Followers

Friday, December 31, 2010

10
Berakhirnya Kembara Sebuah Perjalanan 2010

salam sejahtera untuk semua...

siapa sangka kembara perjalanan 2010 bakal melabuhkan tirainya.. tidakkah anda rasa semua itu terlalu pantas berlalu?? bagi saya ya! semuanya berlaku sekelip mata. terlalu banyak coretan pengalaman suka dan duka sebuah kembara bagi perjalanan saya yang cukup berharga, berjaya dilalui hingga saya mampu berdiri teguh ke hari ini. dan saya juga yakin anda juga mempunyai kembara perjalanan anda yang tersendiri.. izinkan saya berkongsi sedikit catitan pengembaraan 2010 ini disini....

jika ditanya pada detik terindah yang telah dilalui, memang banyak untuk diceritakan tapi bagi saya, sesuatu yang cukup berharga bagi saya ialah pada tanggal 27.09.2010 dimana saya menerima Degree saya yang pertama.. memang hingga ke akhir hayat, detik itu tidak dapat saya lupakan. Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah yang Esa kerana memberikan peluang kepada saya untuk terus berusaha hingga ke tahap tersebut. terima kasih yang tidak terhingga juga kepada keluarga saya yang banyak menyokong saya hinggalah ke hari ini, begitu juga dengan teman-teman seperjuangan yang lain... Ya Tuhan... sesungguhnya saya amat merindui kalian semua.. semoga semuanya berada dalam keadaan yang sentiasa diberkati Allah... ukhwah yang terbina ini tidak akan mudah putus sampai bila-bila!



bila berakhirnya zaman pengajian, saya mula melangkah setapak mengenali satu dunia baru.. dunia yang begitu asing bagi saya. dunia pekerjaan, berusaha mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibu dan ayah lagi. sudah tiba masanya saya membuktikan bahawa saya mampu berdiri atas kaki sendiri. dan Alhamdulillah.. hingga kini segalanya masih lagi tersusun sempurna... terima kasih Allah atas rezeki yang telah Engkau kurniakan ini...


sesekali saya ingin berkongsi cerita.. kembara saya mencari cinta luar biasa juga bermula dan berakhir di tahun ini... pernah saya menyulam cita-cita tinggi mencari teman sejati tetapi tanpa disangka saya bukan diciptakan untuknya.. ternyata dia bukan tercipta untukku juga... bukan alang-alang rasa kesukaran dan kepedihan itu saya alami, tapi dengan berpegang teguh pada janji Allah, saya tahu masih ada yang tercipta untuk saya.. tetapi... jauh di sudut hati semuanya terlalu berat untuk saya terima kerana semuanya berlaku sekelip mata tanpa di duga... (^___^) sesungguhnya bermula dari kepedihan itulah wujudnya blogger bernama Nadzirah Aqilah a.k.a. Nadz yang anda sedang baca catitannya ini...

dan akhir sekali.... yang bertukar itu cuma kalendar dan tahunnya sahaja.
tapi saya masih lagi disini, terus berjalan tanpa henti mencorak langkah pengembaraan saya sendiri, untuk terus mengharungi liku-liku yang belum pasti..
mungkin hati saya serapuh kaca yang terhempas di lantai, tapi satu-satu masa ianya akan menjadi batu keras yang sukar diubah bentuknya dan saya tidak akan sekali-kali membiarkan ia menjadi bunga yang mudah layu bersama waktu..
dan mungkin juga saya kelihatan seperti air kolam yang sentiasa tenang, tapi hakikatnya ketahuilah bahawa disebalik ketenangan air kolam itu, gelora yang wujud di dalam tiada siapa yang akan mengetahui, selagi berupaya gelora itu akan tetap saya simpan jauh di dalam....
sesungguhnya..
walau apa jua yang berlaku saya, akan tetap menjadi air sungai yang sentiasa mengalir tenang tanpa menghiraukan segala halangan dan rintangan..
kerana saya tahu.. saya masih ada keluarga, kamu, kamu dan kamu dan yang paling penting saya sentiasa ada Allah yang sentiasa bersama saya walau dalam apa jua keadaan...

maka, berakhirlah Kembara Sebuah Perjalanan bagi tahun 2010 dan dengan itu Bermulanya Kembara Sebuah Perjalanan 2011.....

Dari Papan kekunci: macam poyo la plak entry nadz kali ni... boooooooo.... hahaha
Nadzirah Aqilah,

10 comments:

Syafiq Rosli said...

selamat tahun baru

Tok Esah said...

anis!!! ingat 27/09 tu yer... my besday!!!! yeah!!! haha nak hadiah!!

bye2 2010, welcome 2011

Mat Ganu said...

semoga tahun 2011 membawa seribu satu keberkatan...insyaALLAH.

EzuWan Ilias said...

congratez dah konvo...selamat tahun baru..

AIMAN said...

azam baru 2011..! 2010 dah lepas, biar je.. sama2 kita berjaya 2011 ye..
;)

Dauz said...

Baru tahu selamat tahun :) hehe

Hairil Rizal said...

Biarlah tahun itu berlalu tapi memorinya indahnya disimpan. Biarkan tahun yg baru menerpa utk hari hari yang lebih ceria.

Selamat Tahun Baru 2011 Anis! :)

Nazifa M.Zali said...

happy new year sayam!

Anonymous said...

kak..dh mcm essay wooo entry ni..pnuh tatabahasa...penggunaan ayat yang memang sesuai budak nak wat karangan bace..heee
ape2 pon..selamat melangkah ke tahun 2011 sis..dh x kn jmpe detik 2010 lg..T___T
mse akan terus melangkah ke hadapan.......

krole said...

selamat tahun bru wak~mmmm...mgkn bkn jodoh r tu wak,sabaq ye~mesti ada the right person tok wak kat luar sna~

Related Posts with Thumbnails