Followers

Thursday, November 25, 2010

11
Congratulations Cekda

salam khamis semua...

bila nadz buka topik pasal orang bertunang ke kahwin ke mesti ada je komen-komen panazzzzz.. syok la korang nie.. boley jadi wartawan melodi.. hahaha.. kali ni nadz nak wish congratulations untuk kawan nadz, Siti Rahida a.k.a cekda yang telah bertunang dengan wan mohd hakimi a.k.a kimi pada hari ahad, 21hb November kelmarin di Kelantan.. nadz ngan member lain tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu.. sehari sebelum kawan nadz ni tunang, nadz pun bizi dengan urusan kazen nadz tunang juga. jadi tak dapatlah nadz nak turut serta majlis member nie. cuma nadz sempat kol dia dari jarak jauh je sebelum rombongan lelaki datang.. nadz baru tahu satu benda, adat dan cara setiap negeri itu adalah berbeza.. tapi kalau tanya pasal adat-adat tunang kat johor ni nadz pun bukan tau sangat pun sebenarnya. yang nadz tahu bila ada orang tunang atau nikah nadz mesti kena tolong snap gambar dan dalam masa yang sama usha balaks hensem ckit.. gagagagaga...

tak sedar kan dalam diam rasa macam baru je kitorang lepak sama-sama masa belajar dulu kat utm... bila hujung minggu, ada je member nadz yang kuar dating.. bahagia je sume.. bila dah masing-masing ada hal sendiri, nadz lebih suka lepak rumah yang sekangkang kera dari utm tu... tak la sekangkang kera sangat.. jauh sikit.. sekangkang dinasour la plak.. pernah sekali ada antara kami bersuara, satu masa nanti bila dah habis belajar, masing-masing dah ada hala tuju, kita tengok sape yang paling awal bertukar status.. kalau ada antara rakan-rakan nadz yang baca disini, mesti korang ingat kan.. sekarang kita dah nampak dah.. cekda dah mendahului kita semua.. lepas ni turn sape plak kan.. adakah yang berada di KL? atau di melaka? atau mungkin yang berada di sabah? kelantan mungkin? oh.. tak lupa juga my rumate di johor ke? hahaha.. wait n see.. nadz rasa giliran nadz akhir sekali... masa kol cekda hari tu, nadz ada pesan suh amik gambar n then upload kat fb.. dan akhirnya nadz curi beberapa keping gambar... hehehe... (tapi nadz dah minx izin tau nak curi gambar, ni la namanya pencuri bertauliah..)

untuk cekda.. sekali lagi, saya nadz a.k.a anis, ucapkan tahniah di atas pertunangan kalian berdua. saya doakan jodoh kalian berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat.. maaf kerana tidak dapat hadir, insyaAllah majlis pernikahan pada bulan 3 nanti, saya akan cuba untuk menghadirkan diri.. semoga Allah sentiasa merestui hubungan kalian berdua serta dipermudahkan segala urusan... kebahagian cekda dan rakan-rakan yang lain adalah kebahagian saya juga... amin...


dari papan kekunci: sayu terkenang zaman belajar kita dulu... rasa macam nak kembali ke masa lalu.. tapi apakan daya... masa yang berlalu hanya membenarkan kaki melangkah ke hadapan.. saya seorang pengembara kehidupan masih disini setia menanti khabar berita dari kalian semua...

salam rindu dari saya,

11 comments:

Miss PIJAOSIX said...

nadz bile lagi..? heheee

ANIS HJ SUKARTI said...

@pija:
nadz lama lagu.. hehe

ANIS HJ SUKARTI said...

@shazmiey:
uinaaa... mandai jak ko..
tapi lau betol ko bilang, bahagia oh sa.. (^__^)

Anonymous said...

*jeling2 kt kak nadz....
nti knduri akk jgn lupe jmput kwn blog..haha

ANIS HJ SUKARTI said...

@silah:
yea2.. dun wory.. hahaha..
silah dtg kena bw hadiah beso taw!

Tok Esah said...

anis..!!! tok suka blog kamu..!!!

http://taq6889.blogspot.com/2010/11/tok-suka-blog-kamu-lah.html

acepa weet said...

wah sis.besnye mmber ade yang nak melangkah kat alam kawin la.
hehe sis bile lagik?
jgn lupe jemput warge2 utm~

Pencacai Alim said...

takde org ke nak kawen dgn aku? kehkehkeh

ANIS HJ SUKARTI said...

@tok:
tenkiu manyak2 tok!!!

ANIS HJ SUKARTI said...

@acepa:
uittt... sabar ye.. sis punye turn lama lagi..
mcm kena buat besar-sesaran jek..
member blog+utm.. ramai tu.. hahaha

ANIS HJ SUKARTI said...

@pencacai alam:
tanye saya ke? hahaha

Related Posts with Thumbnails