Followers

Monday, August 30, 2010

4
PKAYIKT n Me

Salam 20 Ramadhan n Salam Kemerdekaan semua...

fuyooo... macam tak sangka esok 31 Ogos 2010 genap la 53 tahun Malaysia merdeka. tempoh masa yang lama tu. bila hari kemerdekaan disambut dengan kehangatan ketibaan hari raya semuanya bagai pening nak isikan tema yang bersesuaian. apa susah, utamakan tema kemerdekaan dahulu baru hari raya. hehehehe. di corong-corong radio lagu merdeka dah banyak berkumandang berlawan-lawan dengan lagu raya yang juga lagi sepuluh hari umat islam akan menyambutnya. bila lihat bangunan-bangunan besar, kecil dan tidak ketinggalan juga kenderaan-kenderaan yang masih lagi tinggi semangat patriotiknya mengibarkan jalur gemilang terasa jati diri rakyat Malaysia masih lagi utuh. errrr... cakap bagai la anis ada letak jalur gemilang kat kereta? hmmmmm.... hehehe.. jap lagi saya letak... (*^__^*). okey2.. malu plak... tapi tak bermakna saya tak sayang Malaysia tau.. i'm proud to be Malaysian..

entry kali ni sebenarnya saya nak menjawab pertanyaan mr.warload tentang perasaan saya dalam entry saya sebelum ini. kalau nak tahu pasal apa check balik kat sini. mr. warload tanya saya apa perasaan bersama-sama dengan dorang. saya tak berapa pasti samaada dorang yang dimaksudkan dengan beliau itu adalah putera-puteri PKAYIKT or tetamu kami pada masa itu. tapi saya anggap dorang tu means putera-puteri PKAYI k. untuk pengetahuan semua yang masih lagi kelam-kelam dengan makna PKAYIKT tu ianya singkatan bagi Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Kota Tinggi. semalam saya dah hasilkan entry pasal berbuka kat tempat dorang. dan hari ini satu berita telah dikeluarkan di akhbar sinar harian edisi johor berkenaan program tersebut.

sebahagian keratan akhbar yang dapat saya kongsikan

to mr.warload n others. saya memang berbangga bila saya dibenarkan turut serta dan menyibukkan diri dalam aktiviti dorang ni even saya bukan AJK pertubuhan. saya dah terlibat secara tidak langsung since 2001 semasa masih berada di tingkatan 1 lagi memandangkan ayah saya mula menjadi AJK disana. masa tu saya tak berapa aktif cuma jadi pemerhati jek almaklumlah masa tu ada penghuni yang sebaya malah ada yang lagi matured dari saya. nak suruh buat apa-apa pun masih tak matang lagi kan. boleh kena gelak bagai tu. cuma penghuni tu saya anggap macam kawan-kawan saya masa tu.

tapi bila habis tingkatan 5 n mula menjejaki kaki ke marikulasi saya dah mula bergiat aktif secara tidak langsung dalam aktiviti dorang. saya pernah terlibat sebagai AJK tilawah PKAYI peringkat negeri johor n aktiviti-aktiviti pertubuhan lain secara tidak langsung. ada beberapa aktiviti yang saya tidak dapat turut serta sebab sibuk dengan pengajian saya semasa di UTM. bila dah rapat dengan dorang ni memang seronok. banyak pengalaman boleh diperolehi. dah bertukar-tukar perangai penghuni PKAYI yang berada disana. ada yang sudah berjaya malah tidak kurang juga yang sudah mendirikan rumah tangga. bukankah itu suatu kebanggaan kepada semua yang telah bertungkus lumus menjaga kebajikan mereka di sana. sekurang-kurangnya mereka masih mampu untuk terus berusaha mencapai impian dan cita-cita masing. walaupun saya hanya banyak memerhati dari bertindak jika dibandingkan dengan AJK-AJK yang lain tetapi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang di luar sana yang peka dengan kebajikan insan-insan yang kurang berkemampuan begitu juga jutaan terima kasih kepada AJK-AJK PKAYI khususnya dan juga kepada semua secara amnya.

oryte.. habis dah cerita saya.. harap-harap jangan ada yang bosan. saya sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan. hehehe. selamat menyambut kemerdekaan kepada semua n selamat meneruskan ibadah puasa! love u all.. muah3.. hehehehe..

Sunday, August 29, 2010

2
Diari Ramadhan Saya (Epsd 5) - PKAYIKT

salam 19 Ramadhan n salam sejahtera semua pengembara.. how your weekend? hopefully it was a great weekend..

okey.. diari ramadhan bersambung kembali untuk episod yang ke 5. kali ni saya nak story pasal event pada 27/8/2010 hari tu. owh.. sebelum tu mesti ada yang tertanya-tanya apa makna PKAYIKT tu.. nama panjangnya ialah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi. ayah saya salah seorang AJK di sana. jadi if ada event n saya pun free time tu saya akan join beberapa event dorang. bulan puasa ni memang event dorang berderet-deret. sampai ada yang terpaksa ditolak coz terlalu full dalam diary. jadi hr jumaat lepas memandangkan sabtu cuti jadi saya pun rasa free nak join program dorang. kali ni program bersama kipMart, Skuad Era n Akhbar Sinar.

majlis start seawal pkul 5.30 tapi saya tak dapat join awal sebab balik keje pkul 5 n then kena tunggu adik balik sekolah dulu baru pergi skali. jadi event awal tu terlepas sekejap la. tapi sempat gak saya capture gambar sikit setibanya saya disana.

Dari kiri: wakil dari skuad era, wakil dari KipMart Kota, Wakil pertbuhan, Wakil Akhbar Sinar n wakil Pertubuhan.

Putera-putera PKAYIKT

Puteri-puteri PKAYIKT

Barisan putera puteri Pkayi, AJK dan juga tetamu..

yang ni mestila saya dan adik bersama Ain dan KakIla dari PKAYI..

tapikan sebenarnya saya boleh tangkap banyak dan banyak lagi gambar. cuma...... saya terlupa nak tukar bateri.... hikhikhik. jadi kamera tidak dapat bekerjasama dengan sepenuhnya ketika itu. sekarang ni saya sedang menantikan koleksi gambar-gambar lain dari staf PKAYI. jadi apa yang ada la saya sediakan untuk tatapan anda semua. selamat berpuasa n berbuka nanti..!!!!

Saturday, August 28, 2010

7
Koleksi Saya Lagi

salam 1 malaysia semua...

masih ingat lagi cerita saya tentang koleksi dvd n vcd saya yang lepas? kalau terlepas klik disini. hehehe. kali ni saya nak story pasal koleksi komik saya pulak. korang suka baca komik tak? mesti ada yang xberapa suka kan. berbanding dengan baca novel saya lebih suka habiskan masa baca komik @ manga. kalau bagi saya novel confirm xlama.. 5 minit lepas tu saya dah berada di alam mimpi. bagi saya novel agak bosan sebab ada tulisan jek. komik ada gambar kartun cute-cute. yang lelaki tu macho-macho. nak tengok koleksi saya? scroll gambar di bawah..



semua komik-komik ni hasil dari penulis jepun sebenarnya.. (^__^). sama macam koleksi dvd saya setiap komik pun ada no siri juga. jadi senanglah nanti kalau ada yang meminjam. berani la peminjam tidak memulangkannya. segala buti-butir telah dicatat. hakhakhak. antara penulis yang saya suka ialah Usami Maki, Motomi kyosuke, Nakamura Sayumi, Kikuchi Kamaro, washio Mie dan banyak lagilah. eh.. bukan tu je koleksi yang saya ada. saya pun ada kumpul koleksi Tantei Gakuen Q (Sekolah Detektif Q...


sebenarnya koleksi tu tak habis kumpul lagi.. ada lagi beberapa siri yang tak sempat saya beli. hehehe. kalau perasan sebenarnya saya dah tertinggal siri ke-12. puas saya cari buku yang ke-12 tu tapi tak jumpa plak. jadi terus la melompat ke siri 13. habis kumpul siri ni saya nak beli siri lain pula.. anda ada cadangan siri lain yang best tak? bagitau saya k untuk dijadikan koleksi saya yang berikutnya.. (^__^)

remark: maaf pengembara sekalian.. kali ni post saya berbunyi kureng bersemangat coz hari ni mood saya hilang jauh di dalam lautan atlantik. hehehe.. tapi saya berusaha untuk sediakan menu yang terbaek untuk tatapan anda semua. terima kasih di atas sokongan anda mengembara disini.. (poyonye ayat saya).. peace! selamat berpuasa..!

2
Saya Dapat Award Yang Pertama!!

salam 18 Ramadhan n salam sejahtera semua pengembara....

tengok tajuk je confirm dah semua dah tahu saya nak cakap apsal apa... saya dapat award yang pertama taw!!! eeee... bangga nye saya.. (^____^). ek eleh.. kecohla.. baru dapat 1st award dah kecoh... hehehehe.. jangalah berkata begitu.. memandangkan baru tak sampai 2 bulan saya memasuki dunia ni saya dah dapat award. macam tak sangka plak. sekurang-kurangnya saya tahu ada yang mengikuti perkembangan saya. ngeee..

dengan ini diumumkan bahawa pada 27/8/2010 saya telah di tagged oleh mr.warload untuk "FRIENDLY BLOGGER AWARD"

thanks a lot mr.warload.. saya amat-amat menghargainya... dan seterusnya ada beberapa assignment yang perlu saya siapkan seperti di bawah....

1. senaraikan 7 makanan kegemaran saya untuk berbuka dan bersahur.. alamak.. saya tak berapa memilih.. semua saya telan tapi antaranya ialah:
- spageti (uuuu... tekak barat betul)
- bubur lambuk (yang ni tiap-tiap hari ada atas meja untuk berbuka)
- milo ais (feveret nie... buka sahur mesti buat)
- nasi kerabu (ni pun salah satu feveret saya cuma kat kota tinggi ni penjual nasi kerabu xbanyak macam kat kelantan.. hehehe)
- murtabak (kenapa saya suka makan murtabak? sebab dia beshhh.. ahaks)
- nasi ayam (saya suke..! saya suke....!)
- tomyam! (alamak.. macam nak telan air liur plak.. hakhakhak)

2. untuk yang kedua ni plak saya kena tagged 5 lagi rakan untuk turut sama mendapat award nie.. alamak.. part nie memang susah.. seperti mahu mengasingkan gula dari beras. saya hargai semua follower saya. kalau pilih lima jek macam pilih kasih plak. tapi xpela.. untuk follower lain yang saya tak dapat nak senaraikan next tyme saya bagi kat anda pula yea. senarai 5 terunggul tersebut ialah.......
- aretikz
- zalin
- ard daa
- asy
- kelana

terima kasih kepada pengembara di atas yang sangat-sangat rajin mengunjungi blog saya.. terima kasih yang tidak terhingga. dan terima lah award untuk anda....!



lastly.. terima kasih sekali lagi untuk mr. warload atas anugerah ini.. (^__^)


Friday, August 27, 2010

6
Nak Cari Kayu.. Nak Cari Kayu...

salam 17 Ramadhan n salam jumaat semua...

uhuk.. uhuk.. nak cari kayu buat apa? nak buat unggun api? nak panggang ayam ke untuk buka nanti? huhuhuhu.. tidaklah..... saya nak cari kerja.. lately tetiba rasa tension oh nak cari kerja tetap. sekarang? sekarang kerja sambilan jek kat lawyer firm. actually baru habis study bulan 4 lepas n then bulan 9 ni baru nak konvo. dah dekat 3 bulan keje kat cini. ntah kenapa tetiba terfikir sampai bila kan nak berstatus kerja sementara... oooo.. saya dengar tu isi hati anda.. mesti ada yang cakap alaaaa... baru lagi.. kira bagusla dah ada keje sementara.. yela2.. betula la tu alhamdulillah.. at least xla menganggur di rumah kan. okey? but i just want to share.. apsal saya risau sangat ek.. coz i know n realize that my responsibility as the older sister in my family..

ada orang cakap saya ni memilih.. eh xla.. mana ada... (weii.. xbaik bohong bulan pose ni.. berdosa).. okey2.. yeeee... ada ckit memilihla. but.. bukanlah teruk sangat. saya memilih sebab saya x berapa suka. dari saya buat n then kerja seperti melepaskan batuk di tangga rumah toksah la terima kan. terjejas imej nanti. saya banyak dapat tawaran interview dari bank but..... hehehe.. saya kureng berminat untuk bekerja di bank. memandangkan ayah dah kerja di bank jadi serba serbi saya tahulah bidang kerjanya n kalau boleh saya nak yang lain dari yang lain.. hahaha.. celah mana yang lain dari yang lain tu? penunggu sarkas? ngeeee.... korang ingat tak dulu masa kecik-kecik masa dok sibuk main polis sentry kat tadika ngan member-member seangkatan, bila orang tanya apa cita-cita korang mesti 80% yang akan jawab nak jadi bomba, polis, doktor, cekgu.. kan3.. betol x? eee... tak cool betol cita-cita korang tu.. hihihihi... toksah dok senyum-senyum mengimbau kenangan lalu, saya pun macam tu juga sebenarnya....



saya berminat dengan pekerjaan yang beruniform ni lebih-lebih lagi polis. saya boleh bagi tabik spring kat abang-abang ngan uncle-uncle polis yang sedang bekerja tu. smart nye dorang pakai uniform tu. yang muka serabai pun saya nampak macho habis. kalau pompuan tu cute betol la.. saya pun nak juga pakai macam tu. saya rasa saya nak mohon jadi polis la. tapi kan... hati dan jiwa saya ni rapuh sangat macam biskut suji kat rumah nenek... ada ke semangat berkobar-kobar nak jadi polis tapi tak sanggup join latihan dorang. mulalah berbagai-bagai alasan keluar bila nak mohon. hakhakhak.. memang tak layak.... tapi tak tipu memang saya berbangga dengan polis ni. ada juga yang cakap polis mudah terdedah dengan rasuah. itu sebenarnya individu punya jati diri okey.. tak semua polis macam tu.. my cousin pun ada juga polis.. okey jek.. berpegang teguh je la dengan prinsip dan niat nak cari rezeki halal tutup cerita.. chewahhhh.. poyo btol la...uweekk. uweekkk.. eh.. jangan muntah kat cni plak...

dahla-dahla... yang penting sekarang saya nak cari kerja.. untuk pengembara-pengembara yang meluangkan masa disini saya nak cari kayu!!!!

remark: kalau saya mohon polis layak ke ek? (^__^)
             kalau kayu banyak pun tapi xbersesuaian untuk jadi bahan bakar tak elok gak kan.. hehehe

Thursday, August 26, 2010

5
Merdeka Dan Saya

salam semua.. wish u all have a wonderful and bright day! hontou ni arigato guzaimas ntuk semua pengembara yang sudi mengembara ke sini n secara tidak langsung menjadi follower saya. saya amat-amat menghargai sokongan anda semua memandangkan saya masih lagi baru dalam dunia blog yang luas ni.. chewahh.. berkata seperti seorang ahli politik yang sedang ingin meraih undi rakyat. hehehe.. but.. ketahuilah bahawa ianya memang benar belaka.. saya terharu dengan kunjungan anda semua.. (^__^)

wokey2.. make it more santai la kan.. nak story pasal apa ek kali ni.. cerita diari ramadhan tak boleh keluarkan selalu sebab episod dia xbanyak. cerita pasal isu semasa? i dont think so la.. next tyme la saya kupas dan mengupas lalu terkelupas. wooooo.. dah macam Karam Singh Walia plak.. saya tau! saya tau! sana sini orang dah sibuk cakap Merdeka kan. jadi saya pun nak turut sama la memeriahkannya memandangkan saya juga rakyat jati Malaysia, bumi saya dilahirkan dan berpijak sekarang.


 
jika ditanya pada remaja hari ini adakah anda paham apa itu perjuangan kemerdekaan? ooo.. perjuangan menentang penjajah yang menjajah tanah melayu bagi mencapai kemerdekaan.. wah! hebat sekali jawapan itu, cukup bersejarah... bohong itu dosa.. yela.. yela.. saya cakap benar la nie.. itulah jawapan saya suatu ketika dulu jika ditanya soalan yang sama. tetapi.. segalanya menjadi berubah tatkala saya mencapai usia di awal 20an ini. mata mula memandang, telinga mula mendengar, hidung mula menghidu, mulut petah berbicara dan tinta melafazkan setiapnya.. saya mula berfikir bahawa orang seperti sayalah yang bakal mewarisi kepimpinan dan tunggak kepada pemerintahan negara tercinta ini. jika bukan menjadi seorang pemimpin yang tegar memelihara negara mungkin saya akan menjadi seorang wanita yang sentiasa membantu dan mendorong setiap kejayaan dari akar tumbuhnya.

ini semua adalah lahir dari hati yang menyayangi negara tempat kelahiran saya sendiri. walaupun saya bukan seorang pejuang kemerdekaan, tapi saya juga turut berbangga jika nama Malaysia dikenali dan dijulang tinggi di negara-negara besar di luar sana. saya juga turut mahu mendabik dada bila rakyat Malaysia sanggup bergolok gadai membantu negara-negara yang berada di dalam kesusahan. malah saya juga turut berdukacita dan kecewa apabila Malaysia dipandang rendah oleh negara lain seperti yang berlaku baru-baru ini. saya tahu anda juga merasainya. wahhh... bila tinta sudah berbicara inilah hasilnya.. sounds skema for me.. hehehe.. just cut it short la kan....

jadi untuk saya dan juga teman-teman..
walau kita pelbagai bangsa dan agama, kita tetap satu Malaysia.
walau kita di lain benua kita tetap rakyat Malaysia,
walau kita terus dihina, kita tetap berbudi bahasa,
walau barat mempengaruhi budaya, kita tetap setia bersama,
dan...
walau apa jua yang berlaku disekeliling kita, ingatlah bahawa kita berada di bumi MALAYSIA..
jangan pernah melupakan sejarah kerana ianya mungkin akan berulang kembali di suatu masa...



Wednesday, August 25, 2010

2
Diari Ramadhan Saya (Epsd 4) - My Lovely Dino

Salam Ramadhan semua, hari ini saya tinggalkan isu-isu semasa untuk tatapan saya. makin banyak kejadian tak masuk akal berlaku di bulan Ramadhan ini. baru-baru ini kisah anak 3 tahun disembelih bapa sendiri.. Nauzubillah... sudah hilangkah akal waras setiap manusia.. bagi saya bermuhasabah diri seketika. saya tinggalkan isu-isu ini untuk seketika..

chop! chop! kiter kembali kepada tajuk utama saya yang di atas tu.. about my lovely Dino.. siapakah dia? my bf? hakhakhak.. u wish! This is my Dino....


kereta kembara saya.. eh.. bukan-bukan parents punye sebenarnya(suka-suki jek mengaku hak sendiri). but lately after parents dapat meymey(kancil) dorang xnak lagi dah pakai Dino ni.. beso sangat katanya..(mungkin meymey yang comel itu lebih merapatkan ukhwah mereka berdua apabila bersama.. hihihi). jadi dari en.Dino ni terus merajuk dari terabai sayalah yang menjaganya hingga kini. kenapa dino? actually masa mula-mula test power bawa dino ni saya rasa dino cukup besar dan tinggi bila berada di traffic light bersebelahan dengan 'haiwan peliharaan' pemilik yang lain. n then saya panggil dia Dinosour. hikhik. panjang sangat jadi mr.Dino jek.. eh.. apa kena mengena Mr.Dino dengan diari Ramadhan saya? hehehe.. sila scroll gambar dibawah..

okey2.. kalau orang sibuk hias rumah, cari baju untuk persiapan raya, saya dan ayah lebih suka bershoping mencantikkan mr.Dino ni.. almaklumlah raya nanti nak g berkunjung ke sana sini mestilah khidmat mr.Dino diperlukan jadi kenalah tata rias dia seelok mungkin. kasi jeles sama sepupu lain oh. hahaha. 2 tahun lepas kami dah tukar aksesori kereta semua kaler merah macam dalam gambar tu. letak bulu-bulu merah kat dashboard, sarung merah segala benda yang boleh ditukar kami tukar. kasi terang oh mata tengok dalam. mr.dino pun kaler maroon jadi ngamla kan.

 2 weeks before mr.Dino masuk klinik untuk buat sedikit lagi pembedahan kecantikan. alhamdulillah ada rezeki lebih. bagi tinted tingkap mr.dino kasi gelap ckit. barulah syok kan.. walaupun tak berapa gelap tapi masih boleh berselindung muka la. hehehe. lagi kami tambah skrin DVD player. balik kampung boleh tengok citer dalam kereta. kalau dulu tengok kereta potong kat sebelah ada tv jadi jakun.eeeee.. kete tu tengok katun doraemaon la..! malu betul. sekarang dah tak perlu lagi. hanya perlu bagi hon plus lambai-lambai sikit kat kereta sebelah yang takde tv tu. hahaha.. (sila jangan lakukan aksi ini. merbahaya. kalau bukan dapat maki confirm salah masuk lorong dan kesannya kadar kemalangan jalan raya akan terus meningkat..)

weee... saya bukan terer sangat bab-bab kete ni. tapi sejak kena bela my lovely mr.Dino penjagaan spa kelas pertama saya kena buat. every weekend kami berdua mesti mandikan mr.Dino n cik meymey tu.. kasi gosok-gosok lebih menghilangkan daki yang bertempek. step by step saya belajar pasal aksesori kereta.. i'm loving it!

**************************************

Aku Dia dan Kereta..(tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia)

Halim: u.. i nak hantar kereta kat bengkel nak touch up ckit kereta bagi cantik..
Halimah: u nak tambah apa lagi?
Halim: i ingat nak psg tinted, nak tukar car seat cover, sport rim, bumper.....
Halimah: wah.. (sambil buat muka selamba tapi mulut macam kagum habis)
Halim: u tau ke pasal aksesori-aksesori kereta ni?
Halimah: i tau la...
Halim: u tau ke bumper tu apa?
Halimah: errr.. yang pasang kat depan kete tu kan? eh.. ye ke??
Halim: hmmm.. bolehla.. cuba jwb tu yakin ckit.. at least jawapan kurang tepat orang boleh consider lagi nak bagi full mark..
Halimah: yela2.. tapi i tau taw pasal aksesori kereta ni.. cuma tak yakin jek..
Halim: okey.. skirt apa plak?
Halimah: eh.. apsal tanya pasal skirt plak? skirt kan kain gelombang-gelombang yang gurl pakai tu.. u ni.. itu pun tak tau ke? (kali ni muka memang yakin habis)
Halim:  ................................

Tuesday, August 24, 2010

4
Banduan Parol Disisih Keluarga

awal pagi di opis seperti biasa saya mulakan dengan menyelak helaian akhbar mencari ceritera sensasi. kalau semalam saya hasilkan review bila saya banyak baca mengenai kes pembuangan bayi yang tidak tahu lagi erti hidup. lalu terhasillah nukilan hati untuk insan yang saya sayangi. tapi hari ini tertarik pula saya baca satu ceritera kecil di akhbar Berita Harian ruangan Nasional halaman 31 yang bertajuk Banduan Parol Disisih Keluarga. saya bukanlah pengacara atau dj radio yang bertugas di awal pagi membaca berita sensasi dari akhbar tempatan untuk tatapan umum, cuma saya hanyalah seorang insan yang juga ingin berkongsi pandangan saya sendiri.


eh.. yuhuuu...berbalik kepada tajuk berita tersebut. perlu atau tidak kita menolak mereka yang ingin kembali semula ke pangkal jalan? saya tidak menyebelahi sesiapa dalam hal ni.. masing-masing ada sebab sendiri mengapa mereka berbuat sedemikian. mungkin bagi keluarga, i dont want banana friut two times..  tapi... sampai bilakah mereka akan terus menolak mereka jauh? haruskah mereka terus disisih? tiada siapa tahu apa isi hati mereka sebenarnya. jikalau ada yang benar-benar menginsafi perbuatan mereka yang lalu bukankah perlu untuk kita memberikan mereka peluang kedua untuk mengubah cara hidup dan haluan mereka. cuma.. hati manusia.. ikhlas atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui isi hatinya. kita sebagai hamba buanglah yang keruh ambil lah yang jernih.. memang tidak dinafikan sukar untuk melupai masa lalu yang telah berlaku tetapi apa yang sudah berlalu itu jadikanlah sempadan dan iktibar kerana jalan hidup ini tiada istilah berpatah balik tetapi hanya perlu terus maju ke hadapan..


okey2.. tidak semua mereka yang melakukan kesilapan itu itu akan mengulangi semula. sebagai contoh macam keratan akhbar kat atas yang diambil dari blogdimana ada kemahuan disitu ada highway.. highway besar puyer! tak tipu taw! semua orang inginkan berjaya cuma tak semua menemui jalan yang terbaek. saya tidak mahu menyalahi sesiapa sebab semua orang ada pandangan dan pendapat mereka sendiri. tepuk dada tanyalah hati. saya cuma menyampaikan apa yang tersirat di dalam hati. mungkin esok lusa andai ada saya melakukan kesilapan saya harap setiap insan akan menerima saya seadanya dan memimpin saya semula ke jalan yang sebetulnya. jika ada yang membenci terpulanglah. cuma jangan sesekali menyisihkan mereka malah lindungilah mereka agar mereka dapat meneruskan tekad memulakan hidup baru dalam KEMBARA SEBUAH KEHIDUPAN.. 

Monday, August 23, 2010

7
Buat Insan Yang Disayangi (EGBB)

Bila terbaca berita-berita hari ini, kisah pembuangan bayi yang tidak berdosa semakin berleluasa di sana-sini.. tatkala itu hati ini hiba merasa terharu tatkala melihat wajah kedua ibu dan ayahku yang tersenyum memandangku..
masih lagi aku dapat menyentuh, memeluk, mencium dan merasai belaian mereka walaupun aku kini telah dewasa..
terima kasih ibu kerana memelihara dan membawaku kemana sahaja ibu pergi selama sembilan bulan aku didalam kandunganmu..
terima kasih ayah kerana lahirnya aku didunia aku dapat mendengar suara memuji Allah s.w.t. dari launganmu di telinga ku..
terima kasih ibu dan ayah kerana sanggup bergolok gadai memberikan yang terbaik membesarkan aku dan adik-adikku sehingga kami berjaya melangkah mancapai tangga impian kami..

tatkala aku menangis
mengalami masalah pernafasan dikala kecilku, kamulah yang tegar membawaku ke klinik bagi memberikan rawatan yang terbaik agar aku dapat kembali sihat..
tatkala motor menjadi pengangkutan utama kita, masih tegar kamu membawaku berjalan memberikan keceriaan dan kegembiraan..
apabila aku mahukan sesuatu yang diluar kemampuanmu, sungguh lembut pujukanmu berharap aku dapat bersabar untuk memperolehinya..
semasa aku takut memulakan alam persekolahan ku, engkau jugalah yang menemani dan memimpinku untuk terus melangkah..
dikala aku gagal mencapai apa yang aku ingini, tiada yang lain, engkau jualah yang memberiku semangat agar aku terus bertekad tidak mudah putus asa mengejar bintang di langit itu..

dan hari ini.. terima kasih ayah dan ibu..
kerana kalian aku dapat mengenali siapa itu Pencipta dan pesuruhNya..
kerana kalian aku dapat kesempurnaan hidup yang tidak terhingga ini..
kerana kalian aku bisa berdiri teguh mengharungi segala dugaan dan cabaran yang melanda..
dan kerana kalian jugalah aku dapat terus bernyawa menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. ini...
sesungguhnya aku tahu dan aku sedar betapa besar pengorbanan kalian berdua..

Ya Allah ya tuhanku...
ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku..
kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku..
hubungkanlah mereka dengan taliMu..
berikanlah mereka kesejahteraan hidup didunia dan akhirat..
hindarilah mereka dari siksa api nerakaMu..
panjangkan usia dan murahkan rezeki mereka berdua..
semoga mereka akan terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan ini..

Ya Rahman Ya Rahim...
hanya satu ku pohon dariMu untuk diriku..
jadikanlah aku dan adikku anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mentaati kedua ibu bapaku dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk mereka..

Ibu Ayah..
jasa dan pengorbananmu tidak mungkin akan dapat terbalas walau dengan segunung intan permata..
hanya doa dan tulus ikhlas dapat aku sampaikan memastikan diri kalian akan terus berbahagia membesarkan kami bertiga.. anak-anakmu..
Nur Khairunnisa Hj. Sukarti
Nur Liyana Nadzirah Hj. Sukarti
Nur Liyana Aqilah Hj. Sukarti

buat insan yang kami sayangi hingga hujung nyawa kami..
Hj. Sukarti bin Kandari
Normalah binti Sikom




Dari Papan kekunci: Entry ni anis dh terbitkan dulu masa mula-mula anis dalam dunia blog dan bertarikh 23/8/2010 tak percaya? silalah mengembara ke tarikh tersebut di blog ini.. hikhikhik. kenapa anis post lagi ek? sebab... anis tertarik dengan contest Hiro dari blog Akal Tunjang. tarikh tutup 31 Oktober 2010. nak tau contest ni pasal apa? silalah berkunjung ke Akal Tunjang. dan akan mengetahuinya... hikhikhik..



P/S untuk Hiro: entry ni tak la entry yang menyebabkan orang yang membacanya gelak bagai.. tapi anis suka entry nie, sebab entry nie anis buat secara spontan tanpa berfikir panjang dan anis sangat teruja.. hahahahaha.. harap anda terima yea!!! peace bro!

Saturday, August 21, 2010

4
Koleksi Saya - DVD & VCD

Salam Ramadhan n salam 1 Malaysia semua...
terima kasih banyak-banyak kepada pembaca setia n follower yang mengembara ke sini. memang jatuh cinta saya dengan dunia blog nie. lagi-lagi bila tengok pengikut saya yang semakin bertambah n melihat suara-suara pengembara yang menjelajah di sini. makasi banyak-banyak semua!!!

kalau dulu kecik-kecik dok buzy main pondok-pondok belakang rumah sambil kutip biji getah, korang ingat tak apa yang korang jawab bila orang tanya apa hobi korang? yang pasti keluar dari mulut saya ialah membaca. membaca ke? memang satu pembohongan yang ternyata benar dan sahih. apa taknya pagi petang siang malam waktu terisi dengan menikmati keindahan pohon-pohon getah kat belakang rumah pastu mandi perigi. hikhikhik..

tapi sekarang dah lain pulak citenye, saya ada satu hobi yang paling saya suka. excited nak share dengan pengembara semua. okey.. terus kepada tajuk utama.. saksikan 3 gambar dibawah...

jelas tak?? inilah koleksi-koleksi DVD&VCD jepun dari concert, drama n movie. hingga sekarang koleksi ni dah mampir kepada 70 koleksi.. tak sabar nak jadikan total 100. syioknyer!! setiap koleksi baru mempunyai nombor sendiri. sebabnya.. almaklumlah... cd ori kan, mutu gambar memang yang terbaek dari ladang. jadi ramailah teman-teman n sepupu sepapat yang meminjam. nombor-nombor ni akan digunakan bagi memudahkan proses-proses peminjaman n pemulangan.

memang sayang habis dengan koleksi ni kalau ada cd yang xckup atau orang lambat pulang memang confirm hingga ke hujung lobang cacing saya cari. haruslah hingga saya dapat semula. kalau hilang??? ganti rugi la beb!! hehehe.. sayang giler bro ngan dorang-dorang ni. harga?? kalau dah minat tu sanggup kumpul duit yang pasti dapat tambah koleksi.. dah dekat 3 tahun kumpul dorang-dorang ni.. tapi lepas dah bekerjaya ni jarang dah saya tambah koleksi.. almaklumlah waktu tidak berapa mengizinkan...

mesti ada yang cakap semua ini pembaziran tak pun saya tidak menyokong industri tempatan. ishh.. xdela sampai tak menyokong.. saya pun masih di malaysia, dari mata terbuka sampailah mata kuyu-kuyu mo tido, cerita melayu juga saya tengok. btol x?... anda juga begitu kan? cakap pun masih melayu asli berselang seli sleng jawa lagi.. jadi... walau apa pun saya tetap akan menyokong industri seni tempatan... (^__^)

Friday, August 20, 2010

5
Muka Buku

Salam Ramadhan, salam sejahtera n salam kembara...

fenomena laman web sosial dikalangan setiap pengguna internet hari ini semakin menjadi feymes jadi tidak hairanlah bila pengguna yang berumur dari 12 tahun hingga yang sudah mempunyai cucu sudah ada akaun mereka sendiri. saya? sebut kan sahaja apa nama laman web sosial tu mesti ada akaun saya cuma antara kerap dan tidak sahaja saya mengaktifkannya. ada juga yang dah bersarang labah-labah dan perlu dibersihkan dari habuk-habuk yang menggunung.. katakan sahaja myspace, friendster, tagged, facebook semua ada..



kalau tengok gambar di atas tu semua dah semulajadi memang kenal la kan. of course la laman web muka buku. inilah satu-satunya laman web sosial dimana saya bergerak aktif, mengupload gambar, mengupdate ceritera terkini, mencari n menambah rakan dan yang paling penting tempat saya menghabiskan masa dengan bermain game-game yang ada.




okey.. yang kat atas tu la akaun muka buku saya dimana saya bergerak aktif. tapi.... sekarang, akaun tersebut telah di deactivekan atas sebab-sebab peribadi. last post dibuat pada 10hb ogos yang lalu dan kini ianya telah tiada lebih kurang dalam 10 hari. bukan sengaja nak menggedik untuk men deactivekan akaun tersebut tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.

untuk rakan-rakan yang mencari saya di sana n yang paling penting sekali kepada st0berykids sory k coz buat korang susah menyampaikan gosip-gosip hangat terkini dan sensasi kepada saya. memang saya menantikan ceritera terbaru kalian semua. jadi saya berjanji bila tiba waktu dan ketikanya saya akan kembali semula mengaktifkan diri di sana.. muka buku sentiasa menjadi laman web sosial yang terbaek untuk saya.. untuk rakan muka buku yang masih alert dengan kewujudan saya di blogger ini, my 2 lovey-dovey hp masih setia menemani saya setiap waktu.. (^__^)


Thursday, August 19, 2010

4
Apa Yang Berlaku Pada Saya??

setiap orang mempunyai pemikiran dan daya kreativiti sendiri untuk menyampaikan apa yang mereka ingin kongsi bersama dalam blog masing-masing. bila saya menjelajah dari satu blog ke blog yang lain macam-macam benda saya jumpa. kisah cinta, kisah suka duka kehidupan mereka, isu-isu semasa, fesyen dan macam-macam lagilah.. tapi saya? inilah kembara perjalanan saya mencari kebahagiaan yang hadirnya kadang-kala hanya seketika dan juga kelukaan yang datangnya tanpa diminta.

ada insan mengembara mencari cinta insan lain tapi kembara saya adalah untuk melupakan dan lari dari cinta. rasa ingin disayangi dan menyayangi itu memang wujud dan tegar dalam hati cuma apakah kita tahu sampai bila ianya berkekalan dan adakah wujud pengakhirannya? jawapannya hanya ada satu antara PERCAYA atau TIDAK..

minggu yang cukup menguji ketahanan mental saya sedang saya lalui saat ini. semoga kehadiran Ramadhan sentiasa memberikan saya kesabaran dan kekuatan. Allah s.w.t. sentiasa bersama mereka yang bersabar. Dialah yang lebih mengetahui.. juga keluarga yang sentiasa menemani saya pada saat dan ketika ini membantu saya mencari ketenangan.

sembunyikan keresahan mu dengan sebuah senyuman kerana senyuman lah penawar bagi setiap kedukaan..

Wednesday, August 18, 2010

0
Diari Ramadhan Saya (Epsd 3) - Hari Ke-8 Berpuasa

wa.. dalam diam dah masuk minggu kedua berpuasa.. cepat betul masa berlalu. dah macam-macam review pasal puasa saya baca dari pengembaraan saya di setiap blog. begitu teruja sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa menulis review sendiri. kuikukui.. opis pun dah banyak kes jadi agak sibuk menyiapkan segala dokumen yang diperlukan lawyer ditambah pula baru-baru ni dorang baru pasang signboard opis baru. weeeee... opis saya dah ada signboard.. hikhikhik.. seronok plak rasanya menjelajah dari satu blog ke blog yang lain. tapi xpe nanti bila saya ada idea yang membuak-buak saya review story best untuk semua k..


kalau ikut hati banyak saya nak share, tapi malangnya keadaan saya ketika ini tidak menginzinkan. mengantok yang terlampau. rasa macam ada satu lori pasir curi kat selangor lalu kat mata ni. memang harusla saya tak boleh nak sediakan dokumen klien tu semua. tengok ayat-ayat tu bukan nampak huruf lagi dah. saya nampak zoo, taman bunga, pelangi kaler-kaler pastu tetiba dah malam. opsss... tertido lorrr... jadi dari banyak membuat kesilapan baek saya hentikan untuk seketika. adeehhh..

Friday, August 13, 2010

0
Diari Ramadhan Saya (Epsd 2) - Tarawikh

3 Ramadhan 1431 H, camane perkembangan bulan ramadhan korang semua? full tarawikh? baru 3 hari bro xkan dah pancit. kui3.. cakap pasal tarawikh ni setiap orang mesti ada kenangan sendiri. saya pun apa kurangnya. dari sekolah menengah sampai la masuk u. sama jek. xde berubah. eh ada.. berubah tempat dari tarawikh di SMKABP ke tarawikh kat UTM. hehehe

kalau zaman sekolah tu xyah citer Alhamdulillah hampir full tarawikh saya almaklumlah sekolah agama jadi semuanya terpelihara. Alhamdulillah... cuma.. dalam pada full tu bukan hbs 8 rakaat ngan witir pun. kadang-kadang sempat 4 rakaat jek. lepas hbs 4 rakaat mula la tangan dok menyiku member sebelah yang sujud xbangun-bangun dari tadi. minah ni confirm la dah belayar sampai jepun. apa taknya kat dewan makan tadi telan makanan macam x makan seminggu. kesian.. bagi alasan x bangun sahur.. ye la tu orang dok kejut sampai nak roboh bangunan asrama. dasar tidur bom atom meletup pun xbangun. bila member dah dok tersengguk-sengguk apa lagi kami terus menyiku sesama sendiri. dan akhirnya.... 4 rakaat kami dibuat di alam mimpi. hehehehe.. tapi saya xla selalu melakukan perkara sebegini okey. biasanya perkara sebegini berlaku tatkala tukang masak di dewan makan memberikan kami juadah berbuka yang terbaek dari ladang dan mengakibatkan perut membuncit serta merta lalu mata memberat... ini kisah tarawikh di asrama. dari form 1-form 5. rindu plak rasa..... (^__^)
next.. kisah tarawikh di zaman U. yang ni memang atas dasar kesedaran rohani dan kekuatan iman setiap insanlah. almaklumlah semua dah membesar jadi.. lu pikir la sendiri.. tapi alhamdulillah member semua rajin-rajin belaka mengimarahkan surau kolej. hehehe. yang paling syok bila hari-hari tarawikh kat surau kolej tu terasa macam hari-hari korang jalan keliling dunia. macam saya story last episod, malam ni solat kat nigeria, esok arab, tulat pakistan pastu balik negeri sendiri. hahaha. almaklumlah kolej kami ni memang ramai student antarabangsa. yang datang pun pelbagai bangsa. tu blom masuk cara dorang solat lagi. tapi memang seronok.. memang meriah surau.. sebab... dorang ni kalau datang suke bawa satu rumah. dari yang baby dok menangis xtau pape sampailah yang paling tua. memang baek kan dorang mengimarahkan surau..

tapi... korang nak tau x.. sebenarnya kan bab mengangkut seisi rumah ni yang kami xberapa berkenan. memang boleh menyebabkan naek hangin taw. apa taknya yang datang kanak-kanak berumur lingkungan 10 tahun kebawah. dorang ni memang nakal tahap gaban punyerla. kalau nak solat sekali xpe. ni solat 2 rakaat jek pastu jumpe member-member seangkatan mulala dorang buat perangai. penah sekali saya penah gak dok marah dorang ni. bukan apa dorang ni memang kureng rasa hormat pada mereka yang sedang beribadah. bila kita tegur dorang boleh marah kiter balik. penah sekali tengah solat tetiba.. berdesuuuppppp... ya ampun.. dorang boleh berlari antara saf-saf tu. member sebelah dah siap terjungkit bahu terkejut. almaklumlah sedang khusyuk menghayati bacaan imam dalam solat tetiba dorang boleh melintas. boleh mendatangkan marah bai.. tu belum yang menganiaya binatang lagi. ada ke patut dorang g hentak siput babi punye cengkerang. adei.. memang sadis. siput tu dahla berjalan dengan kelajuan 0.0001km/j memang tak sempatla nak melarikan diri. tu belum bab mematahkan kipas kolej.. nasib baek masih boleh berdiri tegak menyumbangkan angin kepada kami. kui3.. biasalah budak-budak nak meningkat naik... bila dorang dah besar xde plak mengganggu macam tu.. siap join solat ngan ktorang lagi..

tadi tu bab kanak-kanak belum ckup umur. ni nak citer pasal kanak-kanak yang dah cukup umur. hehehe. sebenarnya bila dapat pergi tarawikh beramai-ramai ni seronok taw. lagi-lagi dapat pergi ngan member. kenangan macam ni dah xboleh rasa lagi dah. tahun kedua kat sana ktorang memang tergolong di antara mereka yang rajin dtg tarawikh. yang ni memang tak tipu bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi mungkin sebab masa tu hati ngah tenang dapat Hidayah. Alhamdulillah.. nak dijadikan citer dah masuk hari-hari terakhir kami untuk sem tersebut dan semua orang sedang bz mencari tiket pulang beraya kamilah insan-insan yang hadir ke surau. hehehe.. waktu ni memang tak boleh luper.. selalunya walaupun rajin datang tarawikh kami akan ambik saf belakang. hehehe. tapi bila datang orang xberapa nak ramai sebab ramai yang dah pulang beraya, jadi kami pun dengan bangganya memenuhkan saf perempuan yang paling hadapan. dengan diasingkan oleh sehelai tabir hijau diantara saf lelaki dan perempuan kami pun melakukan aktiviti seperti biasa.

tiba-tiba sedang kami sujud... terasa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di dalam surau.. waaaa... nyamannya... dan tatkala saya mengangkat kepala bangun untuk duduk diantara dua sujud...... wahhh!!! hampir nak meletop dada saya menahan gelak yang teramat sangat apabila tabir hijau yang menjadi pemisah antara saf lelaki dan perempuan itu telah berada di belakang member di sebelah kanan saya. kahkahkah!!!! memang boleh kasi pecah perut oh! memang tak tahan gelak bai..! tambahan pula bila terasa bahu member sebelah yang bergegar-gegar bergesel dengan bahu saya. kalau dah bergegar macam naik lori traktor tu baek kebelakang je la.. tu belum cite student lelaki yang tak masuk saf lagi. dorang ni gelak takde cover-cover punye. yang menjadi mangsa ni xyah citer la.. terkuis-kuis tangan nak alihkan kain tu. last-last memang tidak terbendung lagila. akhirnya kami menyerah kalah dan terguling-guling gelak tanpa bunyi di belakang surau.

Thursday, August 12, 2010

0
Diari Ramadhan Saya (epsd 1) - Kenangan Lalu

Alhamdulillah.. Ahlan wa sahlan wa ilal liqo ya Shahrul Ramadhan.. syukran Ya Allah..

Akhirnya saya diberi peluang sekali lagi untuk merasai sekali lagi nikmat Ramadhan. bezanya kali ini, saya bukan seperti tahun-tahun yang lalu ramadhan disambut dan diisi bersama rakan di asrama dan juga di universiti, tetapi kali ini 'full time' bersama keluarga tercinta dan bertukar status sebagai mereka-mereka yang bekerja. banyak juga perbezaan nya.


kalau dulu sepanjang hari akan diisi ngan member2 yang tak kurang sengalnya dengan melakukan aktiviti yang konon-kononnya berfaedah oleh kami seperti melepak di bilik, pergi ke kuliah, berjalan. kalau waktu bersahur boleh dikira lah berapa kali kami bangun. tapi sebenarnya waktu sahur ktorg bukan yang macam kat rumah biasa tu okey.. ktorg sahur pkul 3 pagi (sebenarnya sebelum tdo) almaklumlah bila dah tido toksah bermimpi la nak bangun sahur. masing-masing dah tido pun lambat, celik-celik terus g kuliah..

waktu berbuka jgn citer la kan. xyah g bazar ramadhan kat tmn u tu, memang harus jauh.. lagi2 untuk kami yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan 'kaki' ke sana. setakat tenggiling 2 ekor nak angkut tujuh orang memang perabis duit minyak je la... kira special case la lau ada member yang ada kete nak bawa g sana. tapi xkisah pun sbb kat dalam UTM kat FAB tu pun dah ada bazar yg memang dah ckup complete untuk kami berabis duit melayan nafsu untuk berbuka.. kui3. xyah susah2 naek bas free jek dh dpt sampai. cuma kna cepat ckitla pegi bagi mereka yang menaiki bas, bukan apa, takut tak sempat kejar bas last memang berbuka tepi jalan je la jwbnyer.. kalau malas nak ke bazar kami turun je cafe pak mus kat bwh.. ini pun dah ckup complete gak. order makanan pun just send sms jek cuma penghantaran hingga ke bilik je xde lagi. jadi kna turun amikla kat bawah. bila kitorg rajin tahap karma lain plak jadinya.. kecoh satu wing bila kami buka dapur kat pentry tu. tang ni memang syok la.. masak sama2.. lauk memang simple tapi kebahagiaan yang dirasai memang ckup membuatkan anda terkenang-kenang.. ngeh3...

lepas buka puasa pa lagi.. masukla bab terawikh.. terawikh kat kolej kami memang syok. memang confirm rasa macam tarawikh kat luar negera oh! xtipu! hari ni terawikh kat arab, pastu esok kat nigeria, lusa plak kat pakistan tulat malaysia. syok kan? hahahaha.. almaklumlah kolej yang dihuni oleh pelbagai bangsa. kami ni pun nak kata rajin g tarawikh tu xdela nak kata malas pun xla. suam-suam jek (nak ngaku rajin takut plak ada yang baling kasut). tapi kami penah tau jadi jemaah setia sampai last terawikh kat KP tu bila saf perempuan cuma kami je yg ada. bukan nak bangga diri tapi masa tu memang mcm tak caye. tapi sebenarnya kami ni nakal gak... ngeh3... banyak kenangan bila terawikh kat KP nie..

Tuesday, August 10, 2010

0
Berhibernasi

Coretan rasa disini bukanlah untuk menagih simpati sesiapa untuk membaca tetapi untuk melegakan diri sendiri. Bukan jua saya meminta semua orang membaca malah jauh sekali untuk mereka memberikan pandangan ataupun kata-kata. semua yang ditulis hanyalah sekadar mengisi masa terluang dan meredhakan apa yang berlaku di sekeliling. janganlah ada yang menganggap saya suka menagih kasihan dan simpati sesiapa. bukan.. ianya tidak benar..

baru-baru ini saya baru 'berhibernasi' untuk seketika dari satu laman web sosial. maafkan saya atas tindakan itu. bagi saya ianya penuh dengan kelukaan yang sukar untuk diubati jadi biarlah saya berhibernasi untuk seketika. semoga saya akan terus tabah dan cekal mengharungi hidup ini. memandangkan kewujudan saya disini tidak berapa diketahui jadi biarlah saya bertapak lebih lama..

for the first n last time.... I hate to know you dear, I feel stupid, I feel crazy.. coz.. I cant stop my heart to miss n love you.. sory for all of this...

Monday, August 09, 2010

0
Bahagianya Rasa Itu

Untuk seketika dapat bertemu dengan mu memang cukup membahagiakan.. Terima kasih Allah kerana memberikan ruang dan masa itu untuk kesekian kalinya.. Saya cukup menghargainya kerana saya tahu memang sukar untuk merasai lagi saat dan ketika ini..

Wednesday, August 04, 2010

0
Minah Story

Lagu chorus Shahir-kebahagiaan dalam perpisahan mengejutkan Minah dari mimpi lenanya. Hp di tepi butangnya ditekan untuk mematikan bunyi yang mengejutkannya itu. Mata Minah digosok-gosok. Sekali lagi dibuka hp sony ericson W508 melihat menunya. masih lagi kosong seperti selalu. tiada mesej mahupun miskol yang diterima. tiada langsung tanda-tanda yang boleh menceriakan hatinya di pagi itu dari jejaka admire nya. memang mcm mimpi la lau ada pun. terdampar Minah seketika di atas katil mencari mood ntuk bangun meneruskan permulaan hari.

Tidak seperti hari-hari biasa, mood minah untuk masuk kerja kureng sedikit. kereta yang dipandu cuma 40-60Km/j. memang banyak minah dapat dosa kena maki ngan driver lain pagi ni sebab dorang dah lambat g keje. sape suh lambat kan, minah selamba senyum meneruskan pemanduannya walaupun dekat seploh bijik kete dh potong kete Minah. Malas nak dengar celoteh DJ radio minah tolak CD yang baru diburn semalam. layanzzz...

Sampai opis bos xde g JB. memang layan la Minah sorang-sorang kat opis. opis sekangkang kera itu dia yang punye. Notification FB disemak satu persatu, hbs semua blog member-member Minah, Minah selongkar. bila dah bosan Minah termenung. buntu nak watpe lagi. selalu lau bosan macam ni Minah mesti kacau admire dia tapi dah xboleh dah sekarang. tapi minah yang keras kepala ni nak juga wat macam tu.. Minah amik telefon.. mesagge delivered.. dah sampai dh.. hahaha.. Minah gelak besar... tapi dalam hati rasa nak mengutuk..

haram jadah Minah ni.. sakit kowt.. xpun dah bengong. kui3.. kesian btol ngan Minah.. Minah slalu cakap xpe.. sebenarnya ada apa2.. Minah slalu cakap dia Ok tapi dia x pernah Ok pun.. Minah selalu senyum, gelak2.. tapi sebenarnya Minah nangis teresak-esak.. Life Minah banyak pembohongan sekarang. diri Minah bukan dirinya sebenar lagi.. jadi kalau korang jumpa Minah ni kat mana-mana jangan percaya apa yang dia cakap.. semuanya pembohongan dan dusta semata-mata..

Monday, August 02, 2010

0
Date With You Dear

pagi yang cerah secerah hati ini, menjadi saksi kepada sebuah cerita tentang kita berdua..
dari jauh sudah kelihatan kelibatnya turun dari kereta datang mendekati saya yang berdiri kaku ditepi tembok.. langkah yang diayun begitu teratur mungkin sambil mengawal kemachoan dirinya. tali baju cardigan saya ikat semula bagi kelihatan lebih kemas begitu juga dengan lipatan tudung. rasa sesak di dada, berdebar-debar menanti kemunculannya di depan mata.

cermin mata gelap dibukanya melihatkan sepasang anak mata yang ckup membuatkan diri ini terpaku dan terpesona.. SubhanAllah indahnya ciptaan Tuhan. senyuman manis yang terukir di bibirnya tidak akan saya lupakan untuk selamanya..

kaki kami melangkah penuh teratur melawan arus orang ramai yang juga mempunyai destinasi dan tujuan masing-masing. kalau boleh saya tunjukkan pada kamu bagaimana cerianya hati ini tatkala bersama kamu akan saya paparkan pada umum.

tapi biarlah hanya saya yang tahu. biarlah saya pendam apa yang saya rasa ini kerana....... keindahan ini hanyalah hadir dalam imaginasi saya semata-mata ketika ini. sesungguhnya ia ckup membuatkan saya rasa dihargai dan disayangi oleh seorang insan bernama kekasih yang kekal abadi.

bahagia nya rasa ini.. terima kasih Ya Allah kerana memberikan setiap insan perasaan sayang itu.

Related Posts with Thumbnails