Followers

Wednesday, September 01, 2010

5
Sepi Seorang Perindu

salam semua... hehehe

euuuuu.. apa tajuk nie.. jiwang berkarat-karat habis. okey2. sebelum anda baca sehingga ke titisan ayat yang terakhir sayaingin membuat peringatan dan nasihat terlebih dahulu kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah dan penyakit kronik seperti berbulu bila membaca celoteh jiwang ni agar jangan membacanya dan hentikan pengembaraan anda hingga ke sini. saya tulis ini untuk diri saya sendiri. setuju semua? bagus2.. (*__*)

saya rindukan seseorang sebenarnya di saat dan ketika ini. kalau suatu ketika dulu saya boleh meluahkannya terus tapi kini tidak lagi. saya kena simpan malah saya perlu membuang jauh perasaan itu. saya tahu saya masih ada keluarga menemani disisi tapi saya juga ingin rasa terus disayangi dan dihargai. tapi apakan daya. itu semua hanya impian dan rancangan yang belum tahu apakah penghujungnya hinggalah saat dan ketika ini. saya masih mampu bangun dengan sendiri, terus melangkah maju ke hadapan cuma bezanya setiap jalan terasa sukar. saya bukan seorang yang lemah, saya masih mampu tersenyum dan bergelak tawa tapi kekerasan hati ini ada jua batasnya, kadang kala ianya tidak dapat bertahan lama sehingga saat ini tiba hingga saya terpaksa meluahkan disini.

saya mahukan sebuah syurga cinta. saya mahukan seorang insan yang benar-benar jujur dan ikhlas menerima saya seadanya bukannya seorang yang pandai bermain kata-kata. maafkan saya jika ianya agak keterlaluan. saya mahu menjadi seperti ibu dan ayah. kasih sayang dan kesetiaan yang utuh abadi menjalinkan satu ikatan yang halal membawa kepada syurga, insyaAllah. saya tahu saya bukan sempurna, dan insan yang bernama adam jua begitu tapi bukankah hidup itu perlu saling melengkapi.

uhuk.. uhuk... dah la.. cukupla tu. masih ada yang sudi membaca hingga ke sini? terima kasih kerana sudi menjadi pendamping setia walaupun saya tidak mengenali anda. kalau betul rentetan cerita seperti 7 hari mencari cinta itu membuahkan hasil saya tak pasti samada saya jua akan melakukannya kerana saya hanya mahukan seorang insan yang betul-betul boleh menerima saya seadanya. saya tahu Allah menemukan saya dengan dia mungkin ada sesuatu disebaliknya. terima kasih ya Allah kerana sentiasa memelihara dan menjaga hati ini sehingga sekeras dan seteguh ini. kepada semua pembaca maafkan saya jika entry kali ini membosankan anda. jaga diri semua.. (^__^)

dah lama saya tak letak gambar saya dalam entry kan.. malulah nak promote gambar sendiri.. hihihihi


5 comments:

Hairil Rizal said...

Orang yang dicari itu mungkin sukar dijumpai, tapi nyatanya tiada yang mustahil.

Biarlah perjalanannya jauh sedikit atau lama sedikit tapi hasilnya elok dan kekal hingga akhir hayat.

Kesabaran yang ditanggung itu insyaAllah ada hikmahnya.

Usahalah utk tujuan itu sbb zaman sekarang ni mmg perigi kena cari timba - sbb tak guna dapat timba yang bocor, berlumut atau retak. Carilah timba yg terbaik diluar sana tu.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tengok gambo...muka tak macam rindu happi je

nadzirah aqilah said...

hairi rizal:
terima kasih di atas kata-kata tersebut. saya ambil semua sebagai nasihat dari seorang senior..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o :
adeii jenuh nak mengeja nama kamu.. hehehe.. btw.. takkan nak letak gambar saya menangis plak.. x cool la macam tu.. kata jiwa keras.. senyum je la.. hehehe

Ari said...

Anis,
love someone when you are ready, not when you are lonely.

and believe it or not, orang tu ada di sekeliling kita je sebenarnya.

Selamat mencari! :)

nadzirah aqilah said...

ari:
thanks a lot.. anis akan simpan dan jdkan panduan tu..

semoga anda terus kekal bahagia! hehehe

Related Posts with Thumbnails