Followers

Tuesday, October 05, 2010

4
Mood Bertukar Imej Blog

salam semua...

pertama kalinya, anis bersiaran di malam hari. biasanya malam-malam macam ni, anis lebih bergumbira berguling d atas katil bersama my tedy menghitung cicak-cicak yang berkeliaran d dinding. lagi true lagi bila bercerita dengan si tedy apa yang berlaku d siang hari dan mengimpikan sesuatu yang indah berlaku pada esok hari. tanpa berkeluh kesah meluahkan rasa bosan, si tedy akan mendengar dengan penumpuan diberikan 100%, lagak seperti seorang pelajar yang cukup tekun mendengar penjelasan dari guru tercinta. segala isi hati akan tercurah dengan sempurna, kerana anis tahu segalanya di dengar dengan cukup jelas oleh Tuhan yang maha Esa....

itu kisah anis di kebanyakan malam dan bukan hari ini. mood berinternet membuak-buak. apatah lagi dengan dunia belog ini. buat masa ini kurang bijak sedikit mencurah idea untuk menghasilkan entry yang membina, tapi lebih teruja untuk mencari imej baru untuk belog ini. rasa sayang betol dengan imej yang lama ni, tapi.... seandainya sayang seorang insan pada insan yang lain boleh beralih arah, apatah lagi sayang seorang insan pada layout lamanya~~ erkkkk~~ apakah??

dengan berbekalkan berukband celcom yang belum lagi di bayar tapi masih lagi berfungsi dengan kelajuan semaksimum mungkin, anis akan mula menjelajah mencari imej baru untuk belog ini. untuk yang setia mengembara disini.. nantikan kemunculan wajah baru belog ini di masa akan datang... sebelum itu setinggi-tinggi penghargaan anis ucapkan untuk semua pengembara-pengembara yang sudi menjadi follower anis sehingga kini sudah mencapai angka 100 keatas.. hadiah ini adalah untuk anda~~ uittt.. award?? hahahaha.. Jya-Neh!!

sekian dari saya, anis hj sukarti, bersiaran secara langsung dari atas katil bersama lovely tedy, eksklusif untuk From Kota Tinggi With Love

4 comments:

Hairil Rizal said...

Imej baru ye??

Wokey, akan ditunggu...

ANIS HJ SUKARTI said...

hehehe.. thanks ya en. hairil...
mungkin selepas ini kelihatan lebih dark lagi.. siapa tahu.. kui3

Anonymous said...

slmt mendalami dunia blog anis..

tapi jgn teruja sgt nanti kamu cepat merase bosan bile yg dihajati tak same ape yg ingin di gapai ok!

ANIS HJ SUKARTI said...

terima kasih kf atas nasihat yang diberikan!

Related Posts with Thumbnails