Followers

Sunday, November 28, 2010

11
[Kempen] Sayangi Bayi Anda

salam sejahtera semua rakan-rakan yang saya sayangi

kali ni nadz nak mencurahkan bakti sedikit kepada masyarakat. apa salahnya sesekali nadz ringankan tangan, idea, persepsi, pandangan dan juga memanfaatkan kewujudan blog nadz ini kepada satu kebaikan. semudah nadz menyertai semua GA, contest dan segalanya dan semudah itulah nadz nak berkempen. kempen yang nadz maksudkan ialah kempen Sayangi Bayi Anda.... ingin tahu lebih lanjut..? mari bersama nadz hingga ke akhir entry... zassss.....


Nadz bukanlah seorang artis glamour yang menjadi duta atau wakil bagi melaksanakan sesuatu kempen, ataupun model bagi iklan-iklan sesuatu kempen. tapi nadz hanyalah seorang insan biasa yang juga ada keinginan untuk menyumbang bakti melalui cara nadz sendiri. nadz tahu kempen ni bila nadz telah ditag oleh miss bulan. kempen ini telah diwujudkan atas dasar keprihatinan Alienelliz dalam dunia pembuangan bayi yang semakin meruncing di kalangan remaja hari ini.. sebagai insan yang juga mahukan yang terbaik dalam hidup dan juga membenci kekejaman terhadap insan yang tidak berdosa, nadz juga mahu menyokong kempen ini sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada teman-teman lain...

ketahuilah bahawa, mereka itu semuanya tidak berdosa.... lahir mereka dengan harapan mempunyai kehidupan yang bahagia dan sempurna.. tapi apa salah mereka hingga dibuang bagaikan sampah tidak berguna?? hilang ke mana akal waras dan nilai kemanusiaan seorang insan? wahai hamba Allah, sedarkah kamu perbuatan itu adalah perbuatan membunuh dan tahukah kamu apa hukumnya membunuh di sisi Islam? lihat pada pokok pangkalnya, ingatan untuk saya dan juga para remaja sekalian, hindari diri dari melakukan perkara yang membawa kepada penzinaan. kerana bermula dari sanalah segalanya menjadi kenyataan....

Harapan Tanpa Suara
Utusan Malaysia, Astro, Karyawan, KPWKM


Di dalam kandungan ibuku tersayang
amannya kurasakan
degupan jantungmu, jantungku
irama penuh syahdu

ku ingin rasai kehangatan pelukan
belaian kasih sayang
ku jaga kau dihari tuamu
andai panjang usiaku

namun hanya harapan tanpa suara
di dunia cuma seketika
jasad kaku dibaluti kertas usang
terbiar bagai sampah terbuang

dimanakah ibu di manakah ayah
bonekakah atau manusia
anak tidak berdosa menjadi mangsa
oleh hawa nafsu yang serakah

baiklah... nadz nak panjangkan kempen nie kepada sahabat yang lain... tunjukkan rasa prihatin anda... kita juga mampu bertindak dengan cara kita sendiri.. (^___^) jika anda berminat untuk turut sama menyertai anda boleh kesini.... last but not least, love my beloved ibu dan ayah!

saya juga prihatin.




11 comments:

linawanie said...

sokong kempen ni !!
^_^

Zaer!! said...

Bagus la kalau ade kempem camni kan?dapat pupuk semangat untuk hindar gejala ni.hehe.nice anis!

nadzirah aqilah said...

@linawanie:
thanks lina.. (^__^)

@zaer!!:
hehehe.. sokong menyokong dalam diam peringatan untuk diri sendiri

alienelliz said...

thanks nadzirah aqilah, ell ingat dah tak ada orang nak join, rupanya masih ada, alhamdulillah...

Thanks ya, sambil kamu tulis untuk orang lain, ell anjurkan, ell baca, ell muhasabah diri ell sendiri..

thanks a lot...=)

nadzirah aqilah said...

@ell:
welcome ell... mana yg baik tanggungjawab kita untuk menyokong...
ingatan untuk sy juga.. (^___^)

Uruchimaru @ kf said...

bagus kalau ade banner boleh lekat2 kat dinding blog........

Bulan said...

dear..thanks sbb wat..ehee
nice one!

Hairil Rizal said...

Hamba sangat bersetuju dgn kempen ini. Mari kita sama-sama menentang pembuangan bayi!

kelana fana said...

sokong pjuangan Nadz.. usaha yg murni.. sian kt baby2 comey tu.. :(

dotblogspotdotkom said...

dalam kumpulan binatang.. tiada manusia.... tapi dalam kumpulan manusia... ade BINATANG......

maisyah said...

wah...good impact la anis..kak memang suka la entry ni...join? maybe..kalau kak betul2 da ada ms yg lebih ruang untuk berblogging, kan cuba join la plak..(da lama x join..;) )

Related Posts with Thumbnails