Followers

Showing posts with label zaman dholu-dholu. Show all posts
Showing posts with label zaman dholu-dholu. Show all posts

Saturday, September 04, 2010

4
Nakalkah Saya? - Di Alam Persekolahan (sekolah rendah)

salam sabtu semua..

suasana perayaan semakin membahang di saat dan ketika ini. apa tak bahang dan membaranya bila masuk bandar, jalan punyerla sesak dengan kenderaan-kenderaan mereka yang mahu bershoping. tu belum bab nak masuk parking... kena kat kota tinggi ni pusing seploh kali pun belum tentu boleh dapat parking. bila dah dapat parking nak masuk kedai atau bazar tak perlu bercerita panjang, bahu bertemu bahu.. confirm boleh naikkan darah. kalau kat shoping kompleks plak DJ dorang sibuk buat pengumuman anak hilang. okey.. ni semua ceritera pasal persiapan raya. saya tinggalkan story ni untuk entry akan datang ok, sebab saya nak hbskan cerita saya sebagai seorang budak baik tu..

ingat lagi entry semalam? sebahagian ceritera saya sebelum melangkah ke sekolah? kali ni saya story mory apa yang saya buat dari mula sekolah tadika sampailah habis spm...

1. sekolah tadika saya budak baik sebab saya selalu siapkan kerja sekolah tepat pada masanya kat rumah kawan lepas habis tadika. sampaikan ibu cari saya tak jumpa kat tadika sebab saya pergi rumah dia tak bagitahu... balik rumah dapat hadiah dari ibu...

2. masuk sekolah rendah saya tak suka pergi sekolah. penat! hanger dan tali pinggang memang dah jadi teman setia. sanggup kena pukul dari pergi sekolah. sebenarnya bukan susah pun terus je la pergi dari kena tibai. kan3. degil la katakan...kadang-kadang sembunyi bawah meja makan. apa barang setakat meja makan. confirm la ayah jumpa..

3. pergi sekolah ingatnya nak main jek. sebelum beratur masuk kelas pergi hujung padang main kat sana, waktu rehat tempatnya di tepi astaka. nak balik jek tak boleh main nanti kena tinggal van balik jalan kaki tapi kadang-kadang lepak kat kedai makcik jual jajan depan sekolah... pernah satu hari syok sangat main kejar-kejar pakai baju kurung tetiba baju tu rabak kat bahu. tapi selamba masuk kelas baju rabak. apa kesah. sampai rumah cakap ngan ibu baju tu dah reput... berkerut seribu dahi ibu dengar alasan tu... memang tak masuk akal..

4. selalu datang sekolah awal. biasalah budak baik.. banyak kerja nak buat.. kerja math, bm, agama semua kena cari sumber bertauliah tu nak copy n paste. takut tak sempat buat loceng dah bunyi.. memang kena jalan itik pusing blok.

5. hujung tahun sebelum cuti silibus dah habis kitorang boleh bawa mainan dalam kelas. monopoli, chess, dam, batu seremban, ceper dan pelbagai lagi. masa tu sayalah otai dam haji. sapa terer jomla masuk gelanggang. ada sekali lawan ngan member kat dalam kelas. dalam yang menyaksikan tu adalah sorang penonton ni bising sangat mulut dia nak tunjuk-tunjuk jalan mana. saya cakap selow n steady, tolong jangan ganggu kefokusan member tu. 2-3 kali saya talk dia tak layan.. nah kau!! sedas penumbuk saya bagi.. terdiam terus lalu terduduk dia disitu.. lalu perlawanan terhenti disaat dan ketika itu.. sekali kan sekarang budak lelaki yang kena penumbuk sulung tu jadi jiran depan rumah daaaa.... seumur hidup malu lorr saya nak tegur...

6. buku kena lempar dalam tong sampah, kena rotan sampai rotan tu patah, kena jalan itik satu sekolah tu semua perkara biasa sebab saya seorang budak yang sangat rajin menyiapkan kerja sekolah yang berlambak-lambak..

7. berpunca dari "keramahan" saya berkawan dengan semua orang. saya juga pernah bergaduh manja dengan sorang budak lelaki. sampai dia sendiri tak tahan dengan saya lalu mengambil keputusan untuk mencabut brek basikal saya di waktu kelas malam. dan tanpa saya sedari, perjalanan pulang saya pada malam itu memang penuh pancaroba. lalu esoknya kami berdua dipanggil mengadap menyampaikan sepatah dua kata lalu menerima sedas dua dari GPK HEM..

itu semua cerita di sekolah rendah. walaupun saya begitu baik tapi sebenarnya saya merupakan  seorang pengawas yang pernah dianugerahkan Anugerah Pengawas Sahsiah Terbaik. giler la.. sungguh terharu kan.. memang insaf lalu saya telah bertafakur menjadi seorang yang mempunyai masa depan dan akhirnya untuk memperbetulkan sedikit sahsiah diri, saya melanjutkan pelajaran menengah di asrama SMKA. hehehe.. dan.. sebenarnya kenakalan saya tidak terhenti disitu...... dah panjang sangat entry ni, nanti semua pun naek bosan, jadi saya tinggalkan anda seketika... hehehe.. have a wonderful saturday!

inilah wajah insan yang melakukan aktiviti diatas.. err... kot tu sebenarnya terlampau besau untuk saya.. hehehe..

Friday, September 03, 2010

2
Lagu Dholu-dholu


masih ingat lagi lagu nie? dulu masa kecik-kecik.. hobi paling diangkat ke langit ialah melalak di dalam bilik air. toilet masa tu confirmla kat luar rumah. apa kesah orang nak kutuk sedap ke tak. sambil cedok air dalam kolah sambil tu sedas dua saya hentam rangkap lagu memecah hening suasana. kasi testing suara yang lunak plus nyaring. masa tu dato'siti ni muda-muda lagi macam dlm klip video tu. kalau tak lagu ni hentam lagu cindai, pastu tkar siaran lagu awallah dondang dari noraniza idris plak. fulamak.. etnik kreatip habis kan~~ sekarang.. lau suh saya nyanyi untuk orang lain dengar memang tidak lah~~~~~

remark: lagu ni mmg mantap oh lirik dia.. hakhakhak

6
Nakalkah Saya? - Sebelum Tadika

Salam 24 Ramadhan dan salam berbahagia semua...

lebih kurang 6 hari lagi kan 1 syawal bakal menjelma. blogger-blogger dah sibuk menyiarkan entry-entry persiapan raya. meriah betul dunia blogger ni dengan rencana dan sisipan anda. yang paling prihatin dan caring ialah blogger yang menyiapkan entry peringatan musim perayaan. semoga kita semua saling mengingat dan mengingati. errr... tapi entry saya kali ni tiada kena mengena langsung dengan perayaan ni. saja jak bg introduction sepatah dua ayat pasal perayaan.

semalam review balik gambar-gambar masa jadi kanak-kanak riang. bila mengimbau lalu terkenang saat dan ketika itu terasa diri ini nakal plak. anda pernah terfikir tak bagaimana keadaan dunia zaman kecil anda? bila saya fikir-fikir balik boleh buat gugur la rambut atok bela saya dulu sebab sampai darjah 1, atok jaga saya coz ibu dan ayah bekerja ketika itu. saya rasa saya nakal sikit jek almaklumlah budak-budak tak cukup umur, tapi saya tak tahu bagaimana anda menilainya. mungkin ada yang lebih nakal atau yang lebih baik dari saya..

1. saya suka ikut atok pergi menoreh getah sebab.... bila atok leka cari mangsa-mangsa pokok getahnya saya pun akan leka menghilangkan diri mandi di perigi sampailah atuk pening cari cucu bertuah dia ni menghilang ke mana.

2. masa mula-mula dapat adik saya tak berapa suka almaklumlah kena jaga adik kat rumah tak boleh ikut atuk lagi. adik plak tyme tu bantai nak melalak je (budak kecik lagi, biasala tu). sampai satu hari naik geram saya dengan dia. saya hayun buai dia kuat-kuat sampai terbalik buai dan isinya apa lagi melalak sampai takde bunyi adik tu. memang cari nahas, nasib baek atok tak toreh pisau getah tu kat saya. dan dengan selamba saya salahkan adik lalu terus berlalu pergi.. hakhakhak.. sory sis.. sekarang saya baik kan... ngeee..

3. diusia 5 tahun dapat naik basikal beroda dua dari beroda tiga memang cukup power bagi saya. ayah cakap kalau nak suruh ayah buka roda kiri kanan tu kena belajar dulu pakai roda sebelah. tak true la ayah lau guna roda sebelah jek baik xyah guna 2-2 roda. pakat ngan sorang makcik pinjam basikal dia. nak tunjuk power punye pasal, sebat turun bukit giler bapak curam, nak dijadikan hal makcik lupa nak gitau yang basikal takde brek.. errr.. tanpa segan silu, saya terjunam di tepi pokok getah. syok habis!

4. sungai di bawah jambatan itu cukup jernih dan sejuk airnya. sepanjang hari berendam sampai kulit naik berkedut pun tarak hal punye. melainkan ayah yang datang cari, kalau tak naik memang cari nahas.

5. suka lepak-lepak kat pangkin depan rumah sebab, anak jiran sebelah suka jalan-jalan naik motor (lelaki okey). sekali lalu sekali fliying kiss saya bagi. kalau seploh kali? kecik-kecik dah menggatal.. (sekarang lau balik kampung sumpah memang saya tak akan toleh rumah tu lagi)

6. sebagai anak perempuan sulung, ibu dan ayah suka bagi saya barang kemas comel-comel. macam rantai, anting-anting, gelang.. tapi... saya la paling bermurah hati menyedekahkan kepada orang ramai.. setiap barang kemas mesti ada yang tercicir. last-last dorang pun naik fed-up dapatlah anting-anting 5 hinggit jek. tu pun sebab takut lubang tindik ilang...

ni sebahagian kisah saya sebelum masuk tadika.. untuk yang seterusnya saya story mory di entry lain ye.. nanti korang pun naik bosan baca entry panjang-panjang. kan3..



ni gambar saya masa kecik-kecik tu. semua cerita di atas dilakonkan oleh wajah ini.. hehehehe


Friday, August 13, 2010

0
Diari Ramadhan Saya (Epsd 2) - Tarawikh

3 Ramadhan 1431 H, camane perkembangan bulan ramadhan korang semua? full tarawikh? baru 3 hari bro xkan dah pancit. kui3.. cakap pasal tarawikh ni setiap orang mesti ada kenangan sendiri. saya pun apa kurangnya. dari sekolah menengah sampai la masuk u. sama jek. xde berubah. eh ada.. berubah tempat dari tarawikh di SMKABP ke tarawikh kat UTM. hehehe

kalau zaman sekolah tu xyah citer Alhamdulillah hampir full tarawikh saya almaklumlah sekolah agama jadi semuanya terpelihara. Alhamdulillah... cuma.. dalam pada full tu bukan hbs 8 rakaat ngan witir pun. kadang-kadang sempat 4 rakaat jek. lepas hbs 4 rakaat mula la tangan dok menyiku member sebelah yang sujud xbangun-bangun dari tadi. minah ni confirm la dah belayar sampai jepun. apa taknya kat dewan makan tadi telan makanan macam x makan seminggu. kesian.. bagi alasan x bangun sahur.. ye la tu orang dok kejut sampai nak roboh bangunan asrama. dasar tidur bom atom meletup pun xbangun. bila member dah dok tersengguk-sengguk apa lagi kami terus menyiku sesama sendiri. dan akhirnya.... 4 rakaat kami dibuat di alam mimpi. hehehehe.. tapi saya xla selalu melakukan perkara sebegini okey. biasanya perkara sebegini berlaku tatkala tukang masak di dewan makan memberikan kami juadah berbuka yang terbaek dari ladang dan mengakibatkan perut membuncit serta merta lalu mata memberat... ini kisah tarawikh di asrama. dari form 1-form 5. rindu plak rasa..... (^__^)
next.. kisah tarawikh di zaman U. yang ni memang atas dasar kesedaran rohani dan kekuatan iman setiap insanlah. almaklumlah semua dah membesar jadi.. lu pikir la sendiri.. tapi alhamdulillah member semua rajin-rajin belaka mengimarahkan surau kolej. hehehe. yang paling syok bila hari-hari tarawikh kat surau kolej tu terasa macam hari-hari korang jalan keliling dunia. macam saya story last episod, malam ni solat kat nigeria, esok arab, tulat pakistan pastu balik negeri sendiri. hahaha. almaklumlah kolej kami ni memang ramai student antarabangsa. yang datang pun pelbagai bangsa. tu blom masuk cara dorang solat lagi. tapi memang seronok.. memang meriah surau.. sebab... dorang ni kalau datang suke bawa satu rumah. dari yang baby dok menangis xtau pape sampailah yang paling tua. memang baek kan dorang mengimarahkan surau..

tapi... korang nak tau x.. sebenarnya kan bab mengangkut seisi rumah ni yang kami xberapa berkenan. memang boleh menyebabkan naek hangin taw. apa taknya yang datang kanak-kanak berumur lingkungan 10 tahun kebawah. dorang ni memang nakal tahap gaban punyerla. kalau nak solat sekali xpe. ni solat 2 rakaat jek pastu jumpe member-member seangkatan mulala dorang buat perangai. penah sekali saya penah gak dok marah dorang ni. bukan apa dorang ni memang kureng rasa hormat pada mereka yang sedang beribadah. bila kita tegur dorang boleh marah kiter balik. penah sekali tengah solat tetiba.. berdesuuuppppp... ya ampun.. dorang boleh berlari antara saf-saf tu. member sebelah dah siap terjungkit bahu terkejut. almaklumlah sedang khusyuk menghayati bacaan imam dalam solat tetiba dorang boleh melintas. boleh mendatangkan marah bai.. tu belum yang menganiaya binatang lagi. ada ke patut dorang g hentak siput babi punye cengkerang. adei.. memang sadis. siput tu dahla berjalan dengan kelajuan 0.0001km/j memang tak sempatla nak melarikan diri. tu belum bab mematahkan kipas kolej.. nasib baek masih boleh berdiri tegak menyumbangkan angin kepada kami. kui3.. biasalah budak-budak nak meningkat naik... bila dorang dah besar xde plak mengganggu macam tu.. siap join solat ngan ktorang lagi..

tadi tu bab kanak-kanak belum ckup umur. ni nak citer pasal kanak-kanak yang dah cukup umur. hehehe. sebenarnya bila dapat pergi tarawikh beramai-ramai ni seronok taw. lagi-lagi dapat pergi ngan member. kenangan macam ni dah xboleh rasa lagi dah. tahun kedua kat sana ktorang memang tergolong di antara mereka yang rajin dtg tarawikh. yang ni memang tak tipu bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi mungkin sebab masa tu hati ngah tenang dapat Hidayah. Alhamdulillah.. nak dijadikan citer dah masuk hari-hari terakhir kami untuk sem tersebut dan semua orang sedang bz mencari tiket pulang beraya kamilah insan-insan yang hadir ke surau. hehehe.. waktu ni memang tak boleh luper.. selalunya walaupun rajin datang tarawikh kami akan ambik saf belakang. hehehe. tapi bila datang orang xberapa nak ramai sebab ramai yang dah pulang beraya, jadi kami pun dengan bangganya memenuhkan saf perempuan yang paling hadapan. dengan diasingkan oleh sehelai tabir hijau diantara saf lelaki dan perempuan kami pun melakukan aktiviti seperti biasa.

tiba-tiba sedang kami sujud... terasa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di dalam surau.. waaaa... nyamannya... dan tatkala saya mengangkat kepala bangun untuk duduk diantara dua sujud...... wahhh!!! hampir nak meletop dada saya menahan gelak yang teramat sangat apabila tabir hijau yang menjadi pemisah antara saf lelaki dan perempuan itu telah berada di belakang member di sebelah kanan saya. kahkahkah!!!! memang boleh kasi pecah perut oh! memang tak tahan gelak bai..! tambahan pula bila terasa bahu member sebelah yang bergegar-gegar bergesel dengan bahu saya. kalau dah bergegar macam naik lori traktor tu baek kebelakang je la.. tu belum cite student lelaki yang tak masuk saf lagi. dorang ni gelak takde cover-cover punye. yang menjadi mangsa ni xyah citer la.. terkuis-kuis tangan nak alihkan kain tu. last-last memang tidak terbendung lagila. akhirnya kami menyerah kalah dan terguling-guling gelak tanpa bunyi di belakang surau.

Thursday, August 12, 2010

0
Diari Ramadhan Saya (epsd 1) - Kenangan Lalu

Alhamdulillah.. Ahlan wa sahlan wa ilal liqo ya Shahrul Ramadhan.. syukran Ya Allah..

Akhirnya saya diberi peluang sekali lagi untuk merasai sekali lagi nikmat Ramadhan. bezanya kali ini, saya bukan seperti tahun-tahun yang lalu ramadhan disambut dan diisi bersama rakan di asrama dan juga di universiti, tetapi kali ini 'full time' bersama keluarga tercinta dan bertukar status sebagai mereka-mereka yang bekerja. banyak juga perbezaan nya.


kalau dulu sepanjang hari akan diisi ngan member2 yang tak kurang sengalnya dengan melakukan aktiviti yang konon-kononnya berfaedah oleh kami seperti melepak di bilik, pergi ke kuliah, berjalan. kalau waktu bersahur boleh dikira lah berapa kali kami bangun. tapi sebenarnya waktu sahur ktorg bukan yang macam kat rumah biasa tu okey.. ktorg sahur pkul 3 pagi (sebenarnya sebelum tdo) almaklumlah bila dah tido toksah bermimpi la nak bangun sahur. masing-masing dah tido pun lambat, celik-celik terus g kuliah..

waktu berbuka jgn citer la kan. xyah g bazar ramadhan kat tmn u tu, memang harus jauh.. lagi2 untuk kami yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan 'kaki' ke sana. setakat tenggiling 2 ekor nak angkut tujuh orang memang perabis duit minyak je la... kira special case la lau ada member yang ada kete nak bawa g sana. tapi xkisah pun sbb kat dalam UTM kat FAB tu pun dah ada bazar yg memang dah ckup complete untuk kami berabis duit melayan nafsu untuk berbuka.. kui3. xyah susah2 naek bas free jek dh dpt sampai. cuma kna cepat ckitla pegi bagi mereka yang menaiki bas, bukan apa, takut tak sempat kejar bas last memang berbuka tepi jalan je la jwbnyer.. kalau malas nak ke bazar kami turun je cafe pak mus kat bwh.. ini pun dah ckup complete gak. order makanan pun just send sms jek cuma penghantaran hingga ke bilik je xde lagi. jadi kna turun amikla kat bawah. bila kitorg rajin tahap karma lain plak jadinya.. kecoh satu wing bila kami buka dapur kat pentry tu. tang ni memang syok la.. masak sama2.. lauk memang simple tapi kebahagiaan yang dirasai memang ckup membuatkan anda terkenang-kenang.. ngeh3...

lepas buka puasa pa lagi.. masukla bab terawikh.. terawikh kat kolej kami memang syok. memang confirm rasa macam tarawikh kat luar negera oh! xtipu! hari ni terawikh kat arab, pastu esok kat nigeria, lusa plak kat pakistan tulat malaysia. syok kan? hahahaha.. almaklumlah kolej yang dihuni oleh pelbagai bangsa. kami ni pun nak kata rajin g tarawikh tu xdela nak kata malas pun xla. suam-suam jek (nak ngaku rajin takut plak ada yang baling kasut). tapi kami penah tau jadi jemaah setia sampai last terawikh kat KP tu bila saf perempuan cuma kami je yg ada. bukan nak bangga diri tapi masa tu memang mcm tak caye. tapi sebenarnya kami ni nakal gak... ngeh3... banyak kenangan bila terawikh kat KP nie..

Friday, July 16, 2010

0
Kenangan Cinta Dulu-Dulu

Salam semua.. semoga sentiasa sihat seperti biasa. hiasilah hari anda dengan senyuman. kali ni aku nak share citer kenangan bercinta menggunakan surat zaman 80-90 an dulu. waktu aku masih dibangku persekolahan. tetiba terkenang balik bila aku dengar HOT fm bincangkan topik yang sama. gelak besar aku dengar. bila ingat balik kan aku senyum sorang. tp apa yang aku nak cerita ni aku dapat dan lihat apa yang berlaku di persekitaran aku sebab aku xpernah melaluinya. sian kan kat aku.. hahaha.. ada aku kesah~~. ada beberapa perkara yang aku ingat memang seronok dan selalu dipraktikkan olek kawan2 aku ketika berutus surat cinta di sekolah. check it out~~~1. Kertas

dulu aku perasan kan kawan2 aku yang nak tulis surat cinta ni kebanyakannya dorang akan ada satu kertas khas tau. siap beli kat kedai mamak dekat2 ngan sekolah. fulamak. kertas memang special habis. ada gambar2 kunun2 kiut. xpun ada yang bunga2. mana yang ada modal lebih ader plak yang jenis wangi2 punyer~~ kadang2 aku pun suka rembat ckit kertas dorg aku tulis surat bagi diri sendiri jela.. hahaha. tapi ni untuk yang budget tinggi la, anak tokey balak ker. standard nak pancing awek high maintenance punye~~ tp lau yg modal kureng tu paling koman pun dorang akan koyakkan tengah2 buku tulis. btol x aku cakap? nanti mulala buku tulis tu jadi nipis pastu tengah2 lopong. kan3..


2. Pen Kaler2

haa... yang ni pulak bab pen kaler-kaler. biasanya pompuan la suke kumpul benda ni. dulu masa sekolah rendah kan guna pensil 2B jek yang men korek sampai ketot pensil tu. baik2 panjang pensil tu trus jadi sepanjang jari kelingking jek. tapi yang tak bleh blah box pencil kembung, bukan sebab spare pensil 2B tu tp kembung sebab berlambak pen kaler2 yang ibarat pelangi tu. pen nila yang akan jadi penyeri surat cinta dorang tu. setiap satu baris satu kaler. kan banyak tu nak guna. x syokla kan lau guna pensil hitam putih jek. kunun2 pakwe baca senyum jek. padahal aku tengok naik berpusing kepala apa xnya kaler terang habis. kadang2 yang jenis pen murah tu kabur terus tulisan. tp pasangan dorg bleh senyum lagi baca surat tu. apa taknyer kekasih hati yang bagi. hehehehe


3. Lagu
yang ni aku suke sebab aku pun buat juga sekarang. memang tak lapuk la kan cara ni. sekurang-kurangnye kiter menyokong hasil seni karyawan kiter. hehehehe. bila surat cinta yang kawan aku dapat tebal giler kadang-kadang sampai bermuka-muka aku tau dah isi dia. confirm ada lagu. almaklumlah lirik lagu ni kan dah macam puisi. almaklumlah member bukan kaki jiwang yang keluarkan ayat bahasa terapung-apung tu, so apalagi, salin jela cantik2 lagu yang ada. pastu lukis bunga ckit-ckit kat tepi tu. kan senang. terkeluar isi hati. yang nak clash pun sama juga. bagi je lagu yang sedih2. hehehe. cuma beza sekarang xde hantar lirik ni, bagi lagu terus~~~ lagi feel kunun gitu.. tehee..
4. Perfume


kalau dah guna paper buku tulis berjalur-jalur biru tu confirmla bau pun bau stor. apatah lagi yang guna pensil takpun pen biru jek, memang xde seri langsung. nak pancing awek pun memang confirm bermimpi di siang hari je la.. so bagi nak menampakkan seri sebuah surat cinta, apalagi spray la perfume. spray kalau boleh nak hbskan satu botol. pastu bila buka suratnyer bau xyah citerla sampai bilik guru boleh bau, xpasal2 mengkantoikan diri sendiri. hehehe. tp xla sampai mcm tu cuma aku nak cakap yang surat tu memang confirm wangi giler. member dok sebelah boleh bersin seribu kali kowt sebab alahan. kan3.. betol tak aku cakap?

5. Bedak

yang ni memang aku nampak selalu dipraktikkan oleh mereka2 yang selalu mengutus surat cinta dulu2. kalau yang modal lebih tu bolehla bagi minyak wangi, tp kalau yang xde modal tu, apa lagi, bedak la jadi mangsa. lau bedak ni aku memang kurang berminat. sebab kalau dorang letak ckit xpe, ni letak bagai nak share ngan orang lain. pastu bila buka.. habis~~~ dengan orang berkedudukan 500 meter pun boleh terkena serpihannyer. boleh mengakibatkan marah ni. cuba korang bayangkan kalau bedak tu adalah sejenis serbuk yang dah dibaca untuk memikat orang. korang rasa berapa banyak orang yang jatuh hati dengan dia? memang ramai~~ takde ibarat pancing lagi dah, ni dah tahap guna jala tak pun pakai pukat tunda~~

6. Posmen

posmen ni sebenarnya ialah orang ketiga yang dibayar gaji khas untuk menyampaikan surat yang telah dikarang. biasanya digunakan oleh mereka yang jauh maksudnye kelas lain ker, sekolah lain ker. nanti posmen tu dapatla upah sepinggan nasi seminggu sekali. memang berbaloi2. syok jek kan.. sape tak nak makan free. tp yang xsyoknye pulak bila posmen ni tetiba plak sangkut ngan salah sorang. atoiyai~~ boleh mengakibatkan perang dunia kelima taw. tula.. sape suh korang guna posmen kan. hantar je la sendiri. boleh jumpe terus. kan sonok tu. pastu bila jd mcm ni mulala nak salahkan posmen tu. ni kira satu penghargaan la buat posmen dulu2 yang dah bertungkus lumus menyampaikan surat2 kepada 'majikan2' dorang.. hahahaha

7. Lipatan surat

lastly, hampir aku terlupa psl benda ni. part yang paling kreatif ntuk pasangan cinta dulu2. surat yang berbentuk segi empat tu boleh plak dilipat jadi berbentuk2. hari ni sampai surat dapat bentuk hati, esok jadi bentuk baju, pastu kapal, pastu burung, angsa.. macam-macamlah. aku bab origami ni memang aku fail. almaklumlah tangan bukan tangan lembut punyer, buat apa sume xjadi. memang aku kagum dengan mereka2 yang kreatif ini. kalau aku dapat surat yang macam tu memang aku xbuka sebab xreti nak lipat balik cantik2. hahahaha.. tapi masalahnye aku xpenah pun xdapat.. (^___^)

so caner? sama kan apa yang aku nampak dengan apa yang korang nampak dan laluinya. kadang2 aku rindu nak balik zaman sekolah. tapi hidup mana boleh undur kebelakang kan. sume kena maju ke depan. sekarang pun dunia dah moden. budak2 sekolah rendah dah pkai henpon seribu hinggit. mak oii.. aku pun pkai henpon murah jek. asal boleh mesej, kol, send mms, 3G dah ckup untuk menghilangkan rindu.. so, bila dah ada henpon.. surat2 ni sume dh x digunapakai lagi dah. sume pkai teknologi je skarang. nama pun zaman moden. kan3..

Related Posts with Thumbnails