Followers

Thursday, August 19, 2010

4
Apa Yang Berlaku Pada Saya??

setiap orang mempunyai pemikiran dan daya kreativiti sendiri untuk menyampaikan apa yang mereka ingin kongsi bersama dalam blog masing-masing. bila saya menjelajah dari satu blog ke blog yang lain macam-macam benda saya jumpa. kisah cinta, kisah suka duka kehidupan mereka, isu-isu semasa, fesyen dan macam-macam lagilah.. tapi saya? inilah kembara perjalanan saya mencari kebahagiaan yang hadirnya kadang-kala hanya seketika dan juga kelukaan yang datangnya tanpa diminta.

ada insan mengembara mencari cinta insan lain tapi kembara saya adalah untuk melupakan dan lari dari cinta. rasa ingin disayangi dan menyayangi itu memang wujud dan tegar dalam hati cuma apakah kita tahu sampai bila ianya berkekalan dan adakah wujud pengakhirannya? jawapannya hanya ada satu antara PERCAYA atau TIDAK..

minggu yang cukup menguji ketahanan mental saya sedang saya lalui saat ini. semoga kehadiran Ramadhan sentiasa memberikan saya kesabaran dan kekuatan. Allah s.w.t. sentiasa bersama mereka yang bersabar. Dialah yang lebih mengetahui.. juga keluarga yang sentiasa menemani saya pada saat dan ketika ini membantu saya mencari ketenangan.

sembunyikan keresahan mu dengan sebuah senyuman kerana senyuman lah penawar bagi setiap kedukaan..

4 comments:

Hairil Rizal said...

nadzirah-aqilah,

Disebalik setiap kegagalan/kelukaan ada penawarnya. Ada hikmah disebalik semua kejadian.

Yakin dan percayalah.. insyaAllah sesuatu yang lebih baik akan menjelma!

Senyum selalu.. setuju sangat..

ANIS HJ SUKARTI said...

InsyaAllah..
terima kasih atas sokongan yang diberikan.. terasa masih lagi ada yang memahami.. (^__^)

ct cheery said...

sabar yer yayang..hehe
setiap kedukaan i2 lah yang mematangkn kita..
ia sebagai peringatan dari ALLAH sbb dia sygkn kita..amin

ANIS HJ SUKARTI said...

wah.. mekasih yayang ct.. hehehe
amin.. mudah-mudahan mcm tu la..

Related Posts with Thumbnails