Followers

Monday, August 30, 2010

4
PKAYIKT n Me

Salam 20 Ramadhan n Salam Kemerdekaan semua...

fuyooo... macam tak sangka esok 31 Ogos 2010 genap la 53 tahun Malaysia merdeka. tempoh masa yang lama tu. bila hari kemerdekaan disambut dengan kehangatan ketibaan hari raya semuanya bagai pening nak isikan tema yang bersesuaian. apa susah, utamakan tema kemerdekaan dahulu baru hari raya. hehehehe. di corong-corong radio lagu merdeka dah banyak berkumandang berlawan-lawan dengan lagu raya yang juga lagi sepuluh hari umat islam akan menyambutnya. bila lihat bangunan-bangunan besar, kecil dan tidak ketinggalan juga kenderaan-kenderaan yang masih lagi tinggi semangat patriotiknya mengibarkan jalur gemilang terasa jati diri rakyat Malaysia masih lagi utuh. errrr... cakap bagai la anis ada letak jalur gemilang kat kereta? hmmmmm.... hehehe.. jap lagi saya letak... (*^__^*). okey2.. malu plak... tapi tak bermakna saya tak sayang Malaysia tau.. i'm proud to be Malaysian..

entry kali ni sebenarnya saya nak menjawab pertanyaan mr.warload tentang perasaan saya dalam entry saya sebelum ini. kalau nak tahu pasal apa check balik kat sini. mr. warload tanya saya apa perasaan bersama-sama dengan dorang. saya tak berapa pasti samaada dorang yang dimaksudkan dengan beliau itu adalah putera-puteri PKAYIKT or tetamu kami pada masa itu. tapi saya anggap dorang tu means putera-puteri PKAYI k. untuk pengetahuan semua yang masih lagi kelam-kelam dengan makna PKAYIKT tu ianya singkatan bagi Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Kota Tinggi. semalam saya dah hasilkan entry pasal berbuka kat tempat dorang. dan hari ini satu berita telah dikeluarkan di akhbar sinar harian edisi johor berkenaan program tersebut.

sebahagian keratan akhbar yang dapat saya kongsikan

to mr.warload n others. saya memang berbangga bila saya dibenarkan turut serta dan menyibukkan diri dalam aktiviti dorang ni even saya bukan AJK pertubuhan. saya dah terlibat secara tidak langsung since 2001 semasa masih berada di tingkatan 1 lagi memandangkan ayah saya mula menjadi AJK disana. masa tu saya tak berapa aktif cuma jadi pemerhati jek almaklumlah masa tu ada penghuni yang sebaya malah ada yang lagi matured dari saya. nak suruh buat apa-apa pun masih tak matang lagi kan. boleh kena gelak bagai tu. cuma penghuni tu saya anggap macam kawan-kawan saya masa tu.

tapi bila habis tingkatan 5 n mula menjejaki kaki ke marikulasi saya dah mula bergiat aktif secara tidak langsung dalam aktiviti dorang. saya pernah terlibat sebagai AJK tilawah PKAYI peringkat negeri johor n aktiviti-aktiviti pertubuhan lain secara tidak langsung. ada beberapa aktiviti yang saya tidak dapat turut serta sebab sibuk dengan pengajian saya semasa di UTM. bila dah rapat dengan dorang ni memang seronok. banyak pengalaman boleh diperolehi. dah bertukar-tukar perangai penghuni PKAYI yang berada disana. ada yang sudah berjaya malah tidak kurang juga yang sudah mendirikan rumah tangga. bukankah itu suatu kebanggaan kepada semua yang telah bertungkus lumus menjaga kebajikan mereka di sana. sekurang-kurangnya mereka masih mampu untuk terus berusaha mencapai impian dan cita-cita masing. walaupun saya hanya banyak memerhati dari bertindak jika dibandingkan dengan AJK-AJK yang lain tetapi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang di luar sana yang peka dengan kebajikan insan-insan yang kurang berkemampuan begitu juga jutaan terima kasih kepada AJK-AJK PKAYI khususnya dan juga kepada semua secara amnya.

oryte.. habis dah cerita saya.. harap-harap jangan ada yang bosan. saya sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan. hehehe. selamat menyambut kemerdekaan kepada semua n selamat meneruskan ibadah puasa! love u all.. muah3.. hehehehe..

4 comments:

ct cheery said...

salam..anis keje kat PKAYIKT ker. ingat pe lah benda 2..tahniah2 masyarakat penyayang=)

ANIS HJ SUKARTI said...

eh.. bukan2.. anis bukan keje kat PKAYI.. tu mengisi masa lapang je..

anis kat lawyer firm..(^__^)

Hairil Rizal said...

Terima kasih Anis sbb susah susaaah aje buat entry utk jawab pertanyaan Warlord tu.

Pastinya seronok bila sama-sama dapat tgk diorang gembira dengan perangai masing-masing tu kan?

Baguslah Anis.. itu semua pengalaman utk bekalan masa kita teruskan hidup dalam dunia nie. InsyaAllah!

ANIS HJ SUKARTI said...

welcome mr.hairil rizal.. insyaAllah.. hehehe

Related Posts with Thumbnails