Followers

Monday, December 20, 2010

28
Coconut Rose

Salam sejahtera untuk semua..

alamak.. macam dah lama nadz tak dapat jenguk blog dan berbalas kunjungan semua. sory ya.. lately nadz ada keje ckit. banyak kerja-kerja nadz kena selesaikan. jadi dari mengelakkan dari semuanya terus tertangguh dan menggunung nadz kena siapkan semuanya sebelum due date. tapi nadz tetap nak curi masa untuk sediakan post untuk pengunjung setia (perasan betol) hehehe..

ramai blogger yang menyumbang ilmu menyediakan tutorial berguna untuk blogger-blogger lain. nadz pun nak juga share tutorial. orang jawa selalu cakap sharing is caring.. tapi masalahnya nadz tak pro la plak dengan tutorial dunia blog ni.. jadi nadz amik keputusan nak share tutorial makanan plak. hahaha... sesekali nak juga hasilkan kelainan. jom ikut nadz.. kita sama-sama buat kuih Coconut Rose. mungkin ada yang pertama kali dengar nama kuih ni. jadi kalau nak tau jenis, bentuk, rupa dan rasa (melainkan anda cuba sendiri di rumah) ni nadz share kan khas untuk semua.. mempersembahkan Tutorial Coconut Rose!!!! Big Clap!! Plap. plap.. plap... gagagagagaga

******************************************

Coconut Rose
(tutorial ini untuk satu adunan yang dapat menghasilkan lebih kurang 80-90 biji)

bahan-bahan:
600gram Tepung naik sendiri (nak guna tepung Blue Key ke Red Key ke no hal asalkan nama dia tepung naik sendiri tapi jangan sebat tepung gandum plak.. memang lain jadinya)
500gram gula
2 cawan santan (kalau nak guna susu cair pun takpe)
1 sudu baking powder
2 sudu ovelette
4 biji telur (telur ayam okey, telur angsa atau telur punya tidak diterima sama sekali)
pelbagai jenis pewarna mengikut kesukaan anda
paper cup yang kiut-kiut

cara membuat:
campurkan semua adunan tadi menjadi satu. tak perlu peringkat-peringkat (mudah kan). bila semua dah dimasukkan dalam bekas. mix semua adunan tadi sehingga menjadi pekat dan semua bahan menjadi satu...

sementara tu, kalau ada pembantu, boleyla masukkan paper cup tadi susun ke dalam cetak kuih lompang yang kecik, supaya mudah proses mengukus.

bila bahan dan paper cup tadi dah sedia, asingkan adunan tadi kepada beberapa bahagian ini adalah untuk memudahkan proses mengasingkan warna mengikut kegemaran anda. diingatkan disini, semasa anda meletakkan pewarna ke dalam adunan, pewarna tidak perlu dikacau rata. cukup sekadar menjadikannya berbelang.

dan dengan menggunakan sudu kecil masukkan adunan tersebut ke dalam paper cup yang telah disediakan dan susun di dalam bekas kukusan.

setelah selesai, kukus selama 5 minit sahaja okey... jangan over nanti lain jadinya..

dan selepas itu... taraaaaaaaaaaa..... Coconut Rose anda berjaya dihasilkan...
 lagi banyak pewarna, lagi menarik Coconut Rose tersebut.... kan3...

sebenarnya ibu nadz menerima tempahan pelbagai jenis kuih-muih. kadang-kadang katering pun ada. kuih Coconut Rose ni salah satu daripadanya. dan secara tak langsung bila ada tempahan, kira nadz punya part tyme la di rumah.. hahahahaha.... sambil menyelam minum air.. tapi nadz menyelam takla sampai kembung perut... ngeeeeeee... kalau berminat cubalah.. kuih ni memang senang dan berbaloi-baloi..... hehehe.. selamat mencuba...!

dari papan kekunci: hujung bulan nie, kami ada terima tempahan 2500 keping kuih nie untuk majlis kenduri kawen.. alhamdulillah.. rezeki lebih.. tapi mahu patah pinggang nie.. hahahaha...

chef Power Rangers merah,

28 comments:

Anonymous said...

hehe meriah la coconut kak nadz....
mcm meriah di hri rye..ngeeee~

ANIS HJ SUKARTI said...

@silah:
hahahaha.. ceria gitu kan....

AzianKhalil said...

huhu...shomelnyer...bila2 akak turun kota nak gi umah anis...makan coconut rose bolehh??

ej said...

err.. coconut rose nih samer cam kuih apam ker nadz? huhuhu, patik nih buta nama kuih.. hehhehe

Ainaa~ said...

ha ha...
comelnyekk

supergassoline said...

arghhhh...!!
sedap nye...
na try..! na try..!! na try..!!!

hhihieee

:))

Ainaa~ said...

comel jerkk..
mcm guli

ANIS HJ SUKARTI said...

@nafisa81:
boley kak.. tapi kena gtau dulu sebab nak prepare.. hahahaha

@ejai_ej:
apam ngan coconut rose nie lain2 tapi lembut2 dia tu sama je.. hehehe

@La ainaa:
memang comel.. sekali suap je ni masuk mulut.. kui3

@cikCEPET:
boley2.. tryla buat.. senang dan sedap... pasti tidak mengecewakan... (^___^)

Naz said...

best la yunk..u kukus ke bakar dlm oven?

ANIS HJ SUKARTI said...

hambaAllah:
kuih ni kukus je.. tak lama pun 5 minit only.. hehehe..

cik faez said...

eh ,, cantek plk coconut rose tu . rasa syg kalo nk mkn . hehe

AIMAN said...

waaaa nampak sedap! nak2!

ANIS HJ SUKARTI said...

@cik faez:
tapi kalau sampai xbley makan lagi rugi tu... hahaha

n.hasleena said...

Salam kenal dik..
bestnya dik..akak nak amik resepi ye..tq2...

sakurara said...

terliuq eh..hehe =) nice blog !

cik faez said...

kueh tu cantek sgt .. hehe .. nk mkn pon syg . baik jd perhiasan ats tv . hehe

ANIS HJ SUKARTI said...

@n.hasleena:
salam kak.. boley2 amik la... sharing is caring.. (^___^)

@adibah:
thanks adibah...

@cik faez:
hahaha.. perhiasan atas tv tu... memang xlama la kecantikannya.. kui3

@aiman:
nak?? tengok je boley... hahaha.. tryla buat... berbaloi2

Dauz said...

sedapnye..boleh try tak??hehe :D

Hairil Rizal said...

Eiii..sukanya kuih kaler kaler ni. Rasa mcm boleh makan dengan senyuman ceria kan?

Hehe!

ghost said...

Nadz...aku nak tempah gak.bagitau kat mak ko ek.aku nak makan sowank2 jer.haha..sebab aku lapar.


mekasih atas pendapat ko nadz.

ANIS HJ SUKARTI said...

@dauz:
nak try buat of course la boley.. tapi lau nak try rasa kena buat dulu.. (^___^)

@hairil:
betol tu en. hairil.. bila mkn ni hati pun bunga2 riang jek.. hehehe

@biskut:
huwaaa... selera ko dah lain plak ek skarang.. dh tak mo biskut lagi kan.. hehehe

Unknown said...

cam senang je...nak try buat la...thanks 4 sharing.. ape rs die?? hehe

ANIS HJ SUKARTI said...

@azana:
boleyy.. try la nanti.. rasa dia manis lembut2 macam kek span.. hmmm.. yela kot.. hahaha

Mat Sentap said...

mcm best jeh...nk try!!!

ANIS HJ SUKARTI said...

@aliesya:
cuba jgn xcuba! hahaha

Dauz said...

haa...tempah dr nadz je..hehe..takpun nadz g la sarawak sini :D

ANIS HJ SUKARTI said...

@dauz:
waaa.. g sarawak tu.. tiket sponsor no hal lah! hahaha

doyah said...

wahh. sedap tuhsss

Related Posts with Thumbnails