Followers

Monday, November 29, 2010

5
Sazali Dan Daya Pemikirannya

Salam sejahtera dan salam berbahagia....

kenalkah anda pada sazali? seorang pemikir tehebat yang tidak terjangkau akal fikirannya.. apa sahaja yang melewati di depan matanya.. akal fikiran sazali akan segera memberikan idea-idea bernas kemuncak kepada keagungan daya pemikiran.... segalanya terukir sempurna dalam kotak fikirannya... inilah yang berlaku bila sazali mencoret segalanya..... dari penglihatan turun ke akal fikiran lalu menghantar isyarat untuk bertindak lalu berlakulah hasil yang memberangsangkan.. kagum saya seketika...

**********************************
situasi pertama:

bermula dari awal pagi sesudah subuh.. sazali sangkakan cahaya akan kelihatan bila matahari memancarkan cahayanya.. tapi, matahari masih lagi terlindung dengan awan-awan yang berarak mendung.. pokok-pokok diluar bukan dibasahi embun pagi tapi air hujan yang dingin membeku... hmm.. cuaca sekarang tidak menentu.. bencana alam sukar diramal.. yang penting sediakan payung sebelum hujan.. barulah segalanya terkawal sempurna... akal sazali sudah tahu jalan penyelesaiannya... Ah! isnin yang bahagia~~~ sazali bingkas bangun... dicari selimut yang tercampak jatuh di bawah katil lalu menyambung lenanya.. indah sungguh mimpi sazali pagi ini hinggakan deringan telefon bimbit beliau diabaikan begitu sahaja....

situasi kedua:

seawal jam 8.00 pagi, jalan-jalan raya sudah dipenuhi dengan lambakan kenderaan yang mempunyai hala tuju masing-masing.. demi mencari rezeki halal, semuanya bermula dengan kesungguhan dan tanggungjawab dalam diri. dunia sekarang. sukar untuk meramal isi hati dalam diri setiap orang. rambut sama hitam tapi hati lain-lain. ah! biarkan mereka dengan agenda masing-masing. sazali juga ada misi dan visi yang perlu diteruskan. misi mencari sebuah kebahagian dan kedamaian yang cukup sempurna. perutnya tidak tertahan lagi.. tandas awam perlu dicari segera.. segera!!!~~~

situasi ketiga:

perut yang lapar sudah pun terisi.. ligat lagi akal fikiran sazali berfikir.. makcik yang tadi sazali jumpa di tepi jalan menggendong bayi dimanakah haluan beliau? apakah urusan beliau dalam keadaan cuaca sebegini? bayi itu harus diberi perlindungan yang terbaik dalam memberikan antibodi yang terbaik bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang komplikasi kesihatan yang tidak diingini.. mungkin makcik tadi memberikan bayi tersebut minum enfagrow.. hebat... sazali ke kedai runcit pak mail dan mendapatkan susu enfagrow untuk antibodi yang kuat bagi dirinya~~~

situasi keempat:

termenung lagi sazali seketika.. seorang lelaki separuh abad berjalan turun naik mahkamah.. apakah isu yang sedang lelaki ini selesaikan? mungkin urusan penting sehingga beliau sanggup berulang-alik sebegitu.. atau mungkin dalam diam beliau mahu menguatkan otot-otot nya.. hebat! cukup sempurna akal fikiran beliau... hmmmmm...... sazali naik ke tingkat satu... berlari-lari anak dia ketingkat dua... turun semula ke ground floor... berkali-kali sazali mengulanginya.. menetes keringatnya... gaya seperti seorang petani yang tekun mencangkul membuat batasan di ladang.. sazali bangga~~~

hebat bukan pemikiran dan tindak tanduk sazali... siapa jua tidak akan terfikir untuk melakukan sedemikian.. hanya seorang yang mampu berfikir dan bertindak sebegitu rupa.. yaaa... dialah! SAZALI!


credit to google

kawan tak berapa rapat sazali,

5 comments:

dotblogspotdotkom said...

oh sazali..... huhuhuhu

Uruchimaru @ kf said...

sazali mane ni?

maisyah said...

impressive..
but anis, tu patung sazali la? maksud kak dedicated to sazali ka? really?

Hairil Rizal said...

Adus Anis ni...

Anyway, sangat suka sumer situasi tu. Kreatif sungguh!

nadzirah aqilah said...

@dotblogspotdotkom:
anakku sazali.. huhu

@uruchimaru@kf:
sazali yang wujud dari akal pemikiran songsang saya.. (^__^)

@maisyah:
kak.... hehehe.. dh jadi batu dah sazalinyer...

@hairil rizal:
hehehe.. thanks en hairil..

Related Posts with Thumbnails