Followers

Thursday, January 06, 2011

21
Karangan Terbaek

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.....

jom-jom rapat dengan nadz eh bukan rapat dengan blog nadz. ada benda nadz nak share dengan anda semua. semalam buka fb ada kenalan tag nadz untuk satu note berkenaan dengan Karangan Terbaik la kununnya. dengan yakin dan excitednya nadz pun membaca. tak perlu tunggu sampai habis karangan, baru suku nadz dah rasa macam nak pitam. adoyaiii.. seronok betol jadi kanak-kanak, imaginasi melampaui batasan tidak perlu dipedulikan. yang nyata karangan tersebut buat nadz rasa rindu dengan alam persekolahan. sebabnya dulu sekolah rendah karangan nadz selalu jugakla kena rejek cekgu sebab imaginasi melebih-lebih (tapi nadz tau sebenarnya cekgu suka karangan tu) hohohoho... mungkin ada yang pernah baca, tapi jom baca lagi.. hehehehe..

**************************************************************

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

********************************************************************************


dari papan kekunci: cuba teka yang mana satu gambar nadz??? hahahaha.. pssss... berbalik pada karangan tu nadz rasa penulis tu nak bagi tau kat kiter tentang setiap yang hidup itu akan tetap pergi jua. (^___^)

21 comments:

Unknown said...

uhuhuhu...hbis org mati!..dia pun mati sameee..huhuhu

ANIS HJ SUKARTI said...

huhuhu.. tak tau sape tulis cerita nie kan.. (^__^)

krole said...

hehehe nice wak..suke sgt ceta ni...awak yg pakai tudung warna biru~tolkan???

ANIS HJ SUKARTI said...

@krole:
betollll!!!! full mark ntuk krole.. hahaha.. caner tau ney..

akU GaDis said...

terbaek la krgn,smua org mati ^^
tringat zman skolah gak ^^
zaman comel2 dulu,,

ghost said...

aku dalam soal citer2 macam nih selalu sangat digunakan bila bersembang dengan kawan2 secara merapu..tapi tak kan digunakan dalam penulisan.hurmmm..citer merapu tapi cukup santai ato mungkin saja ada mesej yang tersembunyi bahwa semua perkara itu berkaitan.

ANIS HJ SUKARTI said...

@aku gadis:
hehehe.. sumenye jadi kenangan.. hikhikhik

ANIS HJ SUKARTI said...

@biskut:
hehehehe.. think positif mungkin ada maksud tersurat yg ingin disampaikan..

ej said...

hamboih.. comey beno semua.. tak reti nak tgk mana satu nadz.. hahahahha. anyway karangan tu mmg sempoi abeh.. giler argh.. semua org mati.. hahahhaha

ANIS HJ SUKARTI said...

@ejai_ej:
hahaha.. nadz yg tudung kaler lain dr yg lain tu.. kui3.. menonjol hbs kan2.. sempoi kan pengarang tu.. senyum je bila baca..

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

pakcik dah dapat cite nih.... masa tu pakcik dajah 1 lagi dah...

ANIS HJ SUKARTI said...

@dotblogspotdotkom:
hehehe.. giler lama cite nie..

Unknown said...

alamak aki mati terkejut bace citer kt atas...ni last comnet aki... hahaha,..gelak golek3

ANIS HJ SUKARTI said...

@aki:
hakhakhak.. tulun aki.. jgn menghantui saya!! guling2 gelak kat opis..

Anonymous said...

haha dh bce....
klaka.....
tp cm mungukssss gak...adoiii nak pecah perut je..

YUL said...

muahaha, dah baca dan entri tu, mmg kelakar gila la

Mat Ganu said...

pandai jugak nadz tulis karangan nyer...hehehe. nie mase from bape??

Unknown said...

haha,..aki idup blk,..goku tolong aki ngan mutiara naga... kelaka la krgn tuh.. (:

Mat Sentap said...

hahaha..muke kecik2 inesen giler...!!

ANIS HJ SUKARTI said...

@yul:
tahu xpe kan.. giler ngancam otak buat karangan.. hahaha

@mat gahnu:
alamak tu bukan saya yg buat.. tu org tag anis kat fb.. hehehe

@aki:
terbaek la goku tu!! maseh2 sebab idopkan aki.. hahaha

@aliesya:
muka suci takde dosa.. skarang dosa menimbun.. gagaga

ANIS HJ SUKARTI said...

@yul:
tahu xpe kan.. giler ngancam otak buat karangan.. hahaha

@mat gahnu:
alamak tu bukan saya yg buat.. tu org tag anis kat fb.. hehehe

@aki:
terbaek la goku tu!! maseh2 sebab idopkan aki.. hahaha

@aliesya:
muka suci takde dosa.. skarang dosa menimbun.. gagaga

Related Posts with Thumbnails