Followers

Wednesday, February 02, 2011

20
Banjir Di Kota Tinggi (3)

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

kita bersiaran langsung dari bandar Kota Tinggi... sedikit bingkisan terkini coretan peristiwa dan keadaan semasa di daerah kecil ini.. (ada macam pembaca berita tak? xpun pengarang? hahahaha).. okey2.. semenjak dua menjak nie nadz rasa macam jadi pemberita utama keadaan di Kota Tinggi. dan pada masa yang sama traffic blog nadz pun naik mendadak berikutan ramai yang ingin mengetahui keadaan sebenar di Kota Tinggi. Alhamdulillah, semoga apa yang maklumkan dapat memberi info berguna untuk mereka-mereka...

info sebelum laporan pertama, laporan kedua..

kita terus kepada laporan banjir pada hari ini, Rabu, 02.02.2011..

alhamdulillah cuaca dah kembali cerah cuma kadang-kala diselang-seli dengan cuaca mendung dan hujan tidak berapa lebat. bagi mereka yang ingin melalui bandar Kota Tinggi, tidak perlu risau, jalan raya masih boleh dilalui. cuma bagi mereka yang ingin membeli barang-barang keperluan, sila rancang terlebih dahulu, ini kerana kebanyakan kedai-kedai kecil di sekitar bandar Kota Tinggi ditutup dalam masa seminggu sebagai langkah berjaga-jaga. apa yang merungsingkan ialah air sungai Kota masih lagi berada pada paras bahaya dan lampu kecemasan atau lampu amaran di tepi sungai Kota masih lagi menyala. berikutan itu kawasan yang berdekatan dengan sungai kota masih lagi ditenggelami air di beberapa kawasan seperti di Kampung kelantan, Kampung Panti dan juga sebahagian Jalan Kundang di Taman Kota Jaya.

melalui sumber-sumber, nadz dimaklumkan bahawa, banjir yang berlaku di Kota Tinggi adalah berikutan fenomena air pasang luar biasa yang mengakibatkan sungai kota tidak dapat menampung air dan berlakunya banjir di beberapa kawasan. antara waktu-waktu yang kebanyakan jalan terpaksa ditutup berikutan air yang melimpah ialah waktu pagi antara 3-4 pagi, tengahari antara pukul 1, dan malam bermula pukul 12 tengahmalam. keadaan ini akan terus berlanjutan sehingga air sungai kota kembali surut dan lampu amaran tidak lagi bernyala. jadi, jangan risau, cepat air naik cepatlah ia surut. hehehehe.. jalan-jalan masih boleh digunakan seperti biasa. oh ya.. beberapa penempatan mangsa banjir juga telah ditutup dan semuanya telah kembali ke rumah seperti biasa. cuma kawasan yang berdekatan dengan sungai kota sahaja masih menanti waktu dan ketikanya.. (^__^) dan insyaAllah hari ini semuanya akan pulih seperti sediakala...

ini semua maklumat yang nadz dapat dari orang-orang di sekitar nadz dan juga melalui pemerhatian nadz sendiri (mcm buat eksperimen plak.. tehee..) jika ada sebarang kesilapan maklumat yang disampaikan sila maafkan budak ini.. (^__^) untuk mangsa banjir di segamat dan kluang harap anda akan terus bersabar mengharungi dugaan Allah ini... psss... ada macam pemberita tak??? hohohoho

ini keadaan ketika air pasang sekitar jam 1 pagi di bandar kota.. nadz dan family telah berada disana menyaksikan sendiri fenomena air pasang nie sejak jam 12 tengahmalam lagi.. hebat tak?? hahaha.. tapi tula bila pagi waktu air surut semuanya kembali seperti sediakala..


ini pulak suasana berhampiran rumah nadz.. semua sibuk meninjau air yang naik sebagai langkah berjaga-jaga. waktu ni sekitar jam 11-12malam.. kalau nak dikatakan meriah.. boleh tahan lah.. hahahaha...

dari papan kekunci: mohon nadz untuk semua.. sedekahkan bingkisan al-fatihah untuk mak long nadz yang berada di KL yang kembali ke rahmatullah pada pagi tadi. semoga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat... amin~~

20 comments:

Anonymous said...

Alfatehah buat arwah mak long nadz...

Terima kasih kerana info ni. Lega rasanya, bila air dah surut.

CahayaCintaIlahi said...

al-fatihah untuk maklong nadz takziah yunk..

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

jangan sedey2 yee.... semua yang hidup wajib menempuh kematian.... so kita tunggu giliran kita plak....

jadi nye bersedia lah ktia dari saat ini....

Karya Hati said...

harap keadaan kembali seperti sedia kala...amin...

eRza farEeha said...

sbr ye ng bnjir...
alfatihah wt maklong nadz...

ANIS HJ SUKARTI said...

@kayteezee:
terima kasih kak.. (^__^)
insyaallah mudah2han takde apa yg berlaku...

@cci:
mekaseh yunk...

ANIS HJ SUKARTI said...

@syahadasubri:
mudah2han.. amin~~

@erza:
mekasih lalink!

@dotblogspotdotkom:
terima kasih pakcik atas nasihat yang diberi...

ghost said...

yang penting banjir nih tidak ada kemalangan jiwa.harta boleh cari.

Al-fatihah..

miss nina said...

al-fatihah utk arwah maklong nadz
esok lusa ke kota tinggi, harapnya cuaca mengizinkan.

ANIS HJ SUKARTI said...

@biskut:
betol2... kadang2 org selalu lupa pasal keselamatan diri sendiri kan..

@miss nina:
terima kasih.. insyaAllah takde pape. semoga dipermudahkan segala urusan.. (^__^)

Anonymous said...

salam takziah nadz!

Hairil Rizal said...

Al-Fatihah utk arwah mak long Anis...

Lega tgk banjir dah makin pulih di Kota. Tinggal yg di Segamat, Gemas, Melaka dan Pahang...

cikcahya said...

al-fatihah buat mak long nadz.

harap2 banjir surut . amin

najihah sahami said...

anis...meh la doa hujan cepat berhenti..hehehe..kalau tak cuti ni asek terperapkat bilik je. adeh

Anonymous said...

So.. kota tinggi je ke yang banjir dekat-dekat area jb tu?

p/s : Sorry lama sangat tak jenguk anis kat sini. ;)

AIMAN said...

rasa dah lama tak datang blog nih.. =) sabaq2 la cik nadz.. harap2 keadaan akan pulih seperti biasa

Kelab Kembar Malaysia said...

Al-Fatihah... ermm... kita berada ditempat yang sama pada waktu yang berlainan semasa banjir ni :)

Unknown said...

Alfateeha...

Aku telah menggubah sebuah lagu untuk saudara-mara yang sedang mengharungi "kebasahan" di Kota Tinggi dan kawasan yang senasib dengannya...
Tajuk lagu "HUJAN"
Kalau nak dengar pergi ke pacheye.com kalau nak mp 3 tinggalkan email address di sini.
Semoga tabah sekaliannya...

maisyah said...

salam...
anis tempat kak pun banjir..tau kan..
ada 2 mangsa la..rumah kak pun banjir cuma x sampai bumbung la..sampai betis...kalau d jln raya plak sampai lutut la..

krole said...

al-fatihah utk arwah~
hrp wak sntisa dlm keadaan chat ye~realy mis u

Related Posts with Thumbnails