Followers

Thursday, September 02, 2010

2
Diari Ramadhan Saya (epsd 6) - Bla.. Bla.. Bla

salam 23 ramadhan dan salam 1 malaysia..

ya! i'm back today dengan membawa mood yang lebih baik dari semalam. lupakan kisah lalu dan fikirkan apa yang akan berlaku. entry kali ni tak membawa satu-satu tajuk spesifik pun cuma nak berceloteh panjang-panjang. biar korang bosan. tapi lau rasa macam tak sanggup saya nasihatkan agar anda mengalihkan mata ke tempat lain but jangan lupa tinggalkan link kat sini. nanti saya confirm akan berkunjung balas.

kehangatan serta kebahangan suasana raya semakin terasa ni. lagu raya dah berjuta kat radio, tak cukup puas lagi dengar yang kat radio siap ada yang burn lagu raya sendiri. tu belum masuk bab bersesak kat bazar ramadhan ngan shoping kompleks nak siapkan persiapan raya. boleh mengakibatkan tinggi darah oh. korang rasa bila time-time macam nie siapa yang berbahagia dan siapa yang menderita? sebagai seorang pemerhati yang setia dan seorang yang kuat menjelajah dari satu tempat ke tempat yang lain inilah hasil pemerhatian dan kajian saya. setuju atau tidak terpulang pada anda yang melihatnya. hasil kajian ini diperolehi dari kajian saya sendiri.. hikhikhik.. oryte.. jom tengok..

5 Insan-insan Yang Berbahagia
1. Kanak-kanak di bawah umur
- sehari pose dapat singgit, kalau pose penuh dapat 30 hinggit. tambah duit raya nenek, atok, mak long, mak ngah, akak, abang, ucu... bla.. bla.. bla... bleh beli PS2 ni.. weeee..
2. Isteri
- bang.. langsir tu dah lusuh la, kerusi kiter tu lau hentam orang yang menanggung beban badan 80kg keatas tak bernyawa dah kerusi tu, cat kat luar tu pun dah terkopek-kopek, bla.. bla.. bla...
3. Tokey Bengkel
- waaa... lu punya kereta manyak teruk nie... sudah lama tarak bikin ke boss? manyak kena tukar nie, lu mau jalan jauh kasi selesa sikit ma lu punye perjalanan. wa kasi serviks baek punye.. harga lu jangan risau wa bagi harga cantek..
4. Tokey Perabot
- sofa ni baru keluar dari kilang kak. design paling latest punyer. sempena raya ni kitorang tawarkan 30% harga runtuh. kalau akak jadi amik, kos penghantaran percuma saya bagi. jangan risau dijamin sampai terus ke rumah.
5. Tokey Kain, Carpet, Baju dan sebagainya
- kedai kami menawarkan harga rendah sehingga potongan 70% kepada semua pelanggan kami. kami juga menawarkan barangan yang bermutu dan berkualiti dari luar negara dengan harga yang berpatutan. bla..bla..bla...

5 Insan-insan Yang Menderita
1. Mereka Yang Bekerja
- alamak.. duit raya kali ni kena tambah lagila.. kak long ni baru lepas bersalin, anak dia dah bertambah, kena guna budget untuk beli baju raya lagi satu la ni..
2. Polis Trafik
- semperna ops sikap yang ke 22 ni ramai anggota polis trafik yang tak dapat pulang beraya. kepada pemandu semua ingatlah bahawa mereka telah berkorban untuk anda dan jangan sesekali anda mengorbankan diri anda. erkkk...
3. Suami
- bila si isteri dah tunjuk muncung plus merayu baik punyer maka cairlah kekerasan batu hati sang adam lalu berkorban mengeluarkan duit mendapatkan apa yang diminta
4. Tukang Jahit
- bila tempahan baju raya pelanggan bertambah di luar jangkaan, tak cukup tangan, kaki juga mengeluarkan tenaga menjahit pakaian.. errr... ada ke? silap haribulan, pagi raya biasanya family tukang jahit tu sendiri yang tak merasa pakai baju baru.
5. Insan-insan yang dilupakan
err.. yang nie sebenarnya fokus utama saya... masih ingatkah anda dimana ibu bapa anda ketika ini? adakah mereka berada di kampung, bersedia menanti kepulangan anak-anak untuk meraikan raya bersama? atau.... mereka berada di rumah warga emas bersama insan-insan yang senasib dengan mereka? itu bukan tempat mereka... bukan itu sepatutnya mereka terima. ingatlah kedua ibu bapamu yang telah membesarkan kamu sedaya upaya mereka. hargailah selagi mereka masih ada. bukan harta dan kekayaanmu yang mereka pinta tetapi hanya satu... kasih sayang dan ingatan tulus mu sepanjang masa. tanpa ibu dan ayah, siapalah saya hari ini... (^__^)


gambar adalah ihsan dari en. google

selamat berpuasa semua....

remarks: weekend ni nak jalan-jalan JB with my cousin.. yeaa!! terima kasih kerana sudi membawa saya bersama.. weee..

2 comments:

Hairil Rizal said...

Tersenyum Warlord baca entry anis nie sampai la ke bab ibu bapa yang kat rumah orang2 tua tu.

Sampai situ terus termenung sekejap. Kesian kan kat diorang.. ada yang dibuang oleh anak sendiri. **Sebak**

ANIS HJ SUKARTI said...

hmm.. tu la psl.. kesian kan kat dorang. zaman sekarang ni semua dah jd terbalik-balik.. dunia dh nak kiamat...

Related Posts with Thumbnails