Followers

Monday, January 24, 2011

15
Luahan hati

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

pengumumumumuman ini bukan sesi luahan hati dan perasaan.. sila ingat hingga titik akhir entry.. hahahaha

last week, macam biasa bila adik nadz balik dia akan buka laptop untuk membuat pratontom segala aramjadah video yang dia dapat masa kat matrik kat kami. dengan hati yang tenang nadz akan mengadap semua video sampai selesai.. sampai satu video nie nadz rasa macam jatuh hati bedebuk-bedebuk dengan lagu yang disampaikan. kenapa? nadz tak tau. nadz kongsikan video tu untuk anda semua...



You Tube sebenarnya melahirkan ramai artis melalui video yang mereka upload untuk tontonan umum. sebagai contoh penyanyi Ana Rafali, siapa sangka kebolehan beliau dan bakat yang ada mampu menjadikan lagu Tolong Ingatkan Aku sebagai Juara Lagu. nadz tau mesti ramai yang dah sedia kenal dengan penyanyi video yang nadz upload kat atas. seorang warganegara Singapura, Apit.. kalau tengok kat You Tube boley tahan berlambak lagu yang Apit ngan kawan dia hasilkan. salah satu lagu atas tu, Luahan Hati.. dan kalau nadz tak salah, lagu Luahan Hati ini telah dibeli dan dirakamkan semula oleh kumpulan Kristal (betulkan nadz kalau nadz salah ok).. mesti ada yang pernah dengar.. bila dah dirakamkan semula lagu tersebut jadilah begini...



jadi apa pendapat anda semua?? versi mana satu anda suka? hehehehe...

dari papan kekunci: satu soalan untuk semua.. jika anda mendengar sesebuah lagu apa yang membuatkan anda rasa lagu tersebut anda suka dan terbaekkkk?? liriknya kah? atau muziknya? atau mungkin juga penyanyinya kah? dan mungkin anda ada jawapan lain?? jom kongsi ngan nadz.... (^__^)

15 comments:

Encik MamaT said...

tak tau la... kalau lagu yang best tu.. sekali dengar pun dah rasa tertarik..

biskut said...

lirik dan musiknya...tapi aku lebih sukakan lirik yang disusun begitu cantik bahasanya...

Miss dorayAki said...

suke yg ori punyer! ;(

CahayaCintaIlahi said...

owh cmtu ke citenye
cahaya tak taw pun pasal ni
baru tw skarang
tp lagu ni mang mantap yunk
menyentuh hati dan jiwa huhu
neway.. mcm chaya suke pada lirik
lagu jika dengar sesuatu lagu tu
sbb cahaya ni feeling orgnye hehe ;)

nadzirah aqilah said...

@encik mamat:
betul kan kadang2 bila lagu tu sekali dgr dh tertarik memang suke terus.. hehehe..

@biskut:
sku pun suka lagu yang liriknya disusun indah! adoi.. boley tangkap lentok.. hehehe

@miss DorayAki:
nadz pun suke versi asal!!!!

@CCI:
yunkkk... kiter serupa!!! saya pun dah asyik ulang2 lagu yg sama je nie.. sekat seratus kali kot ulang lagu nie.. adoiii... mendayu2.. hahaha

CahayaCintaIlahi said...

hehe yekew.. saba jew la.. huhu .. kte pun sme kalo da minat lagu tu alahai lagu tu jew la yg kte men kn ngeee ;)

nadzirah aqilah said...

hahaha.. perkara biasa tu.. sampai naek muntah pun xpe yg penting sukeeeee.... kui3

Bob Merley said...

dua-dua version gua tak suka :)

nadzirah aqilah said...

@bob marley:
masing2 ada citarasa sendiri.. (^__^)

YUL said...

lagu original apit la, suara die pon boleh tahan power, tapi tu lah, org singapore, ada tatu2, Y__Y

Uchi kay-f @hmad said...

baser suke dgr susunan muzik !

Miss dorayAki said...

sumer lagu apit, aki suker! ngeh3 ;)

cik teynteyn said...

hehe ..
tumpang sekaki ,
kite suke lirik ..
menusuk kalbu bru best . kalo ta , reject .
hehe +____+ ..
follow u.

petisuara said...

erm erm erm klo 1st time dgr trus best mknye music die ebst kn?lyrics i mmg jrg sikit la nak fhm, mmg ssh nak hafal lgu..haha..asl music 2 sdp ok dah

maza said...

maza pilih versi yg sedap didengari sahaja... hahahha

Related Posts with Thumbnails