Followers

Monday, July 26, 2010

0
Maafkan Saya Isnin..


huhuhu.. isnin datang kembali.. kalau ditanya jauh di dasar hati ini adakah anda mencintai isnin? memang sukar untuk melafazkan kata-kata sayang itu.. bagilah saya masa untuk berfikir sedalam-dalamnya.. kenapa? mungkin kerana saya mencintai jumaat sepenuh hati.. saya tidak akan menduakan sayang saya pada jumaat. hampir setiap hari saya tertanya-tanya bilakah kita akan bertemu lagi? ingin rasanya setiap hari saya bertemu jumaat.. bermanja dan bermesra dengan kamu.. tapi.. apa kan daya ini.. saya juga perlu berjumpa dengan isnin, selasa, rabu, khamis, sabtu dan ahad.. hmmm

kali ini isnin datang kembali.. ingin benar saya menyayangi dirimu, tapi sayang itu tidak pernah berjaya wujud dalam hati ini. walaupun begitu, tidak pernah walau sebesar zarah pun saya membenci dirimu.. cuma kehadiran mu cukup membuatkan saya berasa kanan dan kiri jalan yang saya lalui penuh dengan kesuraman. maafkan saya isnin... saya tidak mampu untuk menerima kehadiranmu..~~

lepas isnin datang selasa pulak menyusul.. boleh la bg lagu shahir- kebahagiaan dalam perpisahaan untuk isnin.. selasa sudah ckup untuk mengukirkan senyuman. begitu juga dengan rabu.. camane pula dengan khamis? khamis memang membuatkan saya ketawa riang apatah lagi kekasih hati saya, jumaat.. tehee.. nak bagi lagu apa ek kat jumaat.. oooo.... saya tau..! saya tau..! saya bagi lagu adira - ku ada kamu... suke x? hehehe.. pastu sabtu plak.. syoknye sabtu... selalu bagi ruang untuk saya.. hehehe.. lepas sabtu pergi ahad la plak.. ahad ni dia macam 50-50 je bagi saya.. separuh dia bagi saya kegembiraan, separuh lagi dia bagi saya suram-suram jek kebahagiaan.. sebab... ahad ni macam lagu aisyah tu.. janji manismu... dia cakap nak bahagiakan saya tapi lepas tu dia nak serahkan saya kat isnin pulak.. memang sedih kan... janji manis jek semua...

isnin oh isnin.. maafkan saya kerana membuatmu begini.. memang tiada dayaku untuk menyayangi mu seperti yang lain-lain.. tapi saya berjanji bahawa isnin tidak pernah padam dalam diari kehidupan saya...

No comments:

Related Posts with Thumbnails