Followers

Thursday, October 28, 2010

12
Buat Insan Yang Disayangi (EGBB)

Bila terbaca berita-berita hari ini, kisah pembuangan bayi yang tidak berdosa semakin berleluasa di sana-sini.. tatkala itu hati ini hiba merasa terharu tatkala melihat wajah kedua ibu dan ayahku yang tersenyum memandangku..
masih lagi aku dapat menyentuh, memeluk, mencium dan merasai belaian mereka walaupun aku kini telah dewasa..

terima kasih ibu kerana memelihara dan membawaku kemana sahaja ibu pergi selama sembilan bulan aku didalam kandunganmu..
terima kasih ayah kerana lahirnya aku didunia aku dapat mendengar suara memuji Allah s.w.t. dari launganmu di telinga ku..
terima kasih ibu dan ayah kerana sanggup bergolok gadai memberikan yang terbaik membesarkan aku dan adik-adikku sehingga kami berjaya melangkah mancapai tangga impian kami..

tatkala aku menangis mengalami masalah pernafasan dikala kecilku, kamulah yang tegar membawaku ke klinik bagi memberikan rawatan yang terbaik agar aku dapat kembali sihat..
tatkala motor menjadi pengangkutan utama kita, masih tegar kamu membawaku berjalan memberikan keceriaan dan kegembiraan..
apabila aku mahukan sesuatu yang diluar kemampuanmu, sungguh lembut pujukanmu berharap aku dapat bersabar untuk memperolehinya..
semasa aku takut memulakan alam persekolahan ku, engkau jugalah yang menemani dan memimpinku untuk terus melangkah..
dikala aku gagal mencapai apa yang aku ingini, tiada yang lain, engkau jualah yang memberiku semangat agar aku terus bertekad tidak mudah putus asa mengejar bintang di langit itu..

dan hari ini.. terima kasih ayah dan ibu..
kerana kalian aku dapat mengenali siapa itu Pencipta dan pesuruhNya..
kerana kalian aku dapat kesempurnaan hidup yang tidak terhingga ini..
kerana kalian aku bisa berdiri teguh mengharungi segala dugaan dan cabaran yang melanda..
dan kerana kalian jugalah aku dapat terus bernyawa menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. ini...
sesungguhnya aku tahu dan aku sedar betapa besar pengorbanan kalian berdua..

Ya Allah ya tuhanku...
ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku..
kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku..
hubungkanlah mereka dengan taliMu..
berikanlah mereka kesejahteraan hidup didunia dan akhirat..
hindarilah mereka dari siksa api nerakaMu..
panjangkan usia dan murahkan rezeki mereka berdua..
semoga mereka akan terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan ini..

Ya Rahman Ya Rahim...
hanya satu ku pohon dariMu untuk diriku..
jadikanlah aku dan adikku anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mentaati kedua ibu bapaku dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk mereka..

Ibu Ayah..
jasa dan pengorbananmu tidak mungkin akan dapat terbalas walau dengan segunung intan permata..
hanya doa dan tulus ikhlas dapat aku sampaikan memastikan diri kalian akan terus berbahagia membesarkan kami bertiga.. anak-anakmu..
Nur Khairunnisa Hj. Sukarti
Nur Liyana Nadzirah Hj. Sukarti
Nur Liyana Aqilah Hj. Sukarti

buat insan yang kami sayangi hingga hujung nyawa kami..
Hj. Sukarti bin Kandari
Normalah binti Sikom


Dari Papan kekunci: Entry ni anis dh terbitkan dulu masa mula-mula anis dalam dunia blog dan bertarikh 23/8/2010 tak percaya? silalah mengembara ke tarikh tersebut di blog ini.. hikhikhik. kenapa anis post lagi ek? sebab... anis tertarik dengan contest Hiro dari blog Akal Tunjang. tarikh tutup 31 Oktober 2010. nak tau contest ni pasal apa? silalah berkunjung ke Akal Tunjang. dan akan mengetahuinya... hikhikhik..



P/S untuk Hiro: entry ni tak la entry yang menyebabkan orang yang membacanya gelak bagai.. tapi anis suka entry nie, sebab entry nie anis buat secara spontan tanpa berfikir panjang dan anis sangat teruja.. hahahahaha.. harap anda terima yea!!! peace bro! oh.. lagi satu.. sory.. anis tak dpt tag lg 3 org untuk join contest nie.. tapi anis hrp semua yang baca entry anis dapat join.. hehehehe


12 comments:

Miss PIJAOSIX said...

so sweet..:)

ANIS HJ SUKARTI said...

hehehe.. thanks pija..

Mat Ganu said...

terharu~

ANIS HJ SUKARTI said...

syukran~~ (^__^)

Amir Syahir said...

bleh2.

ANIS HJ SUKARTI said...

thanks hiro(^__^)

mizayusof said...

good luck dear :)

ANIS HJ SUKARTI said...

thanks miza.. (^__^) malu plak tetiba.. hehehe

CIK TOM said...

sweet la entry ni..pandai bermain kata2..sayu baca..pengorbanan emak ayah mmg xternilai kan?syg mak ayah sy!

btw good luck dear!ada masa baca entry cik tom juga ye ;)tenkiu~

Cik tom (28)

ANIS HJ SUKARTI said...

thanks tomato.. gud luck juga!

Kaio said...

good luck...! :)


jemput baca blog saya jugak. :)


MARI MENGUNDI. (Kaio no.19)

http://kaio89kl.blogspot.com/2010/10/design-concept-yang-mengujakan-dari.html

ANIS HJ SUKARTI said...

thanks kaio!
gud luck juga!

Related Posts with Thumbnails