Followers

Saturday, August 21, 2010

4
Koleksi Saya - DVD & VCD

Salam Ramadhan n salam 1 Malaysia semua...
terima kasih banyak-banyak kepada pembaca setia n follower yang mengembara ke sini. memang jatuh cinta saya dengan dunia blog nie. lagi-lagi bila tengok pengikut saya yang semakin bertambah n melihat suara-suara pengembara yang menjelajah di sini. makasi banyak-banyak semua!!!

kalau dulu kecik-kecik dok buzy main pondok-pondok belakang rumah sambil kutip biji getah, korang ingat tak apa yang korang jawab bila orang tanya apa hobi korang? yang pasti keluar dari mulut saya ialah membaca. membaca ke? memang satu pembohongan yang ternyata benar dan sahih. apa taknya pagi petang siang malam waktu terisi dengan menikmati keindahan pohon-pohon getah kat belakang rumah pastu mandi perigi. hikhikhik..

tapi sekarang dah lain pulak citenye, saya ada satu hobi yang paling saya suka. excited nak share dengan pengembara semua. okey.. terus kepada tajuk utama.. saksikan 3 gambar dibawah...

jelas tak?? inilah koleksi-koleksi DVD&VCD jepun dari concert, drama n movie. hingga sekarang koleksi ni dah mampir kepada 70 koleksi.. tak sabar nak jadikan total 100. syioknyer!! setiap koleksi baru mempunyai nombor sendiri. sebabnya.. almaklumlah... cd ori kan, mutu gambar memang yang terbaek dari ladang. jadi ramailah teman-teman n sepupu sepapat yang meminjam. nombor-nombor ni akan digunakan bagi memudahkan proses-proses peminjaman n pemulangan.

memang sayang habis dengan koleksi ni kalau ada cd yang xckup atau orang lambat pulang memang confirm hingga ke hujung lobang cacing saya cari. haruslah hingga saya dapat semula. kalau hilang??? ganti rugi la beb!! hehehe.. sayang giler bro ngan dorang-dorang ni. harga?? kalau dah minat tu sanggup kumpul duit yang pasti dapat tambah koleksi.. dah dekat 3 tahun kumpul dorang-dorang ni.. tapi lepas dah bekerjaya ni jarang dah saya tambah koleksi.. almaklumlah waktu tidak berapa mengizinkan...

mesti ada yang cakap semua ini pembaziran tak pun saya tidak menyokong industri tempatan. ishh.. xdela sampai tak menyokong.. saya pun masih di malaysia, dari mata terbuka sampailah mata kuyu-kuyu mo tido, cerita melayu juga saya tengok. btol x?... anda juga begitu kan? cakap pun masih melayu asli berselang seli sleng jawa lagi.. jadi... walau apa pun saya tetap akan menyokong industri seni tempatan... (^__^)

4 comments:

Arisa Mihashi said...

wahhh.berapa banyak duit habis beli dvd/vcd ni?jelesnye.i tak mampu nak beli.

nadzirah aqilah said...

hehehe.. bab duit ni no komen la... kumpul ckit2 dah ckup haruslah terus mendapatkannya.. kui3

Aretikz said...

I Like.. Sal aku pun kepala Jepun.. Err.. Minat maksudku.. Kalo kepala ada sikitla sama.. ahakz..

nadzirah aqilah said...

tenkiu aretikz.. hikhikhik..

Related Posts with Thumbnails