Followers

Tuesday, February 01, 2011

9
Banjir Di Kota Tinggi

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

apa khabar semua? semalam nadz ada ceritakan mengenai bumi Kota Tinggi yang sudah mula dinaiki air. pasti ada juga yang menonton siaran berita utama TV3.. ya itulah yang berlaku di Kota Tinggi pada hari semalam. ternyata jika anda berada di dalam kawasan Kota Tinggi pada waktu semalam, bandar yang sentiasa tenang ini telah bertukar keadaan menjadi sedikit huru-hara.. banyak kenderaan berdedai keluar dari kawasan masing-masing. semuanya mempunyai misi tersendiri. dan kebanyakannya mahu pulang ke rumah dengan segera bagi mengelakkan dari terperangkap di bandar. stesen minyak juga penuh dengan kenderaan yang mahu mengisi minyak untuk persediaan awal. beberapa jalan utama terpaksa ditutup berikutan air yang telah naik. hanya kenderaan berat sahaja yang berani meredah air. sesak disana-sini. kegusaran wajah jelas terpampar. beberapa pusat pemindahan juga telah dibuka menempatkan mangsa-mangsa banjir..

tapi itu cerita semalam, alhamdulillah.. pagi ini, matahari telah menampakkan sinarnya. senyuman kembali terukir di bibir. cuma beberapa kawasan masih lagi dilimpahi air dan beberapa jalan masih lagi ditutup. semoga matahari yang berselang-seli mendung ini akan terus berkekalan. dan air kembali surut. amin~~ untuk semua.. nadz kongsikan beberapa gambar yang diambil dari beberapa penduduk Kota Tinggi mengenai banjir semalam... (^__^)

ini kawasan jalan utama bandar Kota Tinggi di Dataran Kota







jalan utama dari jambatan Kota Tinggi untuk memasuki kawasan bandar


bangunan Arked Mara yang juga ditenggelami air





walaupun mentari menampakkan sinarnya, kami dimaklumkan bahawa sentiasa berada di dalam keadaan berjaga-jaga memandangkan beberapa kawasan seperti di Segamat, Johor Bahru dan Kluang masih lagi belum menampakkan tanda-tanda untuk pulih. doa kami untuk semua mangsa banjir disana, semoga semuanya tabah menghadapi ujian Allah ini... insyaAllah, nadz akan sentiasa update info semasa di Kota Tinggi. terima kasih atas keprihatinan anda. hanya Tuhan dapat membalasnya..

dari papan kekunci: sebagai langkah berjaga-jaga. pagi tadi kebanyakan penduduk masih lagi berlegar-legar melihat kawasan yang masih lagi dinaiki air begitu juga dengan kami sehingga jam 2 pagi.. dan... hari ini 01.02.2011 adalah hari lahir ibu kami. dalam keadaan begini, ucapan hari lahir ibu terpaksa kami berikan di tengah hujan dan banjir semasa di bandar Kota.... dan untuk ibu nadz.. Selamat Ulang Tahun Kelahiran... Terima Kasih Atas segala pengorbanan ibu.. Kami sayang ibu banyak-banyak!! nanti kedai dah beroperasi kembali kiter celebrate sama2 yea...!!!!! mmmuuuuaaaahhhhhh!!!!

9 comments:

Zuwairi said...

banyakkan bersabar

ghost said...

dah mula beransur surut dah tuh kalau matahari dah tersenyum...

nama kota tinggi,tapi tetap air leh naik..hihi

selamat ULTAH untuk ibu nadz jugak.

ANIS HJ SUKARTI said...

@zuewairy:
insyaAllah.. terima kasih banyak2..

@biskut:
tinggi pada nama je.. kui3

mekasih bisk! nanti nadz sampaikan.. hehehe

iem said...

jaga diri baek2 tgh bnjir ni...
kdng2 ad orng y suka amek ksmptan time2 mcm ni...

wish besday 2 ur mum...
semoga sihat selalu (^_^)

Anonymous said...

Salam ziarah dek, dan salam perkenalan.

Kak tie ni punya parents di kota tinggi, tu yang google nak tahu keadaan di sana.

Boleh tak kak tie ambil gambar ni, nak guna untuk blog (mungkin) dan nak antar email pada mak dan ayah (di tmn sri perang, dekat bp tu)... walaupun rumah parents kak tie jauh kat atas tu, risau tu tetap ada. Dulu air naik sampai hampir-hampir kawasan perumahan tu,

Terima kasih, ya dek, kerana gambar2 tu kak tie dapat tahu keadaan di sana.

AzianKhalil said...

kampung mertua akak kat segamat..so cuti raya cina tak boleh balik kampung...rumah tak naik air..tapi jalan keluar masuk dah tenggelam...

ANIS HJ SUKARTI said...

@iema:
tula yg tak best tu.. dorg suka betol ambil kesempatan dalam kesempitan org lain. hehehe..

tenkiu.. nanti saya sampaikan.. hehehe

@kayteezee:
salam kenalan kak.. alhamdulillah.. berguna juga info yang saya buat nie.. ambillah kak.. sebab gambar nie pun sya dpt dr kenalan di kota tinggi...

pagi tadi semua dah kembali seperti sedia kala tapi baru td nampaknya air dah makin naik semula.. mudah-mudahan tak bertambah terukk.. (^__^)

@nafisa81:
alahai.. nampaknya semua perjalanan balik kg di area johor terpaksa dibekukan untuk sementara.. huhuhu

CahayaCintaIlahi said...

selamat hari lahir untuk ibu nadz.. smg diberkati Allah selalu amin ;)

ema catchy said...

teruk nya...lame xdtg kota tinggi

Related Posts with Thumbnails