima tempahan pelbagai jenis kuih-muih. kadang-kadang katering pun ada. kuih Coconut Rose ni salah satu daripadanya. dan secara tak langsung bila ada tempahan, kira nadz punya part tyme la di rumah.. hahahahaha.... sambil menyelam minum air.. tapi nadz menyelam takla sampai kembung perut... ngeeeeeee... kalau berminat cubalah.. kuih ni memang senang dan berbaloi-baloi..... hehehe.. selamat mencuba...!

dari papan kekunci: hujung bulan nie, kami ada terima tempahan 2500 keping kuih nie untuk majlis kenduri kawen.. alhamdulillah.. rezeki lebih.. tapi mahu patah pinggang nie.. hahahaha...

chef Power Rangers merah,

Friday, December 17, 2010

9
"Aku Mahu Topup FREE"

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

pagi jumaat yang ceria.. masuk opis benda pertama nadz akan buat ialah, on komputer, on ym, sign in fesbuk check notification n lastly bertempek lama kat blog... ni dah kira macam aktiviti rutin nadz setiap hari. cuma bila nadz bizi nadz tak sempat nak blogwalking. hari nie usha-usha sb nadz, nadz nampak nadz telah ditag.. ahaks.. kali ni tag untuk join contest dari Humblemodest untuk join 1st contest dia. mana tau ada rezeki kan.. yang paling best buat nadz senyum tarik sampai telinga ialah bila nadz telah ditag oleh penganjur contest tu sendiri.. ngeeeee.... kira tergolong antara kumpulan pertama la kan.. hakhakhak.. baeklaaaaa... dengan perasaan teruja menggoda jiwa nadz lengkapkan syarat-syarat penyertaan...

+ Korang semua mestilah menjadi followers aku and like page facebuk aku terlebih dahulu ..

2-2 nadz dah buat.. sebagai bukti kukuh ntuk kata-kata itu, ini nadz sediakan.. hehehe.. ntuk follower, gambar tangkap lentok dengan id nadzirah-aqilah itu ialah nadz.. hahaha.. ntuk fesbuk plak, nampak tak ayat You like this.. nama fesbuk nadz, anis hj sukarti.. humblemodest bleh review nanti k... hehehe..

+ Buat satu entri mengenai contest ini .. Pastikan tajuk entri tersebut ialah "Aku mahu topup FREE !!"
haaaa... yang sedang dibaca inilah entry ntuk join contest tu...
+ Letakkan banner contest ini didalam entri tersebut
taraaaaaaa.....

+ Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen ini
dengan terpost je entry ni. nadz akan tinggalkan link kat entry contest ye.. (^___^)
+ Tag beberape orang bloggers yang lain .. minimum 2 and maximum 5
alamak... tag... okey2 nadz cuba yeaa....
citah bukan mazid (my housemate dalam bloglarian.. hehehe)
Dilla Sabbar (jom join dilla.. ngeee)
+ Akhiri entri tersebut dengan Assalamualaikum bagi yang islam .. Dan yang non-muslim pula Salam sejahtera
oryte... nanti ek.. tapi sekarang nadz belum habis membebel lagi.. hakhakhak..

lastly.. untuk sape2 yang berminat nak join dan berminat untuk mengetahui pasal contest ni dengan lebih lanjut anda boley berkunjung ke Humblemodest[dot]blogspot.. thanks to you for tag me in.. hehehe...

dari papan kekunci: banyak tag award nadz tak sempat buat.. sory yer yang dah tag nadz. jangan majuk.. insyaAllah nadz akan tetap tunaikan janji nadz..

assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. (^___^)

kawan power rangers merah,

Thursday, December 16, 2010

16
Follower 300th

salam semua..

syukur alhamdulillah... dalam diam nadz berjinak dengan dunia blogging ni akhirnya semalam nadz dapat mencapai follower yang ke 300.. macam tak percaya okey. nadz ni bukan macam blogger tegar lain yang 25jam dapat usha blog. kadang-kadang bila banyak keje nadz terpaksa lupakan dunia blog ni untuk sementara. sob3.. bila dah bersawang baru nadz kembali semula.. terima kasih kepada semua follower n semua teman-teman yang telah menyokong nadz. i love u all...

okey habis dah story budget skema. nak tau sape follower bertuah yang berjaya menembusi talian tu? taraaaaa....



akubersamacahya a.k.a. abc... menarik bukan nama blog nie? thanks abc coz sudi jadi follower nadz. tapi nadz bukan kreatip sangatla nak buat award-award tu (header pun orang yang buatkan) xpun banyak duit nak bagi hadiah kat abc (sebenarnya duit gaji dah habis.. hahahaha) jadi nadz sediakan post ini khas untuk abc sebagai tanda menghargai.. hehehe... keep in touch k... tapi kan satu yang nadz konfius lalat ckit. cuba korang pergi ke blog abc, korang perasan something x? cuba tengok ejaan akubersamacahya.. ada ejaan yang hilang.. mula-mula nadz ingat tak disengajakan.. tapi bila usha-usha balik.. confirm.. ejaan itu adalah sengaja dibuang huruf 'a' dalam perkataan 'cahya' tu... saje menggedikkan diri.. nadz mls nak tanye kat SB abc, nadz nak buat persoalan tu timbul disini.. hahaha.. gedik kan3??? cik abc.. sila jawab yea... hehehe

neway.. thanks abc for follow my simple blog.. selamat berbloging untuk semua. majulah blog untuk semua. hahaha.

sepupu power rangers merah,

Wednesday, December 15, 2010

13
Nasib Baik?

salam sejahtera untuk semua...

kita selalu ucapkan perkataan "Gud Luck" kat semua orang yang membawa maksud "semoga bertuah". tapi sebenarnya tahukah anda bahawa kita memang cukup bertuah dan bernasib baik? sama ada anda sedar atau tidak ianya selalu berlaku dalam kehidupan seharian kita. unbelievable? beliave it.. dah macam Ripley's Believe It Or Not la plak. tapi secara psikologinya itulah dia. sebagai bukti.. cuba fikirkan dalam sehari berapa banyak kali anda ucapkan perkataan nasib baik?? paling tidak pun mesti ada sekali tersembur keluar dari mulut kan? nak bukti lagi? okey.. fine.. jommm....

credit to google

situasi pertama
anda sedang bawa kereta tiba-tiba ada satu kereta keluar simpang dan secara tidak langsung telah berlanggar dengan kereta anda.
ayat yang biasa digunakan: fuuhhh.. nasib baik kemek je bonet depan nie, enjin takde pape, tangki tak bocor, aku pun tak cedera..
sebenarnya: kalau dah xcident macam tu kemek macam mana pun confirm duit melayang jugak kena repair kan... Innalillah

situasi kedua
kali ni, kemalangan yang dialami agak teruk, dan pemandu dibawa ke hospital bagi merawat luka-luka yang dialami..
ayat yang biasa digunakan: takpe-takpe.. nasib baik luka ringan jek, takdela patah kaki ke patah tangan ke.. okeyla lagi tu..
sebenarnya: kalau dah cedera, luka sana sini pun dikira nasib baik ke? mungkinla kot.. at least tiada kemalangan jiwa kan. Alhamdulillah

situasi ketiga
di malam yang sunyi, ada kecurian di rumah jiran anda. dan setelah dikenalpasti kerugian yang dialami mencecah RM10,000 (kira banyakla tu kan)
ayat yang biasa digunakan: eeeeee som...!! nasib baik korang satu family tak kena bunuh ke atau dicederakan. kalau tak memang kejam la perompak tu..
sebenarnya: kalau dah rugi macam tu pun dikira nasib baik ek? ye la kan nasib baik tak hilang nyawa.. Alhamdulillah. tapi perompak tu memang kejam pun!

see?? itu contoh situasi-situasi yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. pernah tak anda terfikir betapa bertuah dan bernasib baiknya kita kan. walau apa pun kecelakaan yang berlaku kita tetap bernasib baik. siapa setuju dengan saya sila tunjukkan ibu jari anda. hahaha. tapi bagus juga. kadang-kadang psikologi ni semualah yang membuatkan kita lebih berfikiran positif dan mudah mencapai satu-satu tujuan. semuanya bermula dari minda dan cara pemikiran kita.. eh.. betol ke?? sila abaikan.. nasib baik line internet kat opis laju boley saya blogwalking lagi.... (^___^)

dari papan kekunci: fuuhhhhh.. nasib baik saya tiba-tiba ada idea nak story pasal topik nieeeee......

nasib baik saya tak jadi power rangers,


Tuesday, December 14, 2010

6
Doktor VS Polis

salam semua teman-teman blogger (^___^)

hari ni nadz nak share something. sebelum tu nadz nak tanya dalam banyak-banyak pekerjaan kat Malaysia nie apa pekerjaan yang paling korang takut bila jumpa dengan orang yang bekerja dalam kerjaya tu? hahaha.. konfius ek soalan nie. secara pendek dan simplenya nadz bagi contoh. mesti selalu ramai yang dengar tak kirala kanak-kanak ke, orang dewasa ke yang takut nak jumpa doktor. kalau budak-budak tu dorang takut sebab nanti doktor bagi injection. siap bleh buat takut-takutkan lagi. tapi kalau orang dewasa tu, nadz pun xberapa pasti. takut dengar nama penyakit mungkin. tapi bila nak minta MC tanpa segan silu plak dorang ngadap nurse kat kaunter depan tu, siap tuang ayat power lagi kat nurse tu suh bagi surat MC..

nadz ngan doktor ni, biasa-biasa jek. cuma nadz jenis yang tak suka makan ubat, lagi-lagi ubat pil.. nadz tak reti okey. confirm keluar balik. takpun sampai meleleh air mata nak telan sebiji pil tu. tu baru sebiji, kalau sepakej, ubat batuk, selsema, demam, antibiotik, bla, bla, bla... tak ke sebundle jadinya? perit tak perit la nadz nak telan benda-benda tu sume. hehehehe. tapi kan yang sebenarnya nadz ni takut dengan POLIS. benda ni pun nadz baru perasan bila hari tu nadz ziarah makcik nadz kat Tiram. n then sambil kitorang borak-borak, gelak-gelak, bergosip-gosipan tetiba pakcik nadz terus tuding jari kat nadz, "haaa... anis, takut polis tak? kalau jumpa polis tepi jalan apa anis buat" (nama anis tu nama nadz yang biasa) baru nadz perasan. nadz sangat fobia tahap gaban okey bila bertembung dengan polis yang lengkap beruniform. nampak kereta atau jeep polis pun nadz boley menggelabah. padahal bukan buat salah pape pun..

bila nampak kereta peronda polis ke takpun polis yang ronda-ronda naik motor tu, tak banyak pun mesti nadz gelabah kucing punyela. sure jadi pengguna jalanraya yang paling bersopan di abad ini. kalau jalan-jalan kat shoping kompleks nampak polis-polis yang memantau tu, nadz akan cuba elakkan diri dari bertembung dengan dorang. kalau bertembung juga nadz akan senyum-senyum kucing. tapi sbenarnya senyum kelat. cuak... tu belum cerita kalau bertembung dengan polis yang on siren tu... haisssssh... ketar lutut derrr....

kenapa? entah.. mungkin dulu kecik-kecik selalu kena takutkan dengan ayat "sarjan misai" kot. tu yang sampai ke sudah, berpeluh-peluh bila bertembung dengan polis.. pastu kalau jumpa doktor, doktor yang nadz jumpa kecik-kecik suka bagi nadz gula-gula.. sebab tu nadz tak heran sangat lau jumpa doktor.. hahaha.. tapi yang pelik masa sekolah rendah dulu doktor selalu cakap gula-gula tak bagus nanti gigi rosak kena makan semut. tapi bila jumpa doktor kat klinik, doktor selamba jek hulur gula-gula banyak kaler satu balang.. hmmmmmm....

dari papan kekunci: cakap pasal "sarjan misai" tu, sekarang jarang plak jumpa polis yang bermisai lentik ek.. mungkin trend skarang dah berubah... tapi dulu sampai sekarang, doktor tak pernah ada yang bermisai.. semuanya clean n clear. mungkin kalau ada, silap haribulan, kena nenek yang lemah semangat tu, bley pitam berkali-kali kot.. hahahaha.. mengarut!

saya yang nak jadi power rangers,

Monday, December 13, 2010

10
Perutku Dilanda Gelora

salam sejahtera semua teman blogger..

bila hujung bulan 12 je, macam-macam musim datang melanda.. pernah tak anda senaraikan semua musim-musim tu? nadz pun tak pernah buat tapi bila pikir-pikir bley tahan la.. antara musim yang sedang hangat melanda penduduk Malaysia sekarang ialah musim orang kawen.. haisshhhh.. kadang-kadang nadz pun naik pening.. bila mula cuti sekolah jek mulalah berbondong-bondong kad jemputan kawen datang singgah kat rumah. yang paling memeningkan kepala ialah bila satu hari tu boley jejak sampai 7 buah rumah menanti giliran. kalau macam ni la gayanya, confirm... sebuah rumah sesuap nasi jek diperlukan. itu kira okey. dihentam semua rumah hidang nasi minyak takde nasi putih atau menu lain ckit tak ke bley naik muak tekak. bukan nak cakap kenduri kawen ni tak bagus, takdela... mana ada.. nak dirikan masjid... alhamdulillah.. kan bagus tu. tapi tu la masalahnya bila berhimpun-himpun majlis tu dalam satu hari. bila tak sempat mulalah terpaksa skip rumah-rumah yang jaraknya agak jauh. opis nadz pun kena gak tempiasnya.. bila nak mula je cuti sekolah, ramai orang datang opis minta tolong uruskan permohonan untuk kes wali hakim bagi pernikahan.. biasalanya kan.. ni mesti kes target nak nikah masa cuti sekolah..

okey lupakan pasal opis nadz dan keje nadz... sebenarnya nadz ni over je kunun-kunun pening dengan jemputan yang berlambak tu, tapi hakikatnya, tak langsung. sebab nadz bukan jenis yang suka datang kenduri kawen nie melainkan saudara terdekat atau kawan-kawan rapat. ayah pun dah naik bengang bila nak ajak pergi majlis nie. nadz ngan adik-adik semua sama. sanggup kitorang lepak rumah makan megi dari join majlis-majlis tersebut. hahaha.. ibu ngan ayah je yang tegar pergi semua jemputan tu. katanya nanti kalau rumah kami buat majlis yang sama orang pun senang hati nak datang balik.. ooo.. macam tu... eh... rumah kami?? uhukuhukuhuk.. apa pahit sangat air masak nie... adidididiiii..

okey.. nak dijadikan cerita disini.. semalam nak amik hati ayah bagi lembut ckit hati dia untuk bagi elaun sara hidup lebih ckit kat kami, nadz ngan dik pun bersetujula join ayah pergi jemputan nie. (sebenarnya nadz dah usha dah cuma ada 2 jemputan je. so no hal lah). hehehe.. macam biasalah.. nasi minyak dan nasi minyak.. air sirap limau dan air oren (lebih kurang je air dia) hentam la telan dua suap nasi setiap rumah, 2 ke ek? tapi rasa macam lebih. sambil selamba usha mamat-mamat macho baru lepas kompang, sambil tu mulut mengunyah sedar tak sedar licin pinggan.. halamak~~ silap budget la plak.. arghh.. small matter.. tekan-tekan perut rasa boley isi lagi ni tangki untuk next house..ngeee...sesekali kan datang apa salahnya makan lebih ckit..


malang tidak berbau wangi.. malam tu terasa lain macam ceritanya. ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan turun di pagi hari. area pukul 12.00 tengah malam perut rasa tak sedap. gelora yang melanda lain macam benor... sah!!! ada yang tido depan toilet nie.. ini yang tak syok nie... sampai ke pagi bergilir ke toilet ngan ibu.. huwaaaa... penat woooo... kalau macam ni la gayanya... boley clear ke nak join jemputan lagi??? hmmm.... pasrah-pasrah... nampaknya hari ini nadz dan toilet sudah ditakdirkan menjadi sahabat karib sepanjang masa... watdaheaven~~~ rasanya inilah padah kalau niat tu tak suci.. hahahaha... erkkk... alamak... nadz gerak dulu la.. nak masuk toilet lagi... daaaa....(doakan nadz ngan family cepat sembuh yea... amin~~ thanks sume!)

dari papan kekunci: pssstttt.. nak tau tak dalam diam kan ibu ayah simpan semua kad jemputan kawen yang dorang dapat. katanya mudah nak menjemput nanti.. adoi!! adakah ini berkaitan dengan saya?? oh tak mungkin~~ hahahaha

sahabat toilet,


6
BlogLarian

salam sejahtera semua..

heboh jugak nie kisah BlogLarian dikalangan Blogger-blogger.. nadz ni memang pening-pening lalat pasal dunia blog nie. tapi bila nadz dah kena tag, nadz pun selongkar isi kandungan segala benda yang wujud. hehehe.. makanya setelah ditag oleh kak koi dan dijemput oleh silah, dan hari ini nadz merajinkan diri untuk menyertai BlogLarian.. ini bingkisan kecil dari nadz untuk BlogLarian..

1) Pastikan ada Banner BlogLarian...


2) Jadi Follower BlogLarian.. (nadzirah-aqilah itu ialah saya, follower ke 875)



3) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)

 "saya suka berblogwalking kerana...... saya dapat bertemu dengan ramai blogger yang berbeza tempat, budaya, agama, bangsa dan percakapan dan secara tidak langsung dapat bertukar-tukar cerita terkini dan sensasi selain menambah kenalan"
hmmm.. macam poyo la plak slogan nadz nie.. hehehe

4) Tag 3 orang rakan atau lebih...
hmmm.. nadz tak tau nak tag sape.. sebab nadz rasa nadz macam lewat je join... tak kira dorang dah join ke blom nadz tag juga.. hehehe.. kalau dah join sila abaikan.. hehehe


6) Akhir sekali Masukkan tajuk dan link en3 tadi dalam komen ini bersama tajuk blog untuk disenaraikan...
oryte.. akan menyusul sebentar lagi...

selesai..

daaaaaa....
sambil berlari-larian,

Related Posts with Thumbnails