sebelum nadz mula menaip entry ni, sempat nadz chat kejap dengan encik Krole.. bertanya idea dan pendapat isu yang hendak diketengahkan.. mula-mula krole cadangkan nadz cerita pasal domo tapi malangnya nadz tak berapa arif pasal domo nie. jadi nadz selongkar fesbuk nadz n apa lagi usha la gambar-gambar koleksi nadz.. dannn.. barulah nadz teringat sesuatu.. ada sesuatu yang nadz cari tapi tak jumpa sampai sekarang.. macam krole cari domo tapi dah jumpa dah domo sayang dia tu.. hehehe..
mesti ada yang berkerut-kerut dahi tengok tajuk entry kat atas tu. okey dimaklumkan disini nadz seorang J-Pop fan.. lebih-lebih lagi KAT-TUN. KAT-TUN merupakan satu kumpulan J-Pop yang dianggotai oleh 6 orang pemuda kacak dan kiut serta menawan hati (dari perspektif dan pandangan nadz je.. hahaha). apsal KAT-TUN? nama tersebut adalah gabungan nama 6 orang ni. K-Kamenashi Kazuya, A-Akanishi Jin, T-Taguchi Junosuke, T-Tanaka Koki, U-Ueda Tatsuya dan N-Nakamaru Yuichi. diorang ni bermula sebagai penari backstage japanese concert n then slow-slow mula bergiat aktif dalam bidang nyanyian. debut pertama dorang pada tahun 2001. nadz malas nak story banyak-banyak. kalau berminat nak mengetahui boleh usha disini.
berpatah balik pada tajuk utama, sebenarnya bermula dari debut tu KAT-TUN dah banyak buat concert dorang di sekitar jepun termasuk di Tokyo Dome. DVD dan VCD concert dorang ni pun telah diedarkan di seluruh dunia. kiranya dorang ni boleh dikatakan artis antarabangsa jugak kan. hehehe. kat Malaysia nia ada, tapi cukup sukar untuk ditemui berbanding DVD Super Junior, Shinee, Tohoshinki, Mika Nakashima n others. kewujudan group ni pun kurang diketahui oleh sesetengah pemilik kedai. jadi biasanya nadz yang akan usha sendiri, demi nak tanye pemilik tu confirm dia tunjuk nadz DVD cartoon. huhuhu. sekali nadz jumpa confirm no turning back, terus nadz beli.. harga? hurmm.. standard la yea.. hikhikhik.. pernah sekali duit xberapa mencukupi (tyme belajar lagi masa tu), sementara nadz nak kumpul duit, nadz sorokkan DVD tu kat satu tempat dalam kedai yang orang tak perasan. hahaha. kadang-kadang terfikir gak ada ke orang cari DVD ni macam nadz ek. in case la kan, sediakan payung sebelum hujan lebat~~~ kui3.. mesti ada yang terfikir kenapa nadz sanggup berhabis untuk dapatkan DVD nie, sebabnyaaa... nadz sangat suka persembahan dorang lebih-lebih lagi tarian dan juga kekreatifan mereka menyampaikan sesebuah cerita dalam concert. setakat cakap je pasal koleksi nadz tak cukup sempurna kan.. jom tengok apa yang nadz ada..
senarai concert KAT-TUN:
1. 1st concert - Okyakusama wa Kamisama
(ni 1st concert, secara kecil-kecilan n DVD dia confirm takde kat Malaysia kan..)
2. 2nd concert 2005 - KAT-TUN Life Kaizokuban (KAT-TUN Life: Pirate Sails)
DVD concert nie berjaya dapat anugerah Best Selling DVD masa 20th Japan Gold Disc Award.
walaupun ni 1st concert besar dorang tapi performance memang superb.. sayang sekali nadz tak jumpa DVD dia. huhuhu
3. 22 Mac 2006 - KAT-TUN Real Face
concert yang diadakan di stadium paling feymes di Jepun, Tokyo Dome, tak semua artis dapat perform kat sini. concert kali ni di hadapan peminat seramai 110,000 dalam masa 2 hari concert ini berlangsung dan turut diadakan concert tour yang menghimpunkan kira-kira 630,000 orang. DVD dia tak yah citer confirm high demand! yezzzaaaa.. kali ni nadz dapat beli DVD concert!!!!
4. 2007 : Cartoon KAT-TUN II You
seperti yang anda semua perasan nama kumpulan ni pun dah macam bunyi kartun kan jadi secara tak langsung cartoon telah menjadi tema concert kali nie. concert kali nie bukan superb, tapi kawaaaiiiiii!!!!!! dalam masa setahun dorang boleh buat satu lagi concert kan. concert ni juga adalah simbolik dengan TV Show terbaru yang di host kan oleh mereka sendiri. sangat best dan kelakar. tak tipu~~~ DVD ni pun nadz ada~~~
5. 2008 : Queen of Pirates
lepas bertemakan cartoon, dorang lebih kreatif mencari kelainan tema concert dengan memaparkan tema lanun. siyes cantik costum yang digunakan. pengolahan tema dan perceritaan dalam concert dorang memang masyuk! tu belum cerita berkenaan dengan suasana dan keadaan pentas. kapal lanun yang besar, gua tempat persembunyian, kesan pencahayaan, sound semuanya memang mantop! sebab apa nadz tau sume nie? sebab nadz jumpa DVD nya.. hikhikhik
6. 2006 - Dream Boys
selain concert, ada juga dorang buat satu teater muzikal gabungan antara KAT-TUN dan Kanjani 8 (kira senior dorang jugak la) yang ni pun sama juga... tak tau nak explain apa tapi memang terbaeekkk!!!
7. 2009: Break The Records
diumumkan pada 23 Januari, KAT-TUN merupakan artis yang telah mengadakan 7 concert (termasuk concert debut n others) di Tokyo Dome, arena terbesar dan ekslusif di Jepun dan telah memecahkan rekod Tokyo Dome. dalam concert ni 440,000 tiket telah terjual. dan secara tak langsung Johny Kitagawa (pengrus J-One Records, syarikat rakaman dimana KAT-TUN bernaung) telah dimaklumkan bahawa KAT-TUN merupakan pemegang Guinness World Records, atas rekod The largest number of consecutive concerts at a stadium seating more than 50,000 spectators each day. oleh yang demikian, saya dengan ini ingin mengumumkan bahawa saya sangat-sangat mahukan DVD concert kali ni. kalau ada sesiapa yang ingin membantu atau terjumpa boley la memberikan informasi kepada nadz yea.. teheeee....
dari papan kekunci: nadz tetap menyokong artis tempatan... hahahaha
power rangers merah,
5 comments:
wuahhh ni msti pminat fanatik ngeee~
@krole:
hehehe... lama dah xjumpa dvd dorg..
dorg ni ensem la..tapi sekarang fesyen rambut camtu pastu kening cukur plak sudah macam perempuan kan..so, ia jadi lelaki yg comel gitu..
@maisyah:
hahaha.. ha'ah.. kadang2 tgk dh mcm gugurl pun ada.. tp sya tetap suka dorg sebab dorg comel! hahaha
Ini sudah jadi library KAT-TUN ni. Cayalah cik Nadz! (mcm pelik la pulak panggil Nadz ni..dah biasa panggil Anis)
Post a Comment