Followers

Friday, October 15, 2010

10
Entry Survey

Salam 1 Malaysia dan Salam Berbahagia..

tetiba hari ni terasa nak buat satu entry survey pasal blog From Kota Tinggi With Love ni yang baru berusia berapa bulan. kalau baby standard baru nak belajar merangkak lagi. sesekali nak juga tahu apa pandangan teman-teman blogger dan juga pengunjung yang sudi menjejakkan kaki disini berkenaan dengan blog ni. apa yang kurang apa yang lebih (lebih?? erkk.. ada ke?).

sepanjang pemerhatian anis dalam dunia blog ni, anis nampak ada beberapa ciri-ciri atau sifat setiap blogger dalam membuat blogwalking dari satu blog ke blog yang lain. antaranya, blogger yang buat bw untuk tambah follower mereka, klik button follow n then tinggalkan pesanan kat SB tuan rumah. ada juga yang bw untuk up traffic blogger lain n secara tak langsung up traffic untuk blog sendiri. tak kurang juga blogger yang bw untuk bantu tuan rumah klik kat iklan-iklan yang dipamerkan di blog berkenaan. but... ada satu jenis blogger yang memang anis hargai usaha dan kesudian mereka, iaitu blogger yang datang blog rakan mereka lalu membaca entry tuan rumah + menempek satu dua komen kat entry yang telah dihasilkan. wa tabik spring dengan keprihatinan kalian!

anis memang terharu bila ada rakan yang sudi bagi komen kat entry anis. tapi.. anis akui, tak semua entry tu bila kita baca akan ada idea mencurah-curah untuk bagi setempek komen. sebab anis pun kadang-kadang macam tu juga. bila baca entry rakan lain kadang-kadang no idea nak post komen apa, jadi anis hanya tinggalkan pesanan kat SB mereka bahawa anis telah berkunjung ke wilayah jajahan takluk mereka. sory yeaa!! dan yang paling penting..... anis amat-amat berbahagia bila ada rakan blogger yang sudi untuk berborak dengan anis tak kira sama ada di komen-komen yang diposkan atau di SB ataupun di YM chat anis.. trimas di atas kesudian kalian!

okeyla-okeyla.. tak mahu cerita panjang (sebenarnya memang dah panjang pun.. hehehe). entry nie anis akan tinggalkan dan biarkan ia bertapa lama ckit sampai ahad. sebabnya.... anis nak buat survey berapa ramai rakan blogger yang berkunjung ke From Kota Tinggi With Love dan sudi membaca entry yang anis sediakan dan berapa ramai yang berkunjung ke cni untuk up traffic anis. kalau ada yang baca entry nie sampai habis, sila tinggalkan walau setitik atau sekoma komen untuk entry nie (kalau nak post kosong pun xpe) bagi mengatakan bahawa anda adalah seorang blogger yang hadir bw untuk membaca entry dalam blog rakan lain bukan blog ini sahaja taw. kesudian anda amatlah anis hargai!! walau apapun jangan ingat anis tak hargai rakan blogger yang berkunjung untuk up traffic anis taw! dorang ni pun memang cukup berharga! tanpa dorang mungkin traffic blog anis tak dapat meningkat dari hari ke hari.. hehehe.. lastly.. kerjasama dari anda semua amat saya hargai!! peace yo!!

saje nak bagi semua cuci mata... sape kenal?? bagi peminat anime Bleach mesti dah cukup maklum dah watak sape nie.. anis paling suka dia ni, Hitsugaya Toushiro.. ketua yang paling kecik tapi dia ni memang semart oh!! bila tgk siri anime ni, confirm jatuh hati ngan dia... mantop2... muahh2!!! hahahaha (lama sebenarnya tak dapat tengok anime Bleach ni.. rindu lorrr)

dari papan kekunci: jika ada terkasar bahasa atau ada ayat-ayat yang menimbulkan rasa ketidakpuasan hati sesiapa sahaja.. anis mohon maaf banyak-banyak.. tidak pernah terniat untuk menyakitkan hati sesiapa... hehehe.. have a nice weekend sume! take care!!!


10 comments:

Al said...

truskan blogging krn minat..

mnt bleach ek..! Wooyo..

dotblogspotdotkom said...

jalan² tersesat kemari...huhuhu

sesuatu yg baru mesti bermula dari sedikit @ bilangan 1..2...3 dan seterusnye.....

rerajin jengah blog orang lain.... insya ALLAH org akan jengah blog kamu.....

jgn hanya tepek kat follower widget tp tak tau langsung pasal blog org tu..... biar tak de follower tp kita kerap jengah rakan²....

dlm berblog..tiada peraturan khusus... as long tidak melanggar peraturan agama dan negara serta adab... udah le.....

rekabentuk blog.... ikut suke blogger... tiada org nak komplen pun...

bg pakcik.. blog nih sebagai kudapan je... sbb pakcik bukan blogger tegar yg setiap masa nak apdet cite....

lapang kalu... apdet.. tidak kalu.... kosong la...

belajar dari blogger² yg lain...

good luckss...

jenis cerita.... up to blog owner.....

Cecilia OrkidscyL said...

daling~

nadzirah aqilah said...

AL:
thanks for the komen.. yup2... minat ngan bleach tp dh lama xdpt tgk cite tu.. xde masa la.. hehehe

dotblogspotdotkom:
terima kasih d atas komen yang di utarakan.. anis amat2 hargainya... (^__^)

nadzirah aqilah said...

cecilia:
dear!! thanks oh dtg cni lagi!!! rindu kamuu...

Uruchimaru @ kf said...

aaa hambe setuju dgn paci dotkom...
*paci hangpa kena banje hambe kudapan kihkih..

hambe jenis bloger yg suke drop komen..

ala hambe suke narutolah...

sekian..rerajinlah dtg blog hambe iye!

nadzirah aqilah said...

uruchimaru@kf:
uitt... kat cni pun blehpow-mengepow ek... hahaha

tuan hamba jgn riso.. hamba mmg suka berkunjung ke sana... tapi mlgnya hamba kurang arif psl naruto nie.. hehehe

Uruchimaru @ kf said...

hihi eh jgn slh fhm,hambe mmg sebulu dgn paci dotkom tu..

oh yeke,xper2 tgk mne yg tuan hambe minat iye,lagipun mne bole pakse urg tgk ape yg kite suku tgk kan..?

psst pacidotkom tu peminat setia bleach taw!

Hairil Rizal said...

Warlord menaip...

Jadilah diri kita sendiri. Tak perlu tiru org lain. Tapi tak salah ambil mana yang baik dari org lain juga.

Blog tak sepatutnya jadi tempat permusuhan. Harus jadi tempat diskusi dan perkongsian tanpa melanggar tata susila dan adab sopan kita org Melayu @ org timur.

So far, you are in the right place. Just keep it going Anis!

:)

nadzirah aqilah said...

uruchimaru@kf:
apa.. sebulu? hahaha.. okey2..

pacitdotkom dah add anis kat ym.. nama ym dia pun urahara kisuke.. confirm la memang peminat setia bleach.. malu plak nak berbicara psl bleach ngan dia.. almaklumlah nampak mcm otai jak.. hahaha..

en.warload:
betol2.. anis setuju dgn en.warload.. kita mencari kwn bukan mencari musuh.. hehehe..

thanks ek coz sudi bersinggah disini selalu..

untuk mr.warload juga... keep blogging!

Related Posts with Thumbnails