Followers

Friday, December 31, 2010

10
Berakhirnya Kembara Sebuah Perjalanan 2010

salam sejahtera untuk semua...

siapa sangka kembara perjalanan 2010 bakal melabuhkan tirainya.. tidakkah anda rasa semua itu terlalu pantas berlalu?? bagi saya ya! semuanya berlaku sekelip mata. terlalu banyak coretan pengalaman suka dan duka sebuah kembara bagi perjalanan saya yang cukup berharga, berjaya dilalui hingga saya mampu berdiri teguh ke hari ini. dan saya juga yakin anda juga mempunyai kembara perjalanan anda yang tersendiri.. izinkan saya berkongsi sedikit catitan pengembaraan 2010 ini disini....

jika ditanya pada detik terindah yang telah dilalui, memang banyak untuk diceritakan tapi bagi saya, sesuatu yang cukup berharga bagi saya ialah pada tanggal 27.09.2010 dimana saya menerima Degree saya yang pertama.. memang hingga ke akhir hayat, detik itu tidak dapat saya lupakan. Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah yang Esa kerana memberikan peluang kepada saya untuk terus berusaha hingga ke tahap tersebut. terima kasih yang tidak terhingga juga kepada keluarga saya yang banyak menyokong saya hinggalah ke hari ini, begitu juga dengan teman-teman seperjuangan yang lain... Ya Tuhan... sesungguhnya saya amat merindui kalian semua.. semoga semuanya berada dalam keadaan yang sentiasa diberkati Allah... ukhwah yang terbina ini tidak akan mudah putus sampai bila-bila!



bila berakhirnya zaman pengajian, saya mula melangkah setapak mengenali satu dunia baru.. dunia yang begitu asing bagi saya. dunia pekerjaan, berusaha mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibu dan ayah lagi. sudah tiba masanya saya membuktikan bahawa saya mampu berdiri atas kaki sendiri. dan Alhamdulillah.. hingga kini segalanya masih lagi tersusun sempurna... terima kasih Allah atas rezeki yang telah Engkau kurniakan ini...


sesekali saya ingin berkongsi cerita.. kembara saya mencari cinta luar biasa juga bermula dan berakhir di tahun ini... pernah saya menyulam cita-cita tinggi mencari teman sejati tetapi tanpa disangka saya bukan diciptakan untuknya.. ternyata dia bukan tercipta untukku juga... bukan alang-alang rasa kesukaran dan kepedihan itu saya alami, tapi dengan berpegang teguh pada janji Allah, saya tahu masih ada yang tercipta untuk saya.. tetapi... jauh di sudut hati semuanya terlalu berat untuk saya terima kerana semuanya berlaku sekelip mata tanpa di duga... (^___^) sesungguhnya bermula dari kepedihan itulah wujudnya blogger bernama Nadzirah Aqilah a.k.a. Nadz yang anda sedang baca catitannya ini...

dan akhir sekali.... yang bertukar itu cuma kalendar dan tahunnya sahaja.
tapi saya masih lagi disini, terus berjalan tanpa henti mencorak langkah pengembaraan saya sendiri, untuk terus mengharungi liku-liku yang belum pasti..
mungkin hati saya serapuh kaca yang terhempas di lantai, tapi satu-satu masa ianya akan menjadi batu keras yang sukar diubah bentuknya dan saya tidak akan sekali-kali membiarkan ia menjadi bunga yang mudah layu bersama waktu..
dan mungkin juga saya kelihatan seperti air kolam yang sentiasa tenang, tapi hakikatnya ketahuilah bahawa disebalik ketenangan air kolam itu, gelora yang wujud di dalam tiada siapa yang akan mengetahui, selagi berupaya gelora itu akan tetap saya simpan jauh di dalam....
sesungguhnya..
walau apa jua yang berlaku saya, akan tetap menjadi air sungai yang sentiasa mengalir tenang tanpa menghiraukan segala halangan dan rintangan..
kerana saya tahu.. saya masih ada keluarga, kamu, kamu dan kamu dan yang paling penting saya sentiasa ada Allah yang sentiasa bersama saya walau dalam apa jua keadaan...

maka, berakhirlah Kembara Sebuah Perjalanan bagi tahun 2010 dan dengan itu Bermulanya Kembara Sebuah Perjalanan 2011.....

Dari Papan kekunci: macam poyo la plak entry nadz kali ni... boooooooo.... hahaha
Nadzirah Aqilah,

Wednesday, December 29, 2010

6
Contest Aku dan Kaca Mata

salam semua...

lama nadz tak join contest-contest nie.. merajuk la kunun-kunun, join contest tak pernah menang.. hahahaha.. persaingan sangat sengit la caner nadz nak menang kan. tapi nadz tidak akan berputus asa!!! nadz akan terus merajinkan diri menyertai segala contest yang ada dalam dunia blog ini!!! hohohohohoho... giler mengarut..

secara jalan lurusnya, sebenarnya nadz telah di tag oleh Krole untuk join satu contest Aku dan Kaca Mata.. gagagaga.. thanks krole! boley tahan gelabah kucing gatal gak nadz bila tengok nama contest tu. nadz memang tak berapa gemar pakai Kaca Mata Hitam nie, melainkan Kaca Mata rabun.. tu pun nadz pakai bila drive je.. giler rimas... lagi pun tertutp mata nadz yang cantik nie.. hahahaha.. giler geli... secara jujurnya untuk menyertai contest ini nadz telah menyelongkar segala folder-folder gambar yang ada untuk mencari gambar nadz dan kaca mata.. okey2.. mesti nak bebel kan... tak boley ke cakap terus? buley bha....  sila-sila...

firstly, contest ni dianjurkan oleh saudara Syafiq Rosli, jika anda berminat untuk menyertai silalah ke blog beliau untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi berkenaan syarat-syarat contest.. hmmmm... nak tunjuk gambar yang lemau nie... nadz takde gambar pakai spek itam sebenarnya.. jadi gambar terpaksa di crop dari gambar nadz ngan member-member lain..... TULUN TUTUP MATA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

haaaaaa... kan aduiii... giler huduh.. xmo letak beso2.. maluuuuu... hahaha.... dah macam menyanyikan lagu negaraku plak... kui3.. ni gambar asal..


ni gambar kami last holiday sebelum semua habis study.. gambar ditangkap di Jason Bay Resort, Mersing...

hahahaha...(gelak dulu baru cerita) inilah kali pertama dan terakhirnya nadz beli kaca mata hitam.. ini ialah percutian kali pertama nadz ngan member-member di sunway lagoon. sampai je d KL kami terus serbu Petaling Street (oppsss.. kantoi suda, Kaca Mata brand Petaling Street).. lepas kami beli sorang satu, terus kami amik gambar di kedai tu.. hahaha.. over taw!!! (soalan cepu emas untuk semua.. errrr... korang kenal ke nadz yang mana satu???? harap-harap tak la... gedik terlampau!)

gambar nie boley letak beso2... nadz suka sebab gambar tuan punye kaca mata tidak ada.. (sebenarnya ada cuma tak berapa jelas.. nak tau cari sendiri) hahahaha.... secara tidak langsung nadz ingin katakan disini... nadz amat menyayangi kaca mata tersebut sebab kaca mata itulah salah satu antara tanda persahabatan kami bertujuh... really miss all dat moment!!!!

dannnnn.... nadz kena tag 2 orang... gagagagagagaga.. errr... hmmmmmm.. hehehehe:
1. aki (member power rangers kuning, asyik mc je bila suh tangkap monster.. hahaha)
2. aiman (errr... member karok lagu cinta terakhir di K-BOX.. hahaha.. gurau je.. sory aiman)

dari papan kekunci: tulun jgn komen pic 1st okey!! wish me best of luck!!!! hahahahaha

sedara sailormoon member power rangers,

Tuesday, December 28, 2010

28
Saya Blogger Johor

salam semua..

sekarang rata-rata semua blogger sedang sibuk mempromosi tempat masing-masing.. siapa tak bangga jadi anak kelahiran negeri mereka kan. nadz pun memang yang teramat bangga giler jadi anak kelahiran Kota Tinggi, Johor, sampai nama blog pun ada Kota Tinggi. hahaha... tapi perasan tak nadz tak pernah buat satu entry langsung pasal Kota Tinggi.. memang hampeh.. bangga nadz pada nama je kan... huhuhu... dan hari ini nadz akan khabarkan kepada seluruh Malaysia apa itu KOTA TINGGI... hohohoho... semangat berkobar-kobar mengalahkan ahli politik sedang membuat rapat umum... ngeeeee...

tapi sebelum itu... semua ini bersempena dengan Sahabat Blogger Mengikut Negeri (bukan bermaksud mewujudkan perkauman, tapi memudahkan perkenalan selain mempromosi kawasan masing-masing).. anjuran dari Blog Pilihan Malaysia 2010.. jika anda berminat untuk menyertai sila kesini dan juga disini.. hehehehe

*****************************************************

Nama Saya: Nur Khairunnisa

Nama Blogger: Nadzirah Aqilah a.k.a nadz

Status: errr... single

Contact: khairun_anis@yahoo.com (email)
              Anis Hj Sukarti (facebook)

Daerah: Kota Tinggi

Tempat tinggal: Taman Kota Jaya, Kota Tinggi

Apa yang Menarik:

okey.. bila bercerita mengenai Kota Tinggi, semuanya berpusat pada kawasan peranginan di kawasan ini.. antara kawasan peranginan yang menarik di Kota Tinggi ialah Desaru, Batu Layar, Tanjung Balau, Telok Sengat dan banyak lagi, termasuk juga kawasan-kawasan bersejarah seperti di Kota Johor Lama di mana kawasan pentadbiran Johor yang paling awal sebelum semuanya berpindah ke Johor Bahru (mungkin sebab tu nama dia Johor Bahru dan Lama.. hahaha).. okey... tapi nadz tak akan cerita semuanya disini.. kali ni nadz hanya ingin fokus kepada Air Terjun Kota Tinggi, memandangkan blogger Afzan juga berminat untuk mengetahuinya..

Air Terjun Kota Tinggi ini telah dibangunkan beberapa kali, mengikut peredaran permintaan pelancong yang datang berkunjung. Air Terjun disini memang ternyata cukup sejuk dan nyaman. terletak kira-kira 56km dari utara Johor Bahru. tapi jika anda dari kawasan nadz, bandar Kota Tinggi, hanya kira-kira 10 hingga 15 minit perjalanan. pengangkutan dan penginapan bukan masalah utama jika anda mahu ke sana kerana terdapat kira-kira 43 bilik hotel moden dan 20 buah chalet persendirian di sekitar kawasan Air Terjun. selain itu, jika anda menginap di hotel-hotel atau rumah tumpangan di bandar Kota Tinggi, pengangkutan awam memang mudah untuk didapati. segalanya sudah tersedia sempurna. ada juga sesetengah pelancong yang gemar berbasikal ke kawasan berkenaan. bagi yang gemar berkhemah, terdapat juga disediakan sebuah kawasan perkhemahan yang cukup selesa....  rasanya cukup itu sahaja info yang nadz dapat sediakan berkenaan Air terjun Kota Tinggi atau Kota Tinggi Waterfalls Resort.. selebihnya silalah nikmati gambar-gambar yang nadz amik dari Majlis Daerah Kota Tinggi dan beberapa laman web pelancongan...








dari papan kekunci: jika ada yang pernah sampai kesini, mungkin ada yang perasan gambar-gambar ni sebenarnya bukan gambar yang terbaru... nadz dah cuba cari tapi tak jumpa... hehehe.. sory ya... semoga anda berpuas hati dengan info yang nadz berikan... (^___^). kalau ada yang berminat mengenai tempat-tempat lain di Kota Tinggi.. nadz akan story lagi untuk cerita akan datang... Love Kota Tinggi a Lots!!! hahaha...

From Kota Tinggi With Love,

Related Posts with Thumbnails