Followers

Tuesday, December 14, 2010

6
Doktor VS Polis

salam semua teman-teman blogger (^___^)

hari ni nadz nak share something. sebelum tu nadz nak tanya dalam banyak-banyak pekerjaan kat Malaysia nie apa pekerjaan yang paling korang takut bila jumpa dengan orang yang bekerja dalam kerjaya tu? hahaha.. konfius ek soalan nie. secara pendek dan simplenya nadz bagi contoh. mesti selalu ramai yang dengar tak kirala kanak-kanak ke, orang dewasa ke yang takut nak jumpa doktor. kalau budak-budak tu dorang takut sebab nanti doktor bagi injection. siap bleh buat takut-takutkan lagi. tapi kalau orang dewasa tu, nadz pun xberapa pasti. takut dengar nama penyakit mungkin. tapi bila nak minta MC tanpa segan silu plak dorang ngadap nurse kat kaunter depan tu, siap tuang ayat power lagi kat nurse tu suh bagi surat MC..

nadz ngan doktor ni, biasa-biasa jek. cuma nadz jenis yang tak suka makan ubat, lagi-lagi ubat pil.. nadz tak reti okey. confirm keluar balik. takpun sampai meleleh air mata nak telan sebiji pil tu. tu baru sebiji, kalau sepakej, ubat batuk, selsema, demam, antibiotik, bla, bla, bla... tak ke sebundle jadinya? perit tak perit la nadz nak telan benda-benda tu sume. hehehehe. tapi kan yang sebenarnya nadz ni takut dengan POLIS. benda ni pun nadz baru perasan bila hari tu nadz ziarah makcik nadz kat Tiram. n then sambil kitorang borak-borak, gelak-gelak, bergosip-gosipan tetiba pakcik nadz terus tuding jari kat nadz, "haaa... anis, takut polis tak? kalau jumpa polis tepi jalan apa anis buat" (nama anis tu nama nadz yang biasa) baru nadz perasan. nadz sangat fobia tahap gaban okey bila bertembung dengan polis yang lengkap beruniform. nampak kereta atau jeep polis pun nadz boley menggelabah. padahal bukan buat salah pape pun..

bila nampak kereta peronda polis ke takpun polis yang ronda-ronda naik motor tu, tak banyak pun mesti nadz gelabah kucing punyela. sure jadi pengguna jalanraya yang paling bersopan di abad ini. kalau jalan-jalan kat shoping kompleks nampak polis-polis yang memantau tu, nadz akan cuba elakkan diri dari bertembung dengan dorang. kalau bertembung juga nadz akan senyum-senyum kucing. tapi sbenarnya senyum kelat. cuak... tu belum cerita kalau bertembung dengan polis yang on siren tu... haisssssh... ketar lutut derrr....

kenapa? entah.. mungkin dulu kecik-kecik selalu kena takutkan dengan ayat "sarjan misai" kot. tu yang sampai ke sudah, berpeluh-peluh bila bertembung dengan polis.. pastu kalau jumpa doktor, doktor yang nadz jumpa kecik-kecik suka bagi nadz gula-gula.. sebab tu nadz tak heran sangat lau jumpa doktor.. hahaha.. tapi yang pelik masa sekolah rendah dulu doktor selalu cakap gula-gula tak bagus nanti gigi rosak kena makan semut. tapi bila jumpa doktor kat klinik, doktor selamba jek hulur gula-gula banyak kaler satu balang.. hmmmmmm....

dari papan kekunci: cakap pasal "sarjan misai" tu, sekarang jarang plak jumpa polis yang bermisai lentik ek.. mungkin trend skarang dah berubah... tapi dulu sampai sekarang, doktor tak pernah ada yang bermisai.. semuanya clean n clear. mungkin kalau ada, silap haribulan, kena nenek yang lemah semangat tu, bley pitam berkali-kali kot.. hahahaha.. mengarut!

saya yang nak jadi power rangers,

6 comments:

Nafisa81 said...

takut kat orang JKKP

nadzirah aqilah said...

erkk.. kak.. JKKP tu apa ek?

apek poyo said...

wahahaaha..kalau misai sarjan tu panjang sgt..kerat je sebelah..mesti dia nangis punya..hilang macho

nadzirah aqilah said...

hahaha.. bagus gak cadangan tu.. mslhnyer sape yg berani nak g kerat misai dia?? hehehe

HadifaR_LoVe said...

Haha...nak komen sikit...
Saya nampak, nurse yg slu bg injection....hehehe...sekadar komen...

nadzirah aqilah said...

tula kan.. nurse yg buat doktor dpt nama..
mcm lembu punya susu, sapi dapat nama.. hahaha

Related Posts with Thumbnails