Followers

Friday, August 13, 2010

0
Diari Ramadhan Saya (Epsd 2) - Tarawikh

3 Ramadhan 1431 H, camane perkembangan bulan ramadhan korang semua? full tarawikh? baru 3 hari bro xkan dah pancit. kui3.. cakap pasal tarawikh ni setiap orang mesti ada kenangan sendiri. saya pun apa kurangnya. dari sekolah menengah sampai la masuk u. sama jek. xde berubah. eh ada.. berubah tempat dari tarawikh di SMKABP ke tarawikh kat UTM. hehehe

kalau zaman sekolah tu xyah citer Alhamdulillah hampir full tarawikh saya almaklumlah sekolah agama jadi semuanya terpelihara. Alhamdulillah... cuma.. dalam pada full tu bukan hbs 8 rakaat ngan witir pun. kadang-kadang sempat 4 rakaat jek. lepas hbs 4 rakaat mula la tangan dok menyiku member sebelah yang sujud xbangun-bangun dari tadi. minah ni confirm la dah belayar sampai jepun. apa taknya kat dewan makan tadi telan makanan macam x makan seminggu. kesian.. bagi alasan x bangun sahur.. ye la tu orang dok kejut sampai nak roboh bangunan asrama. dasar tidur bom atom meletup pun xbangun. bila member dah dok tersengguk-sengguk apa lagi kami terus menyiku sesama sendiri. dan akhirnya.... 4 rakaat kami dibuat di alam mimpi. hehehehe.. tapi saya xla selalu melakukan perkara sebegini okey. biasanya perkara sebegini berlaku tatkala tukang masak di dewan makan memberikan kami juadah berbuka yang terbaek dari ladang dan mengakibatkan perut membuncit serta merta lalu mata memberat... ini kisah tarawikh di asrama. dari form 1-form 5. rindu plak rasa..... (^__^)
next.. kisah tarawikh di zaman U. yang ni memang atas dasar kesedaran rohani dan kekuatan iman setiap insanlah. almaklumlah semua dah membesar jadi.. lu pikir la sendiri.. tapi alhamdulillah member semua rajin-rajin belaka mengimarahkan surau kolej. hehehe. yang paling syok bila hari-hari tarawikh kat surau kolej tu terasa macam hari-hari korang jalan keliling dunia. macam saya story last episod, malam ni solat kat nigeria, esok arab, tulat pakistan pastu balik negeri sendiri. hahaha. almaklumlah kolej kami ni memang ramai student antarabangsa. yang datang pun pelbagai bangsa. tu blom masuk cara dorang solat lagi. tapi memang seronok.. memang meriah surau.. sebab... dorang ni kalau datang suke bawa satu rumah. dari yang baby dok menangis xtau pape sampailah yang paling tua. memang baek kan dorang mengimarahkan surau..

tapi... korang nak tau x.. sebenarnya kan bab mengangkut seisi rumah ni yang kami xberapa berkenan. memang boleh menyebabkan naek hangin taw. apa taknya yang datang kanak-kanak berumur lingkungan 10 tahun kebawah. dorang ni memang nakal tahap gaban punyerla. kalau nak solat sekali xpe. ni solat 2 rakaat jek pastu jumpe member-member seangkatan mulala dorang buat perangai. penah sekali saya penah gak dok marah dorang ni. bukan apa dorang ni memang kureng rasa hormat pada mereka yang sedang beribadah. bila kita tegur dorang boleh marah kiter balik. penah sekali tengah solat tetiba.. berdesuuuppppp... ya ampun.. dorang boleh berlari antara saf-saf tu. member sebelah dah siap terjungkit bahu terkejut. almaklumlah sedang khusyuk menghayati bacaan imam dalam solat tetiba dorang boleh melintas. boleh mendatangkan marah bai.. tu belum yang menganiaya binatang lagi. ada ke patut dorang g hentak siput babi punye cengkerang. adei.. memang sadis. siput tu dahla berjalan dengan kelajuan 0.0001km/j memang tak sempatla nak melarikan diri. tu belum bab mematahkan kipas kolej.. nasib baek masih boleh berdiri tegak menyumbangkan angin kepada kami. kui3.. biasalah budak-budak nak meningkat naik... bila dorang dah besar xde plak mengganggu macam tu.. siap join solat ngan ktorang lagi..

tadi tu bab kanak-kanak belum ckup umur. ni nak citer pasal kanak-kanak yang dah cukup umur. hehehe. sebenarnya bila dapat pergi tarawikh beramai-ramai ni seronok taw. lagi-lagi dapat pergi ngan member. kenangan macam ni dah xboleh rasa lagi dah. tahun kedua kat sana ktorang memang tergolong di antara mereka yang rajin dtg tarawikh. yang ni memang tak tipu bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi mungkin sebab masa tu hati ngah tenang dapat Hidayah. Alhamdulillah.. nak dijadikan citer dah masuk hari-hari terakhir kami untuk sem tersebut dan semua orang sedang bz mencari tiket pulang beraya kamilah insan-insan yang hadir ke surau. hehehe.. waktu ni memang tak boleh luper.. selalunya walaupun rajin datang tarawikh kami akan ambik saf belakang. hehehe. tapi bila datang orang xberapa nak ramai sebab ramai yang dah pulang beraya, jadi kami pun dengan bangganya memenuhkan saf perempuan yang paling hadapan. dengan diasingkan oleh sehelai tabir hijau diantara saf lelaki dan perempuan kami pun melakukan aktiviti seperti biasa.

tiba-tiba sedang kami sujud... terasa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di dalam surau.. waaaa... nyamannya... dan tatkala saya mengangkat kepala bangun untuk duduk diantara dua sujud...... wahhh!!! hampir nak meletop dada saya menahan gelak yang teramat sangat apabila tabir hijau yang menjadi pemisah antara saf lelaki dan perempuan itu telah berada di belakang member di sebelah kanan saya. kahkahkah!!!! memang boleh kasi pecah perut oh! memang tak tahan gelak bai..! tambahan pula bila terasa bahu member sebelah yang bergegar-gegar bergesel dengan bahu saya. kalau dah bergegar macam naik lori traktor tu baek kebelakang je la.. tu belum cite student lelaki yang tak masuk saf lagi. dorang ni gelak takde cover-cover punye. yang menjadi mangsa ni xyah citer la.. terkuis-kuis tangan nak alihkan kain tu. last-last memang tidak terbendung lagila. akhirnya kami menyerah kalah dan terguling-guling gelak tanpa bunyi di belakang surau.

No comments:

Related Posts with Thumbnails