Followers

Tuesday, October 19, 2010

10
Warkah Untuk Kamu - Jangan Baca Warkah Ini

Salam Sejahtera..

Kehadapan saudara Daiki Arioka yang kini berada di Pulau Okinawa, Jepun. apa khabar saudara disana? saya harap saudara berada dalam keadaan yang sihat sejahtera di samping ahli keluarga yang lain. saya disini berada dalam keadaan yang sihat sejahtera cuma cuaca di Malaysia terutamanya di Kota Tinggi, Johor tidak berapa tetap. kadang-kadang mendung berselang-seli dengan bunyi guruh, kadang-kala panas terik, kadang-kala hujan hinggakan peramal kaji cuaca pun pening untuk mengeluarkan ramalan mereka dan ada juga yang terpaksa minta cuti sakit kerana diserang migrain. semua ini kuasa tuhan. kita meramal tuhan yang menentukannya.

oh ya.. sebelum saya terlupa. Hontouni Arigato diatas kesudian saudara membalas surat saya yang lalu. kiriman saudara telah selamat sampai ke rumah saya pada minggu lepas. tapi malangnya saya hanya menerima sepucuk surat dari saudara beserta dengan sebekas tupperware yang hampir kosong isinya. kiriman sushi dan juga bento yang saudara kirimkan untuk saya hanya tinggal beberapa keping rumpai laut sahaja. mungkin dalam perjalanan dari Jepun ke Malaysia, bungkusan makanan itu telah tercicir ke dalam mulut orang lain. tapi takpela, terima kasih tidak terhingga diatas kesudian saudara mengirim bekalan tersebut jauh dari Pulau Okinawa. rumpai laut yang tertinggal tu pun sedap rasanya. saudara kutip sendiri di dalam laut di sana? kalau tidak keberatan sudilah saudara kutipkan lagi dan pos kesini lagi. boleh saya buka bisnes rumpai laut sikit disini..

sebelum saya terlupa.. masih ingatkah saudara teman kita waktu kita sama menetap di Australia dulu, Rosemary? dia ada sampaikan salam untuk saudara. 2 hari yang lepas Rosemary ada menelefon saya menggunakan talian Skype di internet. dia telah berpindah ke rumah baru dan telah berjumpa dengan jiran yang baru. segalanya seronok bagi Rosemary, cuma dia ada sedikit berdukacita kerana kucing peliharaannya, John, kerap kali diserang selsema kerana pertukaran persekitaran yang serba baru mungkin. rosemary juga ada menjemput kita berdua untuk datang mandi di kolam renang rumahnya. katanya kolam renang itu ada ikan lumba-lumba sebagai teman barunya yang dihadiahkan oleh bapanya. saya rasa begitu teruja untuk bermain dengan ikan lumba-lumba tersebut. kalau saudara Daiki Arioka tidak keberatan, bolehla saya tumpang menaiki jet peribadi keluarga saudara untuk kerumah Rosemary ya..

wah.. sedar tak sedar dah hampir pukul 3 pagi. saya hentikan cerita saya untuk tatapan saudara Daiki disini. bukan apa esok saya perlu bangun awal untuk ke sekolah. almaklumlah, rumah di atas puncak gunung ini memang mengambil masa yang lama untuk turun ke bawah. tambahan pula kereta kabel kami sedang dibaikpulih jadi terpaksa menaiki land rover sahaja.. akhir kata, sampaikan salam saya untuk semua ahli keluarga saudara. jaga diri.. bubye..

Temanmu,
Siti Nur Tuminah


dari papan kekunci: jangan marah dengan saya, saya dah pesan jangan baca warkah ini... sory.. (^__^) lastly sebelum anis terlupa... SELAMAT HARI LAHIR URUCHIMARU @ KF di http://uruchimaru-kf.blogspot.com/!!!! semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki... hepy always n wish u all dabest in your life!!! nah amik nie ntuk besdayboy.... psssttt.. nama kat besday kek tu abaikan jek.. dorang salah tulis masa wat kek nie td.. hehehehe



bukan incik uruchimaru je taw! untuk teman saya juga... ARI!!!!!! hepy besday ari!! wish u all dabest in your PSM n gud luck.. may Allah always bless u.. muah3!!! hehehehe.. ni kek ntuk ari plak.. taraaaa..



10 comments:

Anonymous said...

aduh terharu..termasuk anis dh 3 urg bloger wish kf dlm blog taw !

terima kasih iye..wah besau betul kek,bole buat mandi ni hihi......larikkkkkk!

ANIS HJ SUKARTI said...

op kos la... besday boy lau xkena simbah kek + air + tepung + telur dan sebagainya memang tak syokla.. hehehe..

Anonymous said...

suci bersih je kek tu...
hehe sygnye nk mkn...ngee~

ANIS HJ SUKARTI said...

hehehe... terpelihara lagi tue... kek ni for display jek.. kui3

cintatehO said...

wah sdpnye kek 2...

ANIS HJ SUKARTI said...

hehehe... jauh tempah nie... susah nak jumpa kat cni..

maisyah said...

salam..
mesti best kan..mengaji jauh2...byk pengalaman..

Hairil Rizal said...

Chantek kek cekelat tu... tak sanggup nak makan!

Anonymous said...

Anis!! Nak kek tuuuuuu..... T_T

ANIS HJ SUKARTI said...

maisyah:
bleh tahan la.. tapi citer tu saya reka jek... (^__^)

hairil rizal:
hikhikhik.. tahu xpe.. anis tengok pun terliur nie...

ari:
alamat lau pos rosak xcantek plak nanti... hihihi.. minx hati kusut..

Related Posts with Thumbnails