Followers

Friday, October 08, 2010

6
I Love Mat Rempit

prengggg... prenggggg.. preenggggggg.... kedengaran bunyi enjin motor kapchai menggegar seluruh isi alam kampung Pinang Dua Batang. cukup kuat untuk menanahkan telinga siapa sahaja yang mendengarnya. siapa yang tidak kenal dengan bunyi enjin yang persis suara naga kelaparan milik Kasim anak pak selamat itu. kununnya dulu mahu jadi pemain bola terkemuka seperti Mokhtar Dahari, tapi cita-citanya itu bertukar setelah pasukan kegemaran beliau tewas dengan Spain masa FIFA 2010 di South Africa dulu. dan kini kalau nama Michael Schumacher itu tidak dilaung keluar dari mulutnya dalam sehari memang bukan Kasim yang bersuara.

Parimin yang juga lalu berhampiran tempat kejadian, segera mengais kaki di jalan raya. niat di hati mahu membuat pusingan u-turn disitu. tidak sanggup rasanya telinga mendengar suara garau dari enjin motor Kasim. standard bunyi enjin nak perui ada hati nak jadi Michael Schumacher.

"wei Parimin! jomlah lepak sini. apa jadahnya setakat ronda kampung cari pencuri.. malam minggu macam nie pencuri off day la!" Parimin mengeluh kecih, jenis Parimin memang tak banyak melawan. segera motornya di sorong ke pondok berhampiran. terfikir di hati kecilnya. mantap betol pengetahuan Kasim pasal waktu kerja pencuri ni kan. siapa tak kenal Kasim, walaupun sepatah haram beliau tidak mengetahui pasal internet atau fesbuk mahupun dunia belog, tapi pengetahuan beliau cukup tip top melangkaui pengetahuan alam maya. cakap sahaja mengenai apa semua dapat dihuraikan dengan sempurna. tapi betol atau tidak dia sahaja yang tahu asasnya..

"Parimin!! tengok nie!! mantap x??" Parimin angguk. mana tak mantap kalau motor kapcai yang dah nak jadi besi buruk tu Kasim angkat guna sebelah tayar jek. kagum betol Parimin dengan keutuhan kudrat motor tu berbakti untuk Kasim. dia punye angkat memang tinggi, standard lagi sikit nak terbalik dah. Kasim lalu lagi, kali ni bawa penumpang, minah cun meletop kat belakang, dia buat lagi style yang sama. sokong kawan punya pasal, Parimin senyum bagi tanda ibu jari sebelah tangan kat Kasim. makin kembangla Kasim.

"kau tunggu.. kau tunggu.. lepas nie aku terbang plak" Parimin angguk lagi. malas nak melawan. senyum di bibir terukir ikhlas. dua-dua ibu jari tangan Parimin tunjuk kat Kasim. malas nak bersuara. bukan tak pernah orang kampung bagi nasihat dah cukup berbaldi air liur dibazirkan untuk Kasim. semuanya Kasim bolayan..

sebagai kawan sejak kecil, puas dah Parimin bagi nasihat, tapi apa Parimin dapat? asap rokok buat semput jek. kalau dilihat muka Kasim waktu tu, lagaknya persis macam ayam jantan menang berlaga. mendada habis. senyum beliau usah di cerita, meleret-leret, tapi malangnya senyum itu tak pernah mencairkan mana-mana gadis ayu di Kampung itu. siapa yang teruja dengan Kasim kapcai, tiada kerja, kehulur-hilir tunjuk lagaknya? rambut beliau pun kalau dicampak kunci kereta satu gugus memang tak jumpa. afro habis~~ kununnya senang nak bagi alasan tak nak pakai helmet sebab tak muat nak masuk rambut... blah~~

Hooooooonnnnnnnnnnnn.....!!!!!!

berdesir telingat Parimin dengar bunyi hon lori kelapa sawit dari arah depan Kasim. "Kasimmm!!!! Lori gajah kat depan kau weii!!! jerit Parimin di dalam hati. Parimin tau sekuat mana pun jeritannya, Kasim memang tak akan dengar, apakan tidak bunyi hon lori yang memecah gegendang telinga pun Kasim tak dengar. inikan pula suara Parimin. memang tidak akan dihiraukan.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!" baru terdengar suara jantan Kasim menjerit. menjerit keriangan mungkin kerana dapat terbang masuk ke dalam longkang di tepi jalan... nak pergi ke Sunway Lagoon kurang pula kemampuan beliau. "Adoooiii!!!" Kasim senyap.. dengan bunyi enjin motor sekali hilang.

"ooo... ni la gaya terbang yang dia cakap tu.. mantap2.. Kasim nanti aku gtau kat Pak Selamat kau balik lambat sikit ek..!" Parimin bangun... berjalan ke arah motornya sambil bersiul gembira.. "Kasim lu kalau tak patah tangan dan kaki lu memang cukup bertuah la bro" Kasim berbisik pada diri sendiri.....


Dari papan kekunci: soalan untuk semua, cuba teka lepas ni siapa pula idola kebanggaan Kasim anak Pak selamat selepas kejadian tu????

6 comments:

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

weng...wengggggggg..hahahahaha
asal sensor no plat..

nadzirah aqilah said...

bahaya2... nanti JPJ @ polis trafik cari susah plak.. hahahaha

Hairil Rizal said...

Best citer nie!

Ada sambungan ke?

nadzirah aqilah said...

en. hairil: thanks~ nak sambungan ke? kena tunggu Kasim kuar hospital dulu.. sekarang terlantar lg kat icu tu.. hehehehe

shuhada said...

vroom 3X.... rindu nk merempit kt UTM....
sampai kne tahan dgn pak gurd lps main futsal...
terselah keberanian msg2...=)
masihkah anda igt peristiwa itu?

nadzirah aqilah said...

hahaha.. adah2.. masakan saya boleh lupa peristiwa itu...
peristiwa jantung nak gugur, darah tak jalan..
tapi sempoi~~~ pak guard itu tetap juga tidak dihiraukan..windu~~ hahaha

Related Posts with Thumbnails