Followers

Monday, August 02, 2010

0
Date With You Dear

pagi yang cerah secerah hati ini, menjadi saksi kepada sebuah cerita tentang kita berdua..
dari jauh sudah kelihatan kelibatnya turun dari kereta datang mendekati saya yang berdiri kaku ditepi tembok.. langkah yang diayun begitu teratur mungkin sambil mengawal kemachoan dirinya. tali baju cardigan saya ikat semula bagi kelihatan lebih kemas begitu juga dengan lipatan tudung. rasa sesak di dada, berdebar-debar menanti kemunculannya di depan mata.

cermin mata gelap dibukanya melihatkan sepasang anak mata yang ckup membuatkan diri ini terpaku dan terpesona.. SubhanAllah indahnya ciptaan Tuhan. senyuman manis yang terukir di bibirnya tidak akan saya lupakan untuk selamanya..

kaki kami melangkah penuh teratur melawan arus orang ramai yang juga mempunyai destinasi dan tujuan masing-masing. kalau boleh saya tunjukkan pada kamu bagaimana cerianya hati ini tatkala bersama kamu akan saya paparkan pada umum.

tapi biarlah hanya saya yang tahu. biarlah saya pendam apa yang saya rasa ini kerana....... keindahan ini hanyalah hadir dalam imaginasi saya semata-mata ketika ini. sesungguhnya ia ckup membuatkan saya rasa dihargai dan disayangi oleh seorang insan bernama kekasih yang kekal abadi.

bahagia nya rasa ini.. terima kasih Ya Allah kerana memberikan setiap insan perasaan sayang itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails