Followers

Wednesday, October 13, 2010

8
Kerani Peguam Syarie VS Klien

Situasi: seorang Plaintif telah selesai bicara kes perceraian beliau dengan suami (defendan) dengan diwakili oleh Tuan peguam. Plaintif amat beruntung kerana perbicaraan kes tersebut hanya memakan masa 1 hari tanpa perlu ditangguh lama jika dibandingkan dengan kes-kes perceraian yang lain yang kadang kala memakan masa selama beberapa bulan. setelah selesai bicara dimana mahkamah mensabitkan jatuh talak satu keatas Plaintif dan Mahkamah bersurai, Plaintif bergegas naik ke pejabat peguam berkenaan untuk berjumpa dengan kerani bagi membayar baki tunggakan bayaran yuran guaman beliau memandangkan segalanya telah selesai.

Plaintif : Assalammualaikum... dik, akak datang nak bayar semua baki bayaran..
Kerani: waalaikumsalam.. ooo... boleh-boleh baki semua RM***.. dah selesai ke kak?
Plaintif: okey.. ni duitnya... dah.. baru selesai nie..
Kerani: next date bila?
Plaintif: takde next date.. hari ni juga selesai kes, jatuh talak satu dah dik...
Kerani: ooooo... ye ke? alhamdulillah lah....

situasi ketika itu tiba-tiba bertukar sunyi sepi.. kerani yang sedang menulis resit bayaran baru tersedar kesilapannya lalu sedaya upaya menyusun ayat membetolkan andaian dan perselisihan faham..

Kerani: alhamdulillah la kak kes bicara dapat selesai satu hari jek.. selalu sampai berbulan-bulan lamanya. kalau dah lama banyak kos kena keluar... tapi kes akak dapat selesai dalam masa satu hari je.. bagusla kan..
plaintif: oooo... ye la kan.. betol juga ek.. nasib baik ada tuan peguam tolong.. jadi sekarang tinggal tunggu mahkamah keluarkan perintah dan penghakiman yang dah dimeterai je la kan?
Kerani: ha'ah.. terima kasih kak ek.. nanti pape hal saya akan hubungi akak..

kedua-dua bersalaman dan Plaintif beredar keluar dari Pejabat peguam tersebut..

dan ketika itu Kerani tersebut menepuk dahinya kuat sambil menggaru kepala yang memang walau secubit pun tidak terasa gatalnya...

dari papan kekunci: anda rasa siapa yg bersalah..? kerani atau Plaintif tersebut? entah2 anda pun tak paham apa yang saya cuba sampaikan... kuang3... hahahahaha~~~


entry skema ini dihasilkan ketika kerja menimbun
diatas meja oleh;


8 comments:

ct cheery said...

aku mcm paham jer kerani 2 sapa...kihkihkih

Hairil Rizal said...

Mmg kerani yg silap, tapi biasalah.. khilaf begitu mmg adat manusia.

So, kepada cik kerani tu.. cool ajelah. Client pun nampaknya OK kan?

Dark Half said...

takde sapa salah kot...
client yg diam tu x semestinya dia sentap

nadzirah aqilah said...

ct cheery:
kau kenal ke? aku xkenal... hahahaaha

en. hairil rizal:
ya2.. semuanya okey jek... kdang2 hati manusia tak siapa tau juga kan.. hihihihi

Dark Half:
btol gak tu DH.. lau berdiam kita pun xtau maksud dorg kan...

Uruchimaru @ kf said...

hambe taw saper kerani tue? hihi!

nadzirah aqilah said...

uruchimaru @ kf:
tuan hamba tau siapa gerangannya?? sepa2?? hamba tak kenal pun... ngeee....

dianafisa81 said...

kate dah selesai..betullah alhamdulillah...hihi..jgn garuk kepala byk2 sgt...nnt rambut gugur

nadzirah aqilah said...

hehehe.. hati org tak siapa yg tahu...

nasib baik bukan anis kerani tu, lau tak botak dh rambut.. hihihi

Related Posts with Thumbnails