Followers

Thursday, August 12, 2010

0
Diari Ramadhan Saya (epsd 1) - Kenangan Lalu

Alhamdulillah.. Ahlan wa sahlan wa ilal liqo ya Shahrul Ramadhan.. syukran Ya Allah..

Akhirnya saya diberi peluang sekali lagi untuk merasai sekali lagi nikmat Ramadhan. bezanya kali ini, saya bukan seperti tahun-tahun yang lalu ramadhan disambut dan diisi bersama rakan di asrama dan juga di universiti, tetapi kali ini 'full time' bersama keluarga tercinta dan bertukar status sebagai mereka-mereka yang bekerja. banyak juga perbezaan nya.


kalau dulu sepanjang hari akan diisi ngan member2 yang tak kurang sengalnya dengan melakukan aktiviti yang konon-kononnya berfaedah oleh kami seperti melepak di bilik, pergi ke kuliah, berjalan. kalau waktu bersahur boleh dikira lah berapa kali kami bangun. tapi sebenarnya waktu sahur ktorg bukan yang macam kat rumah biasa tu okey.. ktorg sahur pkul 3 pagi (sebenarnya sebelum tdo) almaklumlah bila dah tido toksah bermimpi la nak bangun sahur. masing-masing dah tido pun lambat, celik-celik terus g kuliah..

waktu berbuka jgn citer la kan. xyah g bazar ramadhan kat tmn u tu, memang harus jauh.. lagi2 untuk kami yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan 'kaki' ke sana. setakat tenggiling 2 ekor nak angkut tujuh orang memang perabis duit minyak je la... kira special case la lau ada member yang ada kete nak bawa g sana. tapi xkisah pun sbb kat dalam UTM kat FAB tu pun dah ada bazar yg memang dah ckup complete untuk kami berabis duit melayan nafsu untuk berbuka.. kui3. xyah susah2 naek bas free jek dh dpt sampai. cuma kna cepat ckitla pegi bagi mereka yang menaiki bas, bukan apa, takut tak sempat kejar bas last memang berbuka tepi jalan je la jwbnyer.. kalau malas nak ke bazar kami turun je cafe pak mus kat bwh.. ini pun dah ckup complete gak. order makanan pun just send sms jek cuma penghantaran hingga ke bilik je xde lagi. jadi kna turun amikla kat bawah. bila kitorg rajin tahap karma lain plak jadinya.. kecoh satu wing bila kami buka dapur kat pentry tu. tang ni memang syok la.. masak sama2.. lauk memang simple tapi kebahagiaan yang dirasai memang ckup membuatkan anda terkenang-kenang.. ngeh3...

lepas buka puasa pa lagi.. masukla bab terawikh.. terawikh kat kolej kami memang syok. memang confirm rasa macam tarawikh kat luar negera oh! xtipu! hari ni terawikh kat arab, pastu esok kat nigeria, lusa plak kat pakistan tulat malaysia. syok kan? hahahaha.. almaklumlah kolej yang dihuni oleh pelbagai bangsa. kami ni pun nak kata rajin g tarawikh tu xdela nak kata malas pun xla. suam-suam jek (nak ngaku rajin takut plak ada yang baling kasut). tapi kami penah tau jadi jemaah setia sampai last terawikh kat KP tu bila saf perempuan cuma kami je yg ada. bukan nak bangga diri tapi masa tu memang mcm tak caye. tapi sebenarnya kami ni nakal gak... ngeh3... banyak kenangan bila terawikh kat KP nie..

No comments:

Related Posts with Thumbnails