Followers

Wednesday, September 08, 2010

2
Diari Ramadhan Saya (Epsd Akhir) - Lagu Raya

Salam 29 Ramadhan..

bagaimana semua? hanya tinggal 1 hari je lagi ramadhan diganti dengan syawal. malam ni semua mesti sibuk nak duduk dekat depan tibi menanti pengumuman mohor besar raja-raja untuk pengumuman tarikh hari raya. part ni kat mana-mana pun memang seronok. kalau boleh sound tibi tu memang bagi high volume. memang tabik spring kat pakcik tu, peminat dia di seluruh Malaysia. semua orang menanti-nanti kemunculannya baik yang tua mahupun yang muda. jadi, anis nak wat penutup diari ramadhan anis untuk entry kali ni..

bila kiri kanan depan belakang rumah anis sibuk tanggalkan langsir nak basuh, keluarkan perabot nak pasang tikar getah, alihkan barang nak mengecat.. semua dah mula tak senang punggung nak duduk goyang kaki. semua bagaikan bz tahap gaban nak prepare untuk hari raya. tu belum masuk bab bau biskut dimana-mana. wangi habis, tapi nasib baiklah anis ni bukan jenis peminat biskut, jadi tahap tergoda tu so-so je la.. okeyla xmau serita panjang.. nanti semua naik bosan nak scroll panjang-panjang..

berbalik kepada topik diatas ye.. lagu apa? lagu ghaye........ kat mana-mana dah boleh dengar dengan seronoknya lagu raya dipasang. nampak dah disitu meriahnya. kalau pergi shoping kompleks tu seminggu puasa dah ada lagu raya. tapi lau kat radio lepas 15 hari puasa baru dorang hulur satu-dua lagu raya untuk pendengar. kat blog yang ada widget lagu pun dah tukar jadi lagu raya.. memang syok betol. tapi anis... yeaaa... saya masih setia menjadi mak guard di opis ini. yela.. saya tahu masih ramai yang setia bekerja. tapi apa yang buat saya rasa bosan ialah bila my lawyer dah pulang bercuti jumaat yang lalu di kampung halamannya. jadi oleh kerana hanya saya seorang kerani beliau, jadi terpaksalah saya setiasa menunggu klien yang datang mendapatkan khidmat peguam.

nak dijadikan cerita opis jiran sebelah ni hari-hari on astro buka radio era. dari jauh sayup-sayup la dapat dengar lagu raya berkumandang, cuma tahap kepuasan halwa telinga tu belum cukup sempurna lagi. lagi-lagi bila hujan turun, selagi tak dipayung astro tu, memang dorang bagi kaler hitam je kat tibi. memang terbang mood oh. perkara-perkara seperti ini memang tidak boleh dbiarkan dari terus berleluasa berlaku. segera anis mendownload lagu-lagu raya untuk santapan telinga yang kesunyian. habis semua lagu terhangat anis download tibalah masanya untuk mendengar. dengan perasaan teruja menggoda jiwa, window media players dibuka. habis semua volume diberi kekuatan maksimum. tapi malangnya, satu habuk pun tak keluar suara. barulah anis tersedar dari mimpian bahawa komputer yang digunakan ini adalah edisi Samsung tahun 90an lau tak salah. skrin komputer LG yang leper tu telah dihantar baiki beberapa minggu yang lalu atas kerosakan yang tidak dijangka.

lebih kurang macam ni la komputer yang anis gunakan sekarang. celah mana nak ada speaker kan kalau tak dipasang.
dan dengan itu, dengan harapan yang berkobar-kobar, saya mengintai dibilik bos andai ada sebijik dua speaker yang boleh saya pinjam untuk seketika. almaklumlah bos pakai laptop, apa barang guna speaker ni kan..
untung-untung dapat speaker millenium mcm ni memang syok habis kan~~~
akhirnya, dibawah kegelapan saya terpandang satu benda yang menyerupai speaker. yess! yess! akhirnya pencarian saya berjaya.. ada pun speaker.. errrkkkk.. tapikan...

gambar gelap almaklumlah nama pun stalker.. ahakss..~
kiut tak speaker yang saya jumpa? bukan ni je taw.. itu baru anak-anak dia.. tanpa mak dia memang tak hidup anak-anak nie... nak tengok mak dia? standard bagi makan kuih apam letak serbuk penaik satu tin nie..

ni la leader speaker-speaker tu..

leader ni memang besar okey.. bunyi dia satu pun memang mantop. tak perlu nak angkat semua anak-anak dia. tapi kesian plak kan. jadi saya amikla satu sebagai peneman leader ni dikala sepi..

satu je anis amik. yang lain tinggal dalam bilik bos..

n then.. jeng.. jengg... jengggg... memang terisi telinga saya dengan dendangan lagu-lagu raya. barula syok.. tak perlu pasang high volume orang kiri kanan dah dengar dah. bila hujan turun, kuali dah mula bertakung dengan air, staff opis sebelah dah mula jeling-jeling bagi isyarat suh loud kan lagi speaker.. hakhakhak.. baru korang tahu..~~~

2 comments:

Hairil Rizal said...

Wahaha.. kalau leader sebesar tu, confirm la asyik mendengar lagu.

Warlord pun ada speaker lebih kurang itu tapi utk TV Warlord kat KL la. Skang ni dah kat kampung, tkde la speaker itu mcm.

Hehe!

ANIS HJ SUKARTI said...

hehehe.. kalau untuk tibi tu memang syokla dpt speaker mcm tu..

Related Posts with Thumbnails