Followers

Tuesday, August 24, 2010

4
Banduan Parol Disisih Keluarga

awal pagi di opis seperti biasa saya mulakan dengan menyelak helaian akhbar mencari ceritera sensasi. kalau semalam saya hasilkan review bila saya banyak baca mengenai kes pembuangan bayi yang tidak tahu lagi erti hidup. lalu terhasillah nukilan hati untuk insan yang saya sayangi. tapi hari ini tertarik pula saya baca satu ceritera kecil di akhbar Berita Harian ruangan Nasional halaman 31 yang bertajuk Banduan Parol Disisih Keluarga. saya bukanlah pengacara atau dj radio yang bertugas di awal pagi membaca berita sensasi dari akhbar tempatan untuk tatapan umum, cuma saya hanyalah seorang insan yang juga ingin berkongsi pandangan saya sendiri.


eh.. yuhuuu...berbalik kepada tajuk berita tersebut. perlu atau tidak kita menolak mereka yang ingin kembali semula ke pangkal jalan? saya tidak menyebelahi sesiapa dalam hal ni.. masing-masing ada sebab sendiri mengapa mereka berbuat sedemikian. mungkin bagi keluarga, i dont want banana friut two times..  tapi... sampai bilakah mereka akan terus menolak mereka jauh? haruskah mereka terus disisih? tiada siapa tahu apa isi hati mereka sebenarnya. jikalau ada yang benar-benar menginsafi perbuatan mereka yang lalu bukankah perlu untuk kita memberikan mereka peluang kedua untuk mengubah cara hidup dan haluan mereka. cuma.. hati manusia.. ikhlas atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui isi hatinya. kita sebagai hamba buanglah yang keruh ambil lah yang jernih.. memang tidak dinafikan sukar untuk melupai masa lalu yang telah berlaku tetapi apa yang sudah berlalu itu jadikanlah sempadan dan iktibar kerana jalan hidup ini tiada istilah berpatah balik tetapi hanya perlu terus maju ke hadapan..


okey2.. tidak semua mereka yang melakukan kesilapan itu itu akan mengulangi semula. sebagai contoh macam keratan akhbar kat atas yang diambil dari blogdimana ada kemahuan disitu ada highway.. highway besar puyer! tak tipu taw! semua orang inginkan berjaya cuma tak semua menemui jalan yang terbaek. saya tidak mahu menyalahi sesiapa sebab semua orang ada pandangan dan pendapat mereka sendiri. tepuk dada tanyalah hati. saya cuma menyampaikan apa yang tersirat di dalam hati. mungkin esok lusa andai ada saya melakukan kesilapan saya harap setiap insan akan menerima saya seadanya dan memimpin saya semula ke jalan yang sebetulnya. jika ada yang membenci terpulanglah. cuma jangan sesekali menyisihkan mereka malah lindungilah mereka agar mereka dapat meneruskan tekad memulakan hidup baru dalam KEMBARA SEBUAH KEHIDUPAN.. 

4 comments:

Hairil Rizal said...

Mmg sepatutnya ada peluang kedua utk setiap sesuatu.

Tapi kalau dah masuk 3 - 4 kali buat salah yang sama je, kira dah tak belajar dari kesilapan lah tu...

nadzirah aqilah said...

hehehe.. kalau dah berulang-ulang kali tu no komen la...

hentakbelipat said...

iyaa..mereka juga manusia yang perlu makan rendang dan ketupat..apeteh minum air sirap

nadzirah aqilah said...

hentakbelipat: hakhakhak.. btol bha..

Related Posts with Thumbnails