Followers

Monday, March 14, 2011

6
Salang Indah, Pulau Tioman

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

cuti sekolah dah bermula jadi apa plan percutian anda semua? tapi pernah tak terfikir kenapa bila cuti sekolah je mesti nak bercuti.. nak bercuti je mesti nak cuti sekolah.. nape ek? nape? nape? sebab waktu nie budak sekolah cuti!!! tapi bagi yang bekerja mesti kena apply cuti awal sebab kalau lambat confirm cuti kene reject! huh! bab nie memang tak besh... jadi apa jadual anda?

sabtu ahad lepas saya dan family menyertai Hari keluarga Agrobank cawangan Kota Tinggi di Salang Indah, Pulau Tioman... bunyi macam best kan.. peh! Pulau seyhh... haa.. yes!! pulau.. tapi cuba bayangkan dengan keadaan tsunami di jepun yang kritikal dan amaran laut bergelora apa korang rasa? dah la perjalanan nak ke Pulau Tioman WAJIB naik feri.. pehhhhh!!!!!! nak cancel?? sape nak bayar balik segala duit? memang takla.. seawal pukul 6.30 pagi kami semua dah berkumpul di Agrobank dan bergerak ke Jeti Tanjong Gemok.. perjalanan dari Kota Tinggi ke Tanjong Gemok memakan masa lebih kurang 2 jam.. sempat la korang tido sambil kepala buat headbang 360 degree.. 

sampai kat jeti ngam2 la waktu feri Gemilang 2 (feri kami) nak berlepas ke Pulau Tioman.. masa mula-mula naik feri memang feri tu tak reti dok diam.. asyik melambung-lambung. ini satu permulaan yang kurang baik.. tiba2 terfikir apsal feri ni xmacam kete ek.. bila tekan handbreak confirm kete dah xjalan kan. aissshhhh.. starting perjalanan tu siyes macam tengah buat surfing.. feri melawan ombak yang sangat kuat sampaikan kami nampak ombak di bahagian tingkap.. pehhh!!!!!!!! sume macam teruja ya amat.. especially budak2 kecik. siap berdiri kat tingkap sebab nak tengok ombak dan laut bergelora.. memang riuh.. tapi rasa nak juga sound weii.. korang suka? korang tau tak ini BAHAYA! ya ampunn.. kami xdibenarkan naik ke atas feri memandangkan keadaan keselamatan yang kurang dijamin..

10 minit kemudian..

keadaan riuh rendah tadi bertukar jadi sunyi sepi.. nak tau kenapa?? "Plastik2!!!!!!!!!" peh lagi sekali.. sentapp!!! sekelip mata.. hampir 90% penumpang dalam feri dah mula rasa mabuk.. kalau kes mabuk pening-pening lalat takpe.. ini mabuk pakej kosongkan isi perut.. nak pergi toilet? jangan harap!!! yang paling bizi waktu ni ialah crew feri tu.. kejap lari ke depan kejap lari kebelakang bawa plastik.. hahahaha.. sian seyhh.. ini baru seplohminit perjalanan sume dah lepak.. cuba bayangkan perjalanan nak ke Salang Indah tu mengambil masa satujamsetengah dan memandangkan keadaan laut yang macam tu kami difahamkan akan memakan masa selama duajam.. pehhhhhhhhhhhhh!!!!! kalau semua larat nak bangun tyme ni confirm semua orang akan pergi serbu crew ngan kelasi feri tu suh dorang patah balik.. tapi masalahnya sume orang dah tersandar sepi sambil mata tertutup rapat nak tenangkan diri... 

waktu nie nak main pengsan-pengsan pun xpe.. 

bersambung..


dari papan kekunci: masa tu semua orang jangan cakap besar korang tak pernah mabuk kenderaan.. cuba bayangkan kalau mereka yang dah berulang-alik dan merangkap penduduk kat sana pun mabuk jugak.. apa citer????

6 comments:

sarah mohamad said...

takpe la. as long dapat cuti rehatkan badan ke pulau tioman . teehee :)

ghost said...

teringat iklan komersial Agro Bank..hihi

kenapa ramai sangat yang bercuti di pulau-pulau seluruh malaysia...ada kedamaian atau keramaian?

aku juga ke pulau,tapi tiada penduduk di situ..tiada apa cuma kesunyian..kerna aku bukan bercuti atau libur..huhu

selamat berlibur dan bermain air Nadz.

ANIS HJ SUKARTI said...

@sarah mohamad:
pengalaman baru kan.. (^__^)

@ghost writer:
situasi kita agak berbeza nie GW.. kami yang jarang ke pulau mungkin rasa keterujaan tu jadi lebih sedikit berbanding kamu.. hehehe

tenkiu GW...

CahayaCintaIlahi said...

yunk.. kte pun tak suke naek feri..mabuk laut adehhh.. ;))

Anonymous said...

kak nadz. kenape cite psl cuti ni. silah x cuti pon.
assignment makin berloggok dh mcm ulat gonggok. erkkk~

nti cuti sem je bulan depan. huwaaaaa
T___T

ANIS HJ SUKARTI said...

@cahayacintaIlahi:
ist tyme taw saya naik feri mabuk laut sepanjang 23 tahun.. huh! hampagas! hehehe

@i am silah:
ha? silah x cuti? alahai siannyerrrr...
xpe nanti akak hiburkan silah ngan story mory cuti akak taw! hahaha

Related Posts with Thumbnails